The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Awas! Sinaran Matahari - PORTAL MyHEALTH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadiaazami, 2021-03-21 09:45:34

Awas! Sinaran Matahari - PORTAL MyHEALTH

Awas! Sinaran Matahari - PORTAL MyHEALTH

16/03/2021 Awas! Sinaran Matahari - PORTAL MyHEALTH

Awas! Sinaran Matahari

3

Pengenalan

Aktiviti luar seperti bersukan, berenang, meredah hutan, mendaki gunung dan berkayak menyebabkan
pendedahan kepada cahaya matahari untuk tempoh masa yang panjang
Kesan pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu lama tanpa penggunaan pelindung kulit, boleh
menyebabkan kanser kulit

Risiko

Pendedahan kepada cahaya matahari yang lama boleh menyebabkan:

Kulit terbakar (Sunburn) – menyebabkan kerosakan kulit yang kekal
Penuaan pra-matang – kedutan kulit yang ketara, kulit kasar dan bertompok-tompok
Kanser kulit – kesan daripada pendedahan cahaya matahari yang lama
Kerosakan mata akibat sinaran ultra violet (UV)

Tiga jenis cahaya ultra violet (UV) boleh merosakkan kulit:

Cahaya UVA, menyerap jauh ke dalam kulit. Ia boleh bertindak balas dengan sesetengah ubat dan
kosmetik menyebabkan kulit terbakar teruk
Cahaya UVB, akan sampai ke lapisan atas kulit dan merupakan agen primer yang menyebabkan kulit
terbakar
Cahaya UVC, kebanyakannya akan diserap oleh alam sekeliling (atmosfera) dan ini tidak menyebabkan
kerosakan kulit

Tanda dan gejala

www.myhealth.gov.my/awas-sinaran-matahari/ 1/3

16/03/2021 Awas! Sinaran Matahari - PORTAL MyHEALTH

Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang sederhana:

Kulit merah dan sedikit bengkak, gatal kulit dan berasa panas serta kering 
Otot anda mungkin berasa sakit dan kulit akan menggelupas selepas beberapa hari

Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang teruk:

Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas
Anda mungkin mengalami kesakitan yang kuat dan tidak dapat menahan sakit apabila baju tersentuh
kulit anda
Anda mungkin demam, rasa sejuk, lemah badan; dan perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera

Kemerahan kulit boleh bermula dalam masa 2-4 jam sebaik sahaja terdedah kepada sinaran matahari dan
mencapai tahap kemuncak 24-48 jam kemudian.

Langkah pencegahan

Elakkan dari terdedah kepada sinaran matahari antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang kerana pada
waktu ini sinaran matahari amat terik
Gunakan krim pelindung sinaran matahari yang melindungi daripada pancaran UVA dan UVB, serta
mempunyai sekurang-kurangnya SPF 15 walaupun pada waktu mendung
Gunakan topi atau pelindung untuk mengelakkan dari terkena matahari pada bahagian tengkuk, kepala
dan mata
Pakai pakaian yang sesuai dan gunakan cermin mata hitam untuk mengelakkan terkena kesan cahaya
ultra violet

Langkah berjaga-jaga

Sesetengah ubat, kosmetik dan ubat kimia bertindak balas dengan cahaya matahari menyebabkan kulit
merah atau terbakar:

Ubat alahan dan ubat gatal
Antibiotik
Ubat penenang
Ubat kencing manis
Ubat jerawat
Pil perancang keluarga

www.myhealth.gov.my/awas-sinaran-matahari/ 2/3

16/03/2021 Awas! Sinaran Matahari - PORTAL MyHEALTH

Racun serangga

Sesetengah bahan antibakteria yang terdapat dalam sabun atau pencuci muka 

Bahan pewangi dalam sabun atau minyak wangi

Sesetengah produk herba terutamanya yang berasaskan limau, seleri, dan herba dari kumpulan St.
John’s Wort

Adakah anda tahu bahawa terdapat bahan pelindung cahaya matahari secara semula jadi di kulit yang dipanggil melanin?

Melanin merupakan pigmen semula jadi yang menyerap sinaran ultra violet dan menyebabkan kulit
berubah dari cerah ke kuning ke perangan
Melanin melindungi kulit daripada kerosakan pancaran sinar ultra violet oleh matahari
Secara umumnya, orang yang berkulit cerah mempunyai kandungan melanin yang kurang dan ini
menjadikan ia lebih sensitif kepada sinaran ultra violet

Sesiapa sahaja boleh mengalami kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari terutama
kepada:-

Berkulit sensitif dan cerah serta mempunyai kandungan melanin yang kurang
Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami kanser kulit
Mempunyai banyak jeragat atau tahi lalat
Mengalami rawatan kanser kulit
Memiliki rambut berwarna merah atau coklat

Sekiranya anda mengambil ubatan, sila dapatkan nasihat ahli farmasi sama ada terdapat bahan tersebut
di atas dalam ubatan anda yang boleh menyebabkan kulit sensitif pada sinaran ultra violet.

Berhati-hati dan lindungi diri anda dari matahari sekiranya anda menggunakan ubat tersebut.

Semakan akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Nour Hanah bt. Othman
Penyemak : Fatkhiah bt. Hj. Khalil

 

www.myhealth.gov.my/awas-sinaran-matahari/ 3/3


Click to View FlipBook Version