KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) SEKOLAH MENENGAH HARIAN MULAI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2021 FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK KOD : 7109
TERHAD 2 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 3 2.0 Asas Pertimbangan 4 3.0 Kelulusan 5 4.0 Matlamat Mata Pelajaran 5 5.0 Objektif Mata Pelajaran (OM) 5 6.0 Objektif Pentaksiran (OP) 6 7.0 Konstruk dan Aspek yang Ditaksir 7 8.0 Aras Kesukaran Item 8 9.0 Format Pentaksiran 8 10.0 Kertas Peperiksaan Contoh 11 11.0 Modul Pentaksiran Contoh 29 LAMPIRAN 1 : Carta Alir Pengurusan Pentaksiran KSSM MPV
TERHAD 3 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 1.0 PENGENALAN Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Menservis Peralatan Elektrik Domestik (MPED) merupakan mata pelajaran elektif dalam kelompok Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang digubal untuk murid Tingkatan 4 dan 5. KSSM MPV MPED merupakan pengenalan kepada bidang kemahiran kerja menservis peralatan elektrik domestik untuk menjadi asas kepada pembentukan minat dan motivasi murid untuk menceburi kerjaya dalam bidang kemahiran atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang berkaitan. KSSM MPV MPED digubal dengan memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid. Kurikulum mata pelajaran ini mengandungi 11 modul utama iaitu Asas Menservis Peralatan Elektrik, Peralatan Ujian Menservis Peralatan Elektrik Domestik, Komponen Asas Elektrik, Litar Bekalan Kuasa, Sistem Kawalan, Beban, Menservis Peralatan Elektrik (Elemen Pemanas), Menservis Peralatan Elektrik (Motor), Sistem Audio Visual, Komunikasi dan Keusahawanan. Kurikulum direka bentuk dengan mengambil kira penghasilan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran. Disamping itu KSSM MPV MPED dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai aktiviti menarik dalam sesi Pembelajaran dan Pembelajaran (PdP). Antaranya ialah lawatan industri, ujikaji di bengkel, temubual bersama pakar, kerjasama dengan industri dan pusat pengajian tinggi dan sebagainya. Selain daripada memupuk kesedaran terhadap kelestarian pembangunan melalui amalan teknologi hijau, KSSM MPV MPED juga mengandungi elemen yang menyokong Revolusi Industri ke-4 dari segi bidang ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh murid. Dengan hasrat untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan nilai kepada murid dalam bidang kemahiran menservis peralatan elektrik domestik supaya mereka akan menjadi masyarakat yang berilmu untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Dokumen ini disediakan untuk memberi pengetahuan dan panduan kepada Pentadbir Sekolah dan Pentaksir supaya kaedah pentaksiran yang dijalankan selaras dalam semua keadaan. Pentadbir Sekolah dan Pentaksir perlu menjadikan dokumen ini sebagai rujukan utama dalam mengurus dan mentadbir pentaksiran KSSM MPV di sekolah supaya lebih berkesan. Dokumen ini seharusnya digunakan oleh pentaksir semasa proses pentaksiran dijalankan. Rujuk Carta Alir Pengurusan Pentaksiran KSSM MPV di Lampiran 1.
TERHAD 4 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 2.0 ASAS PERTIMBANGAN Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses perekaan bentuk format pentaksiran ialah: 2.1 Kesahan Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan bentuk insturmen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif KSSM MPV Menservis Peralatan Elektrik Domestik. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan oleh kurikulum standard. 2.2 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi ujian direkabentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Ini adalah untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun. 2.3 Kebolehlaksanaan Format pentaksiran ini telah mengambil kira aspek-aspek yang memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan. 2.4 Penjaminan Kualiti Format pentaksiran ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan sebagai mekanisme dalam memastikan bukan sahaja semua yang diharapkan dalam KSSM MPV Menservis Peralatan Elektrik Domestik dapat direalisasikan tetapi juga menepati tahap kualiti yang dihasratkan. 2.5 Keserasian Dengan Kehendak Kurikulum Standard Format pentaksiran dan jenis item yang dicadangkan mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ingin dikembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran KSSM MPV Menservis Peralatan Elektrik Domestik.
