PERTUBUHAN SUFI ANTARABANGSA PROFIL KORPORAT No. Pendaftaran : PPM-021-14-21122018 [email protected] worldsuficenter.com No. 17-M, 17-1, 17-2, Jalan Bandar 2, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
PERTUBUHAN SUFI ANTARABANGSA
KANDUNGAN PENGENALAN TENTANG KAMI MATLAMAT MISI VISI PERKHIDMATAN KAMI KHIDMAT MASYARAKAT PENGURUSAN ACARA PEMASARAN & PENGIKLANAN PENYEDIAAN PANGKALAN DATA PENGGERAK UTAMA PENGURUSAN TERTINGGI CARTA ORGANISASI PENGALAMAN WORLD SUFI CENTER PROJEK WORLD SUFI CENTER 2023-2024 ZIKIR PERDANA SEDUNIA 2023 WORLD SALAM DAY WORLD SAMA’ FEST HAFLAH PERADABAN SUFI MEDIA SOSIAL DEMI MALAIU JIWA JEBAT KOS PERBELANJAAN TAHUNAN
Masyarakat hari ini perlu menggerakkan satu peradaban yang berasaskan tauhid kepada Allah SWT bagi menikmati kehidupan yang lebih diberkati. Hal ini demikian kerana jika merujuk kepada Malaysia khususnya, ramai generasi muda semakin lemah jati diri akibat terbuai dengan keseronokan dunia. Kepautan hati merindui dan mencintai Allah SWT serta Rasulullah SAW tidak lagi menjadi budaya sehingga menjejaskan banyak faktor kehidupan. Misalnya statistik semasa merekodkan terdapat lebih 1 juta kes penagihan dadah dan lebih 600,000 masalah anak luar nikah dalam kalangan generasi muda. Apatah lagi penguasaan ekonomi yang lemah sekitar 18 peratus, masyakarat terpaksa berkerja keras kononnya untuk hidup tetapi semakin jauh daripada agama. Sehubungan itu permasalahan akidah, sosio-budaya dan pelbagai lagi yang berkait boleh diselesaikan menerusi pembinaan tamadun insaniah yang cemerlang. PENGENALAN
TENTANG KAMI Pertubuhan Sufi Antarabangsa merupakan sebuah badan bukan kerajaan berskala antarabangsa yang dilancarkan pada 2017 oleh Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dan didaftarkan pada 21 Disember 2018 dengan fokus membangunkan peradaban insaniah yang cemerlang dengan menjulang tauhid kepada Allah SWT di peringkat negara dan antarabangsa. Terdahulu agenda ini telah diperjuangkan oleh Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia dan diteruskan memandangkan usaha-usaha perlu dibuat di tahap antarabangsa. Antara kerja-kerja yang dilaksakana Pertubuhan Sufi Antarabangsa adalah menyediakan kandungan bagi pendidikan awam menerusi kajian yang dilakukan oleh unit penyelidik dan sumber kajian akan diedar kepada masyarakat menggunakan media digital kepada kumpulan masyarakat yang berusia 18 sehingga 35 tahun bagi menjayakan misi membina tamadun peradaban insaniah yang strategik. Dalam masa sama, Pertubuhan Sufi Antarabangsa yang juga dikenali sebagai World Sufi Center telah pun menganjurkan pelbagai acara bersifat fizikal seperti Festival Naqsyabandi Antarabangsa (di Uzbekistan), 2018, 2019, 2023, Zikir Perdana Sedunia 2015, 2016, 2017. Salah satu tujuan besarnya adalah untuk menghimpun dan mengumpulkan umat Islam di seluruh dunia dengan cara strategik menerusi pelbagai kerjasama sama ada dengan jabatan kerajaan, badan bukan Kerajaan (NGO) atau pihak-pihak yang berkaitan. Pertubuhan ini mempunyai rangkaian dan hubungan dengan para ulama di 75 negara serata dunia. Fokus terbaharu Pertubuhan Sufi Antarabangsa ketika ini adalah merencanakan sebuah majlis Zikir Perdana Sedunia berskala mega pada 28 & 29 Julai di Masjid Putra, Putrajaya dengan sasaran sehingga 300,000 kehadiran. Mengangkat mesej ahli sunnah wal jamaah berpaksikan tauhid, feqah dan tasawwuf selari dengan misi dan visi Petubuhan Sufi Antarabangsa yang mahu masyarakat di Malaysia membina semula tamadun masa depan dengan peradaban insaniah sehebat tamadun Kesultanan Melayu Melaka. Dalam masa sama, Pertubuhan Sufi Antarabangsa turut beroperasi sebagai pangkalan data menerusi pelbagai acara lapangan yang dianjurkan.
• Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan • Memperkasakan jati diri Melayu dan budaya beragama berteraskan ahli sunnah wal jamaah • Melestarikan pasak peradaban dan jati diri bangsa melayu serta kaum bumiputera • Mengekang norma liberalisasi daripada terus merosakkan akidah dan budaya bangsa MISI • Memperjuangkan kestabilan dan kesejahteraan selaras dengan kedaulatan dan peradaban Melayu berpaksikan islam yang syumul. VISI MATLAMAT
• Pendidikan awam • Kajian dan penyelidikan • Kerjasama perjuangan bersama rangkaian NGO • Pembinaan agenda / sentimen / persepsi KHIDMAT MASYARAKAT • Khidmat videografi • Khidmat fotografi • Photo booths MEDIA & PR • Acara korporat/kemasyarakatan • Pameran dan promosi • Pertunjukan komersil PENGURUSAN ACARA • Kod QR • Whatsapp blasting • Perkhidmatan SMS PENYEDIA PANGKALAN DATA PERKHIDMATAN KAMI
KHIDMAT MASYARAKAT Misi : Memantapkan jati diri sebagai rakyat Malaysia atau bangsa Melayu yang berpegang dengan akidah ahli sunnah wal jamaah dan menanam rasa cinta mengangkat budaya dan warisan. Pendidikan awam - Pertubuhan Sufi Antarabangsa menyediakan pendidikan awam di luar bilik darjah untuk generasi internet menerusi Google, Facebook, TikTok, YouTube dan lain-lain platform menerusi jenama seperti Demi Malaiu dan Jiwa Jebat. Kajian dan penyelidikan - Pertubuhan Sufi Antarabangsa memiliki sepasukan pengkaji muda yang membuat kajian awam seperti sejarah asal bangsa melayu dan kehebatan keris untuk disampaikan kepada pelbagai golongan. Hasil penyelidikan akan disebarkan secara lebih luas bagi memperkukuhkan jati diri anak bangsa dan apa jua polemik rakyat. Kerjasama perjuangan bersama rangkaian NGO - Pertubuhan Sufi Antarabangsa memiliki rangkaian lebih 100 NGO termasuk yang besar seperti PPIM, Pembela, Mampir, Perkasa, Majlis Tindakan Ekonomi, Pesaka, Pekida, dan Akademi Watan. Mana-mana pihak ingin bekerjasama boleh melalui Pertubuhan Sufi Antarabangsa. Kerjasama ini bertujuan untuk memperjuangkan isu-isu kepentingan agama, bangsa dan negara. Pembinaan agenda / sentimen / persepsi - Pertubuhan Sufi Antarabangsa berpengalaman dalam membina agenda, sentimen dan persepsi. Perkara ini cukup penting bagi menggerakkan sesuatu motif yang ingin dicapai. PENGURUSAN ACARA Acara korporat - Menyediakan program sama ada bersifat formal atau santai seperti Mesyuarat Peradaban Melayu, Festival Naqsyabandi Antarabangsa dan Zikir Perdana. Pameran dan promosi - Menyediakan ruang pameran, sewaan tempat bagi pelanggan serta khidmat nasihat mengenai trafik Pertunjukan komersil - Bertindak sebagai badan penasihat kepada NGO serta syarikat-syarikat yang merancang untuk merealisasikan pertunjukan komersil
PEMASARAN & PENGIKLANAN Kandungan bertulis - Membina kandungan bertulis seperti kenyataan media, surat menyurat dan sebagainya Pemasaran digital - Bertindak sebagai pengiklan menerusi platform digital yang diperlukan oleh pihak pelanggan Pengurusan media sosial - Menguruskan jenama media sosial menerusi kepakaran pasukan Pertubuhan Sufi Antarabangsa Perkhidmatan rekaan kreatif - Pertubuhan Sufi Antarabangsa memiliki pasukan pereka kreatif untuk sebarang keperluan pelanggan PENYEDIA PANGKALAN DATA Kod QR - Pengumpulan data pengunjung dan peserta semua acara yang dianjurkan Whatsapp blasting - memiliki 70 ribu no tel berdaftar sasaran disember 2023 sebanyak 250 ribu Perkhidmatan SMS - alat sebaran berdasarkan lokaliti
