MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TANJONG RAMBUTAN KALI KE-23 TAHUN 2024 [email protected] DEWAN SEPADU, SMKTR 8.00 PAGI 27 A P R 05-5336770 DIRASMIKAN OLEH TUAN HAJI AYOB BIN HAJI ZENAL AMP, PPN, PPT, PJM, PSSB
Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23 SMK Tanjong Rambutan Tahun 2024 Disediakan oleh : Puan Amila Binti Fudzalli (Penyelaras) Puan Maizatol Nora Binti Noordin (Ketua) Cik Nurul Shuhada Binti Abdul Aziz (Data PIBG & Usul) Puan Nazatul Firdaus Binti Zainon (Data SPM) Puan Norsyuhadah Binti Mohd Zawi (Data HEM) Cik Nur Umairah Bt Mohd Idris (Data Kokurikulum) Puan Kalaivani A/P Muruthy (Cetakan & Kod QR) (AJK Buku Program)
Atur Cara Majlis 1 Dari Meja Pengetua 4 - 5 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2 - 3 Surat Jemputan 6 - 7 Pencapaian Kokurikulum 2023 / 2024 15 Profil Sekolah 10 - 11 Prestasi SPM 5 Tahun 12 02 01 03 04 06 05 07 08 09 11 10 12 13 14 Program Peningkatan Akademik 2024 / 2025 13 Analisis Kehadiran Murid 14 AJK PIBG Sesi 2023 / 2025 8 - 9 Agenda Mesyuarat 20 Gambar Aktiviti Sekolah 16 - 19 Minit Mesyuarat Agung PIBG Ke-22 21 - 31 Laporan Tahunan PIBG Tahun 2023 32 - 34
Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Dis 2023 Akaun Induk 36 - 37 Baki Semasa Wang 35 Akaun Sumbangan 38 - 39 Jawatankuasa Induk 44 Pembahasan Usul - Usul Usul - Usul Sekolah 41 15 16 17 18 Usul - Usul Ibu Bapa 42 - 43 Jawatankuasa Mesy. Agung PIBG Kali Ke - 23 Akaun Kecemerlangan 40 Penghargaan 47 Jawatankuasa Kerja 45 - 46
03 8.45 - 10.30 pagi PENDAFTARAN GURU, AJK PIBG DAN IBU BAPA 01 8.00 - 8.30 pagi Guru, AJK PIBG dan ibubapa akan mendaftar kehadiran di kaunter pendaftaran di bahagian belakang Dewan Sepadu. Tetamu mengimbas kod QR buku program di kaunter pendaftaran sebelum mengambil tempat duduk yang disediakan. S A B T U ATUR CARA MAJLIS AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG 02 8.30 - 8.45 pagi NYANYIAN LAGU NEGARAKU NYANYIAN LAGU KEBESARAN NEGERI PERAK KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS BACAAN DOA UCAPAN PENGETUA UCAPAN PERASMIAN (Tn. Haji Ayob bin Haji Zenal) PENYAMPAIAN CENDERAHATI PERASMI 0410.30 - 11.00 pagi CABUTAN BERTUAH BERSURAI Majlis dijangka tamat pada 11.00 pagi 1 Kata Alu-aluan Pengerusi Ucapan Penasihat PIBG (Pengetua SMKTR) Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 Membentang dan menerima Laporan Tahunan Bagi Tahun 2023 Membentang, Menerima dan Meluluskan Laporan Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2023 Pembahasan Usul-Usul Hal-hal Lain Ucapan Penangguhan 27 April 2024
Ucapan M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 2 3 S M K T R T A H U N 2 0 2 4 2 Y D P PI B G SESI 2023/2024 TUAN HAJI AYOB BIN HAJI ZENAL AMP, PPN, PPT, PJM, PSSB
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berusaha Encik Zabri bin Mat Basir, Pengetua SMK Tanjong Rambutan, barisan pentadbir sekolah, guru-guru serta ibu bapa yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 pada tahun ini. Pertama sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah. Sekian,terima kasih. “BERSEPADU BERTEKAD GEMILANG” PIBG SMK Tanjong Rambutan sentiasa memikirkan dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh warga sekolah dalam memantapkan pembangunan pendidikan, prasarana, sahsiah kendiri, imej dan identiti sekolah. Tuan Haji Ayob bin Haji Zenal YDP PIBG Sesi 2023/2025 3 AMP, PPN, PPT, PJM, PSSB
PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah. En. Zabri Bin Mat Basir Pengetua SMK Tanjong Rambutan 4
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera Kepada warga PIBG SMK Tanjong Rambutan Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita telah memasuki sesi 2024/2025. Semoga semua warga PIBG SMK Tanjong Rambutan (SMKTR) sentiasa bersemangat dan sama-sama mengorak langkah untuk terus memacu transformasi pendidikan ke arah memartabatkan sekolah tercinta ini ke tahap yang lebih tinggi bagi menghasilkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) seperti yang dihasratkan dalam Hala Tuju Kecemerlangan Pendidikan Negeri Perak (HTKP). Saya yakin ABC pasti akan lebih mudah direalisasikan sekiranya warga PIBG SMKTR dapat bersama-sama menggemblengkan tenaga seiring dengan Perancangan Strategik JPN Perak 2020- 2024 (PSO). PSO dan HTKP adalah panduan terbaik buat warga PIBG SMKTR untuk menyusun strategi dan matlamat bagi menyarung JERSI kecemerlangan anak-anak didik kita secara bersepadu supaya mereka dapat bersaing dalam arus perubahan persekitaran global yang amat dinamik ketika ini. Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu ‘Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera’ harus kita hayati sepenuhnya. Warga PIBG SMKTR mestilah mempunyai azam dan iltizam untuk menggemblengkan tenaga dan fikiran bagi merancang, melaksana dan menghayati visi ini. Visi bermakna KPM ini akan menghasilkan ABC yang padu, mampu bersaing, berupaya menjadi modal insan yang terdidik dan bersahsiah tinggi seterusnya transformasi pendidikan dapat direalisasikan bagi memenuhi aspirasi negara. Saya ingin mengajak warga PIBG SMKTR untuk bersama-sama berganding bahu, bergerak sederap dan seiringan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta berdoa agar segala usaha dan perancangan yang dilakukan ini akan diredhai dan diberkati Allah. Akhir kata, semoga segala usaha dan jerih perit kita semua akan membuahkan hasil yang akan merubah dan melakarkan landskap baharu sekolah dengan lebih bermakna. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, ………………………………….. Zabri bin Mat Basir Pengetua SMK Tanjong Rambutan 5
