EMILAN 2022
2 Intisari kandungan
3 Jawatankuasa sidang redaksi PENGERUSI EN. NAZARUDDIN BIN MOHD TAIB TIMBALAN PENGERUSI TN HJ. SUHAJANAZER BIN SUBOH NAIB PENGERUSI I EN. MOHAMAD ZAHAR BIN ZAKARIA NAIB PENGERUSI II PN. NORLIZA BINTI ABDUL JABAR PENYELARAS CIK. NOR ASIAH BINTI MOHD ZAID NAIB. PENYELARAS EN. MUHAMMAD SHAMIM BIN ZULKEFLI AHLI JAWATANKUASA AKADEMIK: PN. ROOBI A/P KRISHNAN HAL EHWAL MURID PN. HJH NOOR LIHANA BT ABD KARIM KOKURIKULUM PN. ROZANNIE EMILIA BINTI ABD RAHMAN EDITOR: EN. MOHD IRFAN BIN ARIFIN EDITOR GRAFIK: KETUA: PN. SITI MARLIA BINTI ZAKARIA UNIT HEM: CIK. NADZIRAH MUNIRAH BINTI RAMLI UNIT KOKURIKULUM: PN. FATMA HAZWANI BINTI AZMIN UNIT HAL EHWAL MURID: CIK. NUR ATIKAH BINTI MOHD RAZAK
4 Sekapur sirih — menteri Pendidikan malaysia “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera” YB PUAN FADHLINA BT SIDEK Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan komitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya. Landasan sistem pendidikan yang kita warisi pada hari ini telah pun melalui sirisiri pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan. Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga pendidikan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta melahirkan anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mulia pekertinya serta halus adab santunnya. Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem Pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan di masa hadapan. Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarian pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak. Ekosisten harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitra dan negara sejahtera adalah aspirasi yang akan mengangkat darjat kemuliaan (karamah insaniah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan murid-murid keseluruhannya. Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemik dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya.
5 DATO’ HJ PKHARUDDIN BIN HJ GHAZALI Sekapur sirih — ketua pengarah Pendidikan malaysia Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat, rahmat dan izin-Nya dapat saya coretkan sepatah dua kata dalan majalah sekolah ini. Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan malajah sekolah bagi tahun ini. Inisiatif penerbitan majalah ini amatlah murni dalam mendokumentasi maklumat, merakam kenangan dan menghargai usaha serta kesungguhan warga sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pada sepanjang tahun. Saya cukup yakin majalah ini merupakan bukti komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu daripada semua pihak yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak bangsa. Semua warga sekolah memainkan peranan yang penting dalam menggalas misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025, serta menyediakan pendidikan terbaik untuk warisan generasi akan datang. Generasi yang kita harapkan adalah ‘Anak yang Baik lagi Cerdik’ (ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, ketrampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri selaian kecemerlangan kognitif dan psikomotor. Justeru, saya percaya gerak kerja seluruh warga sekolah dengan kepimpinan bercirikan ‘Trust and Inspire’ akan membawa kepada pembentukan generasi pewaris negara yang beradab mulia dan berintelektual. kebersamaan, keterbukaan dan kesyukuran merupakan prinsip penting dalam bekerja yang perlu kita teruskan dalam memacu kecemerlangan pendidikan negara. Akhir kata, semoga penerbitan majalah sekolah ini dapat diteruskan bagi membina ukhwah serta menyatu padukan semua warga sekolah dan seterusnya melahirkan generasi Malaysia yang sejahtera.
