KRONOLOGI SEJARAH PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
•diwujudkan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, ilham daripada YMM Tunku Puan Besar Kurshiah
•untuk pelajar sekolah menengah
1960-an •aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat
17 Jun •dilancarkan secara rasmi oleh Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang,
1981 Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimallah
•Y. A. Bhg Toh Puan Norashikin Ismail sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.
17 Jun setiap • Hari Puteri
tahun
20 Jun • sambutan pertama kali peringkat kebangsaan
1987
• pengiktirafan Puteri Cemerlang dan Piala Pusingan bagi Anugerah
1988 Tokoh Puteri.
• bergerak sebagai Unit Beruniform di maktab perguruan.
11 September
1993
• pelancaran Skuad Puteri oleh Y.A. Bhg Datin Seri Dr. Wan
23 November Azizah Wan Ismail
1996
• dilancarkan di institut pengajian tinggi
8 April 2000
• Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan menang tanpa bertanding dalam sesi
pemilihan Yang Dipertua.
24 Mac 2007 • menjadi Yang DiPertua sehingga kini.
FALSAFAH PPIM
• Badan Unit Beruniform yang bergerak di
peringkat kebangsaan, negeri, daerah, IPTA,
institut perguruan, sekolah menengah dan
sekolah rendah.
• Membimbing PUTERI ke arah penyuburan dan
pengembangan potensi diri secara
menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, jasmani dan emosi berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah.
MATLAMAT PPIM
Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif
dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu.
PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut:
• Mengimbangkan antara perkembangan
intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-
puteri melalui penyemaian, penyuburan dan
pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
• Mengukuhkan perhubungan dan pertalian
silaturrahim di kalangan puteri-puteri.
• Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri
di dalam pelbagai bidang gerakerja
kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej
dan universiti.
• Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
• Menggalakkan iklim persekolahan yang
terbuka dan menyeronokkan.
• Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua
hala antara sekolah dengan ibubapa dan
masyarakat, khasnya masyarakat setempat.
OBJEKTIF PPIM
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat
sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti
berikut:
1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang
• Taat kepada Allah, Raja dan Negara
• Berilmu
• Berakhlak mulia
• Berbakti kepada masyarakat
1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak,
rohani dan jasmani supaya menjadi insan
kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan
Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan
jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat
berbakti untuk agama, nusa dan bangsa.
1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang
beridentiti sendiri, progresif dan diterima
masyarakat.
1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi
muda dan menghormati generasi tua.
VISI PPIM
Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :
• Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip
Islam.
• Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri
secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual,
emosi, sosial dan fizikal.
• Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama
puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
MISI PPIM
• Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan
hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata
melalui program- program yang dijalankan
• Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada
masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang
mencabar dan menarik.
• Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan
pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang
secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.