INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
GWCP1P42
TUGASAN 2 – PENULISAN AKADEMIK
Nama : NUR AZYAN BINTI KAMARUDDIN
020701-03-1028
No. K/P : 2021242310194
PPISMP
Angka Giliran : JUN 2021
X8
Program : EN SELVAM A/L MANISAKARAM
20 NOVEMBER 2021
Ambilan :
Unit :
Nama Pensyarah :
Tarikh Hantar :
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar: Tarikh : 20 NOVEMBER 2021
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar: Tarikh :
JKA/Jun2019
TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK - 50% (INDIVIDU)
Penulisan akademik merupakan suatu karya ilmiah atau saintifik yang mengandungi
elemen-elemen keilmuan. Elemen-elemen keilmuan tersebut melibatkan aspek gaya
bahasa, ketepatan tatabahasa, penanda wacana (penanda kronologi, penanda organisasi
dan penanda idea), kesatuan ayat, susunan idea serta fakta dan rujukan yang sahih demi
menghasilkan sesuatu penulisan akademik yang berimpak serta berkualiti tinggi.
Berdasarkan pernyataan di atas, secara individu anda dikehendaki mengaplikasikan aspek
penanda wacana, struktur penulisan dan kemahiran membuat rujukan dalam penulisan
akademik dengan memilih satu isu pendidikan di Malaysia masa kini. Isu-isu berkenaan
hendaklah ditulis dalam bentuk penulisan akademik iaitu esei ilmiah.
Penulisan tersebut haruslah mempamerkan pemikiran yang kritikal, kreativiti tinggi serta
pengetahuan yang mendalam tentang isu yang dibincangkan. Panjang penulisan adalah
tidak melebihi 1000 patah perkataan, tidak termasuk rujukan dan lampiran. Tugasan anda
perlu dihantar dalam bentuk salinan lembut (softcopy) mengikut tarikh yang ditetapkan.
JKA/Jun2019
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL PERKARA
1. 1.0 Pengenalan 1
2. 2.0 Kelebihan dan kekurangan pendidikan fizikal 1-2
3. 3.0 Kelebihan dan kekurangan pendidikan atas talian 2-3
4. 4.0 Rumusan 3
5. Rujukan 4
JKA/Jun2019
1.0 Pengenalan
Pandemik Covid-19 yang telah menular di Malaysia masih lagi menjadi kejutan buat
semua penduduk. Pandemik ini sukar dikawal menyebabkan beberapa sektor termasuklah
sektor pendidikan tidak berfungsi sepenuhnya seperti sediakala. Hasil kajian Shahzad et al.
seperti yang dinyatakan dalam artikel Zamry et al. (2021) mendapati kebanyakan pusat
pengajian tinggi telah mula melakukan sesi pendidikan atas talian secara menyeluruh.
Berdasarkan penyelidikan oleh Hodges et al. dan Manfuso (2020), berpendapat bahawa
sebahagian institusi melakukan informasi dengan jayanya namun sebahagian mengatakan
bahawa ini akibat daripada pandemik. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai platform
digital telah diperkenalkan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Contohnya aplikasi Google Classroom, Zoom dan Microsoft Teams. Walau bagaimanapun
sudah pasti setiap perubahan mempunyai cabaran tersendiri yang harus dilalui oleh
pengguna.
2.0 Kelebihan dan Kekurangan pendidikan fizikal
Dahulunya, pendidikan fizikal merupakan salah satu cara yang disarankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi proses PdP. Namun begitu, disebabkan oleh
wabak coronavirus, pendidikan maya telah menjadi kaedah utama untuk proses PdP.
Sungguhpun begitu, terdapat beberapa perkara yang terhad ketika menjalankan pendidikan
maya berbanding dengan pendidikan bersemuka. Menurut Mohd Ridzauddin Roslan (2021)
di dalam akhbar Kosmo, pelajar lebih seronok menjalani kelas secara bersemuka
berbanding maya. Hal ini kerana, kelas secara bersemuka akan menjadikan pelajar lebih
fokus dan faham tentang sesuatu pembelajaran. Interaksi antara pelajar dan guru juga tidak
terbatas kerana pelajar dapat mengajukan soalan yang kurang difahami oleh mereka secara
langsung. Bukan itu sahaja, guru juga dapat mengenal pelajar dengan lebih mendalam.
