The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AKTIVITI LENGKAP ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nawaituhati, 2020-07-07 12:08:19

AKTIVITI LENGKAP ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK

AKTIVITI LENGKAP ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK

AKTIVITI LENGKAP ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK
SJK( C) MIN SIN

LENCANA KEAHLIAN

1. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia
2. Persetiaan dan Undang-undang Pengakap
3. Lima Prinsip Rukun Negara
4. Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap
5. Sejarah Pergerakan Pengakap
6. Cerita Hutan
7. Laung Agung

LENCANA WAJIB

1) Lencana Ahli Penunggang Basikal
LENCANA KEMAJUAN KERIS GANGSA

1.0 Kesetiaan
1.1 Menyanyi Lagu Kebangsaan "Negara Ku" dan memahami bagaimana menghormati lagu

ketika dimainkan.
1.2 Mengenali Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana pengakap itu berada.
1.3 Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia .
1.4 Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur/Guru Besar, Pemimpin dan Penolong

Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak (PKK) kumpulannya.
1.5 Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar

tempat tinggalnya.

2.0 Kesihatan dan Keselamatan
2.1 Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri.
2.2 Mengetahui bahaya menelan apa jenis pil, atau gula-gula yang diberi oleh orang yang

tidak dikenali.
2.3 Mengetaui bahaya bermain benda-benda tajam
2.4 Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti

mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api.
2.5 Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan, jika berlaku kemalangan,

mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis, Bomba,Penyelamat, doktor dan
Rumah sakit , tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal
berhampiran .
2.6 Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalanraya, di tempat menunggu bas,
melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantaas dan lintasan
lain-lain.

3.0 Kecekapan
3.1 Mengetahui Latihan Asas kawad kaki
3.2 Mengetahui cara memanjat tali (tinggi tali lebih dari 3 meter )
3.3 Mengetahui kedudukan tempat awam di kawasan tempat tinggal dan dapat

menunjukkan arah tempat- tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan
seperti Perhentian Bas, Teksi, Balai Bomba, Hospital , Balai Polis, Pejabat Post dan
lain-lain.
3.4 Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam pengakapnya
dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian,
Lencana Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri.
3.5 Mengetahui segala Isyarat Pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju

dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti “ikut arah ini” , “ jangan
ikut arah ini”, “ di sini ada air “ , “ tunggu di sini “, dan “ saya sudah pulang “.

4.0 Penyertaan
4.1 Menjadi ahli perpustakaan sekolah / awam; menunjukkan PKK telah membaca

sekurang-kurangnya TIGA ( 3 ) buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya
kepada Pemimpin Pengakap.
4.2 Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang.
4.3 Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut; mengambil bahagian dalam
persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan.

5.0 Perkhidmatan
5.1 Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugas dengan

memuaskan ( pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log ).
5.2 Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan

sekolah ( pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log )

Lenacana Kegemaran
1) Pembaca Buku
2) Penghibur

LENCANA KEMAJUAN KERIS PERAK

1.0 KESETIAAN
1.1 Mengetahui nama penuh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong,

D.Y.M.M Raja Permaisuri Agong, D.Y.M.M Sultan dan Sultanah atau T.Y.T Yang Di
Pertua Negeri dan Isterinya, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar atau Ketua
Menteri negeri berkenaan.
1.2 Mengetahui dan mengenali Pesuruhjaya Daerahnya.
1.3 Mengetahui rukun sembahyang agama masing-masing

2.0 KESIHATAN DAN KESELAMATAN
2.1 Mengetahui cara menjaga kebersihan diri, dan persekitaran.
2.2 Mengetahui faedah senaman.
2.3 Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung.
2.4 Mengetahui bahaya aliran letrik dan gas dan cara mengelakkannya bila menggunakan
alat elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain
2.5 Mengenal dan mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas.

