JOM MOHON HALAL
PANDUAN ASAS
PENSIJILAN
HALAL MALAYSIA
Apa yang anda perlu tahu
tentang Pensijilan Halal
Malaysia?
JOMMOHONHALAL.COM
JOM MOHON HALAL
KATA ALUAN
Abdul Fazmin
PENGARAH
Panduan eBook ini di hasilkan oleh Team Al Barakah
sebagai panduan kepada Usahawan industri F&B (Food &
Beverages) untuk mengetahui asas halal. Usaha ini, sedikit-
sebanyak dapat membuka minda usahawan untuk memohon
Pensijilan Halal Malaysia dan memudahkan proses
mendapatkan pengiktirafan halal.
JOM MOHON HALAL
LATAR
BELAKANG
Menurut HDC, lebih 200,000 produk IKS
yang berpotensi mendapatkan halal tetapi
hanya 3% sahaja yang memohon dan di
iktiraf halal. Ini merupakan data pada 2019.
Ini adalah angka yang mengejutkan. Apa
yang menyebabkan usahawan tidak mahu
memohon pensijilan halal sedangkan
pasaran halal global bernilai Triliun USD?
Panduan ini akan menekankan manfaat
daripada pensijilan halal Malaysia, asas skim
pensijilan halal Malaysia, kos yang terlibat
dan proses yang berkaitan dalam
permohonan pensijilan halal.
Semoga dengan usaha ini, kita akan dapat
melihat peningkatan penglibatan usahawan
IKS dalam pasaran halal Malaysia dan Global
tahun demi tahun.
Hak Cipta Terpelihara
Ebook ini ditulis adalah berdasarkan pengalaman team syarikat yang
terlibat secara langsung sebagai perunding & penyedia latihan sejak 2009.
PERHATIAN:
Tidak dibenarkan sama sekali untuk menyalin semula ebook ini dan
mengedarkannya secara percuma atau berbayar kepada sesiapa dalam
apa cara sekalipun sama ada secara bercetak, digital/elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman selain mendapat izin bertulis daripada pihak penerbit.
Penerbit berusaha sedaya upaya memastikan buku yang diterbitkan
mengandungi maklumat yang tepat, terkini dan berautoriti daripada segi
subjek yang di bincangkan.
Penerbit dan buku ini tidak boleh di anggap memberikan khidmat
perundingan, perakaunan atau khidmat profesional yang lain kepada
pembaca.
Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan
khidmat profesional daripada individu yang berkelayakan dengan
menggunakan saluran yang betul.
Diterbitkan Oleh: Al Barakah Training Solution Sdn Bhd (2021)
Jom Mohon Halal
JOM MOHON HALAL
ISI KANDUNGAN
PART 1 PENGENALAN
Pengertian halal, latarbelakang halal & kepentingan
halal kepada pengguna muslim.
PART 2 PASARAN HALAL
Mengapa halal ini penting , berpotensi dan peluang
kepada Industri F&B di Malaysia.
PART 3 SKIM HALAL MALAYSIA
Apa yang perlu anda tahu tentang Skim Pensijilan
Halal Malaysia?
PART 4 KOS PENSIJILAN HALAL
Berapa kos yang terlibat dalam mendapatkan
pensijilan Halal Malaysia?
PART 5 CARA MEMOHON HALAL
Bagaimana cara memohon Halal? Apakan proses
yang terlibat dan komponen dalam halal?
[1] PENGENALAN
Jom Mohon Halal Al Barakah Training Solution
JOM MOHON HALAL
PENGENALAN
Apakah Itu Halal? Oleh yang demikian, konsep Halal
& Toyyiban yang di bawa oleh
Halal merupakan istilah di dalam skim pensijilan halal Malaysia
bahasa arab yang bermaksud bermaksud segala produk yang
telah di iktiraf halal mempunyai
“Di benarkan” atau “Di “KUALITI YANG TINGGI“
bolehkan“.
Makanan Halal bermaksud
makanan yang di bolehkan makan
oleh orang islam.
Toyyiban bermaksud “Baik” dalam
bahasa arab.
Panduan Asas Halal - Page 2
"
" Wahai sekalian manusia!
makanlah dari apa yang ada
dibumi yang halal lagi baik; dan
janganlah kamu ikut jejak
langkah syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu ialah
musuh yang terang nyata bagi
kamu. "
~
Al-Quran: Al-Baqarah 168
Oleh di sebab kan ini, adalah wajib bagi
orang yang beragama Islam untuk mencari
yang halal sahaja.
Panduan Asas Halal - Page 3
SEJARAH HALAL DI MALAYSIA
Penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam
memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan
barangan gunaan Islam di negara ini bermula pada tahun 1974 apabila
Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri
memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang
memenuhi kehendak syarak.
