TRAGEDI 13 MEI 1969 MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN PENSYARAH KURSUS: USTAZ MOHD NAZIMI ZAIM BIN ISMAIL
AHLI KUMPULAH MUHAMMAD NIZAM BIN RAMLI 03DJL21F1012 IZZUL HAZIQ BIN ABDUL RAZAK 03DJL21F1030 AHMAD IRFAN BIN AZMAN 03DJL21F1050 MUHIBULLAH BIN HASABDULLAH 03DJL21F1071 AKIFF HAZIQ BIN SAHARIZAN 03DJL21F1036
Malaysia sebuah negara yang dikatakan unik kerana terdapat kepelbagaian etnik yang mendiami di dalamnya iaitu etnik Melayu, Cina, India dan sebagainya. Walaupun begitu, kepelbagaian etnik ini tidak menggugatkan keamanan yang dikecapi kerana sikap saling menerima dan memberi telah terbentuk semenjak kontrak sosial dimeterai. Namun begitu, keamanan yang dikecapi pernah tercalar dan hampir musnah pada 13 Mei 1969 yang merupakan salah satu tarikh yang bersejarah di dalam Pensejarahan Malaysia. Pelbagai gelaran yang di sandarkan kepada tarikh tersebut. Sesetengah mengatakan 13 Mei 1969 merupakan titik hitam dalam sejarah, ada juga yang menggelarkannya sebagai peristiwa berdarah bagi negara, ada juga yang mengistilahkannya sebagai peristiwa pahit bagi penduduk ketika itu dansebagainya. Begitu tragis peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969 sehingga sekarang ia menjadi sebutan. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di sebalik peristiwa 13 Mei 1969. Sehubungan dengan itu, amat penting bagi kita mengetahui faktor-faktor tercetusnya peristiwa rusuhan diantara kaum di semenanjung Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai peristiwa 13 Mei1969 bagi mengelakkan sejarah tersebut berulang Kembali.
Antara faktor berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah: Peristiwa layanan penjajah Jepun yang berbeza-beza di antara kaum sewaktu zaman Pendudukkan Jepun ternyata merupakan satu peristiwa yang dapat membuktikan titik permulaan ketidakpuasan hati di antara kaum yang akhirnya menimbulkan sifat kebenciaan kaum Cina terhadap kaum Melayu. Orang Cina di berikan layanan yang buruk serta dihukum oleh Jepun sebagai balasan mereka kerana member sokongan dan bantuan moral dan material kepada golongan nasionalis Cina dalam"Perang China-Jepun". Ekoran daripada itu, orang Cina tidak mampu menahan lagi kekerasan yang diberikan kepada mereka lalu mereka bangkit dengan mencuba untuk menubuhkan Kerajaan Komunis Malaya yang akhirnya membawa kepada bibit pertelingkahan kaum antara kaum Cina dengan kaum Melayu. Hal ini kerana, ahli dan penyokong Komunis kebanyakkannya terdiri daripada orang Cina manakala anggota pihak polis dan regim Malaya secara ekslusifnya adalah terdiri daripada orang Melayu.
Antara faktor berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah: Selain itu, kempen pilihanraya dilaksanakan selama lima minggu sehinggalahPilihanraya Negeri serta Persekutuan dijalankan. Dengan kata lain, setiap parti yang bertanding dapat berkempen dalam tempo masa yang lama bagi menarik para pengundi masing-masing. Misalnya, parti MCA, GERAKAN dan DAP menggunakan pelbagai cara untuk memperoleh sokongan daripada pengundi kaum Cina, ternyata ketiga-tiga parti tersebut menghadapi persaingan yang sengit dalam meraih kepercayaan para pengundi.Bertitik tolak dari kenyataan di atas, persaingan yang sengit antara parti-parti tersebut untuk mendapatkan undian daripada kaum Cina telah mendorong sesetengah parti tersebut menggunakan dan memanipulasikan isu-isu perkauman secara melampau dan berlebihan sewaktu berkempen. Antara isu-isu perkauman yang digunakan secara meluas sewaktu berkempen adalah berkaitan dengan isu kewarganegaraan untuk penduduk bukan kaum Melayu, hak dan kedudukan istimewa bumputera Melayu, agihan pekeriaan dalam perkhidmatan awam dan banyak lagi isu yang berbaur perkauman atau dikatakan sebagai isu sensitif turut dibangkitkan..
