DESIGN HERE
MARIAHANIS BINTI RIZAL
● KELAS : 4 ANGSANA
● EMAIL
● NAMA SEKOLAH : [email protected]
● ALAMAT SEKOLAH
: SMK SUNGAI TIRAM
● MOTO
● TENTANG SAYA : BATU 16, JALAN AHMAD DASUKI,
SUNGAI TIRAM, 81800 ULU TIRAM,
JOHOR.
: IF YOU NOT START TODAY, YOU NEED
TO RUN TOMMOROW.
: SAYA MERUPAKAN ANAK PERTAMA
DALAM DUA ORANG ADIK-BERADIK
DAN SAYA MERUPAKAN SALAH
SEORANG AHLI SLB DI SEKOLAH
SAYA.
Imbas QR untuk saya bacakan Pendahuluan ini!
Setiap negeri pastinya mempunyai tokoh-tokoh yang pakar dalam sesuatu bidang serta
mempunyai misi dan visi yang sama dalam memajukan negara dengan bidang yang diceburinya. Negeri
Johor juga tidak terkecuali. Dengan penghasilan buku skrap digital ini, saya mengharapkan ia dapat
dijadikan sebagai sumber rujukan untuk para pembaca untuk lebih mengenali tokoh-tokoh kelahiran
negeri masing-masing dan memberi inspirasi kepada generasi muda, khususnya kepada anak jati Johor.
Tokoh kepimpinan kelahiran dari negeri
Johor yang menjadi pilihan saya ialah Tun Tan Sri
(Dr.) Hajah Fatimah Hashim. Pemilihan beliau
adalah kerana beliau merupakan wanita pertama di
Malaysia yang dilantik menjadi Menteri Kabinet
dalam pelembagaan Malaysia serta telah banyak
menyumbang dalam pembangunan negara dari
aspek sosial dan pendidikan melalui landasan
politik. Ini menunjukkan golongan wanita juga
mampu terlibat dalam pentadbiran negara yang
umumnya didominasi oleh golongan lelaki,
seterusnya memberi inspirasi kepada saya untuk
mencontohi semangat beliau yang kental dalam
kepimpinan SLB di sekolah. Selain itu, saya
memilih beliau kerana beliau merupakan anak
kelahiran negeri Johor sama seperti saya dan ini
membuatkan saya bangga menjadi anak jati Johor.
Saya mengenali beliau daripada ibu saya yang Photo Source : National Council of Women Organisation
pernah bercerita tentang Tun Tan Sri (DR.) Hajah https://ncwomalaysia.org/ncwo_wp/member/tun-dr-fatimah-hashim
Fatimah semasa saya berumur 12 tahun. Menurut ibu
saya, sebuah sekolah telah didirikan atas nama Tun
Tan Sri (DR.) Hajah Fatimah Hashim. Dari situlah
saya mula tertarik untuk mengetahui lebih lanjut
tentang beliau. Melalui penyertaan saya dalam
Pertandingan Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin
Johor ini, saya telah menyalurkan minat saya untuk
mengenali tokoh ini dengan lebih mendalam dalam
bentuk bahan bacaan secara rasmi.
Semasa penghasilan buku skrap digital ini, saya
telah menemu ramah beberapa orang guru untuk bertanya
hal yang lebih lanjut tentang beliau. Selain itu, saya juga
mencari bahan rujukan di pusat sumber dan bahan-bahan
atas talian untuk mencari maklumat tambahan tentang
beliau. Penghasilan buku skrap digital ini telah mendapat
kerjasama yang baik daripada komuniti di sekeliling saya.
Sebagai penghargaan, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada cikgu-cikgu dan rakan-rakan yang telah
membimbing saya sepanjang penghasilan buku skrap digital
ini.
NAMA PENUH
Tun Tan Sri (DR). Hajah Fatimah Hashim
TARIKH LAHIR
25 Disember 1924
TEMPAT LAHIR
Parit Keroma, Muar, Johor, Malaysia
TARIKH MENINGGAL DUNIA
9 Januari 2010 (umur 85)
TEMPAT PERSEMADIAN
Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
PASANGAN ANAK-ANAK
Tan Sri Datin Mariam Abdul Kadir, Mohamed Shah Abdul Kadir, Dato Professor
Abdul Kadir Yusof Emeritus Dr Khalid Abdul Kadir, Datuk Ali Abdul Kadir, Abdul Karim Abdul
Kadir, Faridah Abdul Kadir.