Pembelajaran yang berkesan akan berlaku jika guru-guru mendekati dan mengenali pelajar-
pelajarnya (Mohd Sahandri Gani et al., 2010). Ini bermaksud semakin utuh hubungan
diantara pelajar dan guru, semakin berkesan proses PdP yang dijalankan. Apabila hubungan
yang erat telah terjalin, aktiviti pembelajaran dapat diwujudkan dengan lebih menarik.
Misalnya, guru sudah dapat mengenal pasti minat pelajar, maka guru dapat menilai dan
merangka aktiviti pembelajaran yang kreatif bagi menarik minat pelajar. Perkara ini lebih
praktikal jika dilakukan secara bersemuka kerana guru dapat membuat aktiviti secara
lansung bersama pelajar. Ini juga menunjukkan salah satu kebaikan jika kelas dapat
dilakukan secara fizikal.
1
JKA/Jun2019
Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kekurangan dalam menjalankan
pembelajaran secara bersemuka ini. Salah satu kekurangan yang paling ketara adalah dari
segi fleksibiliti masa. Selalunya, ketika bersemuka para pelajar dan guru akan diberi jadual
pembelajaran yang perlu diikuti pada setiap hari. Ini menyebabkan masa pembelajaran
terhad kerana ada sesetengah mata pelajaran yang memerlukan perhatian lebih seperti
mata pelajaran Matematik dan Sains. Tetapi apabila mengikut jadual yang disediakan, masa
untuk belajar mata pelajaran tersebut menjadi terhad kerana selepas waktu pembelajaran,
pelajar tidak boleh bertemu dengan guru. Tan Sri Muhyiddin Yassin (seperti yang dinyatakan
dalam akhbar Sinar Harian, 2021) menyatakan bahawa sistem pembelajaran yang fleksibel
dapat melahirkan pelajar yang mampu berdaya saing di peringkat global. Fleksibel ini
bermaksud dari segi masa mahupun teknik pengajaran. Jika pembelajaran secara
bersemuka dilakukan, pelajar perlu bersedia untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan
fizikal kerana tenaga yang banyak akan digunakan seperti perlu ke kelas-kelas yang
ditetapkan dalam masa yang singkat dan adakalanya pelajar kesuntukan masa untuk rehat.
Ini merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar ketika pembelajaran secara
fizikal. Maka terbuktilah bahawa masa yang fleksibel sangat penting bagi mewujudkan
pembelajaran yang berkesan.
3.0 Kelebihan dan kekurangan pendidikan atas talian
Pendidikan atas talian kini menjadi platform utama bagi seluruh peringkat pusat
pengajian. Pertama pelajar yang mengikuti kelas atas talian dapat merangcang masa
belajar mengikut jadual perancangan mereka. Para penuntut ilmu tidak mempunyai had
masa dalam sesi belajar kerana sebenarnya kelas atas talian juga boleh berlansung dengan
mudah dan pantas. Berkaitan dengan pengurusan masa ini adalah lebih jimat kerana
pelajar dan tenaga pengajar tidak perlu mencuri masa untuk menaiki kenderaan atau
berjalan ke kelas. Selain itu, pendidikan maya ini juga dapat meningkatkan ilmu kemahiran
teknologi pelajar. Kemahiran ini merupakan satu aspek yang penting dalam dunia
pendidikan pada hari ini. Untuk menjelaskan lagi ilmu teknologi ini bakal digunakan untuk
mengakses beberapa aplikasi pembelajaran dalam talian. Pada masa yang sama guru juga
akan menggunakan pelbagai kaedah dalam teknologi bagi memastikan ilmu pengajaran
dapat disampai dengan baik. Berikutan dengan itu, pelajar dan warga pendidik mestilah
berfikir di luar kotak yang lantas menghasilkan satu proses pendidikan yang berkesan.
Kemudian pendidikan ini juga adalah lebih mudah dan interaktif. Dalam hal ini, Ally (2008)
menyatakan bahawa pembelajaran maya ini adalah untuk mencapai bahan pembelajaran
bagi berinteraksi dengan kandungan, membina makna peribadi dan berkembang menurut
2
JKA/Jun2019
pengalaman pembelajaran. Melalui kaedah ini, guru-guru boleh menyediakan bahan
pengajaran dalam bentuk video dan mengajar melalui panggilan video. Satu lagi pelajar juga
boleh membuat rujukan lengkap di laman sesawang sekali gus melatih pelajar untuk
membaca dan menjadi lebih arif dalam pemilihan bahan ilmiah.
