The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Surat Edaran BAP - Bil 4.2020 dan FAQ Perolehan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jamizan Baki, 2020-05-05 03:48:25

BAP

Surat Edaran BAP - Bil 4.2020 dan FAQ Perolehan

MAJLIS AMANAH RAKYAT
(MARA)

Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan Bil. MARA : 100-1/5/2
Tingkat 17, Ibu Pejabat MARA Tarikh : 30 April 2020
No. 21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur. 7 Ramadhan 1441H

SURAT EDARAN
BAHAGIAN PENGURUSAN ASET DAN PEROLEHAN

BIL. 4/2020

PENAMBAHBAIKAN SOALAN LAZIM PEROLEHAN KERAJAAN BAGI
URUSAN PEROLEHAN DAN PENTADBIRAN KONTRAK MARA

PELANJUTAN TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
YANG KEEMPAT MULAI 29 APRIL SEHINGGA 12 MEI 2020

1. Sepertimana sedia maklum, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
bermula pada 18 Mac 2020 telah dilanjutkan oleh Kerajaan sehingga 12 Mei 2020.
Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas–petugas
kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula
wabak ini dalam masyarakat.

2. Oleh yang demikian, bagi membantu Agensi Kerajaan dalam melaksanakan urusan
perolehan serta pentadbiran kontrak, pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
telah mengemaskini Soalan Lazim Perolehan Kerajaan berikutan PKP Keempat mulai
29 April hingga 12 Mei 2020. Soalan Lazim ini juga turut merangkumi Tatacara
Pelaksanaan Perolehan dan Pentadbiran Kontrak Kerajaan semasa dan selepas
tempoh PKP ditamatkan kelak.

3. Sehubungan dengan itu, Pengurusan MARA telah bersetuju agar Soalan Lazim MOF
ini akan turut digunapakai sebagai rujukan bagi semua urusan Perolehan dan
Pentadbiran Kontrak MARA sepanjang tempoh PKP ini. Oleh yang demikian, Pusat
MARA perlu memberi perhatian terhadap perkara–perkara seperti berikut:-

1

3.1 Bersama-sama Soalan Lazim MOF ini telah dikeluarkan Pekeliling
Perbendaharaan Malaysia (PK) iaitu:-

a. PK2.2 – Kaedah Pelaksanaan Perolehan/Projek Kerajaan Tahun 2020
(berkuat kuasa mulai 23 April 2020); dan

b. PK2.4 – Peraturan Berkaitan Lanjutan Masa (EOT) Atau Lanjutan Tempoh
Kontrak (LTK) Bagi Kontrak Kerajaan Yang Terkesan Oleh Penguatkuasaan
PKP (berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020)

3.2 Dalam masa yang sama, dimaklumkan bahawa MARA telah mengadaptasi PK
2.2 dan PK 2.4 yang dikeluarkan oleh MOF kepada PPM 2.2 - Kaedah
Pelaksanaan Perolehan/Projek MARA Tahun 2020 dan PPM 2.4 - Peraturan
Berkaitan Lanjutan Masa (EOT) atau Lanjutan Tempoh Kontrak (LTK) Bagi
Kontrak MARA Yang Terkesan Oleh Penguatkuasaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Justeru , Surat Edaran BAP 4/2020 ini perlu dibaca bersama
PPM 2.2 dan PPM 2.4.

3.3 Secara keseluruhan Soalan Lazim MOF yang terkini masih sama kecuali
melibatkan Soalan 1, 2, 21, 22, 32 dan 33. Terdapat juga 5 soalan tambahan
iaitu 35 hingga 39.

3.4 Berdasarkan Soalan Lazim MOF tersebut, beberapa ketetapan perlu diberi
perhatian iaitu:-

a. Pelawaan dan pelaksanaan perolehan MARA yang terkesan akibat PKP
boleh dilaksanakan semula dalam tempoh dan selepas PKP tetapi perlu
berdasarkan Perancangan Perolehan Tahunan (PPT) yang telah diluluskan
(Soalan 1). Walau bagaimanapun, Pengawai Mengawal Pusat (PMP) perlu
memastikan pelaksanaan mematuhi Garis Panduan PKP serta mengambil
kira halangan dan implikasi berkaitan yang wujud.

2

b. Membuat semakan serta memaklumkan secara bertulis kepada syarikat
yang terlibat bagi penangguhan projek/program yang tidak tersenarai dalam
perkhidmatan penting negara (essential services) [contoh: Surat Setuju
Terima (SST) telah dikeluarkan ATAU kontrak yang telah wujud sebelum
pelaksanaan tempoh PKP]. Contoh Surat Penangguhan adalah seperti di
Lampiran 1.

c. Memastikan Urusan Perolehan seperti:-

i. Permohonan Lanjutan Tempoh Sah Laku Tender dan Sebut Harga yang
akan tamat pada bulan April, Mei, Jun dan Julai 2020 perlu dikemukakan
kepada Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan (BAP) untuk
mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah MARA (Soalan 18).

ii. Permohonan Lanjutan Tarikh Tutup Iklan boleh dilanjutkan ke suatu
tarikh selepas PKP atau tarikh yang bersesuaian oleh Ketua Pengarah
MARA / Urusetia Perolehan berdasarkan kepada satu-satu tender dan
sebut harga yang telah dipelawa sebelum PKP (Soalan 20).

iii. Lembaga Perolehan MARA (LPM), Jawatankuasa Sebut Harga
Peringkat Negeri (JSPN) dan Jawatankuasa Sebut Harga Peringkat
Pusat (JSPP) boleh bersidang dalam tempoh PKP (Soalan 32). Selain
itu, LPM / JSPN / JSPP tidak dibenarkan bermesyuarat secara maya
melalui mana-mana aplikasi Video Conference (Soalan 35).

iv. Mesyuarat lain melibatkan beberapa jawatankuasa seperti
Jawatankuasa Analisa Harga dan Teknikal, Jawatankuasa Spesifikasi
dan sebagainya adalah dibenarkan untuk bersidang. Walau
bagaimanapun, mesyuarat tersebut hendaklah dilaksanakan
berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan penularan
wabak Covid-19 sepertimana yang telah ditetapkan dan serta
mengambil kira halangan-halangan berkaitan yang wujud (Soalan 33).