TERHAD 5 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 3.0 KELULUSAN Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi KSSM MPV Menservis Peralatan Elektrik Domestik SPM mulai 2021. Format tersebut telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM.600-5/1/1) pada 21 Oktober 2019. 4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN KSSM MPV Menservis Peralatan Elektrik Domestik bermatlamat melahirkan murid yang berpengetahuan, berkemahiran serta mempunyai nilai dan etika profesional, berdaya saing mengamalkan teknologi hijau dan menerapkan elemen keusahawanan serta komunikasi sebagai persediaan untuk mereka menceburi kerjaya dalam bidang kemahiran atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang berkaitan bagi menyumbang kepada pembangunan negara. 5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN VOKASIONAL MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK (OM) KSSM MPV Menservis Peralatan Elektrik Domestik bertujuan membolehkan murid mencapai objektif seperti yang berikut: OM1 : Mengetahui dan mengamalkan pengurusan, peraturan keselamatan dan amalan kerja selamat. OM2 : Mencari dan mengesan kerosakan peralatan elektrik domestik serta dapat mengganti komponen dan membaik pulih peralatan elektrik domestik. OM3 : Mengaplikasi kemahiran asas dalam mengendalikan bahan, alatan dan kelengkapan berkaitan disiplin bidang menservis peralatan elektrik domestik. OM4 : Membentuk kefahaman serta menguasai pengintegrasian pengetahuan, kemahiran dan nilai setiap disiplin bidang menservis peralatan elektrik sejajar dengan perkembangan industri dan teknologi baharu. OM5 : Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan bidang menservis peralatan elektrik.
TERHAD 6 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD OM6 : Mengamalkan budaya kerja yang baik seperti bekerjasama, ingin mencuba, bertanggungjawab dan berkomunikasi dengan berkesan. OM7 : Mengaplikasi kemahiran asas dan disiplin dalam mengendalikan bahan, alatan dan kelengkapan berkaitan bidang kerja paip domestik. OM8 : Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan meminati bidang keusahawanan serta sedar tentang keperluan tenaga mahir dalam bidang menservis peralatan elektrik domestik. OM9 : Mengamalkan budaya kerja yang beretika dan bersistematik dalam bidang menservis peralatan eletrik domestik. OM10 : Membangun potensi keusahawanan melalui pengurusan kewangan, komunikasi berkesan dan penyelesaian masalah. 6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK (OP) Berdasarkan objektif mata pelajaran, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) Menservis Peralatan Elektrik Domestik: OP1 : Mengingat dan Memahami Mengukur pengetahuan dan kefahaman tentang bidang menservis peralatan elektrik domestik,pengurusan,peraturan keselamatan dan amalan kerja yang selamat. OP2 : Kemahiran Mengaplikasi Mengukur keupayaan bagi mengintergrasikan pengetahuan dan kefahaman dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara bagi meningkatkan profesionalisme, kemahiran dan kepakaran dalam displin menservis peralatan elektrik domestik. OP3 : Kemahiran Menganalisis Mengukur keupayaan mencerakinkan maklumat serta menghubungkait displin menservis peralatan elektrik domestik untuk menghasilkan idea bagi menyelesaikan masalah
