The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurul izwani, 2020-11-10 04:10:57

filem estet

filem estet

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN (MPU21032)

TAJUK:
KEAKRABAN RAKYAT YANG BERBILANG BANGSA DI NEGARA INI

NAMA PENSYARAH:
CIK AS NUURIEN NAJMA BINTI AHMAD

AHLI KUMPULAN:
SARUMATHI A/P SATIAMURTHY (33DFO20F1026)
NORLIANA ASILA BINTI HAMDAN (33DFO20F1024)

NURUL IZWANI BINTI JOHARI (33DFO20F1004)

`

Sebuah filem yang mengabungkan kisah penuh aksi, lucu dan tauladan kepada masyarakat Tamil dan
Melayu di tanah air! Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai
perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak
dipertandingkan. Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja estet yang berkenalan sejak lahir. Mereka
berdua sering menjadi harapan pekerja estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku
pada setiap hari oleh kerani estet iaitu Encik Pooniah.Tidak hairanlah seorang gadis cantik, Geetha begitu
tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi itu.
Setiap penghuni estet ingin mewakili estet untuk menjuarai pertandingan itu. Sessi latihan dan pemilihan
pemain pun diadakan oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih. Pelbagai
kerenah dan lebihan gaya yang terpaksa Subramaniam atasi untuk mendidik anak buahnya itu. Ayah
kepada Shashi, Apaa, rupa-rupanya dahulu adalah pemain bola negeri yang sangat mahir tetapi telah
berlaku insiden semasa perlawanan bolasepak estet itu dahulu dimana kaki beliau telah di patah tiga oleh
Sofi Jikan iaitu samseng estet sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan Pooniah
20 tahun yang lalu! Hidupnya kini penuh kekecewaan dan perlawanan bola kali ini disambut dingin oleh
beliau. Tujuan diadakan kembali pertandingan bola itu adalah hasil dari cubaan Pooniah untuk memiliki
Geetha sebagai tebusan bagi Subramaniam supaya melangsaikan hutangnya kepada Pooniah. Jika
mereka menang di dalam perlawanan itu segala hutang pokok dan bunga Subramaniam akan langsai
tetapi jika sebaliknya mereka gagal, Geetha akan menjadi milik Pooniah! Masalah itu membuat
Subramaniam putus asa lalu ingin membunuh diri. Beliau sempat diselamatkan oleh Geetha dan merayu
supaya ayahnya itu mencari peluang untuk menyelesaikan masalah itu dengan semangat bukan putus
asa. Permasalahan itu sebaliknya menguatkan lagi semangat setiakawan di antara pekerja estet mereka
dan mereka berjanji akan gigih berlatih supaya mereka akan memperolehi kemenangan. Sudah tentu
Pooniah dan koncu-koncunya cuba sedaya upaya pula untuk menghalang pasukan Subramaniam dari
menang.

IDEA PERPADUAN YANG DI
TUNJUKAN DALAM FILEM INI

1. Pertandingan Bola Sepak
-Mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan kemenangan
2. Wayang pacak
-Tayangan pacak ini bertujuan untuk menayangkan
filem kepada penduduk estet. Dengan adanya tayangan
pacak ini mereka boleh lagi mengukuhkan perpaduan.
3. Berkunjungan
-Jiran Geetha yang berbangsa cina datang berkujung ke
rumah untuk melihat keadaan bapanya. Kerana
bapanya ingin membunuh diri di sebabkan hutang.

NILAI MURNI

1. BERTOLAK ANSUR

Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan
kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Setiap kaum
mempunyai keperibadian budaya tersendiri yang dikekalkan. Tiga etnik ini
bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan
demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui
Bersama. Dalam masyarakat yang majmuk ini, sikap bertolak ansur sesama
bangsa dan agama yang berlainan amat dititikberatkan supaya pertelingkahan
antara kaum tidak wujud. Dengan ini, rakyat pelbagai kaum boleh bebas
mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan
pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.

2. HORMAT MENGHORMATI

Hormat-menghormati amat penting untuk memastikan masyarakat hidup
dalam keadaan aman dan damai. Tidak mustahil jika hilang rasa hormat dalam
diri, masyarakat negara kita akan menjadi hura-hara kerana pergaduhan
dalam masyarakat. Ini menunjukkan betapa pentingnya amalan hormat-
menghormati dalam kehidupan seharian kita. Nilai hormat-menghormati ini
perlu dipupuk sejak kecil lagi, bak kata pepatah “meluntur buluh biarlah
daripada rebungnya”. Ini jelas menunjukkan peranan ibu bapa dalam
mencorakkan anak tersebut

3. BEKERJASAMA

Kita mesti mengamalkan nilai bekerjasama untuk memupuk perpaduan
dNalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam melaksanakan tugasan-tugasan
seKkolah atau kegiatan masyarakat dengan rakan taulan. Kita mesti
mKNemberikan sokongan yang padu dan sinergi yang berkekalan kepada mereka.
BKak kata pepatah “ hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”

K
M

4MK. KEADILAN
K Nilai keadilan dalam sanubari agar perpaduan dalam kalangan rakyat

sMeLMKablealayhsiadadlaampaat pdai-kaepkaaljukaant.inKdiatkaatnidyaakngsekhitaarulasknuykaamn.engamalkan sikap berat

PERKARA YanG PERLU DITAMBAH
BAIK DALAM FILEM ESTET

1.Filem estet tersebut perlulah mempunyai
keseimbangan dalam jumlah pelakon yang berlainan
kaum iaitu melayu dan cina serta separuh daripada itu
kaum india agar lebih jelas kesepaduan antara kaum
dapat dilihat di dalam filem tersebut.

2.Cara filem tersebut dalam menyampaikan semangat
perpaduan perlu di ubah menjadi filem yang lebih
mencabar agar masyarakat yang menonton dapat
menjiwai filem tersebut .


Click to View FlipBook Version