The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurr Atiqah, 2021-10-28 10:08:19

IBADAH - BULAN PENYUCIAN JIWA

IBADAH - BULAN PENYUCIAN JIWA

IBADAH TAHUN 4 :
BULAN PENYUCIAN J IWA

Apa perasaan
kamu setiap kali
bulan puasa tiba?

Mesti semua
gembira.

APAKAH
PUASA?

Puasa ialah menahan diri
daripada perkara-perkara
yang membatalkan puasa
bermula daripada terbit
fajar hingga terbenam
matahari disertai dengan
niat.

DALIL DAN HUKUM PUASA

Dalil tentang
kewajipan berpuasa
terdapat dalam Surah
Al-Baqarah ayat 183.

Berdasarkan dalil,
DIWAJ IBKAN bagi semua
umat Islam yang mampu
menunaikan puasa di bulan

Ramadhan.

RUKUN PUASA

PERHATIAN : RUKUN ADALAH PERKARA YANG MESTI
DIBUAT, J IKA TIDAK PUASA KITA AKAN BATAL.

Rukun puasa yang Nawaitu souma ghodin ‘an ada I fardhi syahri ramadhaana hazihis sanati lillahi taala
pertama ialah : NIAT. Maksudnya : Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini

Jom kita baca niat kerana Allah Taala.
puasa sama-sama.

Rukun puasa yang kedua
ialah TIDAK MELAKUKAN

PERKARA YANG
MEMBATALKAN PUASA.

SYARAT WAJ IB PUASA

Siapakah yang wajib berpuasa?

1. Islam – Tidak wajib bagi orang kafir

2. Baligh (cukup umur) – Kanak-kanak
tidak diwajibkan berpuasa.

3. Berakal – Orang gila tidak diwajibkan
berpuasa.

4. Mampu – Tidak uzur dan tidak sakit.

Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib
berpuasa tetapi hukum puasa mereka sah.

SYARAT SAH PUASA

1. ISLAM – Orang yang bukan Islam tidak sah puasa
2. SUCI DARIPADA HAID, NIFAS DAN WILADAH – khusus bagi wanita.
3. BERAKAL (MUMAYYIZ) – Tidak sah puasa orang gila, pengsan dan

belum mumayyiz.
4. BERTEPATAN DENGAN WAKTUNYA – Tidak berpuasa pada hari-hari

yang diharamkan berpuasa, contohnya Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil
Adha.

Mumayyiz bermaksud tahu membezakan yang baik dan buruk.

INFO DARAH WANITA :

HAID – Darah yang keluar setiap bulan
WILADAH – Darah yang keluar ketika melahirkan anak bersama-sama bayi,

NIFAS – Darah yang keluar selepas bersalin.

SUNAT-SUNAT PUASA

Kita disunatkan untuk bersahur dan Selain itu, sunat-sunat lain ketika
melewatkan sahur. berpuasa ialah :

Ketika berpuasa, kita boleh memperbanyak - Menyegerakan berbuka puasa.
amalan sunnah seperti bertadarus, - Berdoa sebelum berbuka.
bersedekah dan beriktikaf,
- Berbuka dengan tamar/kurma.
Iktikaf ialah berada di dalam masjid - Memberikan makanan kepada orang
dengan niat untuk mendapat keredhaan
lain sebelum berbuka.
Allah.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Perempuan yang haid, nifas dan wiladah Ingat ya, semua. Perkara seperti berikut
adalah dilarang untuk bepuasa. Selain itu, boleh membatalkan puasa :

puasa batal jika seseorang itu : - Mengeluarkan mani dengan sengaja
- Pengsan dan mabuk sepanjang hari, gila - Murtad iaitu keluar dari agama Islam
- Berjimak pada siang hari untuk suami
walau sekejap
- Muntah dengan sengaja isteri yang telah berkahwin.
- Memasukkan sesuatu melalui rongga
terbuka sama ada makan, minum dan

sebagainya.

Abang, bagaimana pula dengan suntikan
seperti Rubella. Adakah membatalkan puasa?

Jom kita tanya ustaz!

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Assalamualaikun, Ustaz Musa. Waalaikumussalam, Omar dan Hana.
Kami ada soalan ni. Adakah batal puasa Puasa TIDAK BATAL jika suntikan itu
kita sekiranya kita menerima suntikan
dilakukan melalui anggota seperti
seperti Rubella? peha dan lengan dan bukan bertujuan
untuk memberi tenaga. Puasa BATAL
sekiranya suntikan tersebut diterima

melalui rongga badan dan memberi
tenaga di siang hari.


Click to View FlipBook Version