The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitisolehahzakaria2, 2022-03-12 03:14:01

E FOLIO KUMPULAN 1

E FOLIO KUMPULAN 1

SIJIL PEMPROSESAN DAN KAWALAN MUTU MAKANAN
KOLEJ KOMUNITI ARAU

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

E-FOLIO

MPU13012

PENDIDIKAN ISLAM

SESI II 2021/2022

KUMPULAN 1

NAMA : SITI SOLEHAH BINTI ZAKARIA NOOR SHAMIZA BINTI MOHD SUKRI
WAN NUR SURAYA BINTI ZULKOPLI NURFATIHAH ALIA BINTI WAHID ZAMANI
NUR ‘AIN BINTI YAZIN AFFAR SYASYA NUR SYAKIRA BINTI MOHD SAAD

NO PENDAFTARAN : R01SPK21F004 R01SPK21F007
R01SPK21F047 R01SPK21F017
R01SPK21F027 R01SPK21F056

KOD DAN NAMA KURSUS : MPU13012 PENDIDIKAN ISLAM
NAMA PENSYARAH : ENCIK SHAHIRAN BIN SHAHIDAN

ISI KANDUNGAN HALAMAN
1
BIL KANDUNGAN
2-3
1 PENGERTIAN ISLAM 4
1.1 PENGERTIAN TASAWWUR ISLAM
5-6
2 KONSEP TASAWWUR ISLAM 7-9

3 PENGERTIAN ISLAM, IMAN DAN IHSAN 10
DAN HUBUNGANNYA

4 SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM

5 PENGERTIAN AKIDAH DAN
KEPENTINGANNYA

5.1 KEPENTINGAN AKIDAH DALAM
KEHIDUPAN

6 SUMBER RUJUKAN

SOALAN 1

PENGERTIAN ISLAM

- Islam adalah sebagai AD-DIN yang merangkumi seluruh aspek
kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya
aqidah.amalan-amalan dan hukum-hukum berhubungan di
dalamnya rohani dan jasmani.fardiyyah dan jasmaiyyah.agama
dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan di
akhirat.secara khususnya islam sebagaimana yang
dikemukakan oleh ulama-ulama berdasarkan kepada AL-Quran
dan As-Sunnah adalah –

- Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah S.W.T
serta mentaatinya yang lahir dari kesedaran dengan tidak
dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan
pahala dan dosa.

PENGERTIAN TASAWWUR ISLAM

- ISLAM

➢ Berasal daripada kata kerja “salima” ( ‫ )سالم‬bermakna suci
dari kecacatan zahir dan batin.

➢ Dari istilah-mentauhidkan allah S.W.T tunduk dan patuh
serta beriman dengan pengajaran-pengajaran agama yang
dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W

➢ Nama islam adalah ketetapan dari Allah S.W.T
➢ Keperluan utama untuk menghayati islam adalah dari Rukun

islam yang ke 5.

- IMAN

➢ Harfiah-percaya kepada Allah S.W.T juga ditakrifkan sebagai
orang yang percaya (mukmin)

➢ Perkataan-diambil dari kata kerja aamana ( ‫ ) أمان‬yukminu
bererti percaya / membenarkan.

KONSEP TASAWWUR ISLAM

- Konsep tasawwur islam ialah mardzelah makhsin dan perkataan
tasawwur berasal daripada perkataan arab yang bermula dengan
kata dasar sawwara.Hasil daripada kata dasar ini menerbitkan
perkataan tasawwur yang bererti memberikan suatu tanggapan
kepada rupa yang dapat dikhayalkan dan menjelaskan gambaran
sebenar ke atas sesuatu serta menghasilkan rupa dalam akal.

- Daripada definisi tersebut, tasawwur bermaksud memberikan
gambaran sebenar ke atas apa yang disampaikan kepada akal
fikiran dan seterusnya menjadi sebati dalam diri untuk difahami.
Apabila perkataan tasawwur dipadukan dengan perkataan islam,
maka ia membentuk tasawwur islam yang bererti gambaran
bentuk islam hakiki. Hal ini menunjukkan tasawwur islam bertujuan
menjelaskan prinsip-prinsip asas islam secara keseluruhan dan
seterusnya menggambarkan agama islam sebagai suatu tasawwur
yang menganggap manusia sebagai agama yang bersifat fleksibel
dan global. Tasawwur Islam dalam konteks Syumul,Tasawwur
Syumul ialah suatu tasawwur yang menganggap manusia sebagai
salah satu daripada makhluk-makhluk Allah yang amat lemah dan
kehidupannya bergantung kepada rahmat Allah SWT. Justera itu,
keimanan manusia kepada Allah SWT perlu mengatasi segala
kepercayaan pada perkara-perkara lain. Manusia juga perlu
mengingati kepercayaan dan ketaatan kepada Allah SWT secara
lengkap dan sempurna kerana Allah SWT sentiasa menilai segala
perkataan, perbuatan dan tingkah laku manusia setiap masa.

