Aku Sebatang Pen Irsyad Haziq dan Fir Rayyan 6seroja
Aku sebatang pen. Nama aku “g’soft”.Badan aku berwarna biru muda.Dakwat aku berwarna biru muda.Aku berasal dari sebuah kilang di Selangor. Aku diproses bersama rakanrakanku di sebuah kilang.Antara rakan-rakanku adalah pen merah,pen hitam dan sebagainya. Setelah diproses aku diletakkan didalam sebuah kotak bersama rakan-rakanku.
Aku dan rakan-rakanku diangkut ke sebuah trak.Selepas itu,aku dan rakanku dibawa kesebuah kedai.Kedai itu berada di Klang,Selangor.Kedai itu bernama “Kedai Buku Cheng”. Setelah itu, aku dan rakanrakanku telah diangkut kedalam kedai itu.Aku dan rakan-rakanku telah disusun rapi di sebuah rak.Manakala,pen yang berjenama mahal seperti pen Parker diletakkan di sebuah almari kaca.
Pemilik kedai itu ialah pak cik Cheng.Dia membuka sebuah kedai ini untuk menyara kehidupan keluarganya. Pada suatu hari, ada seorang budak yang bernama Hafiz telah dating ke kedai pak cik Cheng.Hafiz ingin membeli sebatang pen berdakwat biru.Pak cik Cheng pun menunjukkan kesemua pen berdakwat biru.
Hafiz pun membeli aku.Aku berasa gembira kerana mendapat tuan yang baru.Setelah itu,aku dibawa kerumahnya. Lalu aku dibawa ke biliknya.Hafiz menggunakan aku untuk menyiapkan kerja sekolahnya.Beberapa hari kemudian aku juga digunakan tetapi ketika Hafiz hendak menulis dakwatku sudah habis.Aku pun dibuang kedalam tong sampah.
Aku berasa sedih kerana tidak dapat digunakan lagi tetapi aku juga berasa gembira setelah sekian lama aku berkhidmat kepada tuan aku.
Projek Inovasi mata pelajaran Bahasa Melayu 6 Seroja 2023. Menghasilkan e-cerita pendek berbantukan komputer. Kaedah yang digunakan 1.Menuli cerita pendek 2.Menggunakan power point 3.Fail PDF 4.Membukakan akaun anyflip.com 5.Kongsi pautan Terima Kasih