The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL SVM:
ETN 3013
ELECTRONIC PRODUCT QUALITY CONTROL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Kolej Vokasional Seri Iskandar, 2021-06-22 03:00:36

ETN 3013

MODUL SVM:
ETN 3013
ELECTRONIC PRODUCT QUALITY CONTROL

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(2/4) Muka / Page : 22 Drpd/of : 23
COMPETENCY UNIT ID

kawalan secara statistik atau tidak.
Sampel/contoh diambil secara rawak daripada keseluruhan produk bagi
memastikan kualitinya.
Pemantauan adalah perlu untuk memastikan sejauh mana produk yang
dikeluarkan memenuhi spesifikasi.

2.6.4 Kajian kualiti kos
Kaedah untuk meningkatkan kualiti produk dengan membuat penilaian
tentang kualiti yang berkaitan dengan kos semasa bagi sebuah firma dan
cuba mengenal pasti bahagian-bahagian yang berupaya mengurangkan kos
dengan banyak. Kos kualiti berkaitan dengan pencegahan, mengesan dan
memperbaiki kerja yang efektif. Ia boleh dielakkan sepenuhnya. Tugas
jurutera ialah mengurangkan jumlah kos kualiti berkaitan dengan sesuatu
produk.

2.6.5 Pasukan penambahbaikan kualiti
Merujuk kepada satu kumpulan pekerja multiterampil yang dibebankan
dengan tanggungjawab untuk meningkatkan proses pengeluaran atau
merekabentuk produk baharu supaya produk mencapai tahap kualiti yang
ditetapkan.

2.6.6 Penanda aras
Merupakan proses membandingkan prestasi dan merit sendiri dengan
prestasi dan merit yang terbaik dalam industri yang sama atau berlainan
Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(2/4) Muka / Page : 23 Drpd/of : 23
COMPETENCY UNIT ID

dengan firma.Dimensi yang diukur adalah:
i . Kualiti
ii . Masa
iii. Kos
Menggalakkan peningkatan kualiti produk dengan cara menganalisis dan
kemudian meniru kaedah pengurusan pemimpin lain.

SOALAN/QUESTION :

1. Senaraikan kepentingan kawalan kualiti.
2.Terangkan proses kawalan kualiti
3. Senaraikan 3 jenis alat kawalan kualiti berserta kegunaannya .
4. Apakah definisi keselamatan kerja?
5. Senaraikan peraturan keselamatan umum di tempat kerja

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(2/4) Muka / Page : 24 Drpd/of : 23
COMPETENCY UNIT ID

RUJUKAN/REFERENCE :
1. Electronic Fundamentals and Circuit Devices, By Sloyd, Prentice Hall,
2. Teknologi Elektronik, Membaca dan Menguji Komponen Elektronik, Md Nasir Abd Manan
Bab 9 halaman 42 – 49
3. Joseph. Raisse (1968) Electronic troubleshooting H.W Sams
4. R.Boylestad and L.Nashelsky (1996) Electronic Devices and Circuit Theory.
Prentice Hall-Gale
5. Joseph.Raisse (1968) Understanding electronic test equipment

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KOD DAN NAMA KERTAS PENERANGAN 3
PROGRAM / (INFORMATION SHEET)
PROGRAM’S CODE &
NAME ETN 3014 - ELECTRONIC PRODUCT QUALITY CONTROL
EE-021-3:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT
TROUBLESHOOTING, REPAIR & MAINTENANCE

TAHAP / LEVEL L3

NO. DAN TAJUK UNIT EE-021-3-2012-C01 ELECTRONIC PRODUCT QUALITY
KOMPETENSI / CONTROL

COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. IDENTIFY ELECTRONIC PRODUCT QUALITY

NO. DAN PENYATAAN CONTROL REQUIREMENTS

AKTIVITI KERJA / WORK 2. PREPARE ELECTRONIC QUALITY CONTROL

ACTIVITIES NO. AND ACTIVITIES REQUIREMENTS

STATEMENT 3. PERFORM ELECTRONIC QUALITY CONTROL

4. REPORT INSPECTION RESULTS TO SUPERIOR

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C01/P(3/4) Muka Surat / Page: 1