6 MD SAID BIN MD DAIMON Sekapur sirih — JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah pada tahun 2022 ini. Tiada kata secantik bahasa untuk menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan untuk saya gambarkan perasaan penghargaan saya. Sekalung ucapan tahniah saya rakamkan buat warga sekolah, khususnya Sidang Redaksi yang telah berjaya menerbitkan Majalah Sekolah bagi tahun 2022, tahun yang sangat istimewa bagi kita semua warga pendidik kerana kita sudah kembali ke sekolah secara bersemuka dan melaksanakan rutin kita di sekolah seperti tahun-tahun sebelum ini. Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha yang penting kerana menjadi rujukan masyarakat luaran untuk mengenal watak dan kebitaraan seebuah sekolah. Selain memamparkan aktiviti dan pencapaian pada tahun semasa. Majalah sekolah juga mampu menyerlahkan aura iklim serta budaya sekolah hasil garapan pemimpin sekolah dan warganya. Saya percaya komitmen yang tinggi dan kerjasama padu daripada warga sekolah dan sidang redaksi bagi merealisasikan penerbitan majalah. Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor, segala komitmen dan sumbangan warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan majalah pada tahun-tahun yang mencabar ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Pendidikan adalah asas dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang maju berteraskan semangat bersatu padu, progresif, berbudaya dan berwatak. Bagi menyahut cabaran ini, kita harus meningkatkan kualiti serta memberi fokus kepada kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti. Aspek akademik, sahsiah dan nilai perlu diterapkan dalam pendidikan. Justeru itu,, guru-guru diharapkan perlu memberi fokus kepada pembelajaran berorientasikan perkembangan bagi menyokong usaha melahirkan murid yang berjaya secara holistik. Penerbitan majalah sekolah merupakan aktiviti yang diusahakan oleh murid hasil bimbingan daripada guru-guru dengan tujuan mendokumentasikan seluruh kegiatan sekolah sepanjang tahun. Majalah sekolah merupakan satu dokumen yang berharga pada masa akan datang untuk melihat dan mengungkap kembali kejayaan serta perkembangan yang telah dicapai oleh sekolah. Pastinya murid murid dengan bantuan dan bimbingan guru mestilah bekerjasama bagi mencari idea baharu dengan menggabungkan aspek kreativiti dan inovasi bagi menghasilkan sebuah majalah yang bermutu. Dalam mencapai aspirasi yang unggul, proses membina ilmu perlulah seiring dengan usaha menyempurnakan akhlak setiap modal insan. Bersesuaian dengan gerak kerja Jabatan Pendidikan Negeri Johor iaitu Pendidikan Holistik Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan. Nilai-nilai ini perlu diberi fokus utama agar generasi yang dididik pada hari ini akan menjadi insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan mempunyai sahsiah terpuji. lntegrasi ilmu yang bertunjangkan keagamaan dan keperluan hakiki perlu diperkasa dan diperkukuhkan bagi menjamin jati diri murid terus unggul bagi menghadapi arus globalisasi perdana yang kian mencabar. Akhir kata, saya menyeru semua pihak termasuk pemimpin sekolah, guru-guru, pihak berkepentingan dan pihak swasta untuk sama-sama menjayakan agenda negara demi melahirkan generasi yang cemerlang dan terbilang pada masa akan datang. "WAWASA KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
7 Sekapur sirih— Pengetua smk saint joseph EN NADZARUDDIN BIN MOHD TAIB Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera kepada semua warga SMK Saint Joseph (B). Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama semula pada tahun 2022. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua ahli sidang redaksi tahun 2022 kerana telah berjaya menjalankan tugas mereka untuk menghasilkan majalah Gemilang. Mutakhir ini, banyak perubahan yang berlaku dalam SMK Saint Joseph (B) terutamanya pencapaian dari segi akademik dan kokurikulum yang sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat terhadap sekolah ini. Lantaran itu, perkara yang membanggakan ini wajar diisi di dalam majalah Gemilang bagi tatapan kepada semua pihak sama ada ibu bapa, guru-guru dan para pelajar sendiri. Saya berharap pencapaian ini akan terus berkekalan sehingga dapat mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang tertinggi. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang banyak berbakti dari segi masa, tenaga mahupun kewangan kepada sekolah ini. Banyak perubahan yang telah berlaku terhadap sistem Pendidikan di negara ini akibat daripada penularan Covid-19 dan telah menjadi pancaroba kepada kita sebagai seorang pendidik. Namun, saya amat yakin dan percaya akan kemampuan guru-guru dalam membimbing anak murid di sekolah ini. Oleh itu, saya berharap agar guru-guru dapat menjalankan tugas dengan penuh komited, berdedikasi dan berintegriti agar impian dan cita-cita sekolah tercapai. Selain itu, saya berharap agar sekolah ini sentiasa mendapat kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Saya juga berharap agar peningkatan penglibatan ibu bapa dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memastikan SMK Saint Joseph (B) mampu bersaing dengan sekolah-sekolah berprestij. Akhirulkalam, ribuan terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga SMK Saint Joseph (B) yang setia berbakti. Saya sentiasa mendoakan agar sekolah ini terus menjadi yang terbaik.
