SEJARAH
TINGKATAN 1
BAB SATU :MENGENALI SEJARAH
PENGENALAN
1.1 Pengertian Sejarah
1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan
1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah
1.4 Sumber Sejarah
1.5 Penyelidikan dalam Sejarah
1.6 Tafsiran dalam Sejarah
1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah Kesimpulan
1.1 Pengertian Sejarah
APAKAH SEJARAH? Sejarah merupakan disiplin ilmu
tentang peristiwa masa lampau.
Penulisan sejarah berdasarkan kepada
kajian dan penyelidikan terhadap
sumber sejarah.
Sejarah amat penting dalam memupuk
semangat cinta akan Negara.
Bahasa Melayu • Istilah sejarah berasal daripada bahasa
Arab “ Syajaratun” bererti pokok.
KAMUS DEWAN
BAHASA • Sejarah dikaitkan dengan salasilah,
INGGERIS riwayat, keturunan dan asal usul.
• Asal usul keturunan, salasilah
• Peristiwa yang benar-benar berlaku pada
masa lampau
• Kajian/ pengetahuan peristiwa lalu
• History
• Cerita tentang seseorang
• Berasal daripada perkataan Yunani historia
"Penceritaan tentang • Sejarawan yang mula menggunakan
tindakan manusia yang
penting dan sebab perkataan sejarah atau historia
berlakunya sesuatu • Bermaksud "penyelidikan atau
peristiwa".
penyiasatan terhadap peristiwa silam
mahupun sezaman"
• Karyanya yang terkenal ialah Histories
(The Persian War).
• Ditulis berdasarkan kajiannya terhadap
peristiwa yang benar berlaku.
Herodotus
• Sejarah merupakan • "Suatu proses interaksi
tindak balas pembaca berterusan antara ahli sejarah
terhadap fakta-fakta dengan fakta-faktanya, suatu
yang ditulis oleh dialog yang tidak
sejarawan. berkesudahan antara masa
kini dengan masa lampau".
• Karyanya yang
terkenal ialah What is
History?
E.H. Carr
'Sejarah membicarakan • Karyanya yang terkenal ialah
perkara tentang masyarakat Muqaddimah yang
manusia, peradaban dunia dan mengandungi enam bab.
perubahan-perubahan yang
berlaku pada sifat-sifat • Menceritakan dan mengupas
masyarakat itu". perihal kehidupan manusia
bermula zaman primitif
Ibn Khaldun hingga kehidupan di bandar.
• 'Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah
mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di
samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu
kepada semua bidang".
Muhd Yusof • Sejarah ialah masa lalu itu Khoo Kay
Ibrahim sendiri. Kim
• Sejarah merupakan catatan Sejarawan tempatan yang
ataupun rekod tentang mengkaji tentang ilmu dan
sesuatu peristiwa yang berlaku disiplin sejarah. Karya beliau
pada suatu masa yang lalu". yang terkenal “Sejarawan
dan Persejarahan Melayu”
& “Tradisi dan
Transformasi”
1.3 MASA SILAM DAN RUANG MASA DALAM SEJARAH
• Masa silam merupakan rentetan peristiwa yang telah berlaku.
• Dikaji berdasarkan urutan masa yang dinamakan kronologi.
• Kronologi merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut urutan masa
dari awal hingga yang terakhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus.
• Ruang masa ini dapat dibahagikan kepada
i. Dekad (10 tahun)
ii. Abad (100 tahun)
iii. Alaf (1000 tahun).
• Konsep masa juga boleh diukur mengikut zaman, seperti Sebelum Masihi (SM) dan Masihi (M).
Zaman Masihi bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS.
SUMBER PREMIER Contoh:
Fosil,Artifak,Bukan artifak
- Belum diolah atau Batu bersurat, Dokumen rasmi,Manuskrip
diterbitkan Fail rasmi jabatan,Surat pribadi, diari
-Bersifat asli
- Belum ditafsir
Ensiklopedia
SUMBER Malaysia dari Diari Buku Biografi Politik
SEJARAH segi sejarah Tunku Abdul Rahman Putra
Artifak di Terumbu
Mangsi Kudat, Saba
SUMBER SEKUNDER Contoh:
Buku,Akhbar, Majalah
- Bahan yang telah diolah Jurnal,Ensiklopedia, Risalah
dan diterbitkan
Rangka manusia di Gua Cha, Kelantan
- Bahan tersebar kepada
umum
Artifak Loceng Artifak adalah alatan ciptaan manusia diguakan untuk perburuan,
Gangsa pertanian dan perdagangan. Diperbuat daripada batu, kaca dan
logam. Penemuan artifak loceng gangsa di Kampung Pencu, Muar,
Johor dijadikan sumber untuk melihat hubungan perdagangan
dengan kerajaan Funan.
Bukan Artifak merupakan data arkeologi berkaitan dengan budaya
manusia yang terdapat di bawah tanah dan di atas permukaan tanah,
seperti dinding gua, dinding kota dan struktur binaan. Penemuan candi
Lembah Bujang boleh dijadikan sumber kajian bagi menunjukkan adanya
pengaruh Hindu dan Buddha serta hubungan perdagangan antara India
dengan Kedah.
Candi Lembah Bujang
Ensiklopedia merupakan satu daripada sumber sekunder. Bahan
yang terkandung dalam ensiklopedia ini berdasarkan fakta dan
sumber sejarah yang sahih. Contohnya, The Encyclopedia of
Malaysia yang mengandungi beberapa tema seperti, sejarah awal,
sejarah moden awal, arkitektur, laut dan tumbuh-tumbuhan
Ensiklopedia
1. Kaedah Bertulis Mengenal pasti sumber bagi
sesuatu peritiwa, tokoh atau
2. Kaedah Lisan institusi.
3. Kaedah Mendapat dan
Arkeologi mengesahkan sumber
bertulis tersebut.