ETN 3014/K03/P3-P4 Drpd / of: 10

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(3/4) Muka / Page : 2 Drpd/of : 10
COMPETENCY UNIT ID

Melaksanakan Kawalan Mutu Produk Elektronik / Perform Electronic Quality
Control

PENERANGAN/INFORMATION :
Kawalan Kualiti Produk Elektronik adalah untuk menjalankan kawalan kualiti
produk mengikut manual pengilang dan spesifikasi. Kakitangan yang kompeten
dalam kawalan kualiti produk elektronik akan dapat mengenal pasti spesifikasi
produk, menjalankan fungsi spesifikasi produk, mentafsir hasil pemeriksaan dan
menyediakan laporan hasil pemeriksaan.

3.0 SISTEM KAWALAN KUALITI PRODUK
Setiap produk yang dihasilkan haruslah melalui proses kawalan kualiti supaya
produk tersebut memenuhi piawaian yang ditetapkan.Untuk melaksanakan
kawalan kualiti bagi produk elektronik,beberapa perkara perlu di buat antaranya :

a. Pemeriksaan Bahan Mentah (Bill of Materials, B.O.M)
b. Pemeriksaan Fungsi
c. Pemeriksaan Fizikal
d. Pemeriksaan keselamatan
e. Pemeriksaan Pembungkusan
f. Kaedah pemeriksaan

3.1 PEMERIKSAAN BAHAN MENTAH (BILL OF MATERIALS, B.O.M)

Melakukan pemeriksaan ke atas Bill of Materials atau struktur produk senarai
bahan-bahan mentah adalah sangat penting untuk memastikan kualiti dan senarai
yang diberi mengikut keperluan sesuatu produk elektronik. Bermula dari sub-
pemasangan, perhimpunan pengantara, sub-komponen, bahagian dan kuantiti
masing-masing yang diperlukan untuk mengeluarkan satu produk akhir.

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(3/4) Muka / Page : 3 Drpd/of : 10
COMPETENCY UNIT ID

3.2 PEMERIKSAAN FUNGSI :

Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas produk elektonik atau alat-
alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatu peralatan telah
terlaksanakan mengikut peraturan agar berfungsi dengan betul serta selamat
digunakan.Fungsi-fungsi pemeriksaan termasuk :-

• Mengenal pasti kerosakan produk elektronik
• Meningkatkan kualiti produk
• Mengekalkan kualiti produk

3.3 PEMERIKSAAN FIZIKAL

Bentuk pemeriksaan fizikal yang perlu di lakukan ke atas produk elektronik adalah :-
• Mengukur saiz produk
• Mengukur nilai produk/komponen (voltan,arus,rintangan,kod untuk
ic.transistor,diod)
• Menimbang berat produk
• Menguji keberfungsian produk
• Memastikan bekalan kuasa masukan 230VAC

Setiap pemeriksaan hendaklah mengikut spesifikasi sesuatu produk.

3.4 PEMERIKSAAN KESELAMATAN

Pemeriksaan keselamatan hendaklah di lakukan pada setiap produk elektronik
supaya ia selamat di gunakan.Pemeriksaan keselamatan meliputi
penyambungan kabel kepada bekalan samada ia dalam keadaaan selamat
dan tiada berlaku kebocoran arus.

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(3/4) Muka / Page : 4 Drpd/of : 10
COMPETENCY UNIT ID

3.4.1 Jenis-jenis pemeriksaan keselamatan yang boleh digunakan.

• Pemeriksaan keselamatan berjadual
• Pensampelan keselamatan
• Lawatan keselamatan
• Pemerhatian keselamatan secara umum
• Pemerhatian keselamatan sikap

3.4.2 Jenis pemeriksaan yang disenaraikan di atas.

a). Pemeriksaan keselamatan berjadual

• Merupakan jenis paling biasa digunakan.
• Rutin, meliputi semua aspek keselamatan.
• Memeriksa tempat kerja, pekerja, prosidur.
• Melibatkan satu pasukan kecil.
• Kekerapan pemeriksaan – bulanan.
• Masa yang diperlukan 1-3 jam.

b).Pensampelan keselamatan

• Merupakan satu bentuk pemeriksaan keselamatan kecil atau ‘mini’.
• Memberi tumpuan kepada isu dimana ada laporan kecederaan atau ‘near-

miss atau ada masalah.
• Melibatkan dua atau tiga orang sahaja.
• Kekerapan pemeriksaan ada mingguan dan melibatkan tidak lebih

daripada 2-3 orang.

