The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kenethsait895, 2022-01-05 01:05:45

MEMBENTUK MINAT KESUKARELAWAN

MEMBENTUK MINAT KESUKARELAWAN

1

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK

MEMBENTUK MINAT KESUKARELAWAN

EBOOK

PENSYARAH KURSUS : MUHD SYAHAZIZAMIR BIN SAHMAT
NAMA PELAJAR:1) KENETH ACHAU ANAK SAIT (20DEE20F2027)

2)MOHAMMAD ZAID BIN FAIROL (20DEE20F2025)
PROGRAM :DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
KELAS : DEE2B
SESI :SESI 1 2021/2022

2

PENGHARGAAN

Terima kasih kepada pensyarah kursus yang mengajar subjek etika
penghayatan dan peradaban bagi kod kursus MPU21032 iaitu Sir MUHD
SYAHAZIZAMIR BIN SAHMAT kerana telah berkongsi sedikit sebanyak ilmu
tentang etika sepanjang PDPR berlansung. Disisi lain juga, kursus ini
memberi impak yang besar kepada para pelajar tentang kesopan santunan
dalam kehidupan dan rasa tanggungjawab dalam diri seseorang pelajar.

Selain itu, terima kasih juga kepada ibu bapa yang sering menyokong dan
membimbing pelajar dalam aktiviti pembelajaran lalu mencari rezeki untuk
pelajar meneruskan proses pembelajaran dalam peringkat Diploma ini.
Dissamping itu, kami berasa bersyukur kerana dapat mengimplementasikan
tugas-tugas yang telah diberikan oleh pensyarah sehinga selesai dan
sempurna dengan bantuan rakan sekumpulan .

Seterusnya ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa
berkongsi idea dan maklumat serta sentiasa memberi semangat dalam
menghasilkan kajian ilmiah yang terbaik. Akhir sekali, terima kasih kepada
individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan
kajian ilmiah ini. Segala yang baik datangnya daripada Allah S.W.T. dan segala
kekurangannya atas asbab kelemahan diri saya sendiri.

3

ABSTRAK

pengenalpastian penglibatan dan motivasi mahasiswa dengan kerja-
kerja berbentuk kesukarelawanan amat diperlukan untuk penyediaan
maklumat asas kepada pihak pentadbir institusi pengajian tinggi dalam
merangka program berbentuk kesukarelawanan yang boleh menarik minat
mahasiswa untuk memberi sumbangan dalam bentuk khidmat masyarakat
kepada komuniti yang memerlukan.

4

SENARAI ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN
2. MINAT DALAM SUKARELAWAN
3. CONTOH AKTIVITI DALAM SUKARELAWAN
4. CARA MEMBENTUK MINAT KESUKARELAWAN
5. CARA MEMBENTUK MINAT KESUKARELAWAN
PELAJAR DAN ORANG AWAM
6. KESIMPULAN

5

ISI KANDUNGAN

PENDAHULAN
Pelajar merupakan golongan berpendidikan tinggi yang mampu

menjadi contoh terbaik kepada masyarakat. Program kesukarelawanan
dalamkalangan pelajar mampu melahirkan seseorang pelajar yang
bertanggungjawab terhadap isu-isu sosial yang wujud dalam kalangan
masyarakat kerana mereka perlu melibatkan diri secara langsung bagi
membantu menyelesaikan masalah ketidakseimbangan yang wujud dalam
sesebuah masyarakat berkenaan (Kendall & Associates, 1990). Menurut
kajian yang dijalankan oleh Mabry (1998), pelajar yang terlibat dengan aktiviti
yang berkaitan dengan kesukarelawanan dikenalpasti mempunyai perubahan
yang ketara daripada aspek nilai sosial yang dimiliki oleh mereka. Keadaan
ini wujud memandangkan mereka mempunyai Pengalaman berkomunikasi
dengan pelbagai lapisan masyarakat berbanding dengan mereka yang tiada
pengalaman langsung dalam aktiviti berbentuk kemasyarakatan.