TERHAD 7 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD OP4 : Kemahiran Mencipta Mengukur keupayaan menjana idea dengan menggunakan pemikiran kreatif dan inovasi bagi menghasilkan rancangan perniagaan, pengurusan keusahawanan dan kemahiran menservis peralatan elektrik domestik. OP5 : Kemahiran Amali Kebolehan untuk mengurus bengkel, menguji, menyambung, mengendali, melakar, mengukur nilai, mengesan, membaikpulih, memasang, merancang dan mengurus perniagaan dan menservis peralatan elektrik domestik. OP6 : Nilai Mempamerkan sikap positif dan kemahiran kebolehankerjaan melalui amalan kerja yang baik,selamat, komunikasi berkesan dan kerjasama bersama kumpulan. 7.0 KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR 7.1 Konstruk dan Aspek untuk Kertas 1 (7109/1) iaitu: KONSTRUK PENERANGAN MENGINGAT (REMEMBERING) P01: Pengetahuan tentang Terminologi Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi definisi sesuatu perkara P02: Pengetahuan tentang Fakta Pengetahuan tentang fungsi, keadaan atau tujuan komponen P04: Pengetahuan tentang Urutan Pengetahuan tentang sesuatu proses yang tersusun mengikut aturan atau prosedur P05: Pengetahuan tentang Pengelasan Pengetahuan tentang pembahagian, pengkelasan, kelompok, kategori untuk dilabelkan dibawah satu kumpulan P06: Pengetahuan tentang Kriteria Pengetahuan tentang sesuatu perkara berkaitan dengan ciri, sifat atau komponen yang perlu ada pada sesuatu perkara P07: Pengetahuan tentang Metodologi Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard dalam melaksanakan sesuatu tugasan, arahan atau kerja
TERHAD 8 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD KEBOLEHAN INTELEKTUAL & KEMAHIRAN C: Memahami (Understanding) Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain A: Mengaplikasi (Application) Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara N: Menganalisis (Analysis) Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan T: Menilai (Evaluation) Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta memberi justifikasi 7.2 Konstruk dan Aspek untuk Kertas 2 (7109/2) iaitu: 7.2.1 Kemahiran Amali 7.2.2 Nilai 8.0 ARAS KESUKARAN ITEM Item-item yang dikemukakan mempunyai tiga aras iaitu: 8.1 Aras R Item yang mempunyai aras kesukaran rendah. 8.2 Aras S Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana. 8.3 Aras T Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi. 9.0 FORMAT PENTAKSIRAN 9.1 Pentaksiran KSSM MPV Menservis Peralatan Elektrik Domestik (MPED) menggunakan dua instrumen: 9.1.1 Kertas 1 (7109/1) Kertas 1 berbentuk ujian bertulis (Teori) 9.1.2 Kertas 2 (7109/2) Kertas 2 berbentuk kerja kursus (PBS)
TERHAD 9 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 9.2 Justifikasi Format 9.2.1 Kertas 1 - Ujian Bertulis (Teori) (i) Mengukur prestasi pengetahuan dan kemahiran intelektual calon dalam menguasai kurikulum mata pelajaran secara autentik (ii) Menentusahkan pelaksanaan Pembelajaran Bilik Darjah yang telah dijalankan memenuhi hasrat kurikulum KSSM MPV Menservis Peralatan Elektrik Domestik. (iii) Mengukur kemahiran berfikir aras tinggi dan sahsiah dalam pelbagai bentuk instrumen. 9.2.2 Kertas 2 - Kerja Kursus (PBS) (i) Mengukur kemahiran psikomotor, intelek, rohani dan sahsiah calon melalui pelbagai instrumen pentaksiran seperti yang dihasratkan dalam kurikulum KSSM MPV Menservis Peralatan Elektrik Domestik. (ii) Pentaksiran PBS / Kerja Kusus memberi fokus utama kepada outcome iaitu kemenjadian murid dalam memenuhi hasrat kurikulum KSSM MPV Menservis Peralatan Elektrik Domestik. 9.3 Syarat Penggredan KSSM MPV Di Peringkat SPM Jumlah markah daripada Kertas 1 akan digabungkan dengan jumlah markah yang diperoleh daripada Kertas 2 untuk menentukan gred pencapaian calon diperingkat SPM. Rujuk Format Instrumen Pentaksiran Menservis Peralatan Elektrik Domestik (7109). 9.4 Penggunaan Kalkulator Saintifik Kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan. Buku sifir matematik empat angka masih boleh digunakan dan diperlukan oleh pihak sekolah seperti tahun-tahun sebelumnya.