Pendidikan Awal|
Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, Muar.
Sekolah Melayu Perempuan Mersing
Bersekolah malam untuk subjek Bahasa Inggeris, dengan guru
Sekolah Convent Johor Bahru
Guru dan Guru Sementara
Kementerian Pelajaran Malaysia (kini; Kementerian Pendidikan Malaysia)
Bendahari dan Setiausaha Ketua Ketua
Pergerakan Kaum Ibu UMNO Pergerakan Kaum Ibu Pergerakan Kaum Ibu
UMNO Cawangan Ipoh
Cawangan Johor Bahru UMNO Malaya
Menteri Kebajikan Am Malaysia
Barisan Nasional dan ahli parlimen Padang Terap
Pro Chancellor
Universiti Teknologi
Malaysia
“Tun Fatimah Hashim” Youtube Video
By Dimas Anggita Khrisna (2017)
1947 Belia menyertai UMNO ketika berusia 21 tahun. Beliau
menganggotai Pergerakan Kaum Ibu (UMNO) Cawangan
Kampung Nong Chik, Johor Bahru sebagai Bendahari. Beliau
dilantik menjadi Setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor Bahru.
1956 Menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri Perak dan Ketua
Bahagian Ipoh.
September1956 Menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Malaya menggantikan
hingga 1972 tempat Khadijah Sidek. Menyandang jawatan sebagai Naib Yang
Dipertua UMNO Malaysia dan mendapat kerusi dalam
Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
1959 Menjadi calon pilihan raya bagi kawasan Jitra-Padang Terap dan
telah memenangi kerusi Parlimen bagi kawasan tersebut sebanyak
tiga kali berturut-turut.
20 Mei 1969 Menjadi Menteri Kebajikan Am selama empat tahun.
Jun 1972 Mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri setelah
melepaskan jawatan sebagai ketua Wanita UMNO
● Beliau dianugerahkan Pingat Panglima Mangku Negara (P. M. N.) oleh Yang
di-Pertuan Agong yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ pada tahun 31 Ogos 1955.
● Beliau menerima Ijazah Kehormatan Doktor Undang-undang oleh Universiti
Malaya, pada tahun 1975
● Pada tahun 2000 pula, beliau mendapat Ijazah Kehormatan Doktor Pendidikan
oleh Universiti Teknologi Malaysia.
● Beliau juga dianugerahkan Seri Setia Mahkota (S. S. M.) oleh Seri Paduka
Baginda Yang Di-Petuan Agong yang membawa gelaran ‘Tun’ pada tahun 2003
● Beliau mendapat Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti
pada tahun 2009.
● Beliau mendapat gelaran The Most Outstanding Woman dalam siri Women of
Malaysian History Kelima dari Arkib Negara dan PERTIWI
● Beliau berjaya membawa wanita-wanita muda melibatkan diri
dalam bidang politik dan sekali gus menyertai UMNO melalui
penamaan semula Pergerakan Kaum Ibu UMNO kepada
Pergerakan Wanita UMNO
● Menubuhkan National Council of Women’s Organisations, NCWO dan
meraikan Hari Wanita Kebangsaan pertama di Malaysia pada tahun
1962
Membuka kelas dewasa di rumah beliau sendiri untuk membantu
penduduk-penduduk yang buta huruf
Mengemaskini fail-fail pentadbiran, menubuhkan tabung kewangan
serta membuka akaun di bank-bank semasa pertama kali mengetuai
Pergerakan Kaum Ibu UMNO
Menaiktaraf pejabat Kementerian Kebajikan Am secara fizikal
supaya benar-benar mencerminkan sebuat jabatan kerajaan
Memberi ucapan dan ceramah dalam seminar-seminar, forum dan
persidangan-persidangan yang dianjurkan oleh pelbagai pertubuhan
seperti Perjumpaan Wanita Antarabangsa di Tehran pada tahun 1965
Menubuhankan Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim di UKM
NILAI KEPIMPINAN YANG TINGGI SEJAK DI BANGKU SEKOLAH
● Semasa bersekolah, beliau seorang murid yang aktif dan pernah menjadi Ketua Darjah dan
Ketua Kumpulan Sekolah Melayu Perempuan Mersing, Ketua Kumpulan (murid perempuan)
dan ketua rombongan pasukan senaman ke pertandingan senaman sekolah-sekolah negeri
Johor di Sekolah Air Molek.
