The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuhhanisha, 2022-07-06 13:26:04

JENIS UBATAN & CARA PEMBERIANYA

JENIS UBATAN

CARA

PEMBERIANNYA

PHARMACOLOGY PHA2062
NAMA PENSYARAH :FALIZA ERYLINA BT RAMELI

DISEDIAKAN OLEH :
NURNISHA NAZZUHA (D2120108)
NURUL ADAWIYAH BT ROBANI (D2120138)

KATA KATA PENGHARGAAN

Titipan penghargaan tehadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkar kepada hambanya yang kerdil ini.
Berserah kepadanya atas segala takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan besar

nabi Muhammad S.A. W. dan para sahabat serta para tabiin.
Pertama-tamanya kami tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada kami

tapa henti. Tanpa keredhaannya tidak mungkin mampu kami menyiapkan tugasan ini walau sedikit pun.
Penghargaan ini juga kami tujukan kepada kedua ibu bapa kami kerana mereka sentiasa menitipkan doa-doa untuk
keberkatan kami di sini. Mereka juga banyak menyokong kami dari segenap segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan

tugasan bermutu ini.
Tidak lupa juga kepada pensyarah kesayangan kami, Puan Faliza Erylina Binti Rameli kerana dengan izin Allah, beliau
sudi menunjuk ajar kami walaupun mungkin ada menggangu masa rehatnya. Beliau juga sering mengingatkan kami sekiranya
kami alpa dan menegur kami dengan amat berhemah. Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Allah yang tidak

ternilai harganya.
Kami juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada teman-teman yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat
dan segala bentuk bantuan yang kami dambakan khhusunya dalam menghasilkan E-Book ini. Ketahuilah segala macam bantuan

yang anda salurkan amat kami hargai.
Sebelum menutup bicara, kami ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam

pembikinan kerja kursus ini secara sulit ataupun tidak. Kesudiaan anda amat kami hargai.

ISI KANDUNGAN

KATA PENGHARGAAN PENULIS.

PENGENALAN TENTANG UBATAN

JENIS DAN BENTUK UBATAN.
▪ Tablet
▪ Capsule
▪ Lozenges
▪ Gargle
▪ syrup
▪ Suppositories
▪ Inhaler
▪ Cream
▪ Injection
▪ Oitment

TANGUNGJAWAB JURURAWAT SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PEMBERIAN UBATAN KEPADA PESAKIT.

RUMUSAN.

PENGENALAN TENTANG
UBATAN

APAKAH ITU UBAT?
Ubat adalah satu bahan atau drug yang dapat memberikan kesan digunakan untuk mengawal

kesihatan, merawat, mencegah kesihatan yang seseorang.
Umumnya, ubat adalah selamat, jika diambil secara betul mengikut arahan yang tepat.

APAKAH UBATAN YANG ADA?

• Ubat prekripsi (ubat yang perlu arahan doktor)
• Ubat bukan-prekripsi (ubat melalui kaunter contohnya vitamin, suplemen kesihatan)

Ubatan Jenis Tablet

Contoh : Actimol Tablet

paracetamol 500mg Gambar rajah 1

Ubat ini digunakan untuk mengurangkan demam dan juga melegakan kesakitan yang
ringan hingga sederhana termasuk: sakit kepala, migrain,kesakitan selepas
vaksinasi,ketidakselesaan disebabkan oleh selsema, influenza dan sakit tekak.

CARA PEMBERIAN ACTIMOL TABLET.

Dewasa: 1 hingga 2 tablet (500mg sehingga 1g) setiap 4 hingga 6 jam sehingga maksimum
8 tablet setiap hari.

Jenis ubatan capsule Gambar rajah 2

Contoh : amoxycillin capsule
Amoxycillin Trihydrate (250 mg, 500 mg)

Amoxicillin ialah ubat antibiotik untuk merawat penyakit yang
disebabkan oleh jangkitan bakteria, seperti otitis media,
gonorea, atau pyelonephritis
Amoxicillin berfungsi dengan menghalang protein yang
membentuk dinding sel bakteria, supaya dinding sel tidak
terbentuk, pertumbuhan bakteria berhenti, dan akhirnya mati.

Ubatan Jenis lozenges

Contoh: Difflam Sore Throat Lozenges

Benzydamine hydrochloride (3 mg)

Ubat ini digunakan untuk memberikan kelegaan sakit tekak.

CARA PEMBERIAN DIFFLAM SORE THROAT LOZENGES:

• Ubat ini tidak boleh dikendalikan semasa tangan basah.
• Ubat ini perlu dihisap dan dikemam dengan membiarkan ianya cair sendiri dalm mulut.
• Perhatian ! Hanya pesakit berumur 6 tahun keatas boleh mengambil ubat ini.

Gambar rajah 3

Jenis ubatan gargle

Contoh: xepa thymol mouth wash. Gambar rajah 4

Ubat ini digunakan untuk meningkatkan kebersihan mulut,
memulihkan nafas dan mengurangkan ketidakselesaan sakit
tekak dan sakit ulser mulut.