TERHAD 10 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK (7109) Bil. Perkara Kertas 1 (7109/1) Kertas 2 (7109/2) 1 Jenis Instrumen Ujian objektif pelbagai bentuk Ujian subjektif Pentaksiran Kompetensi 2 Jenis Item Bahagian A • Respon terhad Bahagian B • Respon terhad • Respon terbuka Tugasan modul 3 Bilangan Soalan Bahagian A 15 soalan (Jawab semua) Bahagian B 4 soalan (Jawab semua) 13 Modul Pentaksiran 4 Jumlah Markah Bahagian A 60 markah Bahagian B 40 markah Jumlah = 100 markah 100 markah 5 Tempoh Ujian 2 jam Februari Tingkatan 4 hingga Julai Tingkatan 5 6 Wajaran 40% 60% 7 Konstruk • Mengingat • Memahami • Kemahiran Mengaplikasi • Kemahiran Menganalisis • Kemahiran Mencipta • Kemahiran Amali • Nilai 8 Cakupan Konteks Semua kandungan standard pembelajaran tingkatan 4 dan 5 9 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi 5 : 3 : 2 Tidak berkaitan 10 Kaedah Penskoran • Dikotomos • Analitik • Holistik Rubrik penskoran 11 Alatan tambahan Kalkulator Saintifik Alatan yang disediakan semasa proses PdP
TERHAD 11 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 10.0 KERTAS PEPERIKSAAN CONTOH 10.1 Kertas peperiksaan contoh ialah instrumen pentaksiran yang mengandungi soalan contoh bertujuan memberi idea kepada pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada keseluruhan kertas soalan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian. 10.2 Pembinaan instrumen setiap tahun adalah mengikut satu spesifikasi ujian yang piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran adalah mengikut spesifikasi ujian tersebut tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.
TERHAD 12 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH [Lihat halaman sebelah 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT NO. KAD PENGENALAN – – ANGKA GILIRAN LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2XXX MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK 7109/1 Kertas 1 Okt./Nov. 2 jam Dua jam JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Tulis nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan. 2. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 3. Jawab semua soalan. 4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan di dalam kertas peperiksaan. 5. Pengiraan mesti ditunjukkan dengan jelas. 6. Kertas peperiksaan ini hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan. 7. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik. Kertas peperiksaan ini mengandungi 17 halaman bercetak dan 3 halaman tidak bercetak.
TERHAD 13 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH SULIT 2 7109/1 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT Kod Pemeriksa : Bahagian No. Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 4 2 2 3 5 4 5 5 3 6 5 7 5 8 5 9 2 10 5 11 3 12 3 13 3 14 5 15 5 B 1 10 2 10 3 10 4 10 Jumlah 100
TERHAD 14 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH TERHAD 3 7109/1 [Lihat halaman sebelah 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT Bahagian A Jawab semua soalan (Masa yang dicadangkan: 60 minit) 1 Berikut adalah punca-punca kemalangan di tempat kerja. Tanda () bagi penyataan yang betul dan () yang salah pada petak yang disediakan. Memakai kasut keselamatan. Menggunakan peralatan yang rosak. Pencahayaan dan pengudaraan yang baik. Bergurau senda dan bermain di dalam bengkel Mencampakkan alat dan bahan diatas meja setelah selesai melakukan kerja [5 markah] 2 Rajah 1 menunjukkan pena ujian. A B C D Rajah 1 Namakan bahagian yang berlabel : A : .................................................................................................................................... B : .................................................................................................................................... C : .................................................................................................................................... D : .................................................................................................................................... [4 markah]