PEMASARAN & PENGIKLANAN Kandungan bertulis - Membina kandungan bertulis seperti kenyataan media, surat menyurat dan sebagainya Pemasaran digital - Bertindak sebagai pengiklan menerusi platform digital yang diperlukan oleh pihak pelanggan Pengurusan media sosial - Menguruskan jenama media sosial menerusi kepakaran pasukan Pertubuhan Sufi Antarabangsa Perkhidmatan rekaan kreatif - Pertubuhan Sufi Antarabangsa memiliki pasukan pereka kreatif untuk sebarang keperluan pelanggan PENYEDIA PANGKALAN DATA Kod QR - Pengumpulan data pengunjung dan peserta semua acara yang dianjurkan Whatsapp blasting - memiliki 70 ribu no tel berdaftar sasaran disember 2023 sebanyak 250 ribu Perkhidmatan SMS - alat sebaran berdasarkan lokaliti PENGGERAK UTAMA Abdul Kareem Said Khadaied merupakan seorang aktivis masyarakat yang aktif menganjurkan program-program berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan yang mampu menjentik hati peserta untuk mengingati Allah SWT dan rasa rindu serta kasih kepada Rasulullah SAW. Terdahulu, Abdul Kareem Said Khadaied banyak menganjurkan program bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali dengan nama Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama) dan menerusinya, banyak asas kemasyarakatan berjaya dibina. Antara program yang mendapat sentuhan langsung daripada beliau adalah Festival Naqsyabandi Antarabangsa, Zikir Perdana Sedunia dan banyak lagi. Bagi 2023, Abdul Kareem Said Khadaied terus komited menganjurkan program berbentuk kerohanian menerusi Zikir Perdana Sedunia, World Salam Day, World Sam’ Fest dan Haflah Peradaban Sufi yang dijangka berlangsung pada 2024. ABDUL KAREEM SAID KHADAIED
DATUK MUSTAFA BIN AB RAHMAN PENGERUSI TUAN GURU ABD RAOF BIN NURIN TIMBALAN PENGERUSI EN. ABDUL KAREEM BIN SAID KHADAIED SETIAUSAHA PN. QURRATU AIN BINTI BAHARUL HAFIDZ BENDAHARI • EN. MUHAMMAD BIN NAZLAN • HJ WAN MOD ASWADI WAN MAT YIM • DATUK AS’ARI BIN IBRAHIM • TUAN MOHD ASWANIZAM BIN ALIAS AHLI JAWATANKUASA DR. MOHD AZMAN BIN MOHSIN PENOLONG SETIAUSAHA PENGURUSAN TERTINGGI
PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI SETIAUSAHA PENOLONG SETIAUSAHA BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA KETUA EDITOR ADMIN & HR UNIT MEDIA PENYELIDIK PEREKA GRAFIK TEKNIKAL PENYUNTING VIDEO PEMBANTU ADMIN UNIT ACARA PENOLONG PENGURUS ACARA CARTA ORGANISASI
PENGALAMAN PERTUBUHAN SUFI ANTARABANGSA
1. Perbincangan Rakyat Demi Melayu Perbincangan Rakyat Demi Melayu merupakan sebuah program atas talian yang diperkenalkan sejak 2020 semasa pandemik melanda negara. Perbincangan Rakyat Demi Melayu memfokuskan enam elemen penting untuk dibincangkan sebagai pendidikan dan pengetahuan awam sesuai dengan misi Pertubuhan Sufi Antarabangsa. Enam elemen tersebut merangkumi isu-isu berkait dengan agama, sejarah, budaya, ekonomi, etnosains serta raja-raja. Sehingga kini, lebih 70 Perbincangan Rakyat Demi Melayu dilaksanakan dan hasil perbincangan diterjemahkan kepada artikel, poster serta video untuk kefahaman generasi muda. Berikut adalah pengalaman dan projek anjuran Pertubuhan Sufi Antarabangsa PENGALAMAN WSC
Pertubuhan Sufi Antarabangsa bersama pasukan penyelidik membuat kunjungan di beberapa pesantren serta ibu pejabat Nahdlatul Ulama di Jawa, Indonesia bagi berkongsi pendapat, meninjau realiti seterusnya melihat kerjasama yang boleh dilakukan pada masa akan datang bagi membangkitkan semangat kesatuan Islam di Asia yang telah dipisah berpuluh-puluh tahun oleh Barat. 2. Kunjungan Silaturahim Malaysia - Indonesia Festival Naqshbandi Antarabangsa merupakan sebuah program yang menghimpunkan pengamal tarekat Naqshbandi dari seluruh dunia dan program tersebut telah dijalankan di Uzbekistan selama tiga tahun berturut-turut sejak 2018. Objektif penganjuran festival ini adalah untuk mengeratkan silaturahim para pengamal tarekat Naqshbandi dari 17 negara serta mengambil iktibar sejarah dan realiti semasa di Uzbekistan. 3. Festival Naqshbandi Antarabangsa
