The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ikinmalik, 2023-10-26 09:08:27

maulud 2023

maulud 2023

SKADA BERSELAWAT SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023 SK KAMPONG DACHING TARIKH 27 OKTOBER 2023 TEMPAT /MASA DEWAN SKADA/ 7.40AM-12.10PM ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM Bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Kampong Daching berusaha menganjurkan program berkonsepkan Islamik bagi mengajak para guru, murid-murid dan ibu bapa untuk berselawat melalui pendekatan yang lebih interaktif. Alunan selawat dan qasidah diadakan dalam bentuk konsert di mana ianya dilaksanakan secara beramai-ramai bagi memuji serta mengingati Nabi Muhammad SAW. Selain itu juga, penganjuran program ini dapat menzahirkan perasaan kecintaan terhadap Rasulullah SAW sekali gus memuliakan junjungan besar kita sempena Maulidul Rasul. Begitu juga perasaan taat dan ingin mencontohi baginda dan berbangga menjadi umat baginda,sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya engkau ( Wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang mulia”. (Al-Qalam:4). Program SKADA berselawat akan diserikan dengan pelbagai pengisian seperti pertandingan azan, srikandi muslimah, pertandingan mewarna serta bacaan yasin yang akan dipimpin oleh muridmurid.Secara keseluruhannya, program ini dapat mengeratkan hubungan di antara para guru dengan murid-murid. MISI Program ini mampu dijadikan sebagai satu landasan dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW meskipun melalui pendekatan yang berlainan. Malah mengekalkan hiburan yang berunsurkan Islamik dengan berselawat dan berqasidah. OBJEKTIF 1.1 Menggalakkan amalan berselawat dalam kalangan umat Islam. 1.2 Memperingati dan melahirkan rasa cinta terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW. 1.3 Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang progresif dalam mencari keredhaan Ilahi. 1.4 Mengeratkan ukhwah sesama ummah.


JAWATANKUASA PELAKSANA Pengacara Majlis Pn. Siti Nursalihah Binti Mohamad Haris En. Mohd Lutfi Bin Ali Hebahan dan Publisiti Pn NUrashikin Bt Abd Malik Pengurus peserta Pn Nurrafeah Bt Harun ( K ) En. Goh Chee Kean Siaraya En. Goh Chee Kean En. Muhammad Nazri Bin Mohamed Fauzi@Jazuli Persiapan Tempat Pn. Siti Norishah Binti Ismail Pn. Norhana Bt Che Wan Seman Kawalan murid dan disiplin En. Muhd Shukri Bin Abd Hamid JAWATANKUASA KERJA Pengerusi : En. Muhamad Rizal Bin Ariffin (Guru Besar) Timbalan Pengerusi: Pn. Malini A/P Vesuvanathan (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi I: En. Muhamad Sabri Bin Abdul Jalil (PK HEM) Naib Pengerusi 2: Pn. Siti Asiah Binti Katan @ Khalid (PK Kokurikulum) Ketua Panitia : En. Mohd Lutfi Bin Ali Setiausaha : Pn .Nurashikin Bt Abdul Malik Penyelaras Program: Pn. Siti Nursalihah Binti Mohamad Haris Naib Penyelaras: Pn. Nurrafeah Bt Harun HAKIM Pertandingan Azan Saringan Semua Gpi & Gba Akhir 1. En. Mohd Lutfi Bin Ali 2. En. Muhammad Nazri Bin Mohamed Fauzi@Jazuli Pertandingan Dakwah Srikandi Saringan : Semua Gpi & Gba Akhir 1. Pn. Nurashikin Bt Abd Malik 2. Pn. Sharifah Munirah Bt Mustapha Pertandingan Mewarna Tahap 1 Semua Gpi & Gba


Hadiah Pn. Suzilawati Bt Ghazali Pn. Siti Fatimah Bt Wahab Makanan murid dan tetamu VIP Pn. Siti Zaida Bt Mohd Tohid Pn. Wan Faridah Bt Wan Sulaiman Pn Nurrafeah Bt Harun Kebersihan Semua guru Pekerja pembersihan Jurugambar Pn. Ismayati Binti Omar Dokumentasi Pn. Siti Nursalihah Binti Mohamad Haris MASA ATURCARA 7.40 pagi 1. Solat hajat untuk Gaza Tahap 2 Lelaki 2. Penyampaian Hadiah Tahap 1 8.00 pagi • Bacaan Surah Yassin • Gimik pelancaran program 8.30 pagi • Alunan selawat dan qasidah 9.40 pagi 10.10 pagi • Rehat tahap 1 dan 2 • Penyampaian hadiah kepada pihak konsulton 10.40 pagi • Pertandingan azan ( murid lelaki Tahap 2 ) • Dakwah Srikandi ( murid perempuan Tahap 2 ) 11.40 pagi • Penyampaian hadiah pertandingan Tahap 2 12.10 • Bersurai


Click to View FlipBook Version