3

v. Pusat MARA dikehendaki untuk memulakan proses awalan perolehan
seperti mewujudkan Jawatankuasa Spesifikasi, penyediaan dokumen
spesifikasi, penyediaan dokumen tender / sebut harga dan penyediaan
draf iklan tender / sebut harga bagi memastikan proses perolehan
seterusnya boleh dilaksanakan apabila diarahkan untuk dilaksana
(Soalan 3).

vi. Proses perolehan seperti pelantikan secara undian, lawatan tapak dan
taklimat tender / sebut harga dibenarkan untuk dilaksana dalam dan
selepas tempoh PKP tetapi tertakluk kepada norma baharu berdasarkan
PK 2.2. (Soalan 20 dan 21).

vii. Pusat MARA adalah dibenarkan untuk membuat rakaman video bagi
menggantikan prosedur lawatan tapak dan taklimat tender dan sebut
harga (Soalan 39).

d. Memastikan Urusan Pentadbiran Kontrak seperti:-

i. Lanjutan Tempoh Kontrak (LTK) bernilai RM500 ribu ke atas dan
RM500 ribu ke bawah bagi kontrak perolehan bekalan dan perkhidmatan
bukan perunding yang terkesan dengan penguatkuasaan PKP perlu
dikemukakan kepada BAP oleh Pusat MARA bagi mendapatkan
kelulusan Pegawai Pengawal iaitu Ketua Pengarah MARA merujuk PPM
2.4 Peraturan Berkaitan Lanjutan Masa (EOT) atau Lanjutan Tempoh
Kontrak (LTK) bagi Kontrak MARA yang Terkesan oleh Penguatkuasaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (Soalan 2, 37 dan 38).

ii. Lain-lain urusan seperti Surat Akuan Sumpah, pengembalian semula
SST oleh pihak syarikat, Bon Pelaksanaan, Insurans, Meterai Kontrak,
hendaklah dilaksanakan mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh
MOF dalam Soalan Lazim tersebut.

4

e. Memastikan proses pembayaran tuntutan/invois dilaksana dengan teratur dan
direkodkan sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan.

f. Memastikan pelaksanaan Projek Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) adalah
berdasarkan Pekeliling Perolehan MARA 2.2 (PPM 2.2) Kaedah Pelaksanaan
Perolehan/Projek MARA Tahun 2020

g. Memastikan pelaksanaan Urusan Perolehan dan Pentadbiran Kontrak di bawah
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dilaksana secara teratur dan
berhemah.

4. Bahagian Pendidikan Menengah (BPM), Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) dan
Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT) yang bertanggungjawab untuk mengawal selia
Institut Pendidikan MARA (IPMa) serta Bahagian Pelaburan dan Pembangunan
Subsidiri (BPPS) yang bertanggungjawab untuk mengawal selia syarikat subsidiari
MARA, perlu memastikan bahawa perkara ini dihebahkan, diambil tindakan dan
dilaksanakan dalam urusan Perolehan dan Pentadbiran Kontrak pusat masing-
masing.

5. Di samping itu, Bahagian Binaan Selenggaraan (BBS) yang bertanggungjawab
menyelaras Perolehan Kerja MARA perlu memastikan hal-hal berkaitan perolehan
kerja di Ibu Pejabat MARA dan Pusat MARA dikelola dan diselaras dengan teratur
terutama melibatkan perolehan kerja di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE)
oleh Pejabat MARA Negeri dan Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK) serta lain-
lain perkara berkaitan kontrak kerja seperti keperluan extention of time (EOT) bagi
projek-projek yang sedang berjalan tetapi terpaksa diberhentikan semasa tempoh
PKP.

6. Selain itu, Bahagian–Bahagian yang terlibat menguruskan Perolehan Bekalan dan
Perkhidmatan tersendiri seperti Perkhidmatan Perunding dan
Peralatan/Perkhidmatan ICT, penelitian dan penyelarasan berlandaskan perkara-
perkara yang dinyatakan dalam Soalan Lazim MOF perlu dilaksana agar urusan
Perolehan dan Pentadbiran Kontrak tersebut berjalan dengan lancar semasa dan
selepas PKP berlangsung.

5

7. Bersama-sama ini disertakan dokumen Soalan Lazim MOF tersebut untuk dijadikan
rujukan dan panduan. BAP juga telah memuat naik Soalan Lazim MOF ini dalam
MARAnet bagi memudahkan capaian oleh warga kerja MARA.

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘LUAR BANDAR SEJAHTERA’
Saya yang menjalankan amanah,

RAFIDA BINTI AB MANAN
Pengarah
Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan
MARA

"Amanah rakyat"

6

KERAJAAN MALAYSIA

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN
BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

1/17

SOALAN LAZIM PEROLEHAN KERAJAAN

PELANJUTAN TEMPOH
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN YANG KE-EMPAT

MULAI 29 APRIL SEHINGGA 12 MEI 2020

DI BAWAH AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT
BERJANGKIT 1988 DAN AKTA POLIS 1967 AKIBAT WABAK COVID-19