CARA PEMBERIAN XEPA THYMOL MOUTH WASH;

• Cairkan ubat kumur dengan menambahkan 3 bahagian air

suam ke dalam 1

• bahagian ubat kumur pekat sebelum penggunaan. Ubat ini

boleh digunakan 3 – 4 kali sehari.

Jenis ubatan syrup

Contoh : Axcel Diphenydramine Peadiatric Syrup Gambar rajah 5

Diphenhydramine hydrochloride / Ammonium chloride

Ubat ini digunakan untuk melegakan batuk dan kesesakan hidung serta
saluran pernafasan (bronkus)

CARA PEMBERIAN UBAT AXCEL DIPHENYDRAMINE
PEADIATRRIC SYRUP:

• Ubat ini diambil 4-6 jam sekali mengikut arahan doktor.
• Kanak- kanak 2-5 tahun: 5ml
• Kanak- kanak 6-12 tahun: 5-10ml

(maksimum 60ml dalam masa 24jam)

Jenis ubatan suppository

Contoh: Proctosedyl suppository Gambar rajah 6
Hydrocortisone (5mg) dan Cinchocaine

Hydrochloride (5mg)

Ubat ini digunakan untuk rawatan sakit,iritasi,
kegatalan yang dikaitkan dengan pembesaran
saluran atau kebengkakan di sekitar dubur
(buasir)

CARA PEMBERIAN UBAT PROCTOSEDYL
SUPPOSITORY:

• Basuh tangan anda dengan sabun sebelum memulakan

prosedur.

• Masukkan suppositories ke dubur pesakit secara

perlahan. Letakkan pelincir sekiranya perlu.

• Cuci tangan selepas selesai melakukan prosedur.

Jenis ubatan cream

Contoh : Fucidin cream Gambar rajah 7

sodium fusidate 20mg

Fucidin digunakan untuk membantu merawat jangkitan
kulit yang disebabkan oleh bakteria Staphylococcus.

Fucidin digunakan untuk membantu melegakan jangkitan
kulit yang disebabkan oleh bakteria.

CARA PENGUNAAN CREAM FUCIDIN :

• Sapukan Krim Fucidin pada lapisan kulit 3-4 kali sehari
selama 7 hari.

Jenis ubatan suspension

Contoh: Ibuprofen 100mg/5ml Oral Suspension Gambar rajah 8

Ibuprofen adalah ubat anti-radang bukan steroid (NSAID). Ia berfungsi
dengan mengurangkan hormon yang menyebabkan keradangan dan kesakitan

di dalam badan.

Bagaimanakah perlu mengambil ibuprofen?

•Gunakan ibuprofen betul-betul seperti yang diarahkan pada label, atau seperti yang ditetapkan
oleh doktor anda.

•Dos berlebihan ibuprofen boleh merosakkan perut atau usus anda. Jumlah maksimum
ibuprofen untuk orang dewasa ialah 800 miligram setiap dos atau 3200 mg sehari (4 dos

maksimum).

•Dos kanak-kanak adalah berdasarkan umur dan berat kanak-kanak itu. Ikuti arahan dos yang
disediakan dengan ibuprofen kanak-kanak dengan teliti untuk umur dan berat anak

•Ambil ibuprofen bersama makanan atau susu untuk mengurangkan sakit perut.

•Goncangkan suspensi oral (cecair) sebelum anda mengukur sesuatu dos. Gunakan picagari dos
yang disediakan, atau gunakan alat pengukur dos ubat

Jenis ubatan inhaler

Contoh : Ventolin inhaler

Penyedut asma mengandungi ubat preskripsi yang disedut terus ke dalam paru-paru untuk
melegakan atau mencegah gejala asma. Ia mungkin mengandungi ubat steroid yang

mengurangkan keradangan saluran pernafasan atau ubat bronkodilator yang membuka saluran
pernafasan. Sesetengah penyedut mengandungi kedua-duanya.

Bagaimanakah harus menggunakan Ventolin? Gambar rajah 9

•Gunakan Ventolin betul-betul seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Ikut semua arahan pada
label preskripsi anda dan baca semua panduan ubat.

•Baca dan ikuti dengan teliti mana-mana Arahan Penggunaan yang disediakan bersama ubat
anda. Tanya doktor atau ahli farmasi anda jika anda tidak memahami arahan ini.

Jenis ubatan injection

Contoh :HEPARIN (Kategori:Antikoagulan)

Heparin adalah ubat cair darah yang menghalang darah daripada beku. Ia Gambar rajah 10
digunakan untuk menghalang pembekuan darah pada vena, arteri dan paru-paru.
Pembekuan darah ini boleh menyekat pengaliran darah ke organ-organ penting
dalam badan dan menyebabkan aliran darah terganggu.

