IWB VIEWS | Covid19: Kesan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) Terhadap Mangsa Keganasan Rumah Tangga covid19: KESAN PERINTAH PERGERAKAN KAWALAN TERHADAP MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA SUDUT PANDANG 2/20 | 21 MAC 2020 | RUSNI TAJARI
www.iwbselangor.org.my COVID-19: Kesan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP ) Terhadap Mansgsa Keganasan Rumah Tangga. – Petaling Jaya, Malaysia: Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor Karya ini didapati di bawah Creative Commons Attribution 4.0 Unported licence (CC BY 4.0) https://creativecommons.org/by/4.0/. Di bawah Creative Commons Attribution license, anda boleh untuk menyalin, mengedar, menghantar dan mengambil karya ini termasuk untuk tujuak komersial mengikut atribusi seperti berikut; Atribusi – Sila rujuk karya ini seperi yang berikut: Rusni Tajari. 2020. COVID-19: Kesan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP ) Terhadap Mansgsa Keganasan Rumah Tangga. Petaling Jaya: Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor. Licence: Creative Commons Attributions CC BY 4.0. Diterbitkan Mac 2020. Diterbitkan oleh Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor at D3-6-1 (first floor), Dana 1 Commercial Centre, Jalan PJU 1A/46, 47301 Petaling Jaya, Selangor Office No: +603-7859 6824; E-mel: [email protected] Segala maklumat mengenai penerbitan dan produk digital Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor boleh didapati di www.iwbselangor.org.my Alamat e-mel penulis: [email protected]
1 https://www.who.int/news-room/feature-stories/detail/violence-against-women 2 Kajian Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA), Universiti Sains Malaysia, “A Country Level Study of Women's Well-being and Domestic Violence Against Women (DVAW) Using WHO Multi-country Questionnaire”, 2014 3 Jawapan Sidang Parlimen oleh YB Hannah Yeoh pada 21 November 2019 WABAK Coronavirus 19 (Covid-19) sudah memasuki gelombang kedua di Malaysia. Setakat 27 Mac 2020, 2,161 kes positif Covid-19 dilaporkan di Malaysia, meningkat sebanyak 978 kes jika dibandingkan 1,183 kes pada 21 Mac 2020. Sehingga 27 Mac 2020, 26 kematian telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 1 daripada 3 wanita di dunia pernah mengalami keganasan fizikal mahupun seksual sepanjang hidup mereka.1 Ini merupakan antara pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku ke atas wanita yang paling meluas namun yang paling kurang dilaporkan. Pada tahun 2014 contohnya, kajian yang telah dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA), Universiti Sains Malaysia mendapati bahawa 5% wanita pernah mengalami keganasan secara fizikal manakala 7.8% pernah mengalami keganasan emosi dan 1.7% pernah mengalami keganasan seksual (n=2640).2 Dalam kajian yang sama, terdapat 5% iaitu 9 dari 100 orang wanita mengalami keganasan rumah tangga oleh pasangan sendiri. Saban tahun juga jumlah mangsa keganasan rumah tangga kian meningkat. Menurut statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sehingga Jun tahun 2019 sebanyak 3,139 kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan. Secara puratanya, 8 atau 9 mangsa keganasan rumah tangga dilaporkan setiap hari. Negeri Selangor merupakan negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 91 kes (27%) diikuti dengan Pahang sebanyak 56 kes (16%) dan kemudian Kedah sebanyak 34 kes (10%).3 1