Bermula pada tahun 1994 pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil
pengesahan beserta logo halal dan mulai 30 September 1998
pemeriksaan halal dilaksanakan oleh Syarikat Ilham Daya iaitu sebuah
syarikat yang dilantik oleh kerajaan.
Pada 1 September 2002, kerajaan telah memutuskan bahawa semua
urusan pengesahan halal dilaksanakan sepenuhnya oleh JAKIM melalui
Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam yang mempunyai
hanya 28 jawatan.
Dengan perkembangan pesat industri makanan di negara ini dan
keperluan semasa umat Islam, maka pada 17 November 2005 Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan sebanyak 165
perjawatan pelbagai skim dan gred dengan nama baru Bahagian Hab
Halal.
Panduan Asas Halal - Page 4
JOM MOHON HALAL
KEPENTINGAN
PENSIJILAN HALAL
Seiring dengan perkembangan teknologi dan sains dalam industri
pembuatan makanan, semakin perlunya sistem kawalan untuk
memastikan produk makanan selamat dan halal. Sijil halal:
Memastikan sumber mentah Memastikan pengendalian
makanan adalah dari sumber produk adalah dalam
yang halal menurut garis keadaan yang bersih dan
panduan yang di tetapkan terjamin menurut Amalan
oleh Islam. Pengilangan yang Baik.
Mengawal-selia peniaga dari Memastikan rantaian halal
membuat perakuan / Self- (Halal supply Chain) terjamin
Claim halal sedangkan agar produk terjamin halal
produk yang di hasilkan dari sumber mentah ke
belum tentu di sahkan halal. pengguna (Farm-To-Fork)
Menjamin produk atau Mengawal dan mengasingkan
jenama yang telah di sahkan produk luar negara yang
halal adalah selamat untuk di halal dan tidak halal dengan
gunakan oleh orang Islam sistem pensijilan agar ia
kerana telah memenuhi mudah di kenalpasti oleh
standard Halal yang tinggi. pengguna.
Kesemua ini adalah untuk mencapai satu tujuan penting iaitu
MELINDUNGI pengguna Islam dari menggunakan produk yang tidak
halal.
Panduan Asas Halal - Page 5
JOM MOHON HALAL
LOGO HALAL
MALAYSIA
Di Malaysia, hanya 1 logo halal sahaja yang di gunakan dan sah di pakai.
Perlu di ketahui ramai individu yang tidak bertanggungjawab
menggunakan logo halal buatan sendiri untuk mengelirukan pengguna
dan menjana keuntungan tanpa peduli hak pengguna.
Oleh sebab itu, JAKIM telah menjelaskan ciri-ciri yang terdapat pada logo
halal yang asli.
Bintang berbucu 8 di Perkataan "MALAYSIA"
Dalam bulatan
tengah bulatan
2 Bintang kecil berbucu Perkataan "halal" dalam
bahasa arab di tengah
5 bagi memisahkan bulatan
perkataan "Malaysia"
rumi dan arab.
Tulisan "HALAL" dalam Contoh Nombor
rumi di tengah. Standard yang di pakai.
Tulisan "Malaysia" MS1500:2019
dalam bahasa Arab. 1 200-5/2006
Nombor rujukan
permohonan Halal
Panduan Asas Halal - Page 6
[2] PASARAN HALAL
Jom Mohon Halal Al Barakah Training Solution
JOM MOHON HALAL
PASARAN HALAL
GLOBAL
Nilai Pasaran
Nilai pasaran halal global bagi Nilai Pasaran Malaysia
sektor makanan sahaja di
jangkakan $USD 2.6 Triliun pada Menurut Halal Development
tahun 2023. Corporation (HDC), pasaran halal
di Malaysia pada tahun 2025 di
Ini di sebabkan pengguna muslim jangkan akan mencapai nilai RM
di seluruh dunia meningkat naik 614.36 Bilion.
setiap tahun dan mereka mulai
peka akan kepentingan halal. Dan sebanyak 70% daripada nilai
pasaran tersebut disumbangkan
Sangat rugi jika sesuatu bisnes oleh sektor makanan.
makanan tidak ikut serta dalam
pasaran yang bernliai Triliun
$USD.
Panduan Asas Halal - Page 8
JOM MOHON HALAL
5 SEBAB MENGAPA
USAHAWAN F&B MESTI
DAPATAKAN SIJIL HALAL
KEYAKINAN PELANGGAN
Masyarakat semakin bijak memilih. Mereka akan membuat
perbandingan jenama dan akan memilih produk yang
memberi 'value' yang lebih kepada mereka. Peratusan tinggi
pelanggan akan memilih produk yang ada LOGO HALAL.
MELUASKAN PASARAN
Industri halal semakin naik. Kesedaran tentang halal juga
semakin meluas. Pasaran barangan pengguna kebanyakan
telah meletakkan syarat halal. Sekiranya produk ada sijil halal,
potensi produk untuk masuk pasaran akan labih tinggi.