Astin & Sax (1998) menyatakan bahawa penglibatan pelajar dengan aktiviti
sukarelawan bukan sahaja mampu meningkatkan tahap pencapaian mereka
daripada aspek kurikulum dan ko-kurikulam, malahan mereka mempunyai
rasa tanggungjawab yang tinggi untuk membantu komuniti sekeliling yang
berada dalam keadaan yang memerlukan. Manakala kajian yang dijalankan
oleh Haski-Leventhal et al., (2008) pula menunjukkan bahawa pelajar
universiti yang melibatkan diri dengan aktiviti berbentuk kesukarelawanan
empunyai gaya kehidupan yang lebih berdisiplin
dankebanyakanmerekadilihat lebih mempunyai keyakinan diri dan mampu
mengurus masa dengan lebih sistematik.

6

MINAT DALAM KESUKARELWAN

Minat dalam kesukarelaan adalah sikap seseorang individu yang
mempunyaai fikiran terbuka dalam menyertai sesuatu aktiviti mahupun
aktiviti secara fizikal atau maya. Selain itu, kerja sukarela ini juga dapat
memupuk semangat bekerja secara berkumpulan dan juga tanggungjawab
yang besar serta menilai tahap kerajinan seseorang individu tersebut.

CONTOH AKTIVITI SUKARELAWAN

Dalam aktiviti kesukarelawan saya pernah terlibat dalam aktivit ;

1. GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU
2. KEMPEN SUMBANGAN TABUNG DARAH MALAYSIA
3. MEMBANTU MANGSA BANJIR DALAM BENTUK MAKANAN

Oleh itu, semasa mengikuti banyak program kesukarewan saya dapat
memupuk semangat tolong menolong antara satu dengan yang lain. Selain
itu, dengan mengikuti banyak aktiviti kesukarelawan ianya dapat juga
menjalin hubungan silaturahim dengan orang awam dan sebagainya.

CARA MEMBENTUK MINAT KESUKARELAWAN

1. MENGADAKAN KEMPEN KESUKARELAWAN
2. MENGADAKAN BANYAK AKTIVITI GOTONG ROYONG
3. MENYERTAI UNIT KHAS SUKARELA
4. MENYIARKAN KEBAIKAN PROGRAM SUKARELA DI MEDIA SOSIAL
5. MENDORONG MASYARAKAT MENGIKUTI PROGRAM SUKARELA

7

KEBAIKAN MEMBENTUK MINAT PELAJAR DAN ORANG
AWAM DALAM KESUKARELAWAN

1. Dapat menjalin hubungan rapat dengan orang luar.
2. Meningkatkan tahap komunikasi diri.
3. Memupuk semangat betegur sapa.
4. Semangat tolong menolong
5. Berfikiran terbuka

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati majoriti pelajar pernah
melibatkan diri dengan kerja-kerja kesukarelawanan. Faktor ingin
membantu masyarakat dan ingin mencari pengalaman baru merupakan
faktor tarikan mereka untuk terlibat dengan kerja-kerja kesukarelawanan.
Keterlibatan pelajar dengan aktiviti kesukarelawanan dilihat sebagai petanda
yang baik ke arah pembentukan pemikiran yang positif dan pembangunan
personaliti yang mantap dalam kalangan mahasiswa. Selain itu, dilihat
mampu menyediakan maklumat asas yang berguna kepada pihak pentadbir
universiti untuk menyediakan program kesukarelawanan yang bersesuaian
dengan minat mereka. Seterusnya, memberi implikasi ke arah keperluan
perancangan program sukarelawan dan khidmat masyarakat yang lebih
strategik oleh pihak pentadbir universiti bagi memupuk semangat
kesukarelawanan yang tinggi dalam kalangan pelajar.

8


Click to View FlipBook Version