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(3/4) Muka / Page : 5 Drpd/of : 10
COMPETENCY UNIT ID

Terdapat 2 jenis pelan pensampelan

• Pelan Pensampelan Tunggal dan Pelan Pensampelan Berganda Dua

i. Pelan pensampelan tunggal:

• Menetapkan saiz sampel & bilangan kecacatan.
• JIKA: a. Bilangan kecacatan yang diperiksa daripada saiz sampel yang

diambil melebihi bilangan yang ditetapkan, maka keseluruhan
produk tidak mencapai kualiti yang ditetapkan.
b. Bilangan kecacatan kurang daripada bilangan yang ditetapkan,
maka keseluruhan produk mencapai tahap kualiti.

ii. Pelan pensampelan berganda dua:

• Pemeriksaan produk yang dibuat sebanyak dua kali.
• Pemeriksaan kali pertama gagal mengukur tahap kualiti sebenar produk.
• Pemeriksaan kali kedua perlu dibuat.
• Bukan menggambarkan bahawa keseluruhan produk tersebut tidak berkualiti.

Kelebihan pemeriksaan secara pengambilan sampel.

• Lebih ekonomi dimana hanya sebahagian produk diperiksa.
• Kurang kerosakkan akibat pengendalian semasa pemeriksaan.
• Mengurangkan bilangan Pemeriksa (inspector),jadi menyelesaikan masalah

pengambilan dan latihan.
• Menaiktarafkan tugas pemeriksaan dan membuat keputusan keatas produk

satu ke satu (piece by piece) kepada keputusan berdasarkan lot ke lot (lot-by
– lot).

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(3/4) Muka / Page : 6 Drpd/of : 10
COMPETENCY UNIT ID

Kelemahan pemeriksaan secara pengambilan sampel.

• Risiko menerima lot yang tidak elok dan menolak lot yang elok.
• Menambahkan kerja perancangan dan okumentasi.
• Pemeriksaan ke atas sampel hanya memberikan maklumat yang sedikit

berbanding memeriksa produk 100%.

C. Pemerhatian keselamatan:

✓ Dijalankan secara umum – Tujuan mengenengahkan tindakan atau
keadaan tidak selamat, kelemahan operasi, kesilapan pertimbangan dan
sikap tidak betul supaya isu-isu dikenalpasti dan direkodkan.

✓ Memeriksa kaedah kerja, keadaan operasi dan penyelenggaran peralatan
dan pematuhan kepada prosedur.

✓ Masa pemeriksaan 5-10minit.
✓ Sesiapa yang komited kepada keselamatan boleh menjalankan

pemeriksaan ini.

D. Pemeriksaan sikap keselamatan

✓ Dijalankan secara informal dalam kerja harian.
✓ Pemerhatian kepada penggunaan peralatan perlindungan keselamatan.
✓ Biasa digunakan oleh organisasi yang mempunyai tahap keselamatan

yang tinggi dan ingin meningkatkan lagi kedudukannya untuk membentuk
dasar untuk masa akan datang.

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(3/4) Muka / Page : 7 Drpd/of : 10
COMPETENCY UNIT ID

3.5 PEMERIKSAAN PEMBUNGKUSAN

3.5.1 PENGENALAN

Pembungkusan merupakan satu elemen penting bagi suatu produk yang di
pasarkan dalam memasar dan menjamin keselamatan produk.Pengguna pula
memainkan peranan dalam menentukan kaedah pembungkusan yang sesuai bagi
produk.kaedah pembungkusan produk merupakan salah satu elemen yang perlu di
titik berat dalam merancang pengeluaran sesuatu produk.