Antara faktor berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah: Seterusnya, peristiwa 13 Mei 1969 dikatakan tercetus akibat daripada upacara 'Perarakan Pengebumian'. Parti Buruh telan membuat perancangan untuk mengadakan upacara 'Perarakan Pengebumi' secara besar-besaran pada 10 Mei 1969 iaitu pada hari berlangsungnya pilihanraya. Maksudnya di sini, upacara in sebenarnya mempunyai muslihat yang terselindung sejajar dengan matlamat utama mereka iaitu ingin menganggu kelancaran perjalanan pilihanraya. Namun begitu, rancangan mereka gagal apabila pihak polis tidak membenarkan mereka melakukan upacara 'perarakan pengebumian' pada 10 Mei 1969. Sungguhpun demikian, pihak polis tetap memberikan kebenaran kepada mereka untuk meneruskan upacara tersebut tetapi dengan mematuhi beberapa syarat. Antara syarat-syarat yang mesti mereka patuhi ialah, perarakan tersebut mestilah di lakukan pada 9 Mei 1969 supaya kelancaran pilihanraya tidak tergugat dan bilangan yang menyertai perarakan tersebut mestilah tidak melebihi beberapa ratus orang supaya perarakan tersebut tidak mengganggu kelancaran trafik di Kuala Lumpur.
Pada hakikatnya, sebalikya yang berlaku pada hari perarakan tersebut berlangsung iaitu, perarakan tersebut disertai oleh ribuan orang. Pendek kata, mereka sedikitpun tidak mengendahkan syarat yang ditetapkan oleh pihak polis. Tambahan pula, perarakan tersebut telah mencetuskan suatu suasana yang dingin apabila orang yang menyertai perarakan tersebut telah melaungkan slogan Maost dan memprovokasi orang Melayu yang menyaksikan perarakan tesebut dengan menjerit Malaisi yang membawa maksud 'Orang Melayu Pergi Mampus'. Secara tidak lansung, laungan yang sedemikian sedikit sebanyak telah membangkitkan rasa marah orang Melayu terhadap orang Cina.Oleh itu, makin bertambah parahlah rasa kebencian orang Melayu terhadap orang Cina kerana laugan tersebut boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kaum Melayu. Sejurus dengan itu, selang beberapa hari rasa kebencian akhirnya terluah sebagaimana yang diterjemahkan pada 13 Mei 1969 yang merupakan rusukan kaum yang pertama di Malaysia.
Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini . Semua pihak harus menerima kemenangan atau kekalahan dengan cara yang sederhana. Tindakan provokatif dari satu pihak ke pihak lain akan mengundang pelbagai tindakan lain yang tidak diingini dan agresif. Oleh itu, tidak kira sama ada kita kalah atau menang, konsep kesederhanaan harus dititikberatkan. PENGAJARAN
KESIMPULAN Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling dasyat sehinggakan sistem demokrasi yang dijalankan di Malaysia lumpuh buat seketika. Jika diteliti dengan lebih mendalam, peristiwa berdarah ini tidak berlaku secara spontan tetapi peristiwa tersebut berlaku di sebabkan oleh rentetanrentetan peristiwa terdahulu yang telah meninggalkan kesan negatif didalam setiap kaum tidak kira bumiputera mahupun bukan bumiputera. Seterusnya, apabila perasaan di antara kaum mula tidak dapat dikawal atau dibendung maka tercetuslah peristiwa yang paling tragis didalam pensejarahan Malaysia. Fenomena ini boleh dikatakan seperti gunung berapi yang meletus, begitulah gambaran dasyhat peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Namun begitu, rusuhan kaum yang tercetus telah membawa banyak perubahan dalam gaya hidup masyarakat dan kerajaan berusaha membina semula masa depan demi bangsa dan negara.
LAMPIRAN
RUJUKAN Adnan, M. H., & Jamal, M. (2014). Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13: Faktor-Faktor Penentuan Kemenangan Di Sabah. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 1. Mamat, M. A. A., Saat, I., & Ariffin, K. (2014). Impak Dasar Ekonomi Baru ke atas PeningkatanEkonomi Bumiputera Selepas Tragedi 13 Mei 1969: The Impact of New Economic Policy on EconomicImprovement Tragedy to Bumiputera after 13 of May 1969. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6(3), 138-151. Mahadi, A., Jali, M. F. M., & Besar, J. A. (2016). Tingkah laku pengundi dan faktor kejayaan Barisan Nasional: Kajian kes FELDA Kuala Krau. Geografia, 12(9).