Kerajaan pada 23 April 2020 telah memutuskan pelanjutan tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 29 April 2020 sehingga 12 Mei 2020.
Sehubungan itu, bagi membantu Kementerian/Agensi meneruskan
pelawaan/pelaksanaan perolehan semula mengikut Perancangan Perolehan
Tahunan (PPT) 2020 dalam tempoh dan selepas tempoh PKP, Kementerian
Kewangan Malaysia (MoF) telah menyediakan peraturan seperti berikut:
1. PP/PK2.2 – Kaedah Pelaksanaan Perolehan/Projek Kerajaan Tahun 2020

(berkuat kuasa mulai 23 April 2020); dan
2. PP/PK2.4 – Peraturan Berkaitan Lanjutan Masa (EOT) Atau Lanjutan Tempoh

Kontrak (LTK) Bagi Kontrak Kerajaan Yang Terkesan Oleh Penguatkuasaan
PKP (berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020)
Soalan lazim ini telah disediakan oleh pihak MoF sebagai panduan kepada semua
Kementerian/Agensi dan hendaklah dibaca bersekali dengan Pekeliling
Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa. Oleh itu, surat MoF bil. (2) dalam
MOF.BPK(S)600-14/2/5 bertarikh 9 April 2020 tersebut adalah terbatal.

Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan Malaysia
Kemaskini pada: 24 April 2020
Jam 4.00 petang

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

2/17

BIL. SOALAN JAWAPAN

Kontrak Perolehan Semasa

1. Adakah pelaksanaan Boleh. Bagi pelawaan/pelaksanaan perolehan

program/projek yang sedang Kerajaan Kementerian/Jabatan yang terkesan

berjalan perlu diteruskan dalam akibat PKP, perolehan tersebut boleh

tempoh PKP? dilaksanakan semula dalam tempoh PKP

mengikut Perancangan Perolehan Tahunan

(PPT) 2020 yang telah diluluskan.

2. Adakah pelanjutan kontrak dan PP/PK2.4 yang berkuatkuasa pada 24 April
pertambahan kuantiti/nilai bagi 2020, membenarkan permohonan Lanjut
sesuatu perolehan perlu Tempoh Kontrak (LTK) untuk kontrak perolehan
dibawa kepada Pihak Berkuasa bekalan dan perkhidmatan bukan perunding
Melulus (PBM) asal selaras diputuskan oleh:
dengan AP201.1?
Kontrak bernilai RM500 ribu dan ke atas
(i) Pegawai Pengawal.
(ii) Ketua Pengarah (hanya bagi JKR dan JPS).

Kontrak bernilai di bawah RM500 ribu
(i) Pegawai Pengawal.
(ii) Ketua Pengarah (hanya bagi JKR dan JPS).

Menurut AP201.1, pertimbangan dan kelulusan
LTK bagi kontrak bernilai melebihi RM200 ribu
hanya boleh diberi sekali sahaja. Walau
bagaimanapun, pertimbangan LTK lebih dari
sekali hanyalah dibenarkan bagi kontrak
perolehan bekalan dan perkhidmatan bukan
perunding yang terjejas dengan PKP sahaja
tertakluk tidak melibatkan tambahan kuantiti.

Ketetapan ini juga terpakai bagi kontrak
perolehan bekalan dan perkhidmatan bukan
perunding bernilai melebihi RM20 ribu sehingga
RM200 ribu.

Pertimbangan dan kelulusan LTK ini oleh PBM
seperti di atas hendaklah dibuat melalui Sistem
ePerolehan.

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

3/17

BIL. SOALAN JAWAPAN

3. Sekiranya kontrak sedia ada Situasi 1: Sedang dalam proses perolehan

akan tamat pada bulan April, baharu bagi menggantikan kontrak semasa

Mei atau Jun 2020,

bagaimanakah untuk Jawatankuasa Penilaian dibenarkan untuk

memastikan bekalan/ bersidang bagi membuat penilaian

perkhidmatan (termasuk program/projek yang telah diperuntukkan dan

perkhidmatan Facilities diluluskan. Walau bagaimanapun, mesyuarat

Management) yang diperlukan tersebut hendaklah dilaksanakan berdasarkan

selepas tempoh kontrak Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan

tersebut tamat, tidak terputus? penularan wabak Covid-19.

Situasi 2: Proses perolehan baharu bagi
menggantikan kontrak semasa belum
bermula

Agensi dibenarkan untuk memulakan proses
perolehan dengan mewujudkan Jawatankuasa
Spesifikasi dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, mesyuarat jawatankuasa
dalaman berkaitan perolehan adalah dibenarkan
untuk bersidang semula melalui Video
Conferencing melalui aplikasi Skype for
Business (SfB) di bawah komponen MyGovUC
untuk melaksanakan penyediaan dokumentasi.

4. Keperluan Akuan Bersumpah Bagi mana-mana SST yang dikeluarkan sebelum

di dalam Surat Setuju Terima PKP dan syarikat sepatutnya mengembalikan

(SST). SST dalam tempoh PKP, syarikat dibenarkan

mengembalikan SST yang telah ditandatangan

tanpa melampirkan Akuan Bersumpah Pembida

Berjaya dalam tempoh PKP.

Setelah tempoh PKP berakhir, Agensi hendaklah
mengeluarkan pemakluman semula kepada
syarikat agar mengemukakan dengan seberapa
segera Akuan Sumpah tersebut kepada Agensi
lengkap ditandatangani dan dicop oleh
Pesuruhjaya Sumpah.

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

4/17

BIL. SOALAN JAWAPAN

5. Berikutan pelaksanaan PKP, Peraturan semasa PK4.2/perenggan 9.9.2

syarikat menghadapi masalah membenarkan Agensi untuk memberikan

untuk mengemukakan bon pengecualian bertulis untuk syarikat

pelaksanaan/insurans bagi mengemukakan bon pelaksanaan/insurans

melengkapkan SST. lewat dari tempoh asal yang ditetapkan sehingga

maksimum 60 hari dari tarikh tersebut. Sekiranya

tempoh maksimum 60 hari tersebut telah tamat,

MOF memberi kebenaran kepada agensi untuk

mengecualikan syarikat mengemukakan bon

pelaksanaan/ insurans selewat-lewatnya

tambahan 60 hari selepas tempoh PKP berakhir.