Festival Naqshbandi Antarabangsa merupakan sebuah program yang menghimpunkan pengamal tarekat Naqshbandi dari seluruh dunia dan program tersebut telah dijalankan di Uzbekistan selama tiga tahun berturut-turut sejak 2018. Objektif penganjuran festival ini adalah untuk mengeratkan silaturahim para pengamal tarekat Naqshbandi dari 17 negara serta mengambil iktibar sejarah dan realiti semasa di Uzbekistan. Kem Bina Jati Diri merupakan satu program komuniti yang melibatkan belia berusia 18 tahun ke atas dan menerusi program yang disertai, peserta akan didedahkan dengan keperluan untuk menjaga ahli sunnah wal jamaah sekali gus tidak mudah terpengaruh dengan perkara luar yang sebenarnya merupakan perangkap ‘kerosakan’. Dalam masa sama, Kem Bina Jati Diri memberi peluang untuk generasi muda beragama Islam memahami tujuan hidup iaitu beribadah kepada Allah dan bertanggungjawab dalam menjaga agama, bangsa dan tanah air. 5. Zikir Perdana Sedunia Zikir Perdana Sedunia adalah sebuah program kerohanian yang menzahirkan rasa cinta serta rindu kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW menerusi zikir. Zikir Perdana Sedunia telah pun dianjurkan sejak 2015, 2016, 2017 dan tahun 2023 menyaksikan program ini dijalankan kembali. Sepanjang penganjuran yang lalu, program ini telah mencatat kehadiran sehingga 150,000 pengunjung. 4. Kem Bina Jati Diri (Ahli Sunnah Wal Jamaah)
Kem Bina Jati Diri merupakan satu program komuniti yang melibatkan belia berusia 18 tahun ke atas dan menerusi program yang disertai, peserta akan didedahkan dengan keperluan untuk menjaga ahli sunnah wal jamaah sekali gus tidak mudah terpengaruh dengan perkara luar yang sebenarnya merupakan perangkap ‘kerosakan’. Dalam masa sama, Kem Bina Jati Diri memberi peluang untuk generasi muda beragama Islam memahami tujuan hidup iaitu beribadah kepada Allah dan bertanggungjawab dalam menjaga agama, bangsa dan tanah air. 6. World Salam Day World Salam Day adalah satu program apesiasi menzahirkan kasih sayang baginda Rasulullah SAW pada setiap 12 rabiulawal dengan cara memberi bunga, pewangi kepada orang awam di kawasan-kawasan tumpuan dalam ibu kota. 7. World Sama’ Fest World Sama’ Fest adalah festival bunyi-bunyian yang boleh mengetuk hati pendengar untuk mengingati Allah SWT sebagai hiburan hakiki. Acara ini telah dijayakan persembahan dari 5 negara dan mendapat pujian positif daripada penonton yang rasa amat terhibur.
ZIKIR PERDANA SEDUNIA 2023 WORLD SALAM DAY WORLD SAMA FEST HAFLAH PERADABAN SUFI PROJEK WSC 2023-2024
DEMI MALAIU 60,306k Followers 2,612,390k Followers 1.11m views 6.36k subcriber 429 Followers 734 Followers DEMI MALAIU SOCIAL MEDIA STATISTIK Facebook MEDIA SOSIAL
TikTok
Website Twitter
YouTube
JIWA JEBAT 3,659 Followers 102,685K Followers 363 Followers JIWA JEBAT SOCIAL MEDIA STATISTIK Facebook
TikTok
RAKAN KERJASAMA
• Mendokong pejuangan ABATA dalam negara. • • Organisasi yang mempunyai potensi besar tahap antarabangsa. • • Fardhu Kifayah. • • Bantu menyelesaikan Masalah Akidah dan sosial. KENAPA PERLU SUMBANG
PPM-021-14-21122018 MALAYSIA AKTA PERTUBUHAN 1966 PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN 1984 BORANG 3 (Peraturan 5) SIJIL PENDAFTARAN Adalah diperakui bahawa PERTUBUHAN SUFI ANTARABANGSA NO 33 & 35, TINGKAT 4, JALAN MEDAN TUANKU, 50300 KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR hari ini didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan bahawa nombor pendaftarannya ialah PPM-021-14-21122018 Diperbuat dengan ditandatangani oleh saya pada 21 haribulan Disember 2018 (MASYATI BINTI ABANG IBRAHIM) Pendaftar Pertubuhan, Malaysia JPPM
worldsuficenter.com | worldsuficenter Worl Su Center Worl Su Center