KAEDAH Mendapatkan maklumat daripada
BERTULIS sumber bertulis, dilakar, dipahat Mengumpul dan
pada batu, dinding gua, kulit kayu menyimpan sumber yang
logam, gading dan kertas. diperoleh.
Menggunakan peralatan yang sesuai
(penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi serta peralatan
arkeologi)
Menganalisis.
Batu Bersurat Terengganu • Kaedah bertulis membantu kita menyelidiki sejarah negara.
Misalnya, melalui penyelidikan terhadap prasasti atau batu bersurat.
KAEDAH LISAN
• Batu Bersurat Terengganu bertarikh 702 Hijrah bersamaan tahun
1303 Masihi
• Menceritakan perihal hukum Islam.
• Menjadi bukti bahawa agama Islam sudah bertapak di negara kita
lebih awal dari tarikh ini.
• Merupakan proses mendapatkan maklumat
melalui temu bual.
• Tokoh yang dipilih untuk ditemu bual
dikenali sebagai orang sumber.
• Mereka memberikan maklumat melalui
pemerhatian dan pengalaman sendiri.
Terdapat tiga tahap dalam
kaedah lisan:
Tahap Pertama: Persediaan
• Menentukan tokoh.
• Menentukan skop atau perkara yang akan ditemu bual.
• Memilih soalan yang bersifat pendekatan sejarah.
Tahap Kedua: Rakaman temu bual
• Membuat persediaan lengkap dengan mengetahui sebanyak
mungkin perkara yang dikaji terutama dengan meneliti sumber
bertulis dahulu.
• Meyakinkan tokoh untuk memberikan kerjasama dan
menghargai tujuan pengkajian.
Tahap Ketiga: Memproses rakaman
• Membuat senarai dan menyalin atau menyunting rakaman.
• Menilai fakta-fakta dengan sumber bertulis.
•Menyimpan rakaman dengan baik.
1.6 TAFSIRAN DALAM SEJARAH
• Merupakan kaedah yang digunakan secara saintifik
untuk mencari maklumat sejarah daripada bahan
tinggalan sejarah.
• Tinggalan sejarah yang ditemukan melalui kaedah gali
Apakah Tafsiran Dalam Sejarah? Menerangkan atau mengulas sesuatu
fakta sejarah berdasarkan sumber-
sumber yang berkaitan dengannya.
Mengapakah wujud perbezaan tafsiran Perbezaan wujud disebabkan:
dalam sejarah? • pemilihan sumber yang pelbagai
• perbezaan pandangan
• perbezaan ideologi
• tujuan penulisan
Bagaimanapun, pentafsiran dan
penerangan yang objektif atau tepat
menjadi matlamat utama seseorang
sejarawan.
Apakah kepentingan tafsiran dalam • Menggalakkan kita menggunakan
sejarah? pelbagai sumber dalam penulisan
Apakah contoh tafsiran dalam bagi menghasilan kajian yang
sejarah? mempunyai bukti yang kukuh.
• Mengajak kita menilai sesuatu
peristiwa yang sama tetapi dilihat
dari sudut yang berbeza.
Mendorong kita berfikiran terbuka
dan kritis dalam mengkaji sesuatu
peristiwa dengan menggunakan
pelbagai sumber sejarah.
• Peristiwa penentangan Haji Mat
Hasan bin Munas (Tok Janggut) di
Pasir Puteh, Kelantan?
• Pengkaji tempatan melihat
kebangkitan beliau disebabkan
penentangan peraturan cukai
tanah dan hasil huan yang
diperkenalkan oleh British
membebankan orang ramai.
• Pengkaji Barat menganggap
kebangkitan Tok Janggut sebagai
pemberontakan.
1.7 KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH
1. Mengenal Asal usul
Dengan mempelajari sejarah, kita akan dapat mengenal
asal usul keluarga dan negara kita. Di samping itu, kita
dapat memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa
kita.
2. Mengambil iktibar
Sejarah membawa pengajaran dan iktibar daripada
peristiwa lalu. Mereka yang tidak mempelajari sejarah
berkemungkinan akan mengulangi kesilapan masa
lalu.
3. Memupuk patriotisme
Sejarah mengajar kita menghargai warisan negara
untuk dihayati oleh generasi akan datang. Hal ini dapat
menyemai rasa cinta akan negara dan menaikkan
semangat patriotik.
3. Memupuk patriotisme
Sejarah mengajar kita menghargai warisan negara
untuk dihayati oleh generasi akan datang. Hal ini dapat
menyemai rasa cinta akan negara dan menaikkan
semangat patriotik.
4. Mengukuhkan perpaduan
Pengetahuan sejarah amat penting kepada generasi
kini dalam meneruskan kesinambungan hubungan
harmoni antara kaum di negara kita. Sejarah juga
mampu menjadi sumber kesedaran kepada masyarakat
dalam menjaga dan meneruskan adat resam dan tradisi
kita.
5. Membangunkan negara dan bangsa
Melalui sejarah kita dapat mengekalkan kegemilangan
yang dicapai oleh negara. Kita juga akan lebih memahami
budaya dahulu dan budaya kini untuk dijadikan
perbandingan bagi membangunkan negara dan bangsa
pada masa akan datang.
6. Mengaplikasikan Kemahiran
Pemikiran Sejarah
Melalui sejarah, pemikiran kritis dan analitis dapat
ditingkatkan. Di samping itu, kita dapat membuat tafsiran
terhadap sesuatu peristiwa. Sejarah juga akan mendorong
seseorang memahami peristiwa sejarah secara lebih empati.
Sila klik link ini untuk rujuk: https://youtu.be/gaAxZLJ1-p8