The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Adakah Anda Mengalami Masalah Nafas atau Mulut Berbau (Halitosis)_ - PORTAL MyHEALTH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadiaazami, 2021-03-21 09:44:24

Adakah Anda Mengalami Masalah Nafas atau Mulut Berbau (Halitosis)_ - PORTAL MyHEALTH

Adakah Anda Mengalami Masalah Nafas atau Mulut Berbau (Halitosis)_ - PORTAL MyHEALTH

16/03/2021 Adakah Anda Mengalami Masalah Nafas atau Mulut Berbau (Halitosis)? - PORTAL MyHEALTH

Adakah Anda Mengalami Masalah Nafas atau Mulut Berbau
(Halitosis)?

53

Sumber: http://blog.therabreath.com/wp-

content/uploads/2010/07/halitosis.jpg

Apa itu halitosis?

Nafas atau mulut berbau yang tidak menyenangkan seseorang disebut halitosis dalam istilah perubatan.
Nafas atau mulut berbau boleh dialami oleh semua orang terutamanya sejurus bangkit daripada tidur
atau selepas mengambil makanan atau minuman yang berbau. Nafas berbau boleh mengakibatkan
seseorang merasa malu dan rendah diri. Keadaan ini juga boleh mengganggu hubungan anda semasa
berkomunikasi secara dekat dengan orang.

Apakah punca nafas atau mulut berbau?

Lazimnya terjadi akibat dari tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut.
Halitosis biasanya berlaku pada saat bangun tidur kerana pada waktu itu pH air liur lebih berasid, kurang
aktiviti mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran mulut amat sesuai untuk aktiviti pembiakan
bakteria. Bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile
Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak atau busuk.

Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria
ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, gusi, lidah dan di celah-celah gigi
palsu.

Apakah perkara yang boleh mengakibatkan nafas atau mulut berbau?

www.myhealth.gov.my/adakah-anda-mengalami-masalah-nafas-atau-mulut-berbau-halitosis/ 1/5

16/03/2021 Adakah Anda Mengalami Masalah Nafas atau Mulut Berbau (Halitosis)? - PORTAL MyHEALTH

Merokok

Pengambilan makanan dan minuman yang berbau atau kandungan gula yang tinggi seperti petai, jering, 

durian, bawang putih atau minuman beralkohol

Penggunaan gigi palsu

Penyakit gigi dan gusi

Penyakit paru-paru dan sinus yang kronik

Pembengkakkan tonsil atau adenoids

Jangkitan candidiasis dalam mulut dan lidah

Penyakit diabetis yang tidak terkawal

Penyakit kegagalan fungsi hepar

Penyakit kegagalan fungsi ginjal

Tidak mengamalkan kebersihan mulut iaitu tidak berkumur selepas makan atau minum, tidak
memberus gigi , lidah dan rongga mulut sekurang kurangnya dua kali sehari di waktu pagi dan malam
sebelum tidur

Pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamin, decongestants , antidepression, antipsychotic dan lain-
lain yang boleh mengakibatkan pengurangan pengeluaran air liur atau menyebabkan mulut kering

  Sumber: http://www.necturajuice.com/wp-

content/uploads/2013/09/halitosis.jpg

Punca kekurangan air liur

Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut sepanjang masa dan dengan ini
secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan dari permukaan gigi. Semasa tidur, rembesan air
liur adalah kurang menyebabkan mulut berbau apabila bangun tidur. Selain itu, kekurangan rembesan air
liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan
menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.

www.myhealth.gov.my/adakah-anda-mengalami-masalah-nafas-atau-mulut-berbau-halitosis/ 2/5

16/03/2021 Adakah Anda Mengalami Masalah Nafas atau Mulut Berbau (Halitosis)? - PORTAL MyHEALTH

Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather): angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut

Bercakap terlalu banyak contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual dan lain-lain ini akan 
mengurangkan pengaliran / perembesan air liur

Berpuasa: mengurangkan perembesan air liur

Pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, ubat untuk menghalang selera makan dan
mengakibatkan mulut kering daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut

Pengambilan minuman beralkohol boleh mengeringkan mulut

Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol boleh mengeringkan mulut

Kekurangan air dalam badan (dehydration) boleh mengurangkan pengaliran air liur

Stress juga mengurangkan pengaliran air liur

Bagaimana anda boleh mengetahui yang anda mempunyai masalah mulut berbau?