4 Laman Sesawang Women’s Centre for Change (WCC), https://wccpenang.org/statistics-research/ 5 https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/03/26/mco-causes-spurt-in-number-of-calls-to-helpline-for-kids-abused/ 2 Jumlah Kes Keganasan Rumah Tangga yang dilaporkan (2011-2017) Berdasarkan statistik ini, suatu persoalan penting yang harus diteliti adalah pada saat mangsa keganasan rumah tangga ini terperangkap dalam kediaman mereka bersama dengan pemangsa 24/7, apakah ada ruang untuk mengeluarkan mereka daripada kitaran keganasan ini? Senario ini adalah suatu realiti yang menceritakan keadaan yang berlaku sekarang. Penularan Pandemil Covid-19 menyebabkan Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, bermula pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, dan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 di seluruh negara. Ini untuk memastikan rangkaian penularan wabak dapat dikurangkan dan dihentikan. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Sekiranya keadaan masih tidak stabil, terdapat kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan ini akan dilanjutkan lagi. Panggilan Talian Nur 24/7 diberhentikan Sehari selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan iaitu pada 18 Mac 2020, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman melalui akaun twitter oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bahawa Pusat Panggilan Talian Nur (15999) akan dihentikan buat sementara sejajar dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Tindakan ini mendapat respons terutamanya daripada badan bukan kerajaan (NGO) wanita yang menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap perkara ini. NGO wanita ini, yang mana antaranya juga menawarkan perkhidmatan serta bantuan kepada mangsa-mangsa keganasan rumah tangga, menyuarakan bahawa setiap talian perkhidmatan untuk mangsa keganasan rumah tangga harus sentiasa tersedia. Tahun Kes yang dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2017 5513 2016 5796 2015 5014 2014 4807 2013 4123 Sumber: Women’s Centre for Change (WCC) 4
3 Akaun twitter pihak KPWKM dihujani dengan ketidaksetujuan daripada segenap pelusuk masyarakat yang merasakan tindakan ini tidak seharusnya dilakukan terutamanya dalam keadaan krisis sebegini. Bahkan, apabila krisis terjadi, perkhidmatan untuk memudahkan rakyat mendapatkan akses serta bantuan harus diutamakan. Akibat dari respons tersebut, pihak KPWKM telah membuka semula Pusat Panggilan Talian Kasih. Kuarantin Umpama Mimpi Ngeri Sehingga kini, dilaporkan Talian Kasih telah menerima lebih 1,800 panggilan yang berkaitan dengan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 57% panggilan telah dibuat sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan.5 Bagi sesetengah orang, melalui fasa kuarantin merupakan satu keistimewaan. Manakan tidak, mereka boleh memanfaatkan fasa ini untuk memberi tumpuan kepada keluarga. Bagi mangsa keganasan rumah tangga, fasa kuarantin ini menambah kesakitan yang telah tertanggung selama ini. Dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan, secara automatik pergerakan dan akses bagi mereka yang terperangkap dengan keganasan rumah tangga akan menjadi terhad, dan menemui jalan buntu untuk keluar daripada kitaran keganasan tersebut memandangkan mereka harus tinggal bersama pemangsa untuk setiap jam. Datuk Dr. Andrew Mohanraj, Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia dan Pakar Perunding Psikiatri mengatakan wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga akan memilih untuk tetap tinggal bersama pemangsa kerana rasa takut untuk keluar dari stigma masyarakat sekiranya mereka memulakan penceraian dan mendapat status janda. Situasi sebegini akan menambah beban tekanan emosi mangsa bahkan memandangkan pergerakan keduadua mangsa dan pemangsa adalah terhad, perkara ini juga boleh mempengaruhi psikologi pemangsa untuk memberi tekanan kepada mangsa sehingga mengakibatkan penderaan secara fizikal. Sekiranya tiada sebarang akses untuk mangsa berhubung dan meminta bantuan dalam tempoh kawalan pergerakan ini, bagaimanakah mangsa dapat melaporkan tindakan ganas pemangsa yang dilakukan ke atas diri mereka? Kebiasaannya, dalam keadaan biasa, mangsa akan mendapatkan pertolongan daripada pihak luar atau melaporkan keganasan ke atas mereka saat bersendirian sewaktu pemangsa keluar rumah. Namun, semua ruang ini tertutup kesan dari Perintah Kawalan Pergerakan. Mangsa-mangsa ini tidak dapat membuat laporan ke Balai Polis yang 5 https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/03/26/mco-causes-spurt-in-number-of-calls-to-helpline-for-kids-abused/