TERHAD 15 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH SULIT 4 7109/1 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT 3 Rajah 2 menunjukkan sebuah kapasitor dengan kod bercetak. Rajah 2 Hitung nilai kapasitor. [3 markah] 4 Berikut adalah dua jenis sambungan litar sel kering. A - Siri B - Selari Padankan jenis sambungan itu dengan menulis A atau B pada petak yang disediakan. Nyalaan lampu lebih terang Jumlah nilai voltan dalam litar adalah 1.5V Nyalaan pada lampu kurang terang Nilai voltan pada lampu adalah 3V [4 markah]
TERHAD 16 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH TERHAD 5 7109/1 [Lihat halaman sebelah 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT 5 Rajah 3 menunjukkan litar kawalan lampu suis dua hala S1 dan S2 mengawal lampu L1. Lengkapkan sambungan pendawaian itu. Rajah 3 [2 markah] L1 S1 N L S2
TERHAD 17 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH SULIT 6 7109/1 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT 6 Rajah 4 menunjukkan litar skematik kawalan automatik. Rajah 4 Nyatakan nama komponen yang berlabel P, Q dan R dalam petak yang disediakan. P (i) ........................................... Q (ii) .......................................... R (iii) ........................................ [3 markah] P Q R
TERHAD 18 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH TERHAD 7 7109/1 [Lihat halaman sebelah 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT 7 Berikut adalah penyataan langkah-langkah mengendalikan sebuah pemanas air elektrik yang tidak mengikut urutan. Susun langkah kerja itu mengikut urutan yang betul dengan menulis 1, 2, 3, 4 dan 5 pada petak yang disediakan. Pusing tombol kawalan suhu ke ‘OFF’ dan matikan suis DPDT di luar bilik mandi Laraskan tombol kawalan suhu untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki Pusing tombol kawalan suhu ke ‘ON’ dan lampu pandu akan menyala Hidupkan suis DPDT di luar bilik mandi Pusing injap penahan air untuk bekalan air [5 markah] 8 Berikut adalah komponen-komponen utama pengering pakaian. A Suis Pemilih Suhu B Blower C Pemanas D Pemasa / Timer Kelaskan komponen itu dengan menulis A, B, C dan D pada ruang yang disediakan. Pengering Pakaian Proses Masukan Proses Keluaran (i) ......................................... (iii) ........................................ (ii) ........................................ (iv) ........................................ [4 markah]
TERHAD 19 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH SULIT 8 7109/1 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT 9 Rajah 5 menunjukkan sebuah mesin gerudi tangan. Rajah 5 Namakan bahagian yang berlabel : A : .................................................................................................................................... B : .................................................................................................................................... C : .................................................................................................................................... D : .................................................................................................................................... [4 markah] 10 Berikut adalah penyataan langkah-langkah kerja menukar motor kipas meja. Susun langkah kerja menukar motor itu dengan menulis 1, 2, 3, 4 dan 5 pada petak yang disediakan. Tanggalkan skru dan keluarkan motor kipas Buka penutup motor kipas dan tanggalkan semua kabel Pasang semula penutup motor kipas dan lakukan ujilari Tutup suis pada soket alir keluar dan cabut palam tiga pin Gantikan motor kipas dan pasangkan semula semua kabel [5 markah] A D B C