ACARA RASMI
Acara rasmi kerajaan dan swasta meletakkan syarat halal bagi
penyedia katering. Ini perlu terutama di Malaysia di mana
majoriti adalah beragama Islam. Potensi jualan bagi penyedia
katering akan meningkat naik sekiranya ada sijil halal.
KUKUHKAN PENJENAMAAN
Dengan pengiktirafan halal, sesuatu jenama boleh membina
satu kelainan atau keunikan yang tersendiri berbanding
produk jenama lain. Persepsi pengguna kepada produk yang
ada logo halal adalah "Jenama yang Kukuh"
PELUANG EXPORT
Antara syarat produk makanan untuk di eksport adalah sijil
halal bagi produk yang sememangnya berstatus halal.
Bayangkan betapa besar potensi produk halal dan rugi jika
hanya berdagang di pasaran Malaysia.
Panduan Asas Halal - Page 9
[3] SKIM HALAL
MALAYSIA
Jom Mohon Halal Al Barakah Training Solution
JOM MOHON HALAL
9 SKIM HALAL
Produk Makanan & Produk Kosmetik
Minuman
Bermaksud bahan dan sediaan yang
Bermaksud barang-barang yang dibuat untuk bersentuhan dengan
dibuat atau dihasilkan untuk manusia. pelbagai bahagian luaran badan
Produk Farmaseutikal Premis Makanan
Dalam bentuk dos siap termasuk Sebarang bangunan atau apa-apa
produk ubat-ubatan preskripsi dan struktur, kekal atau sebaliknya bagi
bukan preskripsi untuk kegunaan penyediaan, penyajian dan penjualan
manusia sebarang makanan
Panduan Asas Halal - Page 11
Pengilangan kontrak / Logistik
OEM
Perkhidmatan pengangkutan
Pengilang yang mengeluarkan produk barangan dan/ atau perkhidmatan
secara OEM rantaian kargo atau penggudangan
Rumah Sembelihan Produk Barang Gunaan
Tempat atau premis untuk Barang-barang bukan makanan dan
menyembelih dan memproses minuman
binatang secara komersil.
Peranti Perubatan
Produk peranti perubatan yang berdaftar dengan
MDA, KKM meliputi apa-apa peralatan, radas,
perkakas, alat, implan, reagen atau kalibrator in
vitro, bahan atau barang lain seumpamanya.
Panduan Asas Halal - Page 12
JOM MOHON HALAL
JAKIM PENGELUAR SIJIL
TUNGGAL DI MALAYSIA
Di Malaysia, tidak ada satu pun badan yang layak mengeluarkan
pengiktirafan halal melainkan JAKIM. JAIN & MAIS pula bertindak sebagai
mengurus dan memperoses permohonan pensijilan halal JAKIM.
PEMOHON MAIN / JAIN JAKIM SIJIL
Panduan Asas Halal - Page 13
Siapa yang layak
memohon halal?
PRODUK IKS/PKS
DAPUR HOTEL
RESTORAN
KILANG MAKANAN & MINUMAN
KIOSK / FOOD TRUCK
MEDAN SELERA
KANTIN SEKOLAH, PEJABAT
DAPUR HOSPITAL
LOGISTIK
GUDANG
UBATAN DLL.
Panduan Asas Halal - Page 14
[4] KOS PENSIJILAN
HALAL
Jom Mohon Halal Al Barakah Training Solution
JOM MOHON HALAL
FI PENSIJILAN HALAL
ASAS
Berikut merupakan kadar fi pensijilan halal Malaysia tidak termasu fi
pemperosesan yang baru berdasarkan garis panduan Manual
Permohonan Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) Domestik 2020.
Kadar Fi Pensijilan Produk dan Perkhidmatan Mengikut Kategori Industri
Kadar Fi Pensijilan Premis Makanan
Panduan Asas Halal - Page 16
Kadar Fi Pensijilan Premis Makanan (Hotel)
Kadar Fi Pensijilan Premis Makanan
(Katering/ Khidmat Penyajian Makanan/ Dapur Pusat Konvensyen)
Kadar Fi Pensijilan Rumah Sembelihan
Panduan Asas Halal - Page 17
JOM MOHON HALAL
KOS LAIN
PEMPROSESAN
Setiap permohonan di bawah Pensijilan Halal Malaysia (Domestik)
hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh
(RM20.00) sahaja
PENAMBAHAN MENU
Setiap permohonan penambahan menu termasuklah menu promosi
bagi pemegang SPHM di bawah skim premis makanan hendaklah
dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus
(RM200.00) sahaja bagi tempoh dua (2) tahun
CETAKAN POSTER LOGO HALAL
Cetakan poster logo halal bagi pemegang SPHM skim premis makanan
hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit Malaysia Lima
Puluh (RM50.00) sahaja bagi setiap keping poster.