4 mengatakan wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga akan memilih untuk tetap tinggal bersama pemangsa kerana rasa takut untuk keluar dari stigma masyarakat sekiranya mereka memulakan penceraian dan mendapat status janda. Situasi sebegini akan menambah beban tekanan emosi mangsa bahkan memandangkan pergerakan keduadua mangsa dan pemangsa adalah terhad, perkara ini juga boleh mempengaruhi psikologi pemangsa untuk memberi tekanan kepada mangsa sehingga mengakibatkan penderaan secara fizikal. Sekiranya tiada sebarang akses untuk mangsa berhubung dan meminta bantuan dalam tempoh kawalan pergerakan ini, bagaimanakah mangsa dapat melaporkan tindakan ganas pemangsa yang dilakukan ke atas diri mereka? Kebiasaannya, dalam keadaan biasa, mangsa akan mendapatkan pertolongan daripada pihak luar atau melaporkan keganasan ke atas mereka saat bersendirian sewaktu pemangsa keluar rumah. Namun, semua ruang ini tertutup kesan dari Perintah Kawalan Pergerakan. Mangsa-mangsa ini tidak dapat membuat laporan ke Balai Polis yang yang berhampiran atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan mendapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan oleh pemangsa. Sekiranya perkara ini berterusan dan langkah proaktif bagi mengurangkan impak pergerakan kawalan ke atas keganasan rumah tangga tidak diambil, mangsa keganasan rumah tangga tidak akan mempunyai akses pertolongan dan jumlah mangsa keganasan rumah tangga pasti meningkat. Peranan Kerajaan, NGO dan Masyarakat Di China, akibat dari perintah ‘lockdown’ selama 3 bulan yang dijalankan, peningkatan sebanyak 90% kes
keganasan rumahtangga telah dilaporkan.6 Begitu juga dengan Perancis, peningkatan kes aduan berkaitan dengan keganasan rumah tangga dilaporkan meningkat sebanyak 32%. Jumlah keseluruhan aduan sebanyak 225,000 kes sepanjang tempoh perintah berkurung.7 Kita sudah pasti tidak mahu menjadi seperti China dan Perancis. Tiga komponen utama memainkan peranan yang amat penting dalam menangani isu keganasan terhadap wanita adalah pihak Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga masyarakat. Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan ini, ketiga-tiga komponen ini amat penting untuk digerakkan bagi mengurangkan impak keganasan rumah tangga kepada mangsa. 1. KERAJAAN - Kerajaan perlu memainkan fungsinya bagi mengurang kan impak ini. Pertama, Talian Kasih yang sedia ada perlu dipastikan untuk sentiasa berfungsi dan tersedia bagi tujuan akses kepada mangsa keganasan rumah tangga untuk melaporkan situasi mereka. Rangkaian Talian Kasih harus diperluaskan lagi agar mudah dan tindakan yang cepat boleh diambil bagi melindungi mangsa keganasan rumah tangga. Kedua, perkhidmatan “One Stop Crisis Centers” (OSCC) yang berpusat di beberapa Hospital Kerajaan harus diberikan keutamaan. Memahami bahawa pihak hospital harus memberi keutamaan kepada pesakit-pesakit akibat Covid-19, namun OSCC yang terletak di hospital perlu diberi keutamaan yang sama. Di OSCC, selain daripada memberikan khidmat bantuan kesihatan, yang kemudian boleh dijadikan sebagai bahan bukti, doktor juga boleh membantu mangsa untuk mendapatkan bantuan seperti melaporkan kes kepada pihak Polis. Ketiga, khidmat dari Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) amat diperlukan dalam keadaan krisis supaya dapat memberikan khidmat kaunseling secara percuma agar mangsa keganasan rumahtangga tidak dibiarkan berada dalam ketakutan dan trauma. Kaunselor terlatih ini harus digerakkan di seluruh negara. Keempat, sistem sokongan seperti pusat perlindungan amat diperlukan apabila mangsa keganasan rumah tangga datang untuk melaporkan kes yang berlaku ke atas mereka. Mereka memerlukan tempat untuk berlindung yang selamat jika mereka dapat keluarkan diri dari kitaran keganasan. Jumlah keseluruhan rumah Transit atau Rumah Perlidungan di Malaysia adalah sebanyak 41 buah.8 Walaupun jumlah ini masih tidak mencukupi, disarankan agar pihak berwajib mampu menyediakan pusat perlindungan sementara bagi menampung mangsa keganasan rumah tangga. 2. BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) - Usaha yang dijalankan oleh Women’s Aid Oragnizations (WAO) mengenai terjemahan infografik bagaimana mendapatkan pertolongan bagi keganasan rumahtangga ketika Covid-19 harus dipuji. Usaha ini memudahkan mangsa keganasan rumahtangga untuk mengetahui cara dan langkah yang seharusnya diambil 6 https://www.sixthtone.com/news/1005253/domestic-violence-cases-surge-during-covid-19-epidemic 7 https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/03/670041/perintah-berkurung-di-perancis-polis-terima-banyak-aduan-keganasan-rumah?fbclid= IwAR3-UQZT6k4mEQtKAITm24QOw0yCSLyH1KW-D4N44MQTzKBmNuoRHASdeQ 8 Jawapan YB Hannah Yeoh dalam sesi Parlimen, Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat, Parlimen Ke-14 Penggal Ke-2 Mesyuarat, Muka Surat (Halaman 16), 2019 5
oleh mereka.9 Selain itu, talian hotline 24 jam harus dihidupkan dan perlu diperbanyakkan di saat krisis Covid-19 melanda. Perintah Kawalan Pergerakan yang menghadkan pergerakan menyebabkan akses secara fizikal semakin sukar untuk dicapai. Antara NGO yang memberikan perkhidmatan talian hotline ialah Talian Telenisa SIS, TENAGANITA dan Women Centre for Change. Kempen besar-besaran yang dijalankan oleh NGO secara online haruslah disokong dan dipergiatkan lagi. Ini bagi memastikan maklumat tentang apa yang perlu dilakukan apabila mangsa mengalami keganasan rumah tangga sampai kepada mangsa. 3. EMPATI JIRAN TETANGGA – Komponen ini juga memainkan peranan yang terpenting bagi memastikan keganasan rumah tangga ini dapat dibendung. Kita sering mendengar pepatah orang-orang tua mengatakan “Jangan Jaga Tepi Kain Orang” atau “Jangan masuk campur hal orang lain”. Ada sesuatu yang tidak kena dengan nasihat sebegini. Apatah lagi dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan, terperangkap di dalam rumah bersama pemangsa yang akan membahayakan nyawa bukanlah pilihan yang diinginkan. Ini amat penting lebih-lebih lagi sekarang ini kerana kes keganasan rumah tangga selalunya berlaku di belakang pintu tertutup iaitu di dalam rumah. Sudah pasti tidak akan ada sesiapa yang tahu. Perkara yang paling merisaukan ialah apabila ia melibatkan kanak-kanak dan anggota keluarga yang terdedah kepada bahaya tersebut dan tidak berupaya melindungi diri mereka sendiri. Dalam keadaan krisis, kecenderungan manusia bersikap mementingkan diri amat tinggi. Sikap tidak mengambil tahu apa yang berlaku disekeliling kita juga akan dibiarkan kerana kepentingan diri menjadi keutamaan. Masyarakat boleh memainkan peranan, sebagai contoh hanya dengan mengetuk pintu jiran kita apabila merasakan dan melihat sesuatu yang tidak kena. Kita harus mewujudkan komuniti yang selamat dengan membantu mangsa dan keluarga mereka bagi memecahkan lingkaran penderaan dan pengabaian serta lakukannya dengan lebih awal. Akhir sekali, usaha, akses yang cepat serta capaian yang mudah amat penting dan diperlukan oleh mangsa keganasan rumah tangga dan tidak seharusnya dibiarkan dalam keadaan pandemik Covid-19 semakin merebak. 9 https://wao.org.my/getting-help-for-domestic-violence/), 6