Kegagalan syarikat mengemukakan bon

pelaksanaan/insurans dalam tempoh tersebut

menyebabkan pesanan kontrak tidak dibuat

melalui sistem eP.

Proses Bayaran

6. Apakah status tuntutan Walaupun projek/program ditangguhkan
bayaran bagi invois yang telah pelaksanaannya, namun tuntutan bayaran bagi
diserahkan kepada agensi pembekalan/perkhidmatan/kerja yang telah
sebelum/semasa tempoh PKP? disempurnakan dan lengkap invoisnya serta
dikemukakan kepada agensi sebelum/semasa
tempoh PKP, pembayaran boleh dibuat selaras
dengan syarat kontrak.

7. Salah satu syarat untuk Pembayaran boleh dilaksanakan dengan syarat
membuat pembayaran adalah kedua-dua pihak (Kerajaan dan Syarikat) telah
kontrak perjanjian dimeterai menandatangani kontrak perjanjian tersebut
oleh kedua-dua pihak dan walaupun setem hasil belum dimatikan.
dimatikan setem di pejabat
LHDN. Adakah pembayaran Bagi perolehan yang dilaksanakan melalui
boleh dibuat dalam tempoh sistem ePerolehan, kontrak perjanjian tersebut
PKP bagi kontrak perjanjian yang telah ditandatangani kedua-dua pihak
yang belum dimatikan setem. boleh dimuatnaik ke dalam sistem ePerolehan
bagi tujuan pembayaran seterusnya.

Berdasarkan kenyataan media LHDN bertarikh 2
April 2020, Kaunter Duti Setem di Pejabat Setem
LHDN telah dibuka mulai 3 April 2020. Justeru,
urusan mematikan setem bagi kontrak perolehan
Kerajaan kini juga boleh diteruskan bagi syarikat
yang berhampiran dengan Pejabat Cawangan
LHDN.

Walau bagaimanapun, bagi meminimakan
pergerakan syarikat, dalam tempoh PKP ini,
bayaran boleh diteruskan walaupun setem hasil
belum dimatikan. Agensi hendaklah

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

5/17

BIL. SOALAN JAWAPAN

mengeluarkan pemakluman kepada syarikat
untuk mematikan setem dengan kadar segera
bagi tujuan penyempurnaan dokumentasi dan
difailkan sewajarnya, setelah tempoh PKP
berakhir.

Agensi hendaklah mengeluarkan pemakluman
kepada syarikat untuk mematikan setem dengan
kadar segera bagi tujuan penyempurnaan
dokumentasi dan difailkan sewajarnya, setelah
tempoh PKP berakhir.

8. Bagi bekalan/Perkhidmatan Pembayaran ke atas bekalan/perkhidmatan/

(termasuk Perunding)/Kerja kerja yang telah disempurnakan hendaklah

telah disempurnakan sebelum disegerakan dalam tempoh PKP agar tidak

tarikh tamat kontrak perjanjian menjejaskan kewangan syarikat terutamanya

(sebelum atau semasa PKP), dari segi bayaran upah kepada pekerjanya.

adakah Agensi boleh Bayaran tersebut masih boleh dilaksanakan

membayar bekalan/ setelah tempoh PKP berakhir sekiranya masih

pekhidmatan/kerja tersebut ada baki bayaran yang belum diselesaikan

selepas tempoh PKP berakhir? sepenuhnya.

Proses Pelaksanaan Perolehan Yang Telah Bermula/Baharu

9. Bolehkah perolehan hand Ya, boleh. Agensi dibenarkan untuk

sanitizer, thermometer dan melaksanakan perolehan item-item tersebut

topeng muka dilaksanakan melalui kaedah perolehan darurat bagi tempoh

secara perolehan darurat? PKP ini sahaja.

10. Adakah pelaksanaan Tidak terhad kepada item-item tersebut sahaja.

perolehan darurat hanya terhad Selaras objektif pelaksanaan perolehan darurat,

kepada tiga (3) item yang item-item lain (contohnya: sarung tangan, baju

disenaraikan di atas sahaja? plastik dan lain-lain) yang menjadi penting dalam

kejadian yang bersifat kecemasan dan/atau luar

Bagaimana dengan item lain biasa dan memerlukan tindakan serta merta

yang menjadi penting kepada supaya tidak menjejaskan kepentingan awam,

agensi dalam tempoh PKP? penyampaian perkhidmatan Kerajaan,

mengekang berlakunya kerosakan berterusan

dan menyekat penularan wabak dan

seumpamanya boleh dilaksanakan melalui

kaedah perolehan darurat.

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

6/17

BIL. SOALAN JAWAPAN

11. Memandangkan stok bekalan KPDNHEP telah menetapkan lima (5) jenis

topeng muka semakin topeng muka sebagai barangan harga terkawal

berkurangan dan dengan harga maksimum tertentu dan melarang

mengakibatkan peningkatan kenaikan harga jenis-jenis lain secara tidak

harga, adakah Agensi munasabah. Adalah menjadi kesalahan kepada

dibenarkan untuk membeli syarikat yang menjual item tersebut melebihi

pada harga melebihi harga harga maksimum atau menaikkan harga secara

siling yang ditetapkan oleh tidak munasabah dan Kerajaan boleh mengambil

KPDNHEP? tindakan undang-undang sewajarnya.