- Apabila kita ingin memastikan bahawa kita mendapatkan
tasawwur yang betul tentang Islam, kita sebenarnya perlu merujuk
kepada gambaran yang sahih tentang Islam yang tentunya
bersumberkan daripada sumber yang berautoriti iaitu al-Quran dan
al-Hadis. Tanpa merujuk kepada Al-Quran, Al-Sunnah dan kitab
muktabar para ulama, tidak mungkin gambaran yang tepat tentang
Islam diperolehi. Bagaimana kita boleh mendapatkan gambaran
yang betul tentang sesuatu sekiranya kita tidak merujuk kepada
sumber yang betul dan tepat? Perkara ini sama dalam konteks
apabila kita tidak memperoleh gambaran yang menyeluruh tentang
sesuatu isu menyebabkan kita tidak bersikap adil dalam

menangani isu berkenaan kerana 4 perspektif kita tidak tepat dan
sempit. Sebagai contoh, bagaimana kita dapat menangani isu
murtad dalam negara jika kita tidak mendapatkan gambaran yang
tepat dan menyeluruh tentang faktor dalaman dan luaran serta
pelbagai aspek lain yang berkaitan. Tanpa tasawwur dan
gambaran yang benar tentang Islam, akan menyebabkan
timbulnya persepsi atau tanggapan yang tidak tepat tentang Islam.
Tanggapan yang tidak tepat tentang Islam biasanya akan
menjurus kepada sesuatu yang bersifat songsang dan
menyeleweng tentang Islam. Sebagai contoh, apabila individu atau
satu-satu kelompok masyarakat yang tidak mendapat gambaran
yang tepat tentang Islam, akan lahir beberapa tanggapan tidak
benar tentang Islam. Ini mendorong kepada timbulnya tanggapan
bahawa Islam menolak kemajuan, Islam menolak kekayaan, Islam
bersifat keras dan ganas, Islam bersifat kolot dan mundur dan
pelbagai jenis tanggapan negatif apabila Islam tidak diketahui
dengan jelas dan tepat.

- Tasawwur atau gambaran yang betul tentang Islam secara
umumnya merujuk kepada Islam sebagai sebagai satu cara hidup
yang meliputi aspek akidah, ibadah, syariat dan akhlak. Islam
menyentuh seluruh ruang kehidupan insan bermula daripada
aspek akidah sehingga kepada seluruh peraturan hidup. Islam
mengatur urusan hidup manuisa sekecil-kecilnya daripada urusan
tidur dan makan sehingga urusan negara dan politik
antarabangsa. Islam mengetengahkan elemen kesederhanaan,
kesempurnaan, ketuhanan, kemanusiaan dan kejelasan.

PENGERTIAN ISLAM, IMAN DAN IHSAN DAN HUBUNGANNYA

➢ 1. ISLAM
- Berasal dari kata kerja “salima” ‫ سليما‬bermakna suci dari kecacatan zahir &
batin
- Dari istilah :- mentauhidkan Allah S.W.T tunduk & patuh serta beriman
dengan pengajaran-pengajaran agama yang dibawa oleh Nabi
Muhammad S.A.W
- Nama Islam adalah ketetapan dari Allah S.W.T
- Keperluan utama untuk menghayati Islam adalah dari Rukun Islam yang ke
lima

➢ 2. IMAN
- Harfiah :- percaya kepada Allah S.W.T juga ditakrifkan sebagai orang yang

percaya (mukmin)
- Perkataan :- Diambil dari kata kerja aamana (‫ )ءامن‬yukminu (‫)يوءمن‬. Bererti

percaya / membenarkan
- Takrif :- dari saidah r.a “iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan &

membenarkan dengan hati & mengejarkan dengan anggota
- Keperluan utama untuk menghayati iman adalah dari rukun iman yang 6

perkara

➢ 3. IHSAN
- Tindakan seseorang melakukan sesuatu amakan / kebaikan kerana

menyedari bahawa Allah sedang memerhatikan gerak gerinya & dia
hanya mengharapkan balasan baik daripada Allah semata2

IHSAN TERBAHAGI KEPADA DUA

a) Ihsan kepada Allah S.W.T
b) Ihsan kepada makhluk

INTISARI HUBUNGAN ANTARA IMAN, ISLAM & IHSAN

a- seseorang yang percaya & yakin dengan keesaan & kekuasaan Allah S.W.T
(Iman) akan sentiasa tunduk menerima perintah Allah & patuh melaksanakannya
(Islam) dengan penuh keihklasan tanpa mengharapkan ganjaran daripada manusia
(Ihsan)

b- Gabungan antara keyakinan terhadap Allah, kepatuhan melaksanakan perintah-
Nya & keikhlasan yang sepenuhnya akan melahirkan insan yang seimbang & taat.

