DIPLOMA TEKNOLOGI KIMIA (LEMAK DAN MINYAK)
MPU23052 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
TAJUK TUGASAN BERASASKAN MASALAH:
PERANAN AL-QURAN SEBAGAI SUMBER DALAM BIDANG SAINS, TEKNOLOGI
DAN KEJURUTERAAN
NAMA PENSYARAH:
USTAZAH FARHA BINTI MUHAMMAD
NAMA AHLI KUMPULAN:
NURUL IZWANI BINTI JOHARI 33DF020F1004
NUR HAFIZAH BINTI SUHAIMIN 33DFO20F1006
NORLIANA ASILA BINTI HAMDAN 33DFO20F1024
33DFO20F1031
NURUL HUDA BINTI AZAHAR
SENARAI KANDUNGAN M.SURAT
BIL. TAJUK 3
3
1 PENDAHULUAN 4
2 OBJEKTIF 4-7
3 PENGERTIAN AL-QURAN
4 PERANAN AL-QURAN DALAM BIDANG SAINS, 8-9
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN 9-10
5 PENEMUAN SAINS, TEKNOLOGI DAN
11
KEJURUTERAAN BERDASARKAN AL-QURAN 11-12
6 KEPENTINGAN AL-QURAN DALAM SAINS DAN
12
TEKNOLOGI ISLAM
7 KESIMPULAN
8 LAMPIRAN
9 RUJUKAN
1.0 PENDAHULUAN
Sains, teknologi dan kejuruteraan merupakan sebahagian daripada ilmu yang terdapat
dalam wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT melalui al-quran. Al-Quran ialah sumber
intelektual dan spiritual islam yang agung.Berikut, Al-quran merupakan mukjizat agung
yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui Malaikat Jibrail A.S. Ia
diturunkan untuk membimbing manusia ke arah keselamatan dan kebahagian hidup di
dunia dan diakhirat. Dalam surah Al-Hasyr ayat 21-24 ada menyatakan bahawa Allah
SWT menerangkan tentang kelebihan Al-quran yang diturunkan kepada manusia. Allah
s.w.t. juga ada menyatakan sekiranya Al-quran diturunkan ke atas gunung-ganang yang
kukuh nescaya akan hancurlah gunung tersebut sekiranya kita takut kepada Allah dan
mengingkari segala perintah yang disampaikan olehnya.Perumpamaan ini didatangkan
oleh Allah agar manusia berfikir tentang penghayatan manusia terhadap Al-quran.Kalam
Allah SWT ini adalah asas bukan hanya bagi agama dan pengetahuan spiritual tetapi bagi
semua cabang ilmu pengetahuan. Al-Quran juga merupakan satu sumber utama dan
inspirasi pandangan Muslim tentang kesepaduan Sains dan pengetahuan intelektual.
Oleh itu,kita sebagai umat islam perlulah menggunakan segala wahyu yang diturunkan
oleh Allah sebagai panduan sama ada dalam bidang sains,teknologi dan kejuruteraan
dengan sebaik-baiknya untuk kemajuan diri,agama dan negara agar kita dapat hidup
dalam keadaan harmoni tanpa berlaku perpecahan antara islam.
2.0 OBJEKTIF
(i) Memahami pengertian Al-quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
(ii) Menerangkan peranan Al-quran dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.
(iii) Membentangkan penemuan sains,teknologi dan kejuruteraan berdasarkan Al-
quran.
(iv) Menerangkan kepentingan Al-quran dalam sains dan teknologi islam.
2.1 PERGENTIAN AL-QURAN
Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi
Muhammad saw, melalui perantaraan Malaikat Jibril untuk disampaikan dan diamalkan kepada
umat manusia. Perkataan Al-Quran berasal daripada Bahasa Arab, iaitu Qaraa yang bermaksud
membaca. Daripada sudut bahasa, ia membawa makna sesuatu yang di baca berulang-ulang.
Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw adalah untuk pegangan hidup
bagi umat islam, kerana didalamnya terkandung petunjuk. Pentunjuk untuk mencapai
kebahagiaan hidup didunia dan di akhirat. Al-Quran juga sebahagian pembuktian kepada
manusia atas Ketuhanan Allah yang satu-satunya yang maha sempurna yang patut di sembah
oleh manusia. Selain itu, Al-Quran juga sumber dari segala pelajaran dan pengetahuan dan tidak
dapat diajukan serta dijangkau kedalaman dan keluasan kandungannya
2.2 PERANAN AL-QURAN DALAM BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN
Allah telah menyampaikan wahyunya melalui Al-quran.Oleh itu,melalui pembacaan Al-quran kita
dapat mengetahui dan memahami isi kandungan yang tersurat dan tersirat yang disampaikan
oleh Allah s.w.t. Hasilnya, kami telah menemui pelbagai ayat al Quran yang mengetengahkan
topik-topik berkenaan sains dan teknologi.Sudah terang lagi bersuluh,terdapat beberapa peranan
Al-quran yang diturunkan sebagai panduan dalam bidang sains,teknologi dan
kejuruteraan.Antaranya:
(I) GARIS PANDUAN KEPADA SAINTIS DALAM MELAKSANAKAN SESUATU UNTUK
UJIKAJI
Pertama,dengan adanya Al-quran ini,ia dapat mendorong ramai saintis diseluruh dunia untuk
mengkaji sekali gus dapat membuktikan kebenaran al-quran.Pada masa yang sama
juga,membantu saintis-saintis untuk menemukan pelbagai penemuaan yang baru untuk dijadikan
contoh kepada generasi yang akan datang.Oleh itu, dengan adanya Al-Quran , dapat
menggalakkan para saintis supaya mengkaji alam tabii.Alam tabi’i? Oleh itu,mari kita
membincangkan maksud alam tabi’i . Istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi'I adalah
kosmos atau cosmos yang bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan hiasan. Melalui al-Quran
pula, alam tabii merupakan meliputi langit dan bumi serta segala isi kandungannya sekali gus
perkara yang berlaku dan wujud diantara alam langit dan bumi.Sebagai bukti,dalam surah Al-
Fussilat ayat 53 ada mengatakan bahawa “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-
tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi
mereka bahwa Al Qur’an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa
sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?”. Oleh itu,Allah telah menurunkan wahyu
tersebut agar mengajak manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir
atas kejadian alam ini.Disamping itu juga,mengingatkan diri kita agar mensyukuri segala nikmat
yang diberikan oeh Allah dengan sebaik-baik supaya kita menjadi insan yang sentiasa
meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah swt. Contohnya,nikmat yang dikurniakan oleh Allah
diatas muka bumi ini adalah gunung-ganang,laut,sungai,buah-buahan dan sebagainya
.
(II) KITAB AL-QURAN MENJADI SUMBER PELBAGAI CABANG SAINS DAN
TEKNOLOGI
Kedua, al-quran merupakan suatu sifat yang dijadikan sebagai panduan dan petunjuk kepada
pembentukan bidang -bidang sama ada bidang sains,teknologi mahupun kejuruteraan.Kita
sebagai umat islam hendaklah sentiasa berpandukan al-quran sekiranya melakukan dalam
sesuatu pekerjaan atau pembelajaran.Hal ini kerana,isi kandungan didalam al-quran
mengandungi segala jawapan untuk menjawab pertanyaan kita.Sekiranya,kita ingin melakukan
atau membina sesuatu teknologi ,kita perlulah mengikut syariat islam agar ia memberi manfaat
dan juga kebaikan kepada diri,masyarakat dan negara.Oleh itu,kita mestilah menggunakan
segala nikmat ini dengan sebaik-baiknya agar kita menjadi seorang yang berpengetahuan dan
menjadi contoh teladan kepada generasi yang akan datang yang akan membangunkan negara
islam ini dengan lebih maju. Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 21-22 menyatakan bahawa
“Allah jua lah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu
mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buhan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang
memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan
perintah-Nya juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat
darinya).Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan
kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu”.Maka dari
itu,al-quran adalah salah satu peranan dalam bidang sains,teknologi dan kejuruteraan.