Pemeriksaan keatas pembungkusan hendaklah di lakukan untuk menjaga kualiti
produk dan untuk mengawal daripada berlaku kerosakan yang teruk.Pemeriksaan
boleh di lakuakan secara terperinci atau secara rawak.

3.5.2 FUNGSI & PERANAN PEMBUNGKUSAN

1. Mengekalkan keselamatan sesuatu produk
2. Melindungi produk dari faktor –faktor yang mempengaruhi peralatan seperti

bau,mudah pecah dan cuaca
3. Menarik perhatian pembeli dan menggunakan kelebihan dari segi

rekabentuk dan pemilihan warna
4. Memudahkan untuk di bawa kemana-mana
5. Meningkatkan mutu barangan supaya kelihatan menarik
6. Menyimpan dan melindungi produk.

3.5.3 JENIS JENIS PEMBUNGKUSAN

1. Kotak
2. Pengetinan
3. Pembungkusan Plastik
4. Bubble wrap ( pembalut gelembung )
5. Expanded polyethene
6. Pembotolan

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(3/4) Muka / Page : 8 Drpd/of : 10
COMPETENCY UNIT ID

3.6 KAEDAH PEMERIKSAAN:

Merupakan satu kaedah pantas untuk mengesan kecacatan proses
pengeluaran dengan melakukan aktiviti pengujian produk.Aktiviti pengukuran
dan aktiviti sentuh.Tujuan pemeriksaan adalah untuk mengesan kecacatan
pada proses pengeluaran dan produk serta melaukan penambahbaikan.Antara
kaedah pemeriksaan yang digunkan adalah seperti berikut:

i. Pemeriksaan rawak (random)

Beberapa sampel produk akan diambil secara rawak bagi mewakili satu
kumpulan produk.Produk yang diperiksa mematuhi piawaian yang
ditetapkan,kumpulan produk tersebut akan diterima.Jika produk didapati
mempunyai kecacatan, kumpulan produk tersebut berhak ditolak oleh
pembeli.

ii. Pemeriksaan sampel (sampling)

Menetapkan saiz sampel & bilangan kecacatan.Jika bilangan kecacatan
yang diperiksa daripada saiz sampel yang diambil melebihi bilangan yang
ditetapkan, maka keseluruhan produk tidak mencapai kualiti yang
ditetapkan.Bilangan kecacatan kurang daripada bilangan yang
ditetapkan,maka keseluruhan produk mencapai tahap kualiti.

iii. Pemeriksaan kumpulan (by batch)

Pemeriksaan dibuat secara berkumpulan contoh kumpulan pertama dan
kumpulan kedua. Jika pemeriksaan kumpulan pertama gagal mengukur
tahap kualiti sebenar produk.Pemeriksaan perlu diteruskan pada
kumpulan kedua untuk menggambarkan bahawa keseluruhan produk
tersebut tidak berkualiti.Jika pemeriksaan mendapati bilangan kecacatan
produk mencapai tahap kualiti,maka keseluruhan produk tersebut
diterima.Jika pemeriksaan kumpulan kedua mendapati kecacatan produk
tidak mencapai tahap kualiti, maka keseluruhan produk akan ditolak

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(3/4) Muka / Page : 9 Drpd/of : 10
COMPETENCY UNIT ID

SOALAN/QUESTION :

1.Senaraikan Jenis-jenis pemeriksaan keselamatan yang selalu digunakan.
2.Apakah fungsi Pemeriksaan
3.Apakah yang terkandung dalam pemerhatian keselamatan
4. Apakah fungsi dan peranan pembungkusan peralatan elektronik.
5.Nyatakan nilai sumber bekalan kuasa masukan yang digunakan di negara kita.

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(3/4) Muka / Page : 10 Drpd/of : 10
COMPETENCY UNIT ID

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Electronic Fundamentals and Circuit Devices, By Sloyd, Prentice Hall,
2. Teknologi Elektronik, Membaca dan Menguji Komponen Elektronik, Md Nasir

Abd Manan Bab 9 halaman 42 – 49
3. Joseph . Raisse. (1968). Electronic Troubleshooting. H.W.Sams
4. R.Boylestad and L.Nashelsky. (1996). Electronic Devices and Circuit Theory.

