The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BACA DENGAN SEBUTAN DAN INTONASI YANG JELAS DAN BETUL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1131-15-farisya, 2023-09-22 13:04:46

CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA

BACA DENGAN SEBUTAN DAN INTONASI YANG JELAS DAN BETUL

CIRI- CIRI KELUARGA BAHAGIA NUR FARISYA BINTI MAT NAWI


Ciri-ciri keluarga bahagia adalah saling mengasihani dan menyayangi satu sama lain. Setiap ahli keluarga sepatutnya saling mengambil berat. Oleh hal yang demikian, setiap isi rumah perlulah mengadakan perbincangan pada waktu tertentu bagi mengetahui perkembangan semasa anak-anak atau bagi menyelesaikan konflik yang timbul dalam kalangan mereka.


Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertengkaran terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana sebuah keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung.Ramai orang mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang harmoni,aman dan damai.


Antara salah satu ciri keluarga bahagia ialah keluarga yang mempunyai didikan agama dan moral yang utuh. Hal ini kerana agama merupakan tunjang pembentukan sesebuah keluarga itu. Kebiasaannya, keluarga yang berpendidikan agama mampu melahirkan persefahaman dan perasaan bertolak ansur dalam perhubungan keluarga.


Maka, sudah terang lagi bersuluh keluarga bahagia amat penting dalam kehidupan kita, bahkan negara kita juga akan aman damai kerana tiada pertelingkahan sesama sendiri.Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju.


Click to View FlipBook Version