Sehubungan itu, agensi sewajarnya

melaksanakan perolehan topeng muka tertakluk

kepada harga maksimum yang telah ditetapkan

oleh KPDNHEP serta munasabah. Agensi juga

hendaklah melaporkan kesalahan tersebut

kepada KPDNHEP agar tindakan sewajarnya

boleh diambil. Sekiranya agensi masih

menghadapi masalah berkaitan bekalan stok

peralatan yang dikawal harga, agensi diminta

untuk menghubungi NADMA yang

bertanggungjawab menyelaras.

12. Apakah kaedah perolehan Bagi premis Kerajaan yang mempunyai kontrak

yang boleh digunakan perkhidmatan pengurusan fasiliti (Facility

sekiranya agensi Management - FM), agensi boleh mengarahkan

berpandangan terdapat syarikat terbabit untuk melaksanakan

keperluan untuk melaksanakan perkhidmatan disinfeksi yang diperlukan.

perkhidmatan disinfeksi

(disinfection) di premis Jika syarikat FM tidak berupaya untuk

Kerajaan bagi mengelakkan melaksanakan operasi tersebut, agensi boleh

penularan COVID-19? mengarahkan syarikat yang mengendalikan

perkhidmatan pembersihan bangunan/kawasan

untuk melaksanakan operasi tersebut.

Kemudiannya agensi perlu menambah

perkhidmatan disinfeksi di dalam skop

perkhidmatan asal.

Jika syarikat FM dan syarikat pembersihan
menolak, agensi hendaklah mendapatkan
perkhidmatan disinfeksi tersebut melalui tatacara
perolehan biasa bagi memastikan kos
munasabah ditanggung Kerajaan.

Namun, jika terdapat warga agensi yang telah
disahkan positif COVID-19 atau agensi
menerima arahan daripada mana-mana badan
bertauliah iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia
atau Majlis Keselamatan Negara untuk

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

7/17

BIL. SOALAN JAWAPAN

menjalankan kerja-kerja disinfeksi segera, maka
perkhidmatan disinfeksi boleh dilaksanakan
melalui kaedah perolehan darurat bagi
membendung penularan wabak tersebut.

13. Adakah pembayaran bagi Agensi yang mendapatkan perkhidmatan

perkhidmatan pembasmian disinfeksi daripada FM atau syarikat

(disinfeksi) boleh dibuat secara pembersihan sedia ada melalui perjanjian

berfasa kepada pihak tambahan boleh melaksanakan pembayaran

pembekal? berfasa selaras dengan terma dan syarat di

bawah perjanjian sedia ada.

Jika perkhidmatan disinfeksi dibuat dengan
syarikat berasingan di bawah perolehan darurat,
maka bayaran secara berfasa atau mengikut
kemajuan boleh dibuat tertakluk kepada setiap
tuntutan bayaran diperakukan mengikut nilai
perkhidmatan setakat mana yang telah
disempurnakan.

Sebagai contoh, terdapat dua blok iaitu Blok A
dan B yang memerlukan perkhidmatan disinfeksi
melalui perolehan darurat. Bagi membantu
pengurusan pembayaran, agensi boleh
mengeluarkan dua Surat Arahan Memulakan
Perkhidmatan (Lampiran B, PB 3.3) berasingan
untuk Blok A dan Blok B sungguhpun kerja-kerja
pembersihan disinfeksi dilakukan oleh syarikat
yang sama. Setelah kerja di Blok A selesai,
pembayaran boleh dibuat dahulu. Jika agensi
telah mengeluarkan satu surat arahan sahaja,
bayaran berfasa masih boleh dilakukan dengan
syarat agensi memastikan tidak berlaku lebihan
bayaran iaitu menjangkaui nilai komponen Blok
A yang telah disempurnakan.

14. Adakah agensi dibenarkan Agensi hanya dibenarkan melaksanakan

untuk membuat pelaksanaan perolehan darurat untuk keperluan kesihatan dan

perolehan hand sanitizer, keselamatan sehingga keperluan 30 hari

termometer atau topeng bagi tambahan selepas tarikh PKP berakhir. Selepas

tempoh selepas PKP? tarikh berkenaan, perolehan tersebut hendaklah

dilaksanakan menerusi kaedah perolehan

semasa yang berkuat kuasa.

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

8/17

BIL. SOALAN JAWAPAN

15. Bagi Institusi Latihan Awam Sekiranya ada perolehan bekalan/ perkhidmatan
(ILA) atau premis Kerajaan yang melibatkan arahan secara terus berkaitan
yang telah diisytiharkan COVID-19, agensi boleh menggunakan kaedah
sebagai Stesen Kuarantin, perolehan darurat. Agensi hendaklah mengawal
adakah perolehan darurat pelaksanaan perolehan darurat ini berdasarkan
boleh dibuat untuk item-item tadbir urus terbaik.
seperti ubat, sewaan water
dispenser atau pembekalan/
perkhidmatan lain yang
diperlukan?

16. Berdasarkan tatacara Agensi perlu mewujudkan JKRH bagi

perolehan darurat, pelaksanaan perolehan darurat tanpa mengira

Jawatankuasa Rundingan had nilai perolehan. Dalam hal tersebut, agensi

Harga (JKRH) perlu ditubuhkan dibenarkan untuk melaksanakan mesyuarat

dan bersidang berdasarkan secara video conference melalui aplikasi Skype

tanggungjawab seperti yang for Business (SfB) di bawah MyGovUC atau

digariskan dalam PB3.3/ melalui talian telefon. Manakala dokumen yang

Perenggan 4.6.2. Adakah perlu dipersetujui kedua-dua belah pihak boleh

dibenarkan mesyuarat tersebut ditandatangan dan dihantar melalui e-mel

dilaksanakan secara maya iaitu kepada pihak Agensi. Minit mesyuarat masih

melalui video conference? perlu disediakan. Agensi adalah

bertanggungjawab memastikan teknologi yang

digunakan adalah selamat dalam melindungi

data dan maklumat Kerajaan.