TERHAD 20 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH TERHAD 9 7109/1 [Lihat halaman sebelah 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT 11 Berikut adalah jenis-jenis kamera litar tertutup yang digunakan untuk sistem keselamatan. A B C Padankan jenis kamera itu dengan menulis A, B atau C pada ruang yang disediakan. Ciri-Ciri Jenis Kamera Dipasang dalam bangunan Dipasang disemua bahagian bangunan Fokus dan jarak telah ditetapkan Fokus dan jarak boleh dilaraskan [4 markah] 12 Berikut adalah penyataan tentang kaedah pengujian kecekapan sistem siar raya. Tanda () bagi kaedah pengujian yang betul dan () bagi yang salah dalam petak yang disediakan. Menguji kestabilan bunyi yang seimbang Menguji penyambungan kabel supaya hasil kualiti bunyi bermutu Menguji kesan arah bunyi untuk pendengaran yang lebih baik Menguji tahap kawalan nada yang bermutu [4 markah]
TERHAD 21 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH SULIT 10 7109/1 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT 13 Berikut adalah penyataan langkah-langkah berunding yang berkesan dalam komunikasi. Susun langkah berunding itu dengan menulis 1, 2, 3, 4 dan 5 pada petak yang disediakan. Langkah 6 diberi. Berkongsi maklumat dan berkerjasama Nyatakan persetujuan atau pertentangan Mengesahkan persetujuan dan mencatatkannya 6 Berunding, mengkaji semua isu dan mencapai persetujuan Berkenalan dengan pihak yang akan berunding dengan anda Kaji semula kedudukan anda dan tetapkan sejauh mana anda perlu berkompromi [5 markah] 14 Berikut adalah kemahiran tingkah laku dalam komunikasi. A Gerak isyarat B Posisi tubuh Padankan kemahiran tingkah laku itu dengan menulis A atau B pada petak yang disediakan. Tersenyum dengan wajah tenang Berdiri di hadapan meja Bergerak semasa bercakap Menyalurkan suara dengan baik [4 markah]
TERHAD 22 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH TERHAD 11 7109/1 [Lihat halaman sebelah 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT 15 Berikut adalah jenis- jenis kemudahan perkhidmatan selepas jualan. Tanda () bagi penyataan yang betul dan () bagi yang salah dalam petak yang disediakan. Kemudahan juruteknik mahir Kemudahan perkhidmatan media sosial Kemudahan pembayaran ansuran bulanan Kemudahan jaminan barangan selama tiga bulan [4 markah]
TERHAD 23 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH SULIT 12 7109/1 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT Bahagian B Jawab semua soalan (Masa yang dicadangkan: 75 minit) 1 Jadual 1 menunjukkan kos bahan dan kos upah bagi pengantian komponen paralatan elektrik yang hendak dibaik pulih. Bil Komponen Kuantiti Kos Bahan (RM) Kos Upah (RM) 1. Pemuat 10 5.00 2.50 2. Pelaras suhu 4 12.00 6.00 3. Injap selonoid 2 40.00 20.00 4. Suis jumpelang 4 22.00 10.00 5. Elemen pemanas 2 75.00 30.00 Jadual 1 Berdasarkan Jadual 1, hitung: (a) Kos bahan [3 markah] (b) Kos upah [3 markah]
TERHAD 24 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH TERHAD 13 7109/1 [Lihat halaman sebelah 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT (c) Jumlah keuntungan yang diperolehi sekiranya kos keseluruhan baik pulih itu adalah RM 850.00. [4 markah]
TERHAD 25 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH SULIT 14 7109/1 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT 2 Rajah 6 menunjukkan pendawaian permukaan dua suis hala mengawal dua lampu. Apabila suis S1 dan suis S2 dihidupkan lampu L1 dan lampu L2 tidak berfungsi. Rajah 1 Berdasarkan Rajah 6, (a) Nyatakan dua pengujian yang perlu dilakukan untuk mengesan kerosakan itu. (i) .............................................................................................................................. (ii) .............................................................................................................................. [2 markah] E L N L1 L2 S1 S2 C C 1 1 2 2 N L N L
TERHAD 26 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH TERHAD 15 7109/1 [Lihat halaman sebelah 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT (b) Kenalpasti punca masalah itu. (i) .............................................................................................................................. (ii) .............................................................................................................................. (iii) .............................................................................................................................. (iv) .............................................................................................................................. [4 markah] (c) Lakarkan semula pendawaian permukaan itu supaya lampu L1 dan L2 berfungsi. [4 markah] E L N S1 S2 L1 L2 N L C 1 2 N L C 1 2 2