Prentice Hall- Gale
5. Albert Paul Malvino and Donald P. Leach. (1994). Digital Principles And

Application. McGraw-Hill. (ISBN: 0028018214)
6. Al Williams. (2003). Build your own Printed Circuit Board. Mcgraw-hill (ISBN:

007142783X)
7. Joseph A. Risse. (1968). Understanding electronic test equipment. H. W.

Sams

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 4
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA ETN 3014 - ELECTRONIC PRODUCT QUALITY CONTROL
PROGRAM /
EE-021-3:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT
PROGRAM’S CODE & TROUBLESHOOTING, REPAIR & MAINTENANCE
NAME

TAHAP / LEVEL L3

NO. DAN TAJUK UNIT EE-021-3-2012-C01 ELECTRONIC PRODUCT QUALITY
KOMPETENSI / CONTROL

COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. IDENTIFY ELECTRONIC PRODUCT QUALITY

NO. DAN PENYATAAN CONTROL REQUIREMENTS

AKTIVITI KERJA / WORK 2. PREPARE ELECTRONIC QUALITY CONTROL

ACTIVITIES NO. AND ACTIVITIES REQUIREMENTS

STATEMENT 3. PERFORM ELECTRONIC QUALITY CONTROL

4. REPORT INSPECTION RESULTS TO SUPERIOR

NO. KOD / CODE NO. EE-021-3:2012-C01/P(4/4) Muka Surat / Page: 1
ETN 3014/K04/P4-P4 Drpd / of: 11

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID

Laporan Hasil Pemeriksaan Produk Kepada Penyelia / Report inspection results
to superior

Kawalan Kualiti Produk Elektronik adalah untuk menjalankan kawalan kualiti produk
mengikut manual pengilang dan spesifikasi. Kakitangan yang kompeten dalam
kawalan kualiti produk elektronik akan dapat mengenal pasti spesifikasi produk,
menjalankan fungsi spesifikasi produk, mentafsir hasil pemeriksaan dan menyediakan
laporan hasil pemeriksaan.
4.1 SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN

Contoh Borang Senarai Semak Pemeriksaan Tempat Kerja
Senarai semak ini perlu diguna pakai untuk memenuhi keperluan terperinci dan
keperluan khusus di tempat kerja anda.

Company Name/ Details:

Work Area

Date of Inspection: Action Required

Time: Good O.K Urgent Schedule

Fire
Extinguishers in place, clearly marked for type of
fire and recently serviced
Adequate direction notices for fire exits

Exit doors easily opened from inside
Fire wardens appointed

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID

Exits clear of obstructions
Fire alarm system functioning correctly
Fire instructions available and displayed
Assembly points clearly identified
Regular fire drills carried out
Training sessions conducted

Electrical
No broken plugs, sockets or switches
No frayed or damaged leads
Portable power tools in good condition
No temporary leads on floor
All electrical equipment has been taged
Emergency shut-down procedures in place
No strained leads
General Lighting
Adequate illumination
Good natural lighting
No direct or reflected glare

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID

Light fittings clean and in good condition

Emergency lighting operable

Chemicals On-Site
MSDS for all chemicals
Containers clearly labelled
Do special storage conditions apply?
First Aid
Cabinets and contents clean and orderly
Easy access to cabinets
Employees aware of location of first aid cabinet
First aid cabinet clearly labelled
Eye wash facilities are provided (were
appropriate)
Emergency numbers displayed
Supply of soap and towels
Adequate stocks