17. Apakah tindakan agensi Agensi tidak boleh mempertimbangkan sebarang

sekiranya syarikat yang perubahan harga tawaran bagi mengekalkan

ditawarkan memohon untuk keadilan kepada petender/penyebut harga lain

mengubah harga tawaran bagi yang turut menyertai tender/sebut harga

mengambil kira faktor tersebut.

persekitaran ekonomi semasa

atau menolak tawaran yang Berdasarkan persekitaran ekonomi semasa,

diberikan? agensi juga tidak boleh mengambil tindakan

untuk mengenakan sebarang bentuk penalti

(sebagai contoh menyenarai hitam) ke atas

petender/penyebut harga yang menolak

keputusan perolehan yang telah dibuat oleh

Pihak Berkuasa Melulus.

Oleh yang demikian, LP/JKSH semasa
bersidang perlu mengambil maklum berkenaan
kemungkinan perkara-perkara yang akan
berlaku setelah keputusan dibuat dengan turut
memutuskan supaya syarikat di kedudukan
kedua dipilih sekiranya syarikat di kedudukan

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

9/17

BIL. SOALAN JAWAPAN

pertama menolak tawaran dan demikian
seterusnya.

18. Adakah tempoh sah laku bagi Tempoh sah laku tender dan sebut harga yang

tender dan sebut harga yang masih berkuat kuasa bagi semua had nilai, boleh

ditangguhkan boleh dilanjutkan dilanjutkan sekiranya perlu oleh agensi setelah

dalam tempoh PKP? mendapat kelulusan Ketua Jabatan. Kelulusan

pelanjutan tempoh boleh menggunakan apa jua

media komunikasi yang pantas seperti e-mel dan

lain-lain medium.

Semua tender dan sebut harga bekalan dan
perkhidmatan melalui sistem ePerolehan (eP)
yang akan tamat tempoh sah laku mulai 11 April
2020 hingga 30 April 2020, tempoh sah laku
tender dan sebut harga tersebut akan dilanjutkan
selama 60 hari secara automatik. Manakala bagi
semua tender dan sebut harga kerja, agensi
boleh melanjutkan tempoh sah laku selama 60
hari atau satu tempoh yang munasabah.

19. Adakah tempoh sah laku untuk Boleh dilanjutkan oleh urus setia perolehan atau

tender pra kelayakan turut ketua jabatan menggunakan apa jua media

boleh dilanjutkan komunikasi yang pantas seperti e-mel dan

memandangkan peraturan lainlain medium. Tempoh atau tarikh akhir sah

telah menetapkan tempoh sah laku boleh ditentukan oleh agensi berdasarkan

laku adalah tidak boleh kesesuaian yang munasabah.

melebihi 120 hari?

20. Bagaimana kedudukan bagi Tarikh tutup iklan boleh dilanjutkan ke suatu
tender/sebut harga yang telah tarikh yang bersesuaian oleh urus setia
dipelawa tetapi tarikh tutupnya perolehan atau ketua jabatan.
dalam tempoh PKP?
Agensi hendaklah mengemaskini maklumat
tarikh tutup/ tempoh iklan baharu melalui sistem
yang berkaitan (eP/MyGPIS) dan laman
sesawang Kementerian masing-masing, jika
perlu.

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

10/17

BIL. SOALAN JAWAPAN

Proses Perolehan Melibatkan Kehadiran Ramai (Undian, Lawatan Tapak dan lain-

lain)

21. Adakah proses perolehan PP/PK2.2 telah memberi kebenaran

seperti pelantikan secara pelaksanaan perolehan bagi perolehan/projek
undian, lawatan tapak boleh Kerajaan tahun 2020 dilaksanakan dalam
dilaksanakan dalam tempoh tempoh dan selepas tempoh PKP tertakluk
PKP. kepada syarat berikut:

(a) Agensi Kerajaan hendaklah tidak
mewajibkan kehadiran syarikat bagi tujuan
taklimat atau lawatan tapak bagi sebut
harga/tender;

(b) Bagi memastikan maklumat berkaitan
spesifikasi/terma rujukan/ brif projek
berkenaan adalah jelas, Agensi Pelaksana
hendaklah menyediakan maklumat
terperinci untuk membantu syarikat yang
menyertai sebut harga/tender memahami
kehendak Agensi Pelaksana; dan

(c) Selain itu, Agensi boleh memberi satu
tempoh yang munasabah bagi syarikat
melawat sendiri kawasan atau tapak
berkenaan yang dinyatakan dalam dokumen
sebut harga/tender berkenaan. Lawatan
tapak ini dapat membantu syarikat mendapat
maklumat yang lebih tepat dan mengetahui
keadaan/maklumat tambahan yang berguna
bagi menyediakan tawaran sebut
harga/tender. Dalam hal ini, sekiranya
syarikat mahu melawat sendiri kawasan atau
tapak berkenaan, amalan penjarakan,
penggunaan hand sanitizer dan pemakaian
face mask adalah perlu diteruskan.

22. Adakah proses perolehan Jawapan seperti di soalan no. 21.
seperti pelantikan secara
undian, lawatan tapak boleh
dilaksanakan selepas PKP.

