KISAH SEEKOR SANG
BERUANG YANG TAMAK
Di dalam sebuah hutan, terdapat
seekor Sang Beruang yang hidup
berjiran dengan seekor Sang
Burung.
Pada suatu hari, Sang Beruang
dan Sang Burung bersama-sama
pergi ke hutan untuk menghadiri
jamuan makan.
Di pertengahan jalan, mereka
berjumpa sekumpulan kumbang
yang hendak ke jamuan makan di
kaki bukit.
Sang Beruang menjadi tamak.
Sang Beruang mahu makan di kedua-
dua jamuan itu, lalu menyuruh Sang
Burung pergi dahulu.
Sang Beruang mundar-mandir di
persimpangan kerana tidak tahu
hendak ke mana terlebih dahulu.
Sang Beruang berasa lapar.
Tiba-tiba Sang Kupu-Kupu mengajak Sang
Beruang ke jamuan di kaki bukit.
Tetapi malang bagi Sang Beruang kerana
ditinggalkan Sang Kupu-Kupu. Sang Kupu-Kupu
terbang pantas.
Apabila tiba sahaja Sang Beruang di rumah
jamuan tepi bukit, Sang kumbang memberitahu
bahawa makanan telah habis.
Dengan rasa kecewa, Sang Beruang berkata,
“tak apalah, saya ke rumah jamuan di hutan pula”.
Apabila tiba sahaja Sang Beruang di rumah jamuan
tersebut, Sang Burung memberitahu bahawa makanan
telah habis.
Dengan rasa kecewa, Sang Beruang berkata, “tak
apalah, saya pulang dahulu”. Sang Beruang pulang
dengan perut yang lapar.
Pengajaran daripada cerita:
1- Kita jangan tamak. Orang tamak selalu rugi.
2- Kita mesti hargai hubungan. Susah dan
senang mesti bersama-sama.
Laparnya…