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM

1. AL QURAN

Al Quran adalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW
.Tulisannya berbahasa arab dengan perantaraan Malaikat Jibril.

Al Quran juga merupakan bukti atau hujah bagi Nabi Muhammad SAW dalam
menyampaikan risalah kerasulan dan pedoman hidup bagi manusia serta hukum-
hukum yang wajib dilaksanakan. Hal ini untuk mewujudkan kebahagiaan hidup di
dunia dan akhirat serta untuk mendekatkan diri kepada Alah SWT.

- Al Quran sebagai kalam Allah SWT dapat dibuktikan dengan ketidak sanggupan
atau kelemahan yang dimiliki oleh manusia untuk membuatnya sebagai tandingan,
walaupun manusia itu adalah orang pintar.

Dalam surah Al Isra ayat 88 Allah berfirman:
‫قُل َّل ِٕىن اجتَ َمعَت الن ُس َوالجن َعلٰٓى اَن َيّأتُوا بمثل ه َذا القُران َل َيأتُو َن بمثله َو َلو َكا َن َبع ُض ُهم لبَعض َظهي ًرا‬
Katakanlah, “sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang
serupa (dengan) Al Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat yang serupa
dengannya, sekalipun mereka saling membantu satu sama lain.”

2. HADITS

Seluruh umat islam telah sepakat dan berpendapat serta mengakui bahawa sabda,
perbuatan dan persetujuan Rasulullah Muhammad SAW tersebut adalah sumber
hukum islam yang kedua sesudah Al Quran . Banyak ayat-ayat di dalam Al Quran
yang memerintahkan untuk mentaati Rasulullah SAW seperti firman Allah SWT dlam
Q.S Ali Imran ayat 32:

٣٢ – ‫ل اَطيعُوا ّل ٰل َا َوال َّر ُسو َل ۚ فَان تَ َو َّلوا َفا َّن ّل ٰل َا َل يُحب الكفري َن‬
Katakanlah (Muhammad), “Taatilah Allah dan Rasul jika kamu berpaling, ketahuilah
bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir”

Al Hadits sebagai sumber hukum yang kedua berfungsi sebagai penguat, sebagai
pemberi keterangan, sebagai pentakhshis keumunan, dan membuat hukum baru
yang kententuanya tidak ada di dalam Al Quran. Hukum-hukum yang ditetapkan
oleh Rasulullah Muhammad SAW ada kalanya aras petunjuk(ilham) dari Allah SWT,
dan ada kalanya berasal dari ijtihad.

3. IJMA
- Dari segi Bahasa Ijma bermaksud berazam dan bertekad melakukan sesuatu,
sepertimana firman Allah;

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) perihal Nabi Nuh, ketika dia
berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Sekiranya kedudukan aku dalam
kalangan kamu, dan peringatan yang aku berikan kepada kamu dengan ayat-ayat
keterangan Allah itu, menjadi keberatan kepada kamu, maka (buatlah apa yang
kamu hendak buat, kerana) kepada Allah jualah aku berserah diri. Oleh itu,
tetapkanlah keazaman kamu serta sekutu-sekutu kamu untuk melakukan
rancangan jahat kamu terhadapku; kemudian janganlah hendaknya rancangan
jahat kamu itu, kamu jalankan secara tersembunyi (tetapi biarlah terbuka); sesudah
itu bertindaklah terus terhadapku dan janganlah kamu tunggu-tunggu lagi. (yunus :
71)
Dari segi istilah fuqaha’ dan ulama usul, ijma bermaksud ittifaq (sependapat atau
sebulat suara) para ulama mujtahidin dari kalangan umat islam pada bila-bila masa
selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW di atas satu-satu hukum syara’

KEPENTINGAN IJMA
- Ijma adalah sumber fiqh yang diperakui kesahihannya dan wajib diterima.
- Melalui proses ijma dapat ditentukan hukum-hukum syara’ bagi permasalahan-

permasalahan baru pada zaman ini.

PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA

➢ Pengertian akidah
Dari segi Bahasa, perkataan ‘aqidah’ dalam penggunaan Bahasa melayu
bermaksud ‘kepercayaan dan keyakinan’ (kamus dewan 1991) dan dari segi
etimologinya, perkataan aqidah merujuk kepada perkataan ‘aqada yang
bermaksud ‘ikatan kemas’ atau ‘simpulan mati’. Makna literal ini
melambangkan adanya unsur-unsur makna semacam kekuatan dan
keyakinan (Zakaria &mat asin, 2001:102) makna ini boleh diteliti dalam firman
Allah S.W.T berikut

Maksudnya:
“Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahan-sumpahanmu yang
tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi dia menghukum kamu disebabkan
sumpah-sumpah yang kamu sengaja” Al-Ma’idah (5): 89)
Dari segi istilah, Abu Bakr Jabir al-jaza’iri, t.t, 23) menjelaskan pengertian
aqidah dengan makna istilah secara terperinci seperti berikut:

Maksudnya:
“himpunan pernyataan-pernyataan benar yang bersifat badihi (terbukti
kebenarannya tanpa perlu dibuktikan), diterima (kebenarannya) menerusi
(penggunaan) akal yang waras, sumber wahyu dan fitrah (manusia); manusia
kemudiannya menyimpulkan (secara kemas) dalam hatinya disemat secara
kemas jiwa raganya dalam keadaanya ia memutuskan secara jazam (pasti)
kesahihannya, menerima secara putus kewujudan dan penyabitannya; dia
tidak berpandangan bahawa yang sebaliknya adalah sahih ataupun wujud”.
Aqidah juga apabila dirujuk kepada makna yang khusus iaitu dari segi
terminologi, ia bermaksud “kepercayaan atau keyakinan yang cukup pasti lagi
putus terhadap sesuatu, tanpa sebarang rasa syak dan keraguan .

KEPENTINGAN AKIDAH DALAM KEHIDUPAN

Kepentingan aqidah dalam kehidupan manusia boleh dilihat dari aspek kesan
kebahagiaan dan keselesaan hidup yang dirasai oleh manusia apabila
mereka menerima aqidah islam. Kepentingan ini boleh dilihat dalam beberapa
aspek:

(a) Manusia akan merasai tenang dan Bahagia dalam menjalani
kehidupan
Dengan menerima aqidah islam, manusia akan dapat mencapai kebahagiaan
dalam menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat. Hakikat ini banyak
disentuh oleh al Quran al-Karim menerusi beberapa firman Allah SWT
antaranya ialah:

Maksudnya:
“sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yahudi, dan orang-
orang nasara dan, dan orang-orang sabiin (orang-orang yang keluar dari satu
agama ke satu agama yang lain), siapa sahaja di antara mereka yang benar-benar
beriman kepada Allah (termasuk iman kepada Muhammad s.a.w) hari kemudian dan
beramal soleh (perbuatan yang baik yang diperintahkan oleh islam) mereka akan
menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhuatiran kepada mereka dan
tidak (pula)mereka bersedih hati” Al-Baqarah (2):62

(b) manusia akan meninggalkan amalan-amalan buruk dan beramal
dengan amalan-amalan yang mulia
Umat yang beriman dengan iman yang hakiki bukan sahaja akan dapat
menjalani kehidupan dengan baik dan aman, tetapi juga mereka akan
meninggalkan amalan buruk dan sentiasa melakukan amalan-amalan yang
mulia. Antara amalan soleh yang boleh memacu kejayaan orang-orang
mukmin di dunia ini ialah dengan menunaikan solat dalam keadaan khusyuk,
meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan, menjaga kehormatan diri dan
sebagainya.Firman Allah SWT

Maksudnya:

“sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang
yang khusyuk dalam soalnya. Dan orang-orang menjauhkan diri dari
(perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang- orang yang
menunaikan zakat. Dan orang-orang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap
isteri-isteri mereka atau budak (hamba) yang mereka miliki; maka
sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barang siapa mencari yang
selain dari itu (misalnya zina,homeseksual dan sebagainya) maka mereka
itulah orang-orang yang melampaui batas . Dan orang-orang yang
memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya . Dan orang-orang
yang memelihara solatnya”

SUMBER RUJUKAN

http://nagasejuk.blogspot.com/2012/11/pengertian-tasawwur-dan-
islam.html
https://educ.upm.edu.my/upload/dokumen/menul320210324110745test_2
.pdf
https://youtu.be/oPhlZ7R8Y38
https://ps2unic.wordpress.com/2013/09/13/topik-2-pengertian-aqidah-
dan-kepentingannya/


Click to View FlipBook Version