SURAT JEMPUTAN 6
7
AJK PIBG PENASIHAT PIBG Encik Zabri Bin Mat Basir Pengetua SMK Tanjong Rambutan SMK TANJONG RAMBUTAN SESI 2023 / 2025 YANG DIPERTUA PIBG Tuan Haji Ayob bin Haji Zenal AMP, PPN, PPT, PJM, PSSB 8
9 AJK IBU BAPA AJK GURU Encik Mohd Nidzal bin Ramli Encik Lajan Anak Jayan Puan Sennima binti Sunnam Encik Jostin Anak Liyang Puan Noorhaiza binti Mohd Nor JURUAUDIT Puan Rohana Binti Mohd Nawi (Guru) Puan Norazita binti Mohd Saat (Ibu Bapa) SETIAUSAHA Puan Nor Shah Binti Zakaria BENDAHARI Puan Nurul Najwa Binti Yusof PENOLONG SETIAUSAHA Cik Nurul Shuhada Binti Abdul Aziz NAIB YANG DIPERTUA PIBG Encik Mohd Azman bin Ramli Puan Zaleha Binti Hasbullah Puan Maizatol Nora Binti Noordin Encik Sivabalan A/L Muniandy Encik Mohiddeen Bin Mukri (menanggung tugas)
GURU LELAKI PEREMPUAN JUMLAH SESI PAGI 6 26 32 SESI PETANG 6 15 21 JUMLAH 12 41 53 PROFILANALISIS GURU KATEGORI LELAKI PEREMPUAN JUMLAH ANGGOTA KUMPULAN PERKHIDMATAN (AKP) 1 8 9 KONTRAKTOR KEBERSIHAN DAN KHIDMATAN (KBK) 4 6 10 PENGAWAL KESELAMATAN 3 1 4 PENGUSAHA KANTIN 1 5 6 JUMLAH 9 20 29 ANALISIS BUKAN GURU 10
TINGKATAN SESI PERSEKOLAHAN ENROLMEN BILANGAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH KELAS PERALIHAN PETANG 9 10 19 1 TINGKATAN 1 79 89 168 5 TINGKATAN 2 60 61 121 5 JUMLAH SESI PETANG 148 160 308 11 TINGKATAN 3 PAGI 80 66 146 5 TINGKATAN 4 64 62 126 5 TINGKATAN 5 69 65 134 5 JUMLAH SESI PAGI 213 193 406 15 JUMLAH KESELURUHAN 361 353 714 26 SEKOLAH 11 ANALISIS MURID
PRESTASI SPM 5 TAHUN12
BIL P R O G RA M P E L A K S A N A A N C A T A T A N / TIN D A KA N M A C A P R M EI JU N JU L O G S S E P T O KT N O V DIS 1 P R O G R A M T E M P U R JA Y A X X X Guru M P 2 K ELA S T UIS Y E N E X C ELLE N T X X X X Guru M P 3 P E R K A M P U N G A N ILM U X X X X X X K etua P anitia & Guru M P 4 K ELA S T UIS Y E N CIK G U S A A R A NI X X Guru M P 5 DIALO G P R E S T A SI / IN T E R A K SI A K A D E MIK X X X P eng etua & K aunselor 6 P R O G R A M P E C U T A N A K HIR X X X Guru M P 7 P R O G R A M M E N G GILA P SIN A R X X X X X K P B ahasa M ela yu & K P S ejarah 8 P R O G R A M P E R F E C T S C O R E X X X Guru M P 9 B E N G K EL T E K NIK M E NJA W A B S P M X X K aunselor & K etua P anitia 10 P R O G R A M S C O R E 'A' X X X X Guru M P 11 M AJLIS R E S T U S P M X K aunselor & U B K 12 C E R A M A H M O TIV A SI S E N T U H A N K ALB U X X X X K aunselor & U B K 13 ZIA R A H C A K N A X X X X X X X X X K aunselor & U B K 14 K A R NIV AL P E N DIDIK A N X K aunselor & U B K 15 B E N G K EL S M A R T S T U D Y X K aunselor & U B K 16 B E N G K EL H ALA T UJU K E RJA Y A X K aunselor & U B K 17 H A RI B E R T E M U W A RIS X X P K P enta d biran CARTA GANTT PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK SESI AKADEMIK 2024 / 2025 13
2019 - 2023 & SASARAN (ETR) 202414 ANALISIS KEHADIRAN MURID
PENCAPAIAN KOKURIKULUM SMKTR 2023 / 2024 15 KEPUTUSAN KESELURUHAN 2023/2024 • ANTARABANGSA : TEMPAT KE-3 MERENTAS DESA • KEBANGSAAN : (TEMPAT KE-5 MERENTAS DESA MSSM 2023 • NEGERI : JOHAN BOLA BALING KINTA UTARA JOHAN L16 PERINGKAT NEGERI PERAK, 4 WAKIL PELAJAR LAYAK KE PERTANDINGAN MOBILE LEGENDS ANTARA NEGERI PERAK, KEDAH DAN JOHOR • DAERAH : TEMPAT KE -3 &15 MERENTAS DESA, BOLA BALING LELAKI U18 & PEREMPUAN U18 MENDAPAT TEMPAT KE-2 & KE-3 PERTANDINGAN BOLA BALING ZON A MSSD KINTA UTARA 2023, TEMPAT KEDUA 400M LARI BERPAGAR
Aktiviti Sekolah PERKAMPUNGAN ILMU 1 : BAHASA MELAYU & SEJARAH Pelancaran Program Menggapai Gemilang Akademik (MEGA) 1.KURIKULUM 16
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2023 MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 17
MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2024 18 2. UNIT HAL EHWAL MURID
KEJOHANAN SUKAN PERINGKAT SEKOLAH 3. UNIT KOKURIKULUM 19 PERBARISAN UNIT PBB
01 03 04 AGENDAMESYUARAT02 UCAPAN PENASIHAT PIBG (PENGETUA SMKTR) PEMBENTANGAN & PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 05 06 UCAPAN PENANGGUHAN KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2023 20 07 08 PEMBAHASAN USUL-USUL HAL-HAL LAIN MEMBENTANG, MENERIMA & MELULUSKAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2023