Floors
Even surface, no cracks or holes

Loose boards or drainage grills or vents are

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID

cleaned regularly

Oil and grease removed

Entry across walkways kept clear

No electrical leads across walkways

Walkways adequately lit and clearly marked

Unobstructed vision at intersections

Office Hazards
Filing

Chairs

Desks

Glare from windows
Photocopiers – fumes

Air conditioning maintained regularly

Disposal of waste

Machines
Kept clean

Adequately guarded

Starting and stopping devices within easy reach

Waste storage / disposal

Drip pans to prevent spillage

Adequate work space around machine

Noise levels controlled

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID

Lighting satisfactory

No bending or stooping required

Rubbish – Waste
Bins located at suitable points in plant
Bins emptied regularly
Oily rags and combustibles in covered container
Work benches
Clear of rubbish
Tools not in use stored correctly
No damaged hand-tools
Work height
No sharp edges
Storage
Materials stored in racks & bins
Storage designed to minimise lifting
Floors around racking clear of rubbish

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID

General conditions of racks & pallets

Other Items

[ Kepala Surat Syarikat / Company Letterhead]

LAPORAN SENARAI SEMAK DAN SPESIFIKASI

Nama Syarikat :

Juruteknik :

Peralatan :

Tarikh :

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID
No. Siri CPU :
Maklumat Peralatan No. Siri Monitor :
No. Pendaftaran :
Jenama :

Model :

Lokasi :

SENARAI SEMAK

KATEGORI KETERANGAN YA TIDAK CATATAN

Keadaan bateri cmos baik

CPU Casing yang bersih

Keadaan CPU baik

Bersih

KEYBOARD Keadaan kabel yang baik

Kekunci berfungsi

CD-ROM Bahagian CD-ROM bersih dan tidak
berhabuk

Berfungsi dengan baik

Keadaan yang bersih

TERTIKUS
Berfungsi dengan baik

MONITOR Monitor dibersihkan
Monitor dalam keadaan baik

Perisian antivirus dipasang

ANTIVIRUS Melakukan Scan antivirus

Mengemaskini status antivirus

PRINTER Membersihkan bahagian dalam dan
luar

Memasukkan ink ke dalam bekas ink

Ulasan:

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID Disemakan Oleh:

Disediakan Oleh:

Nama : Nama :
Jawatan: Jawatan:
Tarikh : Tarikh :

4.2 KEPUTUSAN PEMERIKSAAN

Keputusan pemeriksaan perlu di hantar kepada ketua/pihak atasan sebagai bukti
kawalan kualiti telah di jalankan. Setiap laporan pemeriksaan perlu ada :-
1)Kaedah yang digunakan.
2)Jadual kalibrasi peralatan
3)Senarai semak pemeriksaan tempat kerja
4)Senarai semak pemeriksaan peralatan

4.3 PROSEDUR PENGAKUAN/ACKNOWLEDGEMENT PROCEDURES

Prosedur pengakuan pemeriksaan oleh penyelia perlu ada untuk mengesahkan
pemeriksaan kualiti produk telah dilaksanakan untuk memastikan produk tersebut
memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID

SOALAN/QUESTION :

1.Mengapa perlu di buat senarai semak?
2.Senaraikan perkara yang perlu ada untuk memeriksa peralatan elektronik.
3.Senaraikan item yang diperlukan dalam borang senarai semak kawalan mutu?

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak

ID UNIT KOMPETENSI / EE-021-3:2012-C01/P(4/4)
COMPETENCY UNIT ID

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Electronic Fundamentals and Circuit Devices, By Sloyd, Prentice Hall,
2. Teknologi Elektronik, Membaca dan Menguji Komponen Elektronik, Md Nasir Abd

Manan Bab 9 halaman 42 – 49
3. Joseph . Raisse. (1968). Electronic Troubleshooting. H.W.Sams
4. R.Boylestad and L.Nashelsky. (1996). Electronic Devices and Circuit Theory.

Prentice Hall- Gale
5. Albert Paul Malvino and Donald P. Leach. (1994). Digital Principles And

Application. McGraw-Hill. (ISBN: 0028018214)
6. Al Williams. (2003). Build your own Printed Circuit Board. Mcgraw-hill (ISBN:

007142783X)
7. Joseph A. Risse. (1968). Understanding electronic test equipment. H. W. Sams

Edit Oleh: Josephine Mini @ Kolej Voksional Seri Iskandar, Perak


Click to View FlipBook Version