TERHAD 27 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH SULIT 16 7109/1 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT 3 Anda dikehendaki mereka bentuk sistem keselamatan rumah kediaman yang baharu siap dibina. (a) Cadangkan tiga sistem keselamatan yang diperlukan. (i) ......................................................................................................................... (ii) ......................................................................................................................... (iii) ......................................................................................................................... [3 markah] (b) Berdasarkan jawapan di 3(a), lakarkan satu reka bentuk pendawaian sistem keselamatan itu. [7 markah] Dapur Bilik Tidur 1 Bilik Tidur 2 Bilik Tidur Utama Ruang Tamu Tandas Utama Tandas 1 Ruang Makan
TERHAD 28 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD CONTOH TERHAD 17 7109/1 [Lihat halaman sebelah 7109/1 © 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT 4 Sebuah pemanas air elektrik tidak berfungsi apabila suis dihidupkan. (a) Nyatakan dua alat pengujian untuk mengenalpasti punca kerosakan itu. (i) .............................................................................................................................. (ii) .............................................................................................................................. [2 markah] (b) Huraikan langkah baik pulih kerosakan. ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... [6 markah] (c) Cadangkan dua kaedah perlindungan keselamatan supaya pemanas air itu tidak mengalami kerosakan berulang. (i) .............................................................................................................................. (ii) .............................................................................................................................. [2 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
TERHAD 29 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 11.0 MODUL PENTAKSIRAN CONTOH 11.1 Modul Pentaksiran contoh ialah instrumen yang dibekalkan bertujuan memberi panduan kepada Pentaksir tentang pelaksanaan pentaksiran kerja kursus yang akan dijalankan sepanjang tahun dari Februari Tingkatan Empat hingga Julai Tingkatan Lima. 11.2 Instrumen ini dibina mengikut standard pembelajaran dan kriteria penilaian yang telah ditetapkan. Instrumen ini perlu digunakan pada setiap tahun oleh Pentaksir bagi menjalankan pentaksiran kepada setiap calon.
TERHAD 30 CONTOH © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD TERHAD 12 7109/2 7109/2 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD MODUL PENTAKSIRAN : MPED 01 1.0 Tugasan 1 1.1 Tajuk : Melakar Dan Memasang Litar Bekalan Kuasa AU 1.2 Arahan tugasan : Anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut: (i) Menghasilkan lakaran sambungan kord penyambung tambahan di Lampiran A (ii) Menyedia keperluan bahan dan peralatan (iii) Memasang dan menyambung kord penyambung tambahan (iv) Menguji sambungan kord penyambung tambahan Gambar rajah kord penyambung tambahan Palam 3 pin Soket alir keluar 13A SAK1 SAK2 1000mm 1500mm
TERHAD 31 CONTOH © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD TERHAD 13 7109/2 7109/2 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 2.0 Senarai Bahan Bil. Bahan Saiz Kuantiti (Bahan : Calon) 1 Kabel kord mudah lentur - 3000 mm : 1 2 Palam 3 pin 13 A 1 : 1 3 Soket alir keluar 13A - 2 : 1 4 Tapak soket alir keluar 13A pvk berkembar - 1 : 1 3.0 Peralatan dan Mesin Bil. Peralatan dan Mesin Kuantiti (Kelengkapan : Calon) 1 Meja kerja 1 : 2 2 Meter pelbagai 1 : 5 3 Pena ujian 1 : 1 4 Penjalur wayar 1 : 2 5 Penguji soket 1 : 5 6 Pita pengukur / pembaris besi 1 : 5 7 Pemotong sisi 1 : 1 8 Pemutar skru 1 : 1 9 Pisau kerja 1 : 2