1.0 Ucapan Penasihat PIBG MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TANJONG RAMBUTAN KALI KE-22 11.1 Encik Mohamat Adek Bin Abdul Rahman selaku penasihat PIBG memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran Yang Dipertua Tuan Haji Ayob Bin Haji Zenal, penolong-penolong kanan, warga sekolah dan semua ibu bapa yang hadir pada hari ini. 1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru dalam mesyuarat ini. 1.3 Beliau mengingatkan tentang majalah sekolah. Kutipan yuran sebanyak RM12 yang telah dikutip pada tahun 2022. Sebanyak 396 daripada 600 orang murid telah membayar yuran majalah. Namun begitu, pihak pencetak tidak dapat mencetak majalah tersebut disebabkan jumlah murid yang membayar kurang daripada 600 orang murid. Oleh itu, yuran majalah akan dipulangkan semula dan majalah sekolah akan dibuat secara digital. 1.4 Beliau menyatakan bahawa AJK baru akan menguruskan tentang majalah untuk tahun ini. Majalah mesti mempunyai dokumen bergambar dan imej sekolah. Mohon bantuan ibu bapa untuk memberi sokongan kepada anak-anak untuk membayar majalah. 1.5 Beliau juga turut menyatakan bahawa disebabkan cuaca panas dan kering, semua aktiviti di padang seperti waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, sukan, acara merentas desa dan sebarang aktiviti yang dilaksanakan di stadium ditangguhkan. Manakala, aktiviti atau lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah juga dibatalkan. Murid digalakkan untuk membawa air masak dari rumah untuk mengelakkan dehidrasi dan memakai penutup muka bagi mencegah penularan Covid-19. SESI 2021/2023 Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran 21 : 13 Mei 2023 : Sabtu : 9.00 pagi : Dewan Sepadu SMKTR : Ibu bapa / penjaga (117 orang) : Guru (53 orang)
1.6 Beliau menyatakan tentang waktu pulang. Untuk murid sesi petang, waktu pulang ialah pada jam 6.30 petang. Oleh itu, ibu bapa diminta mengambil anak dengan kadar segera. Jika ibu bapa lewat ambil, murid tersebut akan dihantar ke balai polis yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya. Hal ini disebabkan ada berlakunya kes murid sesi petang yang balik pada jam 8.00 malam disebabkan ibu bapa terlupa untuk mengambil anak mereka. Manakala, bagi murid yang menaiki van, ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak pengusaha van sekolah tentang waktu pulang murid. 1.7 Beliau menerangkan keselamatan jalan raya yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa semasa menghantar anak-anak ke sekolah. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak diturunkan di lorong yang disediakan oleh pihak sekolah. Ibu bapa perlu memastikan aspek keselamatan jalan raya dipatuhi. 1.8 Beliau menyatakan tentang pengguna jalan raya lain yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Contohnya, mereka tidak memberhentikan kenderaan walaupun lampu isyarat menunjukkan lampu merah dan ini akan membahayakan nyawa muridmurid yang sedang melintas jalan. 1.9 Beliau memaklumkan bahawa pihak JKR telah memberi teguran berkaitan dengan penggunaan kon putih di tengah pembahagi jalan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Namun begitu, tuan pengetua tetap meletakkan kon putih bagi menjamin keselamatan murid-murid sekolah ini. 1.10 Beliau menerangkan tentang penggunaan telefon bimbit. Murid-murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah bagi mengelakkan hilang dan mengambil gambar yang tidak sepatutnya. 1.11 Beliau juga memaklumkan bahawa peperiksaan pertengahan tahun akan berlangsung pada bulan Ogos. Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk membimbing dan memantau aktiviti anak-anak di rumah. 1.12 Beliau juga menjelaskan bahawa murid-murid dikehendaki membayar sumbangan PIBG sebanyak RM50 setahun untuk satu keluarga. 1.13 Beliau menyatakan bahawa tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) akan dipangku oleh Penolong Kanan Kokurikulum (PK Ko) iaitu Puan Norhawati binti Salimudin buat sementara waktu memandangkan PK HEM telah bersara. 2. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2.1 Tuan Haji Ayob Bin Haji Zainal selaku Yang Dipertua memberikan salam dan mengalu-alukan kedatangan Tuan Pengetua, iaitu Encik Mohamat Adek Bin Abdul Rahman, penolong-penolong kanan, warga sekolah dan semua ibu bapa yang hadir pada hari ini. 2.2 Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran AJK PIBG sesi 2023/2025 dan semua hadirin yang hadir dalam mesyuarat. Beliau juga mengucapkan tahniah kerana berjaya menganjurkan mesyuarat PIBG kali ke-22. 22
2.3 Beliau memaklumkan mesyuarat PIBG merupakan platform untuk ibu bapa melontarkan pendapat dan pandangan. Sehubungan dengan itu, ahli PIBG perlu bersatu padu dalam membantu sekolah mencapai kecemerlangan. 2.4 Beliau mengalu-alukan ibu bapa yang ada kepakaran tampil untuk membantu sekolah berdasarkan kemahiran masing-masing. Secara tidak langsung dapat membantu pihak sekolah melonjakkan nama sekolah. 2.5 Beliau akan memastikan segala bentuk bantuan yang diperlukan oleh pihak sekolah akan cuba ditunaikan. Selain itu, sumbangan ibu bapa kepada pihak sekolah dapat membantu sekolah mempunyai dana yang mencukupi untuk aktiviti sekolah. 2.6 Beliau memberi respons tentang keselamatan di jalan raya yang merupakan jalan persekutuan. Pihak sekolah telah mengambil langkah keselamatan seperti meletakkan kon untuk mengelakkan berlakunya kesesakan jalan raya dan demi keselamatan murid-murid di sekolah ini. 2.7 Beliau juga memaklumkan tentang penukaran nama kelas untuk meningkatkan motivasi murid. Nama kelas yang baru diambil daripada singkatan SMKTR yang berasal daripada nama-nama pokok. 3.0 Pembentangan Profil Sekolah 3.1 Tuan Pengetua memperkenalkan barisan pentadbir sekolah yang baharu kepada ibu bapa. 3.2 Beliau juga memperkenalkan AJK PIBG sesi 2021/2023. Beliau memaklumkan AJK PIBG yang lama dibubarkan dan telah melantik AJK PIBG yang baru bagi sesi 2023/2025. 3.3 Berikut merupakan perkara perkara yang disentuh oleh Tuan Pengetua dalam pembentangan beliau: A. Profil sekolah Bilangan murid – 672 orang Bilangan guru – 53 orang Bilangan Staf – 10 orang Kebersihan –10 orang Keselamatan – 4 orang Pengusaha kantin – 6 orang B. Pelaporan Akademik Dalam Peperiksaan Awam SPM 2021 & Target 2022 & 2023 Peratus Lulus SPM Tahun 2021 ialah 78.63% dan Gred Purata Sekolah (GPS) SPM Tahun 2021 ialah 6.03. Target Peratus Lulus SPM Tahun 2022 ialah 85.00% manakala Target Gred Purata Sekolah (GPS) Tahun 2022 ialah 4.7 23