hal orang lain”. Ada sesuatu yang tidak kena dengan nasihat sebegini. Apatah lagi dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan, terperangkap di dalam rumah bersama pemangsa yang akan membahayakan nyawa bukanlah pilihan yang diinginkan. Ini amat penting lebih-lebih lagi sekarang ini kerana kes keganasan rumah tangga selalunya berlaku di belakang pintu tertutup iaitu di dalam rumah. Sudah pasti tidak akan ada sesiapa yang tahu. Perkara yang paling merisaukan ialah apabila ia melibatkan kanak-kanak dan anggota keluarga yang terdedah kepada bahaya tersebut dan tidak berupaya melindungi diri mereka sendiri. Dalam keadaan krisis, kecenderungan manusia bersikap mementingkan diri amat tinggi. Sikap tidak mengambil tahu apa yang berlaku disekeliling kita juga akan dibiarkan kerana kepentingan diri menjadi keutamaan. Masyarakat boleh memainkan peranan, sebagai contoh hanya dengan mengetuk pintu jiran kita apabila merasakan dan melihat sesuatu yang tidak kena. Kita harus mewujudkan komuniti yang selamat dengan membantu mangsa dan keluarga mereka bagi memecahkan lingkaran penderaan dan pengabaian serta lakukannya dengan lebih awal. Akhir sekali, usaha, akses yang cepat serta capaian yang mudah amat penting dan diperlukan oleh mangsa keganasan rumah tangga dan tidak seharusnya dibiarkan dalam keadaan pandemik Covid-19 semakin merebak. Walaupun usaha untuk memutuskan rangkaian jangkitan dan penularan pandemik Covid-19 sedang giat dijalankan namun pihak Kerajaan, NGO dan masyarakat harus mengambil sikap ambil kisah dan lebih proaktif dalam membantu menangani kes-kes keganasan rumah tangga terutamanya di waktu yang berisiko seperti sekarang ini. Apabila kita mempunyai kesedaran untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga, secara tidak langsung juga kita akan dapat mengurangkan berlakunya keganasan terhadap wanita. 7
RUJUKAN Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA), Universiti Sains Malaysia, “A Country Level Study of Women's Well-being and Domestic Violence Against Women (DVAW) Using WHO Multi-country Questionnaire”, 2014 Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat, Parlimen Ke-14 Penggal Ke-2 Mesyuarat Ketiga, Muka Surat (Halaman 16), Nov 2019 WHO. 2018. Strengthening The Health Response in Times of Crisis. World Health Organisations. https://www.who.int/news-room/feature-stories/- detail/violence-against-women ST. 2020. Domestic Violence Cases Surge During Covid-19 Epidemic. Sixth Tones. https://www.sixthtone.com/news/1005253/domestic-violence-ca - ses-surge-during-covid-19-epidemic WAO. 2020. Getting Help for Domestic Violence. Women Aids Organizations. https://wao.org.my/getting-help-for-domestic-violence/ FMT. 2020. MCO Spurt Number of Calls to Helpline for Kids Abused. Free Malaysia Today. https://www.f reemalaysiatoday.com/category/na - tion/2020/03/26/mco-causes-spurt-in-number-of-calls-to-helpline-for-kids-abused/ BH. 2020. Perintah Berkurung di Perancis: Polis Terima Banyak Aduan Keganasan Rumah Tangga. Berita Harian.https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/03/670041/perintah-berkurung-di-perancis-polis-terima-banyak-aduan-ke ganasan-rumah?fbclid=IwAR3-UQZT6k4mEQXtKAITm24QOw0yCSLyH1KW-D4N44 MQTzKBmNuoRHASdeQ
6 © 2020 IWB. All rights reserved. Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor D3-6-1 First Floor, Dana 1 Commercial Centre Jalan PJU A1/46, 47301 Petaling Jaya, Selangor www.iwbselangor.org.my Reg №: 1218559-P Institut Wanita Berdaya, IWB telah di tubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk merangka polisi dan strategi yang membawa kepada pemberdayaan dan kemajuan wanita demi merealisasikan Negeri Selangor yang inklusif, lestari dan adil. Matlamat utama IWB adalah untuk meningkatkan status sosioekonomi wanita di Selangor dan mempercepatkan keupayaan wanita dalam kepimpinan dan pembuatan keputusan. Institut Wanita Berdaya juga merupakan landasan bagi memenuhi keperluan wanita Selangor secara inklusif termasuk merangka dasar dan mengkaji institusi keluarga serta kanakkanak. iwbselangor @iwbselangor Institut Wanita Berdaya Selangor