TERHAD 32 CONTOH © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD TERHAD 14 7109/2 7109/2 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD LAMPIRAN A Nama : ............................................................... No. Kad Pengenalan : ............................... Lakaran Sambungan Kord Penyambung Tambahan L N E L N E
TERHAD 33 CONTOH © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD TERHAD 15 7109/2 7109/2 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD 4.0 Skema Pemarkahan SKEMA PEMARKAHAN MODUL MPED 01 MELAKAR DAN MEMASANG LITAR BEKALAN KUASA AU NAMA CALON NO. KAD PENGENALAN TARIKH MULA TARIKH TAMAT AKTIVITI PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN 1 PENTAKSIRAN 2 SKALA MARKAH 3 - MENGIKUT KRITERIA YANG DITETAPKAN 2 - MENGIKUT SEBAHAGIAN KRITERIA YANG DITETAPKAN 1 - TIDAK MENGIKUT KRITERIA YANG DITETAPKAN 0 - TIDAK MELAKUKAN BIL KRITERIA PENILAIAN SKALA MARKAH PEMBERAT MARKAH PERATUS MARKAH 0 1 2 3 (1 - 3) PROSES KERJA (30%) 1 Menyediakan bahan dan peralatan 1 __ × 30% 45 Membuat lakaran sambungan kord penyambung tambahan 2 Menyambung kabel mudah lentur dengan palam tiga pin mengikut kod warna kabel dengan betul 3 Menyambung kabel mudah lentur dengan soket alir keluar 13A mengikut kod warna kabel dengan betul 3 Membuat pengujian kekutuban sambungan kord penyambung tambahan 3 Membuat pengujian keterusan sambungan kord penyambung tambahan 3 JUMLAH LP/AM139
TERHAD 34 CONTOH © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD TERHAD 16 7109/2 7109/2 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD BIL KRITERIA PENILAIAN SKALA MARKAH PEMBERAT MARKAH PERATUS MARKAH 0 1 2 3 (1 - 3) HASIL KERJA (40%) 2 Lakaran sambungan kord penyambung tambahan betul 2 __ × 40% 2 8 Pemasangan kord penyambung tambahan siap sepenuhnya i. Palam tiga pin = 1 markah ii. Soket alir keluar 13A = 1 markah iii. Kod warna betul = 1 markah 3 Menguji kekutuban menggunakan meter pelbagai i. SAK1 = 1 markah ii. SAK2 = 1 markah 3 Menguji keterusan soket alir keluar 13A berkembar menggunakan penguji soket / meter pelbagai i. SAK1 = 1 markah ii. SAK2 = 1 markah 2 Ukuran Ukuran betul i. 2500 mm = 3 markah ii. 2500 mm ± 20 mm = 2 markah iii. 2500 mm ± 50 mm = 1 markah 1 JUMLAH NILAI DAN KESELAMATAN (10%) 3 Menunjukkan amalan baik di bengkel i. Sebelum kerja = 1 markah ii. Semasa kerja = 1 markah iii. Selepas kerja = 1 markah 3 __ × 10% 27 Mematuhi peraturan bengkel dan mempunyai sikap aktif semasa melakukan kerja i. Kerjasama = 1 markah ii. Tumpuan kerja = 1 markah iii. Komitmen tinggi = 1 markah 3 Mengurus bengkel dan mempamerkan nilai kemanusiaan i. Daya usaha tinggi = 1 markah ii. Ciri kepimpinan = 1 markah iii. Membantu rakan = 1 markah 3 JUMLAH
TERHAD 35 CONTOH © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD TERHAD 17 7109/2 7109/2 © 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD BIL KRITERIA PENILAIAN SKALA MARKAH PEMBERAT MARKAH PERATUS MARKAH 0 1 2 3 (1 - 3) PERKARA KRITIKAL(20%) 4 Kord penyambung tambahan berfungsi sepenuhnya 3 __ × 20% 9 JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN ( 1 + 2 + 3 + 4 ) KEPUTUSAN PENILAIAN PENTAKSIRAN : KOMPETEN (K) BELUM KOMPETEN (BK) • Calon hendaklah memperoleh ≥ 70% markah untuk KOMPETEN (K) dalam modul ini ULASAN : ____________________________ ___________________________________ (Tandatangan Pentaksir) Nama : Tarikh : (Tandatangan Penyelaras Dalaman / Luaran) Nama : Tarikh :
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD TERHAD LAMPIRAN 1 CARTA ALIR PENTADBIRAN PENTAKSIRAN KSSM MPV MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA Tidak Layak Kemasukan Markah Fasa 4 (Ting. 5) Kemasukan Markah Fasa 3 (Ting. 5) Pentaksiran Fasa 3 Pentaksiran Fasa 4 Cetak Sijil Ya Layak Pendaftaran SPM MPV Kemasukan Markah Fasa 2 (Ting. 4) Pengesahan Kompeten ≥ 50% Modul Pentaksiran Ting. 4 Pentaksiran Fasa 2 Kemasukan Markah Fasa 1 (Ting. 4) Pentaksiran Ulangan Pentaksiran Fasa 1 Prapendaftaran MULA TAMAT