24 Target Peratus Lulus SPM Tahun 2023 ialah 86.18%, manakala Target Gred Purata Sekolah (GPS) Tahun 2023 ialah 4.86. Kerjasama daripada ibu bapa amat diperlukan bagi membantu sekolah dalam pencapaian tersebut. C. Kehadiran Murid Kehadiran Murid Tahun 2022 ialah 85.23 %. Target Kehadiran Murid Tahun 2023 ialah 95.00%. Kehadiran bersemuka masih rendah. Tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan murid-murid hadir ke sekolah. D. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang tahun di SMKTR. Antara aktiviti ialah seperti berikut : a) Kejohanan Merentas Desa Kejohanan diadakan pada 27 Mei 2022, melibatkan murid semua murid SMKTR. b) Program Menggapai Bintang Program diadakan pada 04 Julai 2022, melibatkan murid tingkatan 5 sahaja. c) Sambutan Bulan Kemerdekaan Sambutan diadakan pada 01 Ogos hingga 16 September 2022, melibatkan semua murid SMKTR. d) Kejohanan Sukan dan Olahraga Ke-19 Kejohanan diadakan pada 28 Ogos 2022, melibatkan murid semua murid SMKTR. e) Hari Bertemu Waris Majlis diadakan pada 15 September 2022, melibatkan semua murid SMKTR. f) Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2022 Majlis diadakan pada 24 September 2022, di Dewan Sepadu SMKTR. g) Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Pelancaran diadakan pada 07 Oktober 2022, melibatkan semua murid SMKTR. h) Ceramah Maulidur Rasul Ceramah diadakan pada 14 Oktober 2022, melibatkan semua murid SMKTR. i) Sumbangan Sempena Deepavali Sumbangan diadakan pada 21 Oktober 2022, melibatkan semua murid yang berbangsa India di SMKTR. j) Program Akhbar Dalam Bilik Darjah Program diadakan pada 07 November 2022, melibatkan semua murid SMKTR. k) Majlis Graduasi Tingkatan 5 Batch Matador Majlis diadakan pada 14 Januari 2022, melibatkan murid tingkatan 5 sahaja.
25 l) Dialog Prestasi Calon SPM 2022 Tuan Pengetua telah bertemu dengan murid-murid untuk mengenal pasti masalah dan membantu murid-murid untuk lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Program ini akan diteruskan sepanjang tahun dan semua murid akan bertemu dengan Tuan Pengetua. Murid-murid memerlukan suntikan motivasi setelah PdPR selama 2 tahun. m) Kelas Tuisyen Excellent Calon SPM 2023 Kelas tuisyen bermula pada bulan Mei 2023, melibatkan semua murid tingkatan 5. n) Program Pecutan Akhir SPM dan Tajaan Makanan Percuma Tuisyen Cikgu Saarani Wang tersebut digunakan untuk makan dan minum murid-murid. o) Sambutan Tahun Baharu Cina Sambutan diadakan pada 19 Januari 2023, melibatkan semua warga SMKTR. p) Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Penyampaian diadakan pada 26 Januari 2023, melibatkan semua murid SMKTR. q) Karnival Sukan Karnival diadakan pada 27 Januari 2023, melibatkan murid peralihan hingga tingkatan 4 sahaja. r) Ceramah Pengurusan Masa Cuti Sekolah Ceramah diadakan pada 15 Februari 2023, melibatkan semua murid SMKTR. s) Penyampaian Hadiah Kehadiran Penuh, Keceriaan dan Kebersihan Kelas Penyampaian hadiah ini melibatkan semua murid yang hadir penuh ke sekolah dan kelas paling cantik serta bersih bagi sesi tahun 2022/2023. t) Hari Bertemu Waris Fasa 1 2023 Majlis diadakan pada 04 April 2023, melibatkan murid tingkatan 2 hingga 5 sahaja. u) Pelancaran Program Cakna Sahsiah Program diadakan pada 14 April 2023, melibatkan semua warga SMKTR. v) Majlis Iftar dan Solat Tarawih Majlis diadakan pada 14 April 2023, melibatkan semua warga SMKTR yang beragama Islam. w) Ceramah Nuzul Al-Quran Ceramah diadakan pada 14 April 2023, melibatkan semua warga SMKTR yang beragama Islam. x) Majlis Penutup Ihya Ramadan Majlis diadakan pada 18 April 2023, melibatkan semua warga SMKTR yang beragama Islam.
4.1 Pn. Maizatul Aiza binti Zaidi selaku Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2021/2023 membentangkan Minit Mesyuarat Agung yang lepas. 4.2 Puan Noor Haiza binti Mohd Nor (ibu murid) mencadangkan agar minit mesyuarat PIBG sesi 2021/2023 diterima dan disahkan. Cadangan ini disokong oleh Encik Mohd Nidzal bin Ramli (bapa murid). 4.0 Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat 26 5.1 Tiada perkara berbangkit. 5.0 Perkara Berbangkit 6.1 Encik Mohiddeen bin Mukri selaku Bendahari Kehormat PIBG membentangkan Laporan Kewangan PIBG sesi 2023/2024 yang berakhir pada 31 Disember 2022. 6.2 Puan Noor Haiza binti Mohd Nor (ibu murid) mencadangkan agar laporan kewangan tersebut diterima dan disokong oleh Encik Sugumaran A/L Subramaniam (bapa murid). 