CETAKAN SEMULA SIJIL
Setiap permohonan untuk mencetak semula SPHM hendaklah
dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh
(RM50.00) sahaja bagi setiap keping sijil
Panduan Asas Halal - Page 18
[5] CARA MEMOHON
HALAL
Jom Mohon Halal Al Barakah Training Solution
JOM MOHON HALAL
IMPAK LOGO
HALAL KEPADA
JENAMA
Logo halal adalah bersifat "Sukarela"
dan tidak wajib. Namun begitu ia
mempunyai nilai yang tinggi kerana
mampu memberi kepercayaan kepada
pengguna bahawa produk jenama halal
telah menjalani proses pengesahan
yang ketat sehingga ia DI JAMIN halal
oleh JAKIM.
Panduan Asas Halal - Page 20
JOM MOHON HALAL
FASA PERMOHONAN
Sepanjang proses permohonan sijil halal baik baru ataupun
pembaharuan, pemohon akan melalui 4 fasa ini yang kebiasaannya
memakan masa dari 3 ~ 6 bulan.
01 PERSEDIAN & PERMOHONAN
Pemohon mesti faham syarat dan garis panduan yang
telah di tetapkan dan membuat persiapan premis &
dokumentasi. Kemudian pemohon hendaklah
membuat permohonan melalui sistem MyE-Halal.
02 SEMAKAN
Setelah permohonan di hantar, pihak pengurusan
halal akan menyemak dan mengesahkan segala
butiran-butiran yang di nyatakan. Setelah berpuas
hati, mereka akan mengeluarkan surat caj.
03 AUDIT
Pegawai akan datang ke premis pemohon untuk
menyemak pemohon telah mematuhi syarat-syarat
yang telah di tetapkan dan mengesahkan status halal
bahan mentah yang di isytiharkan.
04 KELULUSAN HALAL
Jawatankuasa yang memberi kelulusan akan
bermesyuarat untuk meluluskan/menggagalkan
permohonan berdasarkan pemerhatian yang telah di
jalankan semasa lawatan audit di tempat pemohon.
Panduan Asas Halal - Page 21
SEPNEARRMAOI HSOEMNAANK
HALAL
UMUM
Profil syarikat
Nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan
Bahan ramuan yang digunakan
Nama dan alamat pengeluar / pembekal ramuan
Status halal bahan ramuan beserta sijil halal atau spesifikasi produk
bagi bahan ramuan kritikal (jika berkaitan)
Jenis bahan pembungkusan
Proses dan prosedur pengeluaran
Lain-lain dokumen seperti HACCP, ISO, GHP, GMP, TQM dan
sebagainya (Jika ada)
Peta lokasi premis / kilang.
Pemohon hendaklah menyediakan fail khas "Sijil Pengesahan
Halal" untuk menyimpan dokumen-dokumen berkaitan dan boleh
dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan ke atas premis tersebut.
Panduan Asas Halal - Page 22
YOUR BRAND NAME HERE
SUMBER RUJUKAN
MPPHM (DOMESTIK) 2020
Garis panduan baru yang telah di kemaskini oleh
pihak JAKIM yang berkuatkuasa 1 Januari 2021
DOWNLOAD
www.halal.gov.my
LAMAN WEB RASMI JAKIM
Hebahan & Maklumat terkini berkaitan
permohonan pensijilan halal Malaysia
LAWATI
www.halal.gov.my
HDC
HDC atau Halal Developement Corporation
mengeluarkan kenyataan bahawa 200,000 produk
IKS yang kurang dalam pasaran halal.
LAWATI
www.malaysiakini.com/news/504728
Panduan Asas Halal - Page 23
NAK BELAJAR MOHON HALAL?
Jom Mohon Halal
WEBINAR ONLINE 3PDS
YURAN HALAL MANAGEMENT SYSTEM
SERENDAH
RM35
Belajar dengan lebih terperinci cara memohon halal dengan
menggunakan formula 3PDS secara online, di mana-mana, yang ternyata
berkesan dan memudahkan proses permohonan dan kawal selia Sistem
Jaminan Halal.
DAFTAR JOMMOHONHALAL.COM
Panduan Asas Halal - Page 24
JOM MOHON HALAL
KENAPA MESTI JOIN?
Memohon halal bukan satu perkara yang mudah. Pengalaman kami
selama 12 tahun sejak 2009 sebagai perunding halal mampu
membimbing dan mengajar anda cara untuk memohon sendiri halal.
free Checklist free process & Anda tanya, kami
detail Road-Map jawab
DAFTAR JOMMOHONHALAL.COM
Panduan Asas Halal - Page 25
TERIMA
KASIH!
JOMMOHONHALAL.COM
Jom Mohon Halal