Sebaliknya pendidikan atas talian ini juga terselit akan kekurangan yang tersendiri. Dr
Mohd Radzi Jidin iaitu Menteri Kanan Pendidikan (seperti yang dinyatakan dalam akhbar
Metro,2021) menyatakan bahawa ramai murid tidak dapat mengikuti pembelajaran atas
talian kerana teknologi komunikasi terhad. Oleh itu, bagi meneruskan pendidikan atas talian,
pelajar memerlukan sambungan rakaian yang laju untuk mendapatkan nota daripada guru,
menyertai kelas dan pelbagai lagi. Semenjak itu, pelajar yang tinggal di pedalaman kurang
bernasib baik untuk menyertai kelas atas talian kerana rangkaian mereka tidak dapat
menampung keperluan penggunaan. Dalam hal ini, program pengisian pendidikan atas
talian memerlukan kos yang tinggi. Pelajar mungkin memerlukan komputer riba milik mereka
sendiri bagi memudahkan urusan pelajaran. Di samping itu, sudah semestinya pelajar dan
warga pendidik harus mengeluarkan sedikit peruntukan untuk membeli rangkaian
berkelajuan tinggi. Akhir sekali, pendidikan atas talian yang berlangsung di rumah ini
menyumbang kepada gangguan anasir luar disebabkan oleh pelajar akan lebih tergangung
dengan pelbagai jenis latar sama ada mendengar perbualan, menonton televisyen begitu
juga dengan notifikasi dari aplikasi media sosial yang menyebabkan pelajar akan lebih
tertarik untuk membukanya. Sebenarnya, inilah juga satu punca yang menyebabkan pelajar
menjadi seorang yang pasif dek khusyuk melayari media sosial masing-masing sehingga
menjadikan mereka lalai dan tidak memberi sepenuh perhatian.
4.0 Rumusan
Secara keseluruhan, pendidikan fizikal dan atas talian ini banyak membantu pelajar
dan warga pendidk bagi melaksanakan proses pembelajaran secara berkesan. Untuk
merumuskan hasil penulisan ini mendapati tahap keberkesanan yang tinggi menunjukkan
bagi kedua-dua kaedah pendidikan. Pendidikan tetap perlu dilaksanakan tidak kira dengan
apa jua sekalipun, sejajar dengan kemahuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang
ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Bak
kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Akhir sekali, bagi menyahut
kehendak dan cabaran dari pihak atasan marilah sama-sama kita berganding bahu
meneruskan pendidikan dengan pelbagai kaedah untuk menjadikan pelajar yang serba tahu
mengenai pelbagai aspek.
1049 patah perkataan
3
JKA/Jun2019
Rujukan
Ahmad Firdaus, Kamarul Azmi Jasmi, & Khairunnisa Shukor. (2016). Pembinaan Hubungan
Di Antara Guru Dengan Pelajar. Technical and Social Science Journal (TSSJ), 5(1),138-
148.
Hodges, C., Moore, S., Lockee, B., Trust, T., & Bond, A. (2020). The difference between
emergency remote teaching and online learning. Educause review, 27(1), 1-9.
Manfuso, L. G. (2020, April 15). How the remote learning pivot could shape Higher Ed IT.
EdTech Magazine. https://edtechmagazine.com/higher/article/2020/04/how-remote-
learning-pivot-could-shape-higher-ed-it
Md Noor Saleh. (2018). Seronoknya Pengajian Tinggi: Pembelajaran terbuka dan jarak jauh.
Universiti Sains Malaysia.
Mokhtar, Zamry Ahmad & Nur Ashikin Lakman. (2021). Peralihan dari pembelajaran
bersemuka ke pembelajaran secara atas talian untuk subjek mechanics of civil
engineering structures semasa pandemik Covid-19. ANP Journal of Social Science and
Humanities, 2(2), 11-18.
Mohd Ridzauddin Roslan. (2021, April 25). Pelajar mahu kelas bersemuka berbanding
PdPR. Kosmo. https://www.kosmo.com.my/2021/04/25/pelajar-mahu-kelas-bersemuka-
berbanding-pdpr/
Mohd Sahandri Gani Hamzah, Ramli Basri, & Shaffe Mohd Daud. (2010). Karakter Guru
Ilmu Diagung Guru Disanjung. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Muhaamad Hafis Nawawi. (2020, Julai 1). Belajar dalam