6.0 Membentang Dan Mengesahkan Penyata Kewangan 7.1 Encik Iskandar Zulqarnain bin Darus, Puan Hamzarina binti Hamzah dan Encik Roslan bin Mohd Salleh (diwakili isterinya) mencadangkan pihak sekolah membina bonggol jalan di laluan kiri dan kanan bahagian kawasan hadapan sekolah. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah perlu memohon dengan pihak MBI dan JKR. Pihak sekolah telah beberapa kali memohon bonggol sejak awal sekolah dibuka lagi. Yang terkini, pada tiga tahun yang lepas, pihak sekolah sekali lagi memohon untuk membuat bonggol namun pihak JKR daerah Kinta telah memberi maklum balas bahawa bonggol tidak sesuai untuk jalan di hadapan sekolah atas sebab - sebab keselamatan pengguna jalan raya. Oleh itu, pihak JKR telah menaik taraf jalan di hadapan sekolah antaranya memasang lampu isyarat, melintas pejalan kaki, laluan menurunkan murid, lampu awas, papan tanda sekolah yang baru dan garisan belang kuning. Pihak sekolah juga mengambil inisiatif meletakkan kon di tengah – tengah jalan semasa waktu puncak untuk mengurangkan kelajuan kenderaan yang lalu lalang. 7.2 Puan Anita Nair mencadangkan pihak sekolah melantik ahli yang bertanggungjawab, mengadakan kelas tuisyen di sekolah dan menyediakan kemudahan asas yang mencukupi untuk murid - murid. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah ambil maklum dan akan usahakan untuk melantik AJK yang berwibawa bagi kelas dan bidang kokurikulum. Manakala, kelas tuisyen dan menyediakan kemudahan asas yang mencukupi, pihak sekolah juga sedang mengusahakannya. 7.0 Pembahasan Usul Daripada Ibu Bapa/ Penjaga Dan Sekolah
27 7.3 Puan Prema A/P Narayanan memohon pihak sekolah meletakkan papan tanda laluan pejabat di tangga supaya ibu bapa dapat tahu pejabat berada di mana. Tuan Pengetua memaklumkan pihak sekolah akan mengusahakannya. 7.4 Puan Punitha Sakhtivel (diwakili suami) mencadangkan pihak sekolah menaiktaraf tandas murid perempuan di blok A dan blok C dan menambah kepelbagaian makanan di kantin sekolah. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menaiktaraf tandas tersebut tetapi jika nak menaiktarafkan lagi, ianya memerlukan kos yang sangat tinggi. Tuan pengetua juga memaklumkan bahawa murid perempuan suka membuang pad wanita dalam mangkuk tandas. Hal ini telah menyebabkan pihak sekolah terpaksa memanggil tukang paip untuk membuangnya. Manakala, berkaitan dengan isu air paip yang perlahan di tandas, Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah akan membaikinya. Tuan Pengetua menyatakan pihak sekolah telah berbincang dengan pengusaha kantin. (Menu telah ditetapkan dalam kontrak dengan kerajaan Malaysia). 7.5 Puan Kalaivani A/P Arumugam mencadangkan semua murid belajar satu sesi sahaja. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa prasarana, bilik darjah, kemudahan yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah murid yang ramai. Oleh itu, sekolah perlu dua sesi. 7.6 Puan Noor Haiza binti Mohd Nor mencadangkan pihak sekolah memikirkan cara menangani beg berat kerana murid membawa buku yang banyak. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa murid-murid perlu membawa buku merujuk jadual waktu harian kelas sahaja. Isu ini akan dibincangkan dalam mesyuarat guru supaya guru akan memaklumkan kepada murid tentang buku yang akan digunakan semasa sesi pembelajaran berlangsung. Oleh itu, murid tidak perlu membawa buku yang tidak digunakan bagi mata pelajaran tersebut. 7.7 Puan Juliana Moggie Anak Satot (wakil suami) mencadangkan agar pihak sekolah menambahkan lagi kelab pakaian seragam selain daripada yang sedia ada. Contohnya, Kadet Polis, Kelab Bahasa Inggeris dan sebagainya. Tuan Pengetua memaklumkan pihak sekolah akan merujuk kepada unit Kokurikulum PPD Daerah. Sekiranya ingin mewujudkan unit yang baru, mesti ada guru penasihat yang bertauliah. (sumber tenaga guru) 7.8 Encik Mohd Azman bin Ramli mencadangkan pihak sekolah membuat pemilihan badan-badan sekolah yang memakai uniform lebih awal untuk mengelakkan pembaziran pembelian uniform sekolah anak-anak. Tuan Pengetua menjelaskan bahawa murid tingkatan satu selalunya pemilihan dibuat selepas pendaftaran sesi baharu persekolahan. Manakala, bagi tingkatan lain telah dibuat lebih awal. Isu ini mungkin terjadi kerana jawatan pengawas SPBT baru diwujudkan tahun ini. Pada tahun hadapan, mungkin tiada masalah seperti ini akan timbul.
Bil Usul Sekolah Rasional 1 Pengharaman membawa telefon bimbit ke sekolah. Jika murid didapati membawa telefon bimbit ke sekolah tindakan berikut akan diambil a) Bagi kesalahan kali pertama, murid akan dedenda RM30 dan sekolah akan menyerahkan semula telefon bimbit tersebut kepada ibu bapa murid. b) Bagi kesalahan kali kedua, murid akan dedenda RM50 dan akan menyerahkan semula telefon bimbit tersebut kepada ibu bapa murid serta akan memberi kaunseling kepada murid tersebut. Amaran secara bertulis juga akan dikeluarkan. c) Bagi kesalahan kali ketiga, murid akan dedenda RM100 dan tidak akan menyerahkan semula telefon bimbit tersebut sehinggalah tamat sesi persekolahan tahun tersebut (hujung tahun). Murid akan diberi kaunseling serta surat amaran secara bertulis yang kedua akan diberikan. Mengelakkan kes kehilangan / kecurian harta benda. Mengelakkan penyebaran gambar / video yang tidak dibenarkan. AJK PIBG menerima pakai usul tersebut sebulat suara. 2 Mencadangkan wang sumbangan PIBG seperti berikut : Program dan aktiviti dapat ditambah dan ditingkatkan. Penting untuk menampung bayaran cetakan soalan UASA yang diberikan oleh pihak kementerian. (Pihak sekolah perlu mencetak sendiri soalan UASA). Program kecemerlangan tingkatan 4 dapat dijalankan untuk persediaan SPM 2023. AJK PIBG menerima pakai usul tersebut sebulat suara. 7.9 Puan Norhawati binti Salimuddin (PK Kokurikulum) mencadangkan dua (2) usul disusuli rasionalnya adalah seperti berikut : 28