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

11/17

BIL. SOALAN JAWAPAN

Pelaksanaan Perolehan Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

23. Bagaimana kaedah Kementerian Kewangan Malaysia telah

pelaksanaan bagi membayar mengedarkan surat no. rujukan: MOF.100-19/1/1

gaji pekerja yang ditanggung JLD14 (100) bertarikh 31 Mac 2020 bagi

kontraktor bagi perkhidmatan menjelaskan mekanisme pelaksanaan Pakej

pembersihan dan bekalan tersebut. Rujukan adalah seperti di Lampiran A.

makanan bermasak di sekolah,

IPTA, institusi latihan awam

serta agensi Kerajaan

termasuk badan berkanun

serta pelanjutan kontrak

sebulan seperti yang telah

diumumkan oleh YAB PM di

dalam pembentangan Pakej

Rangsangan Ekonomi Prihatin

Rakyat (PRIHATIN)

24. Apakah tindakan agensi bagi Lembaga Perolehan dan Jawatankuasa Sebut

mengambil kira pelanjutan Harga yang bersidang perlu mengambil kira

kontrak sebulan bagi kontrak kontrak-kontrak sedia ada (seperti yang

bekalan/perkhidmatan yang dinyatakan di bawah PRIHATIN) yang

telah dinyatakan di bawah tempohnya layak dilanjutkan sebulan bagi

PRIHATIN? mengelakkan pertindihan kontrak baharu yang

akan diberikan.

Tarikh permulaan kontrak baharu hendaklah
selepas daripada tarikh lanjutan kontrak sebulan
yang berkaitan.

25. Kerajaan bersetuju untuk Manfaat ini terpakai ke atas kontrak

membayar gaji pekerja yang perkhidmatan pembersihan dan bekalan

ditanggung oleh kontraktor bermasak serta turut dipanjangkan kepada

walaupun pekerja tidak hadir semua kontrak perkhidmatan bukan perunding

bekerja sepanjang tempoh Kerajaan (tidak termasuk kontrak perunding dan

Perintah Kawalan kerja) yang memerlukan kehadiran pekerja

Pergerakan (PKP). Adakah sepertimana dalam kontrak perjanjian. Namun,

manfaat ini terpakai ke atas pekerja syarikat yang berkontrak tersebut tidak

kontrak perkhidmatan dapat hadir bertugas semasa tempoh PKP ini.

pembersihan dan bekalan

bermasak sahaja?

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

12/17

BIL. SOALAN JAWAPAN

26. Berapa lamakah tempoh Kerajaan akan membuat bayaran kepada
kontraktor/syarikat berdasarkan tuntutan
tanggungan Kerajaan ke atas mengikut kontrak. Tanggungan bayaran gaji
pekerja untuk kontrak perkhidmatan ini adalah
bayaran gaji pekerja untuk bagi sepanjang tempoh PKP dilaksanakan
sepertimana yang diumumkan oleh Kerajaan.
kontrak perkhidmatan

tersebut?

27. Adakah Kerajaan akan Kerajaan akan menanggung bayaran gaji/upah

menanggung bayaran penuh pekerja dan gaji pengurusan syarikat sahaja,

kepada kontraktor/ syarikat sebagaimana yang telah dipersetujui di dalam

berdasarkan kontrak kontrak perkhidmatan. Sekiranya bayaran

perkhidmatan tersebut? gaji/upah pekerja tidak dinyatakan secara

khusus di dalam kontrak, Agensi hendaklah

berunding dengan syarikat dan melakukan

semakan ke atas tuntutan tersebut.

Kerajaan akan menanggung bayaran gaji dan
caruman majikan bagi KWSP serta PERKESO.
Kaedah semakan ke atas tuntutan gaji oleh
kontraktor/syarikat adalah melalui semakan ke
atas penyata KWSP dan PERKESO sebagai
bukti.

28. Sejak PKP dikuatkuasakan, Ya. Kerajaan akan menanggung bayaran
agensi telah membuat gaji/upah pekerja sebagaimana kontrak
pengurangan bilangan pekerja perjanjian.
yang perlu hadir bekerja.
Adakah sebahagian pekerja
yang tidak hadir tersebut layak
menerima bayaran gaji?

29. Adakah tanggungan ini Ya. Kerajaan akan turut menanggung kos cukai
termasuk cukai perkhidmatan? perkhidmatan yang terlibat dalam tempoh ini
mengikut kontrak perjanjian berdasarkan
keperluan statut.

30. Kerajaan juga telah bersetuju Pelanjutan tempoh sebulan yang telah diberikan

untuk memanjangkan tempoh adalah berdasarkan ketetapan tempoh PKP

kontrak perkhidmatan semasa. Sekiranya tempoh PKP dilanjutkan,

berkenaan selama sebulan. kontrak tersebut juga akan diberi tempoh

Adakah pelanjutan tempoh pelanjutan yang sama.

kontrak ini terhad sehingga

sebulan sahaja?

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

13/17

BIL. SOALAN JAWAPAN

31. Siapakah pihak berkuasa PBM bagi kelulusan pelanjutan kontrak selama

melulus (PBM) bagi pelanjutan sebulan hendaklah melalui Pegawai Pengawal.

kontrak perkhidmatan selama Agensi hendaklah menyusul dengan kontrak

sebulan tersebut? tambahan (supplementary agreement) yang

akan ditandatangani oleh pegawai yang

diturunkan kuasa mengikut Akta Kontrak

Kerajaan 1949 [Akta 120].

Pihak Berkuasa Melulus (PBM) dan Jawatankuasa Perolehan Semasa Tempoh PKP
32. Adakah mesyuarat Lembaga Ya. Sila rujuk PP/PK2.2.

Perolehan dan Jawatankuasa
Sebutharga (JKSH) boleh
bersidang dalam tempoh PKP?

33. Adakah mesyuarat lain yang Ya. Sila rujuk PP/PK2.2.
perlu diadakan sepanjang
proses perolehan boleh
bersidang dalam tempoh PKP?

PBM dan Jawatankuasa Perolehan Selepas Tempoh PKP

34. Adakah mesyuarat PBM dan Ya, dari segi skop bidang kuasa namun

Jawatankuasa Perolehan pengendalian mesyuarat masih tertakluk kepada

kembali kepada keadaan asal prosedur sepertimana semasa tempoh PKP

sepenuhnya selepas tempoh seperti berikut:

PKP?

