PDPR BAHASA MELAYU
TAHUN 5 TULIP
TARIKH / HARI
15 Feb 2021 / Isnin
Pusat Transit anakku Sayang,Taman Seri Damai
( Tatabahasa : Kata nama am )
Disediakan oleh ;-
Cikgu St Khadijah Mahmud
Guru Bm Tahun 5 2021
KATA NAMA AM
1. Ialah kata yang amnya merujuk kepada nama
sesuatu yang bernyawa ( hidup ) dan yang tidak
bernyawa ( tidak hidup )
2. Semua kata am ditulis dengan huruf kecil pada
pangkal kata kecuali pada permulaan ayat.
3. Kata nama am merujuk kepada
manusia,haiwan,tumbuhan,benda dan tempat secara
umum
4. Kata nama am hidup manusia digunakan untuk
manusia.
5.Kata nama am hidup bukan manusia digunakan untuk
haiwan dan tumbuh-tumbuhan
NOTA TAMBAHAN
KATA NAMA AM KONKRIT
1.Digunakan untuk benda yang dapat dipegang,dirasa
atau dilihat,sama ada manusia,tempat,benda atau
binatang.
Contoh kata nama am konkrit bagi manusia:
bapa, doktor, guru, kakak, petani
Contoh kata nama am konkrit bagi tempat:
hutan , padang ,pantai ,sekolah , pasar
Contoh kata nama am konkrit bagi benda:
buku , baju , guni , pensel, topi
Contoh kata nama am konkrit bagi binatang:
anjing ,kucing , lembu , ayam ,itik
LATIHAN 1
Garis contoh perkataan yang merujuk kata
nama am di bawah ini.
1.Peniaga tersebut telah mendapat
keuntungan yang besar sejak beberapa tahun
yang lalu.
2.Dalam cerita dongeng,rupa pari-pari sangat
cantik.
3.Dia terus ke dalam bangunan pejabat
apabila sahaja sampai.
4.Seekor burung hinggap di atas dahan
tersebut.
Latihan 2
Sila lengkapkan contoh Kata Nama
Am dengan menggunakan Peta
Pokok yang anda ketahui.
Sekian,
terima kasih
Disediakan oleh:-
Cikgu St Khadijah Mahmud
Guru BM Tahun 5 2021
15 Februari 2021