8.1 Tuan pengerusi mengumumkan pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 dan mesyuarat diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada semua jawatankuasa untuk sesi yang lepas. 8.0 Pembubaran Jawatankuasa Sesi 2021/2023 29 9.1 Pelantikan jawatankuasa untuk sesi 2023/2025 adalah seperti berikut : Jawatan Yang Dipertua PIBG Nama cadangan : Tuan Hj. Ayob bin Hj. Zenal A.M.P, P.P.N, P.P.T, P.J.M, P.S.S.B Pencadang : Encik Adnan bin Abdul Rahman Penyokong : Encik Mohd Azman bin Ramli Mesyuarat sebulat suara bersetuju cadangan En Adnan bin Abdul Rahman untuk mengekalkan Yang Dipertua PIBG. Jawatan Naib Yang Dipertua PIBG Nama cadangan : Encik Mohd Azman bin Ramli Pencadang : Puan Nurul Hananoon binti Mohd Azahari Penyokong : Puan Rohana binti Mohd Nawi Pengundian dimenangi oleh Encik Mohd Azman bin Ramli. AJK Ibu Bapa Nama cadangan I : Encik Mohd Nidzal bin Ramli Pencadang : Tuan Hj. Ayob bin. Hj. Zenal A.M.P, P.P.N, P.P.T, P.J.M, P.S.S.B Penyokong : Puan Prema A/P Narayanan Pengundian dimenangi oleh Encik Mohd Nidzal bin Ramli. Nama cadangan II : Puan Noorhaiza binti Mohd Nor Pencadang : Encik Mohd Nidzal bin Ramli Penyokong : Puan Sennima binti Sunnam Pengundian dimenangi oleh Puan Noorhaiza binti Mohd Nor. Nama cadangan III : Encik Lajan Anak Jayan Pencadang : Tuan Hj. Ayob bin. Hj. Zenal A.M.P, P.P.N, P.P.T, P.J.M, P.S.S.B Penyokong : Encik Mohd Azman bin Ramli Pengundian dimenangi oleh Encik Lajan Anak Jayan. Nama cadangan IV : Encik Jostin Anak Liyang Pencadang : Encik Lajan Anak Jayan Penyokong : Puan Kalaivani A/P Arumugam Pengundian dimenangi oleh Encik Jostin Anak Liyang. 9.0 Pelantikan Jawatankuasa Pibg Sesi 2023/2025
30 Nama cadangan V : Puan Norazita binti Mohd Saat Pencadang : Puan Nurul Hananoon binti Mohd Azahari Penyokong : Puan Anita Nair Pengundian dimenangi oleh Puan Norazita binti Mohd Saat. Nama cadangan VI : Puan Sennima binti Sunnam Pencadang : Puan Zaleha binti Hasbullah Penyokong : Puan Rohana binti Mohd Nawi Pengundian dimenangi oleh Puan Sennima binti Sunnam. 9.2 Seterusnya , mesyuarat bersetuju dengan semua cadangan dan undian, jawatankuasa PIBG sesi 2023/2025 adalah seperti berikut : AJK Ibu Bapa: 1. Encik Mohd Nidzal bin Ramli 2. Encik Lajan Anak Jayan 3. Puan Sennima binti Sunnam 4. Encik Jostin Anak Liyang 5. Puan Noorhaiza binti Mohd Nor AJK Guru: 1. Puan Maizatol Nora binti Noordin 2. Puan Zaleha binti Hasbullah 3. Encik Sivabalan A/L Muniandy 4. Encik Mohd Akram bin Mohd Idris Juruaudit: 1. Puan Rohana binti Mohd Nawi (Guru) 2. Puan Norazita binti Mohd Saat (Ibu Bapa) Yang Dipertua Tuan. Hj. Ayob bin. Hj. Zenal A.M.P, P.P.N, P.P.T, P.J.M, P.S.S.B Naib Yang Dipertua Encik Mohd Azman bin Ramli Setiausaha Puan Nor Shah binti Zakaria Bendahari Puan Nurul Najwa binti Yusof Penolong Setiausaha Cik Nurul Shuhada binti Abdul Aziz
10.0 Hal-hal Lain 11.1 Tuan pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa atas kesudian hadir ke mesyuarat kali ini. Beliau juga berharap semoga mesyuarat pada hari ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk turut serta dalam menaikkan nama sekolah. Semoga kutipan sumbangan PIBG berjalan dengan lancar untuk pihak sekolah menjayakan perancangan aktiviti sekolah. Selain itu, beliau juga berharap semua ibu bapa akan memberi sokongan sepenuhnya kepada perancangan yang dibuat oleh sekolah. 11.2 Tuan pengetua mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua Tuan Haji Ayob Bin Haji Zenal yang telah memegang jawatan selama 4 penggal. Tuan pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang sangat hebat dan cemerlang dalam menjayakan Mesyuarat PIBG. Semoga kita boleh bekerjasama dalam meningkatkan imej sekolah dan selamat menjalankan tugas. Mesyuarat Agung PIBG sesi 2021/2023 ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari. 11.0 Ucapan Penangguhan 31 10.1 Encik Mohd Hasri bin Ishak (tidak hadir) mencadangkan pihak sekolah membaiki gelanggang bola keranjang dan menukar kipas yang rosak di surau sekolah. Tuan pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah memang dalam usaha untuk memperbaiki namun usaha tertangguh kerana kos pembaikan sangat tinggi. Pihak sekolah telah menghantar cadangan membaiki kepada pihak YB tetapi tidak diluluskan kerana memerlukan kos yang tinggi iaitu sebanyak RM11000. Pihak sekolah telah memanggil pihak pembekal A (harga RM6000) dan pembekal B (RM2000). Mengenai isu kipas dan lampu yang rosak, pihak sekolah akan mengambil tindakan segera jika mempunyai dana yang mencukupi.