Agak susah untuk diri sendiri menyedari masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan
bau mulut. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda
seperti ibu bapa, adik beradik atau kawan rapat. Janganlah merasa kecil hati apabila ditegur oleh orang
yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah
seterusnya untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, ada juga sejenis alat yang digunakan oleh doktor gigi
(halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.

Apa patut anda lakukan sekiranya mempunyai masalah ini?

1. Membersihkan gigi dan mulut setiap hari

Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan
membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini
bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau. Pastikan juga anda tidak
tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria
tersebut. Ambillah masa sekurang kurangnya dua atau tiga minit untuk memberus gigi dan lidah anda.
Gunakan benang flos untuk membersihkan sisa-sisa makanan di celah-celah gigi.

2. Membersihkan lidah setiap hari

Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria
bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Anda boleh membersihkan lidah
dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi yang mempunyai pembersih
lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk

www.myhealth.gov.my/adakah-anda-mengalami-masalah-nafas-atau-mulut-berbau-halitosis/ 3/5

16/03/2021 Adakah Anda Mengalami Masalah Nafas atau Mulut Berbau (Halitosis)? - PORTAL MyHEALTH

memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke

bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih. 

3. Minumlah air

Anda disarankan untuk meminum air sekerap yang boleh sepanjang hari.  Dengan ini mulut anda akan
sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan
ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa
berair. Minum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi dan
juga melembabkan mulut boleh membuatkan suasana mulut kurang sesuai untuk pembiakan bakteria
anaerob.

4. Elakkan mengguna pencuci mulut yang mempunyai alkohol

Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan
tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya
bersifat sementara. Jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan
kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan mulut berbau.
Jika hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.

5. Mengunyah gula getah tanpa gula

Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan (terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda
boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh
dibersihkan dan pengeluaran air liur akan dirangsang.

6. Memeriksa gigi anda jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang (gingivitis, periodontal
problem)

Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen
yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ.
Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah

Gusi yang bengkak dan merah
Gusi yang senang berdarah apabila disentuh
Gusi yang sakit
Nanah keluar dari gusi yang bengkak
Gigi bergoyang

www.myhealth.gov.my/adakah-anda-mengalami-masalah-nafas-atau-mulut-berbau-halitosis/ 4/5

16/03/2021 Adakah Anda Mengalami Masalah Nafas atau Mulut Berbau (Halitosis)? - PORTAL MyHEALTH

Gigi sensitive

Sakit pada gigi ketika mengunyah 

Terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)

Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda daripada plak dan karang gigi dan
seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.

7. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan secara berkala sekurang kurangnya setahun
sekali

Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa
doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika gigi berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi
telah serius. Doktor gigi boleh mengesan lebih awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera
mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.

  Sumber: http://1.bp.blogspot.com/-

2Bmulut%2Bberbau%2B3.png
Rujukan
1.     Impact of mouthrinses on morning bad breath in healthy subjects, M. D. Carvalho, C. M. Tabchoury, J.
A. Cury, S. Toledo, G. R. Nogueira-Filho, Journal of Clinical Periodontology, Volume 31 Issue 2, February
2004, pages 85-90.
2.     Association among Bad Breath, Body Mass Index, and Alcohol Intake. M. Rosenberg, T. Knaan3, D.
Cohen, Journal of Dental Research, JDR October 2007 vol. 86 no. 10, 997-1000

www.myhealth.gov.my/adakah-anda-mengalami-masalah-nafas-atau-mulut-berbau-halitosis/ 5/5


Click to View FlipBook Version