(III) MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI
Ketiga,peranan al-quran juga menggalakkan untuk pembangunan teknologi.Sebagaimana kita
mengetahui,penggunaan teknologi di era globalisasi ini adalah sangat penting dalam masyarakat
untuk menjalani kehidupan.Hal ini kerana, setiap pekerjaan yang dilakukan oleh mereka
menggunakan rantaian teknologi untuk menyiapkan atau menghantar sesuatu tugasan dengan
pantas.Salah satu pembangunan teknologi adalah teknologi untuk ketenteraan.Dengan
adanya,teknologi tersebut ia dapat membantu mereka untuk menghasilkan senjata-senjata yang
lebih sistematik sekaligus membantu untuk mempertahankan negara islam ini daripada dijajah
oleh orang asing.Sebagaimana kita boleh mengambil iktibar dinegara Palestin yang sedang
diserang oleh tentera Israel dan ramai masyarakat Palestin mati tidak mengira usia dalam
peperangan tersebut disebabkan mereka tidak mempunyai senjata untuk mempertahan diri dan
melawan tentera tersebut.Oleh itu,pembangunan teknologi ini sangat penting agar kita dapat
membantu mereka untuk melindungi negara sekaligus kita hidup dalam aman damai. “Dan
sediakakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang
dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk
menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang
lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahui dan apa sahaja
yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan
kamu tidak akan dianiaya” (Surah al-Anfal ayat 60).
Pada masa yang sama juga,pembangunan teknologi sangat penting bagi teknologi
komunikasi dan internet.Hal ini dapat membantu masyarakat untuk melayari laman sesawang
bagi mencari maklumat dengan begitu pantas sekaligus dapat menambah ilmu pengetahuan
yang cerdik pandai.Tambahan lagi,memudahkan kita untuk berdakwah mengikut syariat islam
melalui teknologi tersebut agar dapat menarik orang bukan islam tidak kira dalam Malaysia
mahupum di luar Malaysia untuk mendekati dengan ajaran islam.Perkara yang boleh disimpulkan
bahawa, kita sebagai umat Islam mestilah sentiasa bersedia dan menerima dengan teknologi
semasa yang bakal dibina oleh saintis berkelayakan ini.
(IV) PANDUAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Akhir sekali,peranan al-quran juga digunakan sebagai panduan dalam penggunaan teknologi
dan kejuruteraan.Sekiranya ,kita membina sesuatu teknologi yang baharu untuk negara
hendaklah berpandukan syariat yang disampaikan oleh Allah agar tidak bercanggah dengan
ajarannya di dalam Al-quran.Al-quran memberi garis panduan dan penggunaan teknologi untuk
membangunkan alam.Oleh hal demikian,teknologi yang dibangunkan mestilah tidak merosakkan
atau memusnahkan alam yang telah dibangunkan oleh Allah s.w.t ini.Allah s.w.t telah menyusun
nikmat yang diturunkan dengan begitu cantik dan tersusun seperti tumbuh-
tumbuhan,sungai,gunung-ganang,kejadian manusia dan sebagainya.Oleh itu,kita hendaklah
tidak mencacatkan nikmat yang diberikan dengan menggunakan teknologi yang tidak mengikut
wahyu yang diberi oleh Allah. Ayat al-Quran yang berkaitan adalah dalam Surah Rum ayat 41
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang
telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan
mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya
mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang
diciptakan Allah berdasarkan kepada sains, teknologi dan kejuruteraan Islam.
2.3 CONTOH PENEMUAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
BERDASARKAN AL-QURAN
(1) BIDANG SAINS
Ahli biologi dunia menemui bahawa penciptaan manusia adalah terjadi dengan gabungan sperma
dan ovum yang membentuk zigot.Penemuan ini adalah hasil kajian yang dibuat oleh ilmuan barat
pada 1940.Proses ini diterangkan dengan jelas oleh Al-Quran dalam surah Al-Mukminun ayat 12-
14 iaitu “Lalu kami menciptakan anak keturunannya berkembang biak dari air mani yang
tersimpan kokoh dalam rahim hingga waktu kelahirannya.“Kemudian Kami jadikan saripati itu air
mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh iaitu rahim dalam perut perempuan.
(2) BIDANG TEKNOLOGI
Kemajuan di dalam bidang Teknologi Maklumat seperti adanya aplikasi media sosial maya seperti
“Whatsapp, Facebook, Twitter dan pelbagai lagi dapat memudahkan memperolehi maklumat
serta dapat berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa adanya sempadan. Selain itu,melalui
kemajuan di dalam teknologi pertahanan, manusia juga mampu melindungi Negara dari serangan
musuh dengan adanya kelengkapan perang serta penciptaan senjata yang berteknologi tinggi
seperti roket dan kapal selam. Disamping itu,penggunaan tenaga alternatif seperti penggunaan
tenaga solar yang telah dicipta dan berfungsi untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik
serta untuk mengelakkan pembaziran.