LAPORAN TAHUNAN PIBG SMKTR 32 Tarikh Masa Tempat Perasmi Kehadiran 1.0 MESYUARAT AGUNG PIBG : 13 Mei 2023 (Sabtu) : 9.00 pagi : Dewan Sepadu SMKTR : Tuan Haji Ayob bin Hj Zenal (Yang Dipertua PIBG SMKTR) : Ibu Bapa (117 orang) Guru (53 orang) Penasihat Yang Dipertua Naib Yang Dipertua Setiausaha Bendahari Penolong Setiausaha AJK Ibu Bapa 1. Encik Mohd Nidzal bin Ramli 2. Encik Lajan Anak Jayan 3. Puan Sennima binti Sunnam 4. Encik Jostin Anak Liyang 5. Puan Noorhaiza binti Mohd Nor AJK Guru 1. Encik Sivabalan A/L Muniandy 2. Puan Maizatol Nora binti Noordin 3. Puan Zaleha binti Hasbullah Juru Audit 1. Puan Rohana binti Mohd Nawi (Guru) 2. Puan Norazita binti Mohd Saat (Ibu Bapa) 2.0 AHLI JAWATANKUASA PIBG : Encik Zabri bin Mat Basir : Tuan Haji Ayob bin Haji Zenal AMP, PPN, PPT, PJM, PSSB : Encik Mohd Azman bin Ramli : Puan Nor Shah binti Zakaria : Puan Nurul Najwa binti Yusoff : Cik Nurul Shuhada binti Abdul Aziz
3.0 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA 4.0 AKTIVITI PIBG SMKTR TAHUN 2023 / 2024 Bil Tarikh Hari Masa Tempat 1 20/07/2023 Khamis 3.00 – 5.00 petang Bilik Gerakan SMKTR 2 04/08/2023 Jumaat 3.00 – 5.00 petang Bilik Gerakan SMKTR 3 04/12/2023 Isnin 3.30 – 5.30 petang Bilik Gerakan SMKTR 4 20/03/2024 Rabu 9.00 – 11.00 pagi Bilik Gerakan SMKTR Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah memberikan kerjasama dan sokongan yang padu kepada pihak sekolah untuk menjayakan beberapa aktiviti dan program yang dirancangkan : 4.1 Program Kecemerlangan Akademik i. Tuisyen Excellent SPM ii. Kem Cemerlang iii. Teknik / Ceramah & Bengkel Menjawab Kertas SPM iv. Perkampungan Ilmu Matematik & Bahasa Melayu v. Tuisyen Gempur SPM vi. Kelas Sarapan Minda Early Bird (Sejarah) vii. Kelas Menggilap Sinar (Galus BM / Sejarah) – Pasca PPC viii. Open Classroom ix. Kelas Tuisyen Yayasan Perak (Sejarah) & Tuisyen Cikgu Saarani x. Dialog Prestasi (Murid / Ibu Bapa) xi. Program Pintar Kosa Kata xii. Pentas SelKha 33 3.1 Sepanjang sesi 2023/2024, mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG SMK Tanjong Rambutan telah diadakan sebanyak empat kali. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut :
34 4.2 Program Kecemerlangan Sahsiah i. Hari Bertemu Waris 2023 ii. Program Ceramah Anti Buli, Bahaya Dadah & Vape, Gangguan Seksual dan Keselamatan & Kesedaran Penggunaan Motosikal. iii. Sambutan Bulan Kemerdekaan 2023 iv. Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Sekolah v. Ceramah Maulidur Rasul 2023 vi. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024 vii. Program Pasca UASA SMKTR 2023 viii. Sambutan Tahun Baru Cina 2024 ix. Ziarah Cakna x. Hari Pendaftaran / Orientasi Murid Tingkatan Satu 2024 xi. Majlis Iftar dan Solat Tarawih xii. Ceramah Nuzul Al – Quran xiii. Majlis Penutup Ihya’ Ramadan 4.3 Program Kokurikulum i. Kejohanan Merentas Desa ii. Kejohanan Sukan dan Olahraga Ke-20 iii. Karnival Sukan iv. Perkhemahan Perdana Badan Kepimpinan Murid SMKTR 4.4 Penambahbaikan Prasarana Sekolah i. Aktiviti Pengoperasian Pembukaan Sekolah ii. Keceriaan dan Papan Tanda 5.0 PENUTUP Semua AJK PIBG SMK TANJONG RAMBUTAN merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa / penjaga, barisan pentadbir sekolah, guru – guru, staf sokongan dan para pelajar atas kerjasama serta sokongan yang telah dihulurkan dalam memantapkan persatuan ini. Semoga komitmen yang diberikan akan berterusan dalam usaha menjalin permuafakatan yang utuh ke arah kecemerlangan sekolah. Akhir kata, barisan AJK PIBG sesi 2023/2025 memohon kemaafan atas sebarang kelemahan dan kekurangan dalam pelaksaan aktiviti sepanjang tempoh tersebut.
Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2023 BAKI SEMASA WANG 35
Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2023 AKAUN INDUK 36
Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2023 AKAUN INDUK 37
Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2023 AKAUN SUMBANGAN 38
Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2023 AKAUN SUMBANGAN 39
Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2023 AKAUN KECEMERLANGAN 40
Usul-usul Sekolah Bil. Pembentang Usul Rasional 1. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tuan Syed Huzaini bin Syed Husin Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah. Jika murid didapati membawa telefon bimbit ke sekolah, tindakan berikut akan diambil a) bagi kesalahan kali pertama murid akan didenda RM30 dan sekolah akan menyerahkan semula telefon bimbit tersebut kepada ibu bapa murid. b) bagi kesalahan kali kedua murid akan didenda RM50 dan akan menyerahkan semula telefon bimbit tersebut kepada ibu bapa murid serta akan memberi kaunseling kepada murid tersebut. Amaran secara bertulis juga akan dikeluarkan. c) bagi kesalahan kali ketiga murid akan didenda RM100 dan tidak akan menyerahkan semula telefon bimbit tersebut sehingga tamat sesi persekolahan tahun tersebut. Murid akan diberi sesi kaunseling serta surat amaran secara bertulis yang kedua akan diberikan. a) mengelakkan kes kehilangan harta benda. b) mengelakkan penyebaran gambar / video yang tidak dibenarkan 2. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tuan Syed Huzaini bin Syed Husin Mencadangkan wang sumbangan PIBG seperti yang berikut : a) Program dan aktiviti dapat ditambah dan ditingkatkan. b) Program kecemerlangan tingkatan 3, 4 dan 5 dapat dijalankan untuk persediaan SPM 3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tuan Syed Huzaini bin Syed Husin Memohon ibu bapa dan penjaga untuk memberi kebenaran kepada pihak sekolah memaparkan gambar aktiviti sekolah yang melibatkan murid SMKTR dalam media sosial rasmi sekolah. Menyebarkan aktiviti sekolah kepada orang ramai melalui media sosial rasmi sekolah PEMBAHASAN 41
Puan S. Punitha Sakthivel A/P K. Sathewelusamy (Hemalackshme A/P Sugumaran – 4S) 1. Kekurangan buku – buku atau novel dalam bahasa Tamil di PSS. 2. Makanan atau lauk (menu) tidak banyak pilihan. 3. Sukan tahunan 2023 & 2024 sangat memuaskan. Tahniah. 4. Hari Graduasi sangat meriah. Tahniah diucapkan. 5. Kipas kelas 4 Seraya, kami (sponsor) atau sumbangkan (2 buah) secepat mungkin. Puan Norhasliyna Binti Zainal Abidin (Nur Dania Batrisya bt Ilias – 3T) Jika terdapat kecemasan seperti pengsan dan asma, guru perlu membawa pelajar ke hospital dengan segera, tanpa menunggu ibu bapa. 42 Usul-usul Ibu Bapa PEMBAHASAN Encik Arifuddin bin Mohamed (Aina Damia binti Arifuddin – 5T dan Afiq Zarif bin Arifuddin – 2M) Penambahbaikan lintasan pejalan kaki di laluan utama masuk sekolah. (menyeberang jalan besar) 1. - Pengawal lalu lintas (tindakan segera) - Bonggol - Pembinaan jejantas 2. Kembalikan waktu pulang pelajar pada hari jumaat seperti tahun sebelumnya. Waktu pulang sekarang 12.20 petang terlalu lewat bagi ibu bapa untuk menunggu terutama bagi yang bekerja. 3. Waktu pulang pelajar sesi petang diawalkan selewat - lewatnya pelajar dibenarkan pulang jam 6.30 petang. Alasan : a) Waktu pulang sekarang terlalu lewat menyukarkan penjaga untuk menunggu terutama ibu bapa yang bekerja dan beragama Islam untuk solat asar. b) Ada kalanya pelajar lewat dibenarkan keluar.