3.0 KECEKAPAN

3.1 Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui

Latihan Asas Perbarisan :

3.1.1 Buka barisan

3.1.2 Tutup barisan

3.2 Mengukuhkan asas ikatan Buku Sila dan mengetahui cara mengikat Bunga Geti dan

Simpul Sentak serta kegunaannya :

3.2.1 Bunga Sila

3.2.2 Bunga Geti

3.2.3 Simpulan sentak

3.3 Mengetahui cara memasang, menaik, mengibar dan menurunkan bendera

4.0 PENYERTAAN
4.1 Mengetahui 5 jenis haiwan dan sifat khususnya .
4.2 Mengetahui cara tumbuhan mendapatkan makanannya serta cara menyimpan

makanan.
4.3 Mengetahui cara mengelakkan makanan menjadi tercemar:
4.4 Mengetahui asas penggunaan Komputer

5.0 PERKHIDMATAN

5.1 Mengetahui dan memahami isyarat wisel.
5.2 Mendengar syarahan atau ceramah dan membuat catatan.
5.3 Mengetahui cara member pertolongan kepada seseorang di air dengan

menggunakan peralatan. ( Ingatan : Pertolongan ini adalah latihan asas sahaja

Lencana Pengetahuan
1)Ahli Sains
2)Pencinta Alam Semulajadi

Lenacana Perkhidmatan
1)Pekerja Am
2) Pengurus Eumah

LENCANA KERIS EMAS
1.0 . KESETIAAN
1.1 Menyanyi sekurang-kurangnya 2 buah lagu patriotik. seperti lagu "Selamat Jalan

Pahlawanku", Malaysia Berjaya dan lain-lain lagu ciptaan semasa.
1.2 Mengenali Jata Negara Malaysia dan lambang negeri masing –masing.
1.3 Mengetahui nama dan mengenali tokoh tempatan
1.4 Mengetahui nama penuh dan mengenali Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
1.5 Mengamalkan rukun agama masing-masing..

2. Kesihatan dan Keselamatan
2.1 Mengetahui sekurang-kurangnya LIMA peraturan hidup sihat dan bahagia.
2.2 Mengetahui bagaimana mengatasi sakit selsema dan menjauhkannya.
2.3 Mengetahui maksud pertolongan cemas dan bagaimana cara mendapatkan

bantuan kecemasan.
2.4 Mengetahui bagaimana membuat anduh : (kepala, tangan, tapak tangan, lutut

dan kaki )
2.5. Menghasilkan sebuah Buku Skrap dari media suratkhabar, majalah atau internet

yang ada mesej; : Anti Dadah ATAU Bahaya Merokok, ATAU
Keracunan Makanan.

3. Kecekapan
3.1 Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak dan

seterusnya mengetahui perintah "Langkah ke Sebelah", "Cepat Jalan", "Berhenti" dan
"Hormat".
3.2 Mengetahui latihan asas Ala Komando seperti :
merangkak, merangkak di bawah jarring/jala, bergayut pada tali , meniti kayu dan
bergayut, gayut monyet .
3.3 Mengukuhkan kemahiran ikatan : Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan simpul
sentak (Keris Perak). Mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul

Manuk dan Lilit Dua Simpul serta kegunaannya.
3.4 Demontrasi mendirikan khemah dan menurunkan khemah serta melipatnya dalam

sekawan.

4 Penyertaan
4.1 Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan nyatakan kegunaan kepada manusia.
4.2. Membuat satu daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan

Pengakap Kanak-Kanak sendiri:
4.2.1 Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas, sebuah kotak

untuk surat-surat, dan sebuah kotak untuk menabung wang semuanya dibuat
dari bahan terbuang. ATAU
4.2.2 Membuat patung sarung jari puppet / patung puppet bertali yang boleh
digerak-gerakkan dan membuat panggung puppet. ATAU
4.2.3 Membuat layang-layang yang boleh dinaikkan ke udara. ATAU
4.2.4 Mengetahui membaiki sekurang-kurangnya satu jenis permainan kanak-kanak
yang menggunakan bateri.
4.3 Menyanyi sekurang-kurangnya DUA lagu pengakap Malaysia

5. Perkhidmatan
5.1 Bersama sekawan / pek / membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah

ibadat / tempat awam.
5.2 Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti / perkhemahan
5.3 Melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri.

RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK

Pengakap Kanak-Kanak setelah mendapat :

 Lencana Keris Emas
 Tujuh lencana kepandaian iaitu Lencana Wajib, dua Lencana

Kegemaran, dua Lencana Pengetahuan dan dua Lencana Perkhidmatan,
Ia layak memakai Rambu Pengakap Kanak-Kanak dengan syarat :

a) Pemegang Lencana Keris Emas selama 1 bulan.
b) Berkelakuan baik
c) Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi.
d) Dicalonkan oleh Pemimpin Kumpulan

Disediakan Oleh :
Mohd Adzha Bin Sa’pie
Pemimpin Pengakap Kumpulan 36
SJK( C ) Min Sin


Click to View FlipBook Version