8 Sekapur sirih— ydp pibg “ Penglibatan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual penting bagi menjana modal insan yang soleh di dunia dan akhirat “ Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sidang redaksi sekolah kerana memberikan saya kesempatan untuk mewakili para ibu bapa untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah Gemilang bagi tahun 2022. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Penerbitan majalah sekolah penting sebagai bukti penglibatan murid dalam mengharumkan nama sekolah melalui bukti-bukti bergambar yang melibatkan penglibatan yang disertai oleh murid sama ada dari bidang akademik, kokurikulum mahupun sahsiah. Di samping itu juga, ia boleh dijadikan sebagai rujukan dan kenangan bagi warga sekolah di masa hadapan. Adalah menjadi harapan sekolah agar penerbitan majalah tahun ini akan menjadi suatu dokumen yang penting di dalam lakaran sejarah SMK Saint Joseph (B). Oleh itu, peranan PIBG akan menyokong dan membantu warga sekolah dalam meningkatkan pencapaian dan kejayaan sekolah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Oleh itu, saya berharap agar pihak sekolah akan terus berusaha untuk melahirkan murid-murid yang berkarisma dan berakhlak mulia serta berpendidikan yang dapat membanggakan sekolah ke peringkat yang tertinggi. EN ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
9 Sekapur sirih— ketua pengawas MUHAMMAD IZZUDDIN THAQIF RUSLAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, telah memberikan saya peluang memberi sepatah dua kata dalam Majalah Gemilang edisi tahun 2022. Sekalung tahniah dan apresiasi diucapkan kepada semua ahli sidang redaksi yang telah bertungkus lumus menghasilkan majalah sekolah pada tahun ini. Tidak lupa juga kepada warga SMK Saint Joseph (B) yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tanpa disedari, saya telah meranum akal dan mematangkan fikiran di sekolah ini selama 5 tahun. Sepanjang menuntut di sini, banyak ilmu yang diperoleh dan telah membentuk saya dalam menjadi seorang pelajar yang berdisiplin dan berketerampilan dalam semua aspek samada fizikal atau mental, terutamanya tugas sebagai ketua pelajar amatlah mencabar kerana kematangan dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menghadapi pelbagai situasi yang mencabar. Terima kasih kepada pihak sekolah, guru-guru terutamanya Cikgu Arvanee Jani selaku Ketua Guru Pengawas yang telah memberikan saya tunjuk ajar dan pengalaman yang sememangnya tidak dapat dijual beli dimana-mana sekaligus menjadikan saya seorang yang komited, integriti dan amanah terhadap tugas yang diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru dan warga SMK SAINT JOSEPH (B) . Kepada semua pelajar terutamanya calon SPM, berusahalah bersungguhsungguh kerana setiap usaha yang berterusan InsyaAllah akan diberikan ganjaran yang setimpal dengannya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya mewakili suara-suara pelajar tingkatan 5 ingin memohon maaf andai kata ada tersilap bahasa, terlanjur kata dan menguris hati guru-guru yang telah kami anggap sebagai ayahanda dan bonda. Semoga visi dan misi sekolah kita dapat direalisasikan dalam melahirkan modal insan kelas pertama pada masa akan datang. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka menentukannya sendiri. Akhir kalam, sentiasalah menghormati guru dan tuntutlah ilmu kerana Allah. Semoga SMK SAINT JOSEPH (B) sentiasa bertambah UNGGUL, CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG . "Lillah" , "Billah" , "Fillah" Sekian , Terima Kasih
10 BARISAN PENTADBIR 2022
11 BARISAN STAFF SOKONGAN 2022
12 BARISAN GURU 2022
13 PROFIL GURU-GURU SMK SAINT JOSEPH
14 PROFIL GURU-GURU SMK SAINT JOSEPH
15 PANORAMA INDAH DI SMK SAINT JOSEPH
16 PANORAMA INDAH DI SMK SAINT JOSEPH
17 PENCAPAIAN AKADEMIK— PBD
18 PENCAPAIAN AKADEMIK— PBD
19 PENCAPAIAN AKADEMIK— PBD
20 PENCAPAIAN AKADEMIK— PBD
21 PENCAPAIAN AKADEMIK— PBD
22 KEPUTUSAN SPM 2021
23 ANALISIS KEPUTUSAN SPM 2021
24 ANALISIS KEPUTUSAN SPM 2021
25 KEPUTUSAN SPM 2021
26 LAPORAN HEM SESI 2022
27 LAPORAN HEM SESI 2022
28 PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN
29 PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN
30 PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI
31 PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI
32 PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI
33 PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM PERINGKAT DAERAH
34 PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM PERINGKAT DAERAH
35 DIARI SENJO 2022
Pendaftaran Orientasi Tingkatan 1
Mesyuarat Agung Rumah Sukan
Mesyuarat Agung Sukan & Permainan
Mesyuarat Agung Kelab & Persatuan
Mesyuarat Agung Unit Beruniform
Program Ihya Ramadhan
Pelancaran Program Minggu Anti Dadah
Tadarus Al-Quran
Majlis Penyerahan Bakul Rahadhan
Jom Milo Bersama SENJO
Senamrobik
Sambutan Hari Guru & Sambutan Hari Raya
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
Anugerah Nilam Peringkat Daerah
Anugerah Nilam Peringkat Negeri