BAHASA MELAYU TAHUN 5 TULIP
1 MAC 2021 ( ISNIN )
BUKU PENULISAN C
MENULIS KARANGAN ( 3.2 / 3.2.1 )
CARA-CARA MENJADI MURID CEMERLANG
Disediakan oleh :- Cikgu St Khadijah Mahmud
Murid cemerlang bermaksud murid yang mempunyai prestasi
akademik dan kokurikulum yang baik.Ada pelbagai cara untuk menjadi
murid yang cemerlang.
Memberi tumpuan semasa guru sedang mengajar adalah cara
yang baik diamalkan agar murid boleh cemerlang.Apabila guru sedang
mengajar sesuatu tajuk,hayatilah penerangannya agar kemahiran yang
diajar dapat kita kuasai .Jangan sesekali ,fikiran kita menerawang ke
tempat lain.
Sehubungan itu, kita boleh membuat jadual belajar di
rumah.Jadual ini mestiah dipatuhi.Dalam hal ini,disiplin sangat
penting.Belajar melaluinya ,kita dapat mempertingkatkan kualiti
pembelajaran diri,seandainya berlaku secara berterusan,kemahiran
menguasai soalan bertambah baik.Kita mudah menjawab soalan
peperiksaan kelak.
Selain itu, dengan menyertai kelas tambahan juga boleh
mendorong seseorang murid menjadi cemerlang.Biasanya semasa kelas
tambahan,guru-guru lebih banyak mendedahkan teknik-teknik
menjawab soalan dengan baik.Justeru,sangatlah beruntung jika cara
ini dilakukan untuk menjadi murid cemerlang.
Seterusnya,menggunakan masa lapang secara berfaedah dapat
membantu menjadi murid yang cemerlang.Masa lapang yang ada ,wajar
diisi secara bijaksana.Antaranya,membaca bahan-bahan ilmiah,bahan
bercetak.Kita juga boleh melayari internet untuk mencari bahan-
bahan pembelajaran.Dengan ini,minda kita akan terbuka luas.
Konkulasinya,memang ada banyak cara untuk menjadi murid yang
cemerlang.Tanamkan tekad untuk menjadi cemerlang dalam semua
aspek.Bak kata pepatah, menggenggam bara api biar sampai jadi
arang,alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Latihan ( Buku Penulisan C )
Anda dikehendaki menulis sebuah karangan Autobiografi yang
bertajuk “Aku Seorang Murid Tahun 5 ”.
Panjang karangan adalah di antara 80 hingga 120 patah perkataan.