NILAI KEBERANIAN
● Sebagai Ahli Parlimen dan ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO, beliau telah berani
menegakkan pendirian politik belia dengan berdepan dengan ahli parlimen yang dikenali di
Muar dalam Pilihanraya Jitra-Padang Terap
NILAI TANGGUNGJAWAB
● Selepas seminggu menjadi Menteri Kebajikan Am, beliau memberi bantuan kepada keluarga
India di Kampung Chubadak dan Kampung Chempedak di Sentul yang menjadi mangsa
semasa Peristiwa 13 Mei.
KEBIJAKSANAAN “STREET SMART”
● Walaupun beliau tidak mendapatkan pelajaran yang tinggi namun beliau mampu menyandang
jawatan-jawatan sebagai ahli politik dan bijak menyuarakan pendapat beliau.
KEADILAN DALAM KEPIMPINAN
● Beliau terus menerus memperjuangkan hak wanita dan mengetengahkan suara ahli wanita
dalam kepimpinan dan dunia politik. Beliau juga sering menegaskan bahawa kejayaan beliau
adalah hasil dari kerjasama mereka ynag menyokong beliau dan bukannya kejayaan beliau
sendiri semata-mata
“What drove me was the realisation and awareness of the plight of women. They
were just as qualified and educated (as men in their workplace) but did not have
an equal position. I could not ignore the issue and had to fight for the cause. The
push to do this has to come from you. If people encourage but you don’t have the
will (to take action), nothing will be achieved”
Berdasarkan kerjaya dan sumbangan yang telah dilakar oleh beliau, maka tidak hairanlah beliau
dijadikan idola dari generasi ke generasi, termasuk kepada diri saya sendiri. Penyertaan beliau dalam bidang
politik bukan sahaja menampakkan perubahan yang diperlukan dalam sistem demokrasi Malaysia
pasca-kemerdekaan, terutama dari aspek hak wanita dan kepentingan pendidikan, malah mengukuhkan
sistem perlembagaan Malaysia sebagai salah satu sistem demokrasi yang boleh dicontohi di seluruh dunia.
Biarpun usaha ke arah kepimpinan berwibawa bukan suatu yang mudah, namun berkat kegigihan,
kesungguhan dan kesabaran yang tinggi segala halangan dapat diatasi - inilah satu aspek yang saya pelajari
dari mengenali Tun Tan Sri Dr. Fatimah Hashim yang semestinya akan saya tanamkan sebagai pegangan
utama kepimpinan saya sebagai ahli SLB di sekolah. Dengan kemunculan tokoh-tokoh yang berwibawa serta
kejayaan yang boleh dicontohi pemimpin muda , pastinya Malaysia akan terus menggapai pelbagai kejayaan
baik dari segi ekonomi, politik, akademik, budaya dan sebagainya selain terus melahirkan tokoh-tokoh yang
cukup membanggakan serta berdaya saing. Oleh itu, setiap pelajar haruslah mempunyai nilai kepimpinan
dalam diri mereka sendiri seperti yang dimiliki oleh Tun Fatimah agar dapat menjadi seorang pemimpin yang
berwibawa.
Imbas QR untuk saya bacakan Kesimpulan ini!
BUKU:
● Muhammad Rahimi Hasan & Bahiyah Dato’ Abdul Hamid, 2016, Liku-liku Pembangunan
Kepimpinan Wanita: Pengalaman Kepimpinan Tun Fatimah Hashim, Pusat Kepimpinan Wanita
Tun Fatimah Hashim.
● Nurul Aida Mohd.Rosli, 2011, Sumbangan Tokoh Tersohor, Penerbitan Hartamas.
● Muhammad Rahimi Hasan & Bahyiah Abdul Hamid, 2017, Pembangunan Kepimpinan Wanita:
Membina Ilmu Watan Bagi Kepmpinan Wanita Menerusi Kehidupan Tun Fatimah Hashim, Kajian
Malaysia.
INTERNET:
● Arkib Negara http://www.arkib.gov.my/, diakses pada 12 April 2021.
● UKM https://www.ukm.my/pkwtfh/maklumat-tun-fatimah-hashim/, diakses pada 13 April 2021
● Wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Fatimah_Hashim, diakses pada 11 April 2021.
● http://penatokoh.blogspot.com/2014/02/tun-fatimah-hashim.html, diakses pada 17 April 2021.