(3) BIDANG KEJURUTERAAN
Proses pembentukan besi ada disebut di dalam firman Allah S.W.T “ Dan Kami telah menurunkan
besi, padanya ada kekuatan yang hebat serta berfungsi berbagai manfaat kepada manusia”
(Surah Al-Hadid : 25 ) , contoh manfaat besi kepada manusia adalah dapat membangunkan
bangunan dengan menggunakan besi sebagai rangka bangunan, tiang bangunan, bilah kipas
dan pelbagai lagi .Pembuatan IBS iaitu Industrial Building System ialah cara terbaru yang
menyediakan bahan bahan dan komponen-komponen rumah yang telah siap dan hanya perlu
dipasang dan dicantum oleh buruh- buruh binaan di tapak pembinaan. Pembuatan sistem
longkang dan perparitan untuk melancarkan perjalanan air rumah dan air di sekeliling rumah, dan
berfungsi terutamanya dalam mengelakkan takungan air yang boleh menyebabkan banjir yang
lebih buruk.
2.4 KEPENTINGAN AL-QURAN DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM
Dalam Islam, Sains dan Teknologi sama pentingnya didalam fardhu kifayah yang kita dapat lihat
di dalam isi kandungan dalam al-quran,umat islam wajib untuk menunaikannya sebagaimana
yang diperintah oleh Allah s.w.t., dibandingkan dengan ilmu-ilmu Ad-Diniyyah yang disifatkan
sebagai asas fardhu Ain yang tiada tukaran ganti kepada individu itu jika tidak melaksanakannya
malahan menjadi tanggungjawab peribadi seseorang itu, seperti yang dinyatakan oleh ‘ulum al-
aqaa’id-ilmu Aqidah Islamiah, dan ‘ulum asy-syaraa’ik-ilmu akhlak Islamiah iaitu ilmu-ilmu
mengenai sumber rujukan dasar Islam di dalam Al-Quran dan Al-Ahadith an-Nabawiyyah serta
tafsiran dasar daripada agama Islam melalui peninggalan ulamak Islam terdahulu. Maka oleh
kerana sains dan teknologi ini merupakan ilmu Allah SWT, yang bersifat rasional dan saintifik,
emperikal dan realistik, berkaitan dengan kecerdasan akal insan dan melibatkan pengkajian
sekali gus penyelidikan umat manusia, maka Al-Quran dan Al-Sunnah tidak memberikan fokus
terperinci terhadapnya. Walau bagaimana pun ajaran Islam menurunkan beberapa prinsip dasar
ilmu-ilmu tersebut di dalam Al-Quran mahupun Al-Sunnah al-Nabawiyyah.Tambahan lagi, Islam
tidak bersifat Autokratik dalam menentukan kebenaran sains dan teknologi umat,malah Islam
meletakkan beberapa dasar-dasar hukum khusus dan umum-general dan prinsip khusus
perundangan oleh (Qawaa’id al- ‘aam wa al-khaas) untuk memperolehinya dan
melaksanakannya agar tidak bercanggah dengan kepentingan pembangunan dan kemakmuran
muka bumi seperti yang dikehendaki oleh Allah swt, pencipta agung alam semestar ini.
Contohnya didalam membangunkan teknologi nuclear, Islam tidak melarang manusia menyelidik
dan menguasai punca dan sumber tenaga dari pengkayaan Uranium untuk kegunaan dan
faedah-faedah teknologi untuk memiliki tenaga elektrik, teknologi perubatan, bio-teknologi serta
kegunaannya di bidang pertanian dan sebagainya. Prinsip dasar Islam ialah agar teknologi ini
digunakan secara berkhidmat, berilmu serta dengan pengawasan teknologi tinggi agar tidak
berlaku kehancuran dan kebinasaan terhadap manusia dan alam sekitar yang dinyatakan dalam
al-quran (surah ar-Ruum, 30), dimana Allah SWT menggunakan istillah “Dzahara al-fasad fi al-
barri wa al-barri bima kasabat aydi an-Nass”iaitu muncul kebinasaan jumlah di muka bumi dan di
lautan disebabkan kerja tangan manusia, agar mereka merasai keperitannya supaya mereka
kembali kepada Allah SWT iaitu prinsip ilmu pengetahuan dengan meninggalkan ketamakan
syahwat dan keutamaan kebendaan (materialistik) semata-mata.
