The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by natashasyqra, 2024-03-19 08:19:58

SI MATIN YANG NAKAL

Cerita Kanak-Kanak

Pengarang : Syaqira Natasha Binti Abdul Ghani Si Matin Yang Nakal


Di sebuah kampung kecil iaitu Kampung Tenambak, tinggal seorang budak lelaki yang sangat nakal bernama Matin. Matin merupakan anak tunggal kepada pasangan peniaga terkenal di kampung tersebut. Semua penduduk kampung dan kawan-kawannya sudah sangat mengenali perangainya yang sangat nakal dan suka mengganggu orang lain. Namun begitu, orang-orang kampung sangat menghormati kedua ibu bapanya.


Matin sangat suka bermain-main dan selalu tidak mendengar arahan orang dewasa termasuk ibu bapanya. Dia suka menyelinap keluar rumah pada waktu malam untuk berjalan-jalan ke hutan di sekitar kampung. Ibunya telah berkali-kali melarang dan menasihati anaknya yang nakal itu namun tidak dipedulikan.


Sesekali Matin juga akan mengambil buah-buahan dari kebun-kebun orang lain tanpa izin, dan kadang-kadang dia juga akan menyebabkan masalah dengan kanak-kanak lain di kampung.


Pada suatu hari, ketika Matin sedang bermain dengan bola sepaknya di kawasan kampung, dan secara tidak sengaja memecahkan tingkap sebuah rumah milik seorang nenek tua bernama Nenek Fatimah. Nenek Fatimah sangat marah dan memanggil ibu Matin untuk meminta ganti rugi atas perbuatan anaknya itu. Ibunya sangat malu dengan kelakuan Matin dan berkata “Jangan ulangi lagi perbuatan itu atau kamu akan menerima balasan suatu hari nanti”. Namun begitu, Matin tidak mengendahkan nasihat ibunya itu. Dia masih melakukan perbuatannya yang nakal dan sikapnya degil itu.


Matin berasa marah dan tidak puas hati lalu pergi ke rumah kawan baiknya, Muksin. Dirumah Muksin, Matin merancang untuk merosakkan kebun Nenek Fatimah. “Malam nanti aku akan pergi ke kebun Nenek tua itu dan rosakkan tanamannya” kata Matin kepada Muksin. Muksin telah berusaha sedaya upaya untuk membatalkan sahaja niat jahat Matin itu tetapi tidak diendahkan olehnya.


Suatu malam seperti biasanya Matin menyelinap keluar dari rumahnya lagi untuk pergi ke kebun Nenek Fatimah dan menjayakan rancangan jahatnya. Matin menggunakan jalan di hutan yang selalu dia lalui untuk berjalanjalan pada waktu malam. Namun begitu Matin terus berjalan tetapi tidak menemukan jalan untuk keluar dari hutan itu. Dia menyedari bahawa dia sudah tersesat dan tidak ingat jalan keluar dari hutan itu kerana kegelapan malam dan hutan yang sunyi.


Matin merasa takut dan risau kerana hutan itu sangat gelap dan sunyi. Dalam keadaan takut Matin berteriak meminta pertolongan, tetapi tiada sesiapa yang mendengar jeritannya itu. Matin cuba sedaya upaya untuk mencari jalan keluar daripada hutan itu. Dia berjalan di hutan itu tetapi masih juga tidak menemukan jalan keluar. Jalan yang dilaluinya tetap sama dan berulangulang sehingga Matin berputus asa dan kepenatan akhirnya.


Matin terduduk di bawah sebuah pokok besar sambil memikirkan cara untuk keluar. Tiba-tiba Matin ternampak seorang lelaki tua lalu berteriak kepadanya “Hei pakcik tua! Bantu saya keluar dari hutan ini” kata Matin. Tetapi orang tua itu tidak menghiraukannya seolah-olah dia tidak melihat Matin disitu. Matin menyedari bahawa suaranya tidak dapat didengari dan orang tua itu tidak dapat melihatnya.


Matin bernasib baik kerana beberapa orang penduduk kampung yang sedang membantu mencari Matin menemuinya di bawah pokok itu. Mereka membawanya pulang dengan selamat. Matin menceritakan kepada semua orang tentang apa yang berlaku kepadanya malam itu. Matin sangat berterima kasih kepada orang kampung dan meminta maaf serta tidak ingin mengulangi lagi sikapnya yang nakal dan degil itu.


Sejak kejadian itu, Matin menjadi seorang budak yang mendengar cakap dan tidak lagi berbuat nakal. Dia belajar dari kesalahannya dan sering membantu orang kampung serta menjadi teladan bagi anak-anak lain di kampung Tenambak.


Dengan bantuan dari keluarga dan penduduk kampung, Matin membesar menjadi seorang pemuda yang baik dan bertanggungjawab. Dia menjadi teladan bagi anak-anak lain yang pernah mengalami kesusahan yang sama dengannya. Budak nakal itu telah menjadi seorang yang bijaksana, dan kampung Tenambak pun semakin aman dan damai.


Matin juga sering menceritakan kisahnya itu melalui sebuah sajak yang dicipta olehnya ; Di ladang hijau berbunga bermekar, Seorang budak nakal berlari dan dikejar. Dia mengguris cat di tembok desa, Menyebabkan marah, hati pun sesak. Ketika bulan naik di langit malam, Dia menyelinap keluar tanpa rasa bersalah. Mencuri buah dari kebun tetangga, Tanpa memikirkan akibat yang akan datang.


Namun satu hari, dia tersesat di hutan, Sendirian dan takut, terperangkap dalam penjara alam. Baru disedari, kesalahan yang diperbuat, Sikap nakal, tidak akan membawa kebaikan yang diinginkan. Dari kegelapan malam, sinar pagi merekah, Dia bangkit dengan tekad baru, hati yang bersih. Berubah dan belajar dari kesilapannya, Menjadi lebih baik dan menyebarkan kasih.


Matin mencipta sajak itu untuk dijadikan sebagai pedoman dan teladan kepada kanak-kanak di kampung itu. Mereka mendapat pengajaran yang berguna untuk menjadi seorang insan yang berguna serta sentiasa berbuat baik.


Ilustrasi gambar diadaptasi daripada Canva Rujukan https://fliphtml5.com/learning-center/ms/how-to-make-a-story-bookonline-with-photos-and-videos/ AnyFliphttps://anyflip.comAnyFlip


Click to View FlipBook Version