IBU PEJABAT MARA
Pelepasan pasukan MARA PRIHATIN oleh En Razlan (TKPP) melibatkan 16 pelatih
GIATMARA Selangor, 18 pegawai Ibu Pejabat GIATMARA, Pegawai MJII dan KKTM
PJ, UNIKL, BKT dan PMN Selangor bagi selenggaraan peralatan elektrik dan
elektronik.
BAP
Warga Bahagian Aset & Perolehan (BAP) melakukan pembersihan
rumah staf BAP, Mohd Zarul yg tenggelam sewaktu banjir
tempohari di Seksyen 19, Shah Alam.
BPPS
Kerja sukarelawan kepada warga Sektor Pelaburan yang
dilanda banjir telah dibuat pada hari Selasa & Rabu
BAAUHDAITGMIAANRA
Badan Kebajikan Bahagian Audit MARA turut bergotong-royong
membersihkan rumah salah seorang kakitangannya, Aizat Ishak
yang terjejas akibat banjir di Saujana Aman diketuai oleh
Timbalan Pengarah Bahagian Audit MARA, Nor Azwa Hassan.
BPP
Pihak MARA terus salurkan sumbangan kepada
warga kerja Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP)
yang merupakan mangsa banjir di negeri Selangor.
MARA WILAYAH
Bencana banjir yang melanda Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini turut melibatkan wargakerja dari Bahagian Pentadbiran
MARA Wilayah Perseketuan.
Turut hadir ke rumah wargakerja dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam bencana banjir ini adalah
Pengarah MARA Wilayah Perseketuan, Ahmad Izlan bin Idris, Pengarah IKM Kuala Lumpur, Haji Rusli bin Abd Rahman, Hishamudin
bin Abu Bakar , Timbalan Pengarah bahagian (Pembangunan), MARA Wilayah Persekutuan.
MARA SELANGOR
Keprihatinan Pengurusan Tertinggi MARA telah memberi kelegaan kepada warga MARA Selangor
yang ditimpa musibah rumah musnah akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat dan banjir yang
melanda Lembah Klang pada 18 Disember 2021 yang lalu. Pasangan suami isteri warga MARA ini
(En. Firdaus dan Pn Zarina) yang mempunyai tiga orang anak telah ditawarkan mendiami Kuarters
MARA di Petaling Jaya. Majlis penyerahan kunci kuarters ini telah disempurnakan oleh Pn Rohayah
binti Md Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA pada 22 Disember 2021.
Semoga bantuan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan serta memberi
keceriaan kepada keluarga ini.
MARA PAHANG
Haji So an Musta a (PMN Pahang)
menyampaikan food basket kepada
Puan Rosnani (PTPO) PMD Temerloh
yang rumahnya turut terjejas akibat
banjir
Keadaan pejabat PMD Temerloh yang
terjejas dengan banjir
Program gotong-royong membersihkan
Pejabat MARA Daerah Temerloh
baru-baru ini disertai oleh pasukan MERT
PMN Pahang dan juga pasukan PMD
Jerantut.
Chargeman PMN Pahang juga turut membuat pemeriksaan
aliran elektrik di setiap lot bagi memastikan ianya berfungsi
dengan baik dan selamat
penyewa dan membuat
pemeriksaan aliran
elektrik bagi
memastikan
Pasukan CSR Banjir PMN Pahang membantu Juga berkesempatan membantu keselamatan penyewa
membersihkan lot Bengkel Sri Semantan, membersihkan Arked MARA Mentakab, dan bangunan terjamin
Temerloh (5 lot) yg terjejas akibat banjir. Temerloh (6 lot terkesan) bersama-sama
INSTITUSI PENDIDIKAN MARA
UniKL MIIT
Misi Bantuan Banjir UniKL MIIT yang terdiri dari 14
sukarelawan @srcuniklmiit 2021 & 2022 @rccuniklmiit
dan @wowuniklmiit di Batu 9, Cheras untuk
membantu membersihkan rumah salah seorang
pelajar UniKL MIIT yang terkesan dengan bencana
alam ini.
GMI
Aktiviti CSR GMI di Semenyih
Pelajar GMI mencuci Surau Al-Munir, Sri Nanding Hulu Langat.
KPTM KUANTAN
24 Disember 2021- Lawatan pasca bencana banjir ke Kolej Poly-Tech MARA
Kuantan oleh Ketua Pengawai Eksekutif KPTM, YBhg. Encik Nordin bin Ahmad
dan Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar KPTM, YBrs. Encik Sahidi bin Yaakob
selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Bencana Banjir KPTM diiringi oleh
Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, Encik Haji Nik Mohd Khairi bin Nik
Mohd Zain.
KPTM menyantuni staf-staf di Taman Sri Nanding
pada 19 Disember yang ditimpa musibah banjir.
Kerja-kerja CSR di rumah staf KPTM Kuantan
sedang berjalan sejak Rabu lagi.
IKM & GIATMARA
Pasukan IKM & GIATMARA sedang membuat pemeriksaan
pendawaian elektrik di Taman Sri Nanding, Hulu Langat
GIATMARA membuat kerja-kerja CSR membersihkan
rumah staf-staf yang dilanda banjir bermula Selasa, Rabu
dan Khamis di Klang, Sg Buloh dan Hulu Langat.
CSR
Pengajar
KKTM PJ
MRSM TGS
MRSM Tun Ghazali Sha e (MRSM TGS) turun padang salur bantuan
buat warga kerja MARA yang terkesan akibat banjir. Pasukan CSR
MRSM TGS diketuai En Almi@Pengetua TGS.
SUBSIDIARI MARA
MARA Corporation telah
menjalankan CSR dari segi
barangan keperluan kepada
seramai 106 keluarga Orang Asli
yang terkesan akibat banjir di
Perkampungan Orang Asli
Jeram Kedah, Ulu Beranang,
Negeri Sembilan dan 100 kel-
uarga di Perkampungan
Melayu, Ulu Beranang, Negeri
Sembilan.
MARAInc melalui MARAInc
Charity & Recreational Club
(MICAR) telah menjalankan
CSR dari segi barangan
keperluan yang dikumpul di
pusat bantuan banjir di Karak.
Agihan dibuat di kawasan
Lanchang, kawasan yg teruk
terjejas di karak. Semoga
dapat meringan beban
mereka yang terkesan.
Baru-baru ini sebahagian negeri-negeri di Malaysia termasuk kawasan
di Kuala Lumpur dan Selangor telah ditimpa dengan musibah banjir
dan salah seorang Warga DDEC turut terkesan dengan kejadian
tersebut. Oleh yang demikian, DDEC mengambil inisiatif di bawah
tanggungjawab sosial korporat dengan menganjurkan Misi Bantuan
Banjir bagi membantu warga DDEC tersebut membersihkan rumah
beliau dengan bantuan sukarelawan DDEC
NGO
Ahli Kesatuan
Pegawai-Pegawai MARA
(KPPM) telah melaksanakan
Program Khidmat
Masyarakat MARA Prihatin
hari ini di rumah staf MARA
yang terjejas akibat banjir
di Taman Seri Dagang,
Banting.
reka bentuk oleh BITK@MARA