Oleh hal demikian, cara untuk mengekalkan kerosakkan yang berkait rapat dengan sains dan
teknologi adalah kita sebagai umat islam perlu memberi perlindungan dan kawalan terhadap
sains, teknologi dan industri di kalangan umat muslim.Hal ini kerana, umat Islam diwajibkan oleh
Allah SWT untuk membangunkan aspek-aspek yang semulajadi dan mereka perlu menggunakan
potensi-potensi keperluan yang sesuai dengan keadaan atau kebutuhan.Oleh itu,ahli sains dan
teknologi yang mengkaji tentang kejadian alam perlulah merujuk pada Al-quran agar kita tidak
tersalah tafsir,pada masa yang sama juga kita dapat memahami dan mengetahui bertapa
hebatnya ciptaan Allah SWT yang kita dapat ketahui dan pelajari. Disamping itu,unsur
pembangunan material dan kerohanian adalah selaras dengan unsur kejadian manusia iaitu
jasad dan roh. Maka sasaran keilmuan mereka, Allah SWT telah anugerahkan dua fakulti yang
maha hebat iaitu fakulti kognitif rasional, iaitu fakulti akal rasional (akal manusia) dan fakulti akal
intuisi jiwa insan (psikologi jiwa manusia). Maka akal rational sangat peka kepada bahan-bahan
kajian emperikal dan intuisi kejiwaan insan yang sangat peka terhadap hati sanubari atau nurani
yang menerima ilham dan kefahaman dari Allah SWT. Oleh itu,gabungan kedua-keduanya
memberi sesuatu bentuk ilmu bersepadu dengan pengetahuan dan sains yang akan memberi
kekuatan kepada umat muslim di dunia ini untuk memimpin umat manusia di dunia mahupun
keselamatan di akhirat.
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya,Al-quran merupakan mukjizat yang diturunkan oleh Allah kepada
Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibril.Oleh itu,kita sebagai umat islam hendaklah
menjadikan Al-quran sebagai panduan untuk melakukan segala suruhan Allah dan
meninggalkan larangan-Nya.Fungsi Al-Quran sebagai petunjuk untuk memberi peringatan
dan pelajaran kepada manusia.Disamping itu,Al-Quran adalah sebagai sumber hukum
pertama dalam kehidupan manusia untuk memperoleh kesejahteraan dalam kehidupan di
dunia dan juga di akhirat.Oleh itu,al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad
S.A.W. mempunyai peranan yang sangat penting dalam bidang sains, teknologi dan
kejuruteraan. Galakan al-Quran untuk mengkaji dan merenungi penciptaan alam telah
menjadi titik utama untuk mendorong para saintis Islam melakukan kajian tersebut.Justeru,
kita sebagai generasi muda yang bakal menerajui bidang-bidang profesional ini mestilah
bertindak bijak dan berilmu dengan mengamalkan segala ajaran al-Quran dan mengkaji
penciptaan alam semesta agar dapat bertemu dengan hikmahnya serta meningkat
ketaatan kepadanya, sekali gus mewujudkan baldatun toiyyibatun wa rabun ghafu.Pada
masa yang sama juga,kita perlu dijadikan contoh teladan dan membantu kepada generasi-
generasi yang akan datang selepas kita untuk membina negara islam ini dengan lebih maju
dan harmoni,bak kata peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya.
4.0 LAMPIRAN
Meriam Dardanelles gangsa, digunakan oleh Turki Uthmaniyyah
sewaktu serangan Constantinople pada 1453, adalah senapang
gajah pertama.
Al-quran sebagai panduan di dalam hidup dan penyeri kehidupan
5.0 RUJUKAN
(1)https://www.academia.edu/4634610/Peranan_AlQuran_dalam_Sains_dan_Teknologi
(2) https://www.slideshare.net/normurnimohamad/wahyu-sebagai-sumber-sains-teknologi-dan
(3) https://www.majalahsains.com/fahami-tabii-alam/
(4) https://iluminasi.com/bm/5-fakta-sains-yang-sudah-tertulis-dalam-al-quran.html
(5)http://eprints.utm.my/id/eprint/78455/1/1%20MuhamadIzzatIbrahim2018_IslamsertaPembent
ukanSains%26Teknologi.1-12.1.pdf