Cara Menggunakan Heparin dengan Betul

•Ikut cadangan doktor dan baca arahan penggunaan yang disenaraikan pada pembungkusan
sebelum menggunakan heparin

•Heparin suntikan hanya diberikan oleh doktor atau kakitangan perubatan di bawah
pengawasan doktor.

•Sebelum menggunakan heparin, semak semula tarikh tamat tempoh dan kehadiran atau
ketiadaan perubahan fizikal daripada ubat, seperti perubahan warna.

•Simpan heparin pada suhu bilik. Jangan simpan di tempat yang lembap atau di bawah cahaya
matahari langsung. Jauhkan ubat ini daripada kanak-kanak.

TANGGUNGJAWAB JURURAWAT
DALAM PEMBERIAN UBATAN

• SEBELUM
• SEMASA
• SELEPAS

SEBELUM PEMBERIAAN
UBATAN

• Sediakan troli ubat mengikut wad masing masing.
• Bersihkan dan kemaskan troi ubat ikut unit masing masing.
• Pastikan peralatan pemberian ubat lengkap
• Pastikan ubat adalah arahan daripada Pegawai Perubatan

(nama,tandatangan dan tarikh permulaan)
• Pastikan ubat dalam Carta Perubatan ditulis sama dalam kes

notes pesakit
• Pastikan ubatan pesakit telah dibekalkan/ pesan dari Farmasi.
• Beritahu pegawai perubatan sekiranya ubat sekiranya tidak

dibekalkan oleh Farmasi.
• Pastikan tanda vital pesakit diambil terlebih dahulu sebelum

pemberian ubat. Contoh : ubat hypertensive

SEMASA PEMBERIAAN
UBATAN

• Jururawat perlu mengamalkan prinsip pemberian ubatan
kepada pesakit .

1. Right Medication 10R (10RIGHT)

2. Right Client Education

3. Right Dose 4. Right Documentation

5. Right Time 6. Right Client To Refuse

7. Right Route 8. Right Assessment

9. Right Client 10. Right Evaluation

Jadual 1

SEMASA PEMBERIAAN
UBATAN

1. Pastikan pesakit yang betul.
2. Beritahu pesakit tujuan pemberian ubat, tindakan ubat dan kesan sampingan

ubat.
3. Pastikan pesakit faham dan jawab soalan pesakit jika ada dengan cara yang

lembut.
4. Ambil ubat pesakit yang diperlukan, seperti yang ditulis dalam carta perubatan.
5. Pastikan ubat yang betul dengan cara; Periksa nama ubat pada botol

ubat/paket ubat adalah sama dalam carta ubat pesakit sebelum keluarkan ubat
dari troli
6. Untuk memberi ubat Pil, keluarkan dari bekas ubat / paket ubat dengan
menggunakan penutup botol / sudu
7. Untuk ubat cecair, - Goncang botol perlahan-lahan - Lap tepi mulut botol dan
pastikan tidak comot atau meleleh
8. Pastikan pesakit memakan ubat pil dahulu dan diikuti dengan ubat cecair

SELEPAS PEMBERIAAN
UBATAN

1. Berada di tepi pesakit selepas ubat di beri untuk
pastikan ubat telah di telan semuanya

2. Perhatikan kesan ubat dan kesan sampinganya
3. Kemas dan bersihkankan Troli Ubat, simpan ditempat
asal

Rumusan

Kesimpulan, pemberian ubat amat penting dalam skop
tugas seorang jururawat. Sebagai jururawat yang
bertauliah, amalan 10R perlu dititik beratkan sebelum
pemberian ubatan bagi mengelakan medical error. Sama
ada secara oral, suntikan atau apa jenis kemasukkan
ubatan dalam tubuh pesakit, jururawat perlu ada ilmu
tentang ubatan tersebut bagi mengelakkan kesalahan.
Pendidikan kesihatan perlu diberikan kepada pesakit
supaya pesakit sendiri peka dengan ubatan yang diambil
dan memberi Kerjasama yang baik semasa pemberian
ubatan.

Rujukan.

1) Garis panduan pembekalan ubat farmasi pesakit dalam.

https://www.pharmacy.gov.my/v2/sites/default/files/document-upload/garis-
panduan-pembekalan-ubat-farmasi-pesakit-dalam.pdf

2) Matt Vera, BSN, R.N.(JUNE 30, 2020) The 10 Right of Drug
Administration .https://nurseslabs.com/10-rs-rights-of-drug-administration/

3) Hayati Alwani bt. Yahaya (NOVEMBER 15,2013) LOZENGES
http://www.myhealth.gov.my/lozenges/

4) Kobu a/l Thiruvanackan (NOVEMBER 15,2013) Teknik Penggunaan
Supositori http://www.myhealth.gov.my/teknik-penggunaan-supositori/

5)Che Pun, Khamariah S, Siti Nur F, (APRIL 23,2014) Ubat: Apa Yang Anda
Perlu Tahu.
http://www.myhealth.gov.my/ubat-apa-yang-anda-perlu-tahu/


Click to View FlipBook Version