(a) Kekerapan mesyuarat LP dan JKSH

hendaklah diminimumkan.

(b) Kertas pertimbangan hendaklah lengkap,
ringkas dan padat serta pembentangan
dalam mesyuarat LP dan JKSH hendaklah
diringkaskan sebaik mungkin bagi
memastikan mesyuarat dapat diselesaikan
dalam tempoh masa yang singkat.

(c) Bilangan ahli mesyuarat yang hadir juga
perlu diminimumkan dan hanya menetapkan
keperluan kehadiran wakil yang mandatori
sahaja dan benar-benar perlu bagi
membantu dalam memutuskan perolehan.

(d) Memaksimumkan penggunaan Sistem
ePerolehan atau emel bagi mendapatkan
akses kepada kertas pertimbangan sebut
harga/tender bagi perolehan bekalan dan
perkhidmatan.

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

14/17

BIL. SOALAN JAWAPAN

(e) Urus setia yang terlibat dalam menyediakan
dokumen dan bertugas semasa mesyuarat
LP dan JKSH hendaklah diminimumkan.

(f) Wakil agensi tidak dibenarkan untuk bersiap
sedia di luar bilik mesyuarat secara beramai-
ramai. Oleh itu, urus setia hendaklah
mengenal pasti hanya seorang sahaja wakil
pembentang kertas pertimbangan untuk
bersiap sedia jika benar-benar terdapat
keperluan. Sekiranya tiada keperluan, wakil
pembentang tidak perlu hadir.

(g) Urus setia mesyuarat hendaklah
memastikan semua pengerusi, ahli,
pembentang termasuk urus setia adalah
bebas daripada demam, batuk dan
selesema sebelum memulakan mesyuarat.
Pengimbasan suhu badan juga hendaklah
dibuat ke atas semua pegawai yang akan
memasuki mesyuarat LP dan JKSH dan
memastikan ia berada di bawah paras suhu
badan yang normal.

(h) Urus setia mesyuarat hendaklah
memastikan hand sanitizer disediakan di
dalam bilik mesyuarat LP dan JKSH.

(i) Urus setia mesyuarat hendaklah
memastikan kedudukan pengerusi, ahli dan
urus setia di dalam mesyuarat diamalkan
jarak yang selamat (sekurang-kurangnya
diselang satu kerusi). Oleh itu, pemilihan bilik
mesyuarat yang sempit dan kecil hendaklah
dielakkan.

(j) Mengamalkan langkah pencegahan
sebelum/semasa mesyuarat seperti
mengelakkan bersalam, aktiviti perbualan
yang terlalu dekat dan pemakaian topeng
muka, jika perlu.

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

15/17

BIL. SOALAN JAWAPAN

35. Bolehkah mesyuarat Lembaga Tidak boleh. Mesyuarat Lembaga Perolehan dan

Perolehan dan Jawatankuasa mesyuarat Jawatankuasa Penilaian tidak boleh

Penilaian bersidang secara bersidang secara maya melalui mana-mana

maya melalui Video aplikasi Video Conference. Ini adalah kerana

Conference, iaitu sebagai pertimbangan/penilaian adalah melibatkan

contoh melalui Skype for maklumat terperingkat dan hendaklah dibuat

Business di bawah infra dalam persekitaran yang tertutup dan tidak

MAMPU? terdedah dengan risiko yang dibuat secara

maya.

36. Bolehkan tender/sebut harga Sila rujuk PP/PK2.2.
diiklankan /dipelawa dalam
tempoh PKP?

37. Bolehkah kontrak perolehan Boleh. Walau bagaimanapun ia hanya
Bekalan dan Perkhidmatan dibenarkan bagi kontrak perolehan bekalan dan
yang bernilai sehingga RM200 perkhidmatan bukan perunding yang terjejas
ribu diberi pelanjutan tempoh dengan PKP sahaja tertakluk tidak melibatkan
kontrak sementara perolehan tambahan kuantiti.
sebut harga dilaksanakan yang
bertujuan untuk mengelakan
perbekalan barangan terputus.

38. Bolehkah kontrak perolehan Boleh. Walau bagaimanapun ia hanya
Bekalan dan Perkhidmatan dibenarkan bagi kontrak perolehan bekalan dan
melebihi RM200 ribu diberi perkhidmatan bukan perunding yang terjejas
pelanjutan tempoh kontrak dengan PKP sahaja tertakluk tidak melibatkan
lebih dari sekali? Adakah ia tambahan kuantiti.
juga dibenarkan untuk kontrak
bekalan dan perkhidmatan
bernilai bawah daripada
RM200 ribu?

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

16/17

BIL. SOALAN JAWAPAN

39. Adakah agensi boleh Boleh. Agensi dibenarkan untuk membuat

menggantikan prosedur rakaman video bagi menggantikan procedure

lawatan tapak dan taklimat lawatan tapak/ taklimat sebut harga/ tender.

sebut harga kepada

penerangan skop kerja melalui

rakaman video mengikut

pelaksanaan berikut:

(a) Rakaman video

dipaparkan di laman

sesawang rasmi Agensi

Pelaksana untuk diakses

oleh semua kontraktor

yang berminat sepanjang

tempoh sebut harga;

(b) Agensi Pelaksana akan
menugaskan beberapa
pegawai untuk menjawab
sebarang pertanyaan dari
kontraktor sepanjang
tempoh sebut harga;

(c) Kontraktor juga

mempunyai peluang

untuk membuat lawatan

sendiri ke projek-projek

yang berkaitan mengikut

kesesuaian masa

mereka; dan

(d) Kerja-kerja tersebut tidak

melibatkan skop kerja

teknikal atau struktur

kerana kerja-kerja

tersebut hanya

melibatkan bahagian luar

sahaja.

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

17/17


Click to View FlipBook Version