Suganthi A/P Subramaniam (Sarmista A/P Munisparan - 2T) Memberi cadangan kepada ibu bapa (2 bulan sekali) perkembangan atau kelemahan dalam pelajaran bagi pelajar yang memerlukan 43 Usul-usul Ibu Bapa PEMBAHASAN Puan Noorhaiza Binti Mohd Nor (Aisyah binti Fauzi Sekaran – 3M) 1. Menyediakan locker @ kotak untuk menyimpan buku - buku teks @ latihan (menangani masalah beg berat). 2. Pelbagaikan makanan di kantin dengan harga yang berpatutan. Encik Nor Azman Bin Said (Nurul Aira binti Nor Azman – 3S) Bagi anugerah cemerlang kepada pengawal keselamatan kerana bertugas dengan baik demi keselamatan pelajar. Encik Kamarul Akmam Bin Mohd Yakop (Nur Afrina Binti Kamarul Akmam - 3T) 1. Pembinaan flyover untuk murid – murid melintas jalan. Banyak kenderaan tidak mematuhi lampu isyarat dan masih tidak berhenti walau lampu telah merah. 2. Kurang pengawal keselamatan standby di seberang jalan untuk mengawal trafik ketika murid masuk dan balik sekolah. (jika cadangan flyover tidak dapat dilakukan atau dalam proses). Puan Noratika Binti Abdul Sani (Nur Athirah Safiyyah Binti Abdullah – 2K) 1.Menaiktarafkan kawasan sekolah agar lebih cantik. 2.Diharap sekolah dapat mengurangkan kesesakan sewaktu mengambil murid pulang.
Jawatankuasa Induk 44 Setiausaha : Puan Nor Shah binti Zakaria Bendahari : Puan Nurul Najwa binti Yusof Pengerusi : Encik Zabri bin Mat Basir (Pengetua SMKTR) Timbalan Pengerusi : Tuan Syed Huzaini bin Syed Husin (PK Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi 1 : Puan Norsa’adah binti Abdullah (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 2 : Puan Nazimah binti Baharom (PK Petang) Naib Pengerusi 3 : Puan Intan binti Ilyas (PK Kokurikulum)
Setiausaha dan Bendahari PIBG Puan Nor Shah binti Zakaria Puan Nurul Najwa binti Yusof Encik Mohiddeen bin Mukri JAWATANKUASA KERJA AJK Pengacara Majlis Penyelaras : Guru Kanan Bahasa Puan Nurul Hananoon Binti Mohd Azahari Puan Azilawati bt Abdul Malik (K) Encik Mohamad Sahrizam Bin Mohamad Hanif AJK Pendaftaran Ibu bapa / Penyambut tetamu Cik Najmiah Binti Musa (AJK PIBG) Puan Sapura Binti Saad ( Ibubapa T1 / PS) Puan Siti Aminah Binti Megat Mohamed Yusoff (Ibubapa T2) Puan Rosnita Bte Saha @ Saharuddin (Ibubapa T3) Puan Maizatul Aiza Bt Zaidi (Ibubapa T4) Puan Faizah binti Johari (Ibubapa T5) AJK Persiapan Tempat Encik Magainthiran a/l Renggasamy (K) Encik Sivabalan a/l Muniandy Encik Tuan Ahmad Shahril bin Tuan Nor Affandi Encik Mohamad Izham Bin Mat Lapi Encik Muhammad Syazmie Bin Zaharrudin AJK Pentas Penyelaras : Guru Kanan Matematik & Sains Puan Fazirah Binti Ariffin Puan Nur Ellina binti Mohamad Salin (K) Puan Zaleha Binti Abdul Hamid Puan Umi Kalsom binti Jamil Puan Nur Farhanna Binti Mas'ud Cik Siti Nur Athirah Binti Ismail Puan Adibatunnaim Binti Ismail AJK Persembahan / ’Power Point’ Penyelaras : Guru Kanan Vokasional & Teknik Puan Nurhasliza Binti Abu Hassan Encik Nor Azizi bin Mohd Nor (K) Puan Surayah bt Othman Puan Zaruazlina Binti Zakaria AJK Peralatan / Siaraya Encik Mohd Azmir B Ab Rahman (K) Encik Ahmad Lutfi bin Shahimi AJK Jamuan Guru / Ibubapa Puan Nur'ain Binti Yusseri (K) Puan Farina bt Ibrahim Puan Guan Ngah Ginn 45 AJK Lalulintas / Keselamatan Encik Adnan B Abd Rahman (K) Encik Muhammad Adzzahir B Mohd Azam Encik Muhammad Farid Bin Hashim AJK Buku Program Penyelaras : Guru Kanan Kemanusiaan Puan Amila Binti Fudzalli Puan Maizatol Nora binti Noordin (K) Cik Nurul Shuhada Binti Abdul Aziz (data PIBG) Puan Nazatul Firdaus Binti Zainon (data SPM) Puan Norsyuhadah Binti Mohd Zawi (data HEM) Puan Kalaivani a/p Muruthy Cik Nur Umairah Bt Mohd Idris
AJK Pencatat Minit Puan Arhaslinda Binti Arshad (K) Cik Nur Liyana Izzatie Binti Mohd Azli Puan Nor Azah Binti Hussain Puan Nabilah Binti Mohd Yajid Puan Rohana Binti Mohd Nawi AJK Bacaan Doa Ustaz Daud bin Zakaria (K) AJK Dokumentasi / Fotografi Puan Nurul Izzatey Binti Ashaari (K) Cik Ummu Siti Syamimi binti Mohd Basri Puan Uma A/P Mariapan Crew (Pelajar) AJK Cabutan Bertuah Puan Norazalina Binti Haji Ramli (K) Puan Zaleha Binti Hasbullah Cik Celarin bt Jenny 46 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 SMK TANJONG RAMBUTAN TAHUN 2024 AJK Kebersihan Puan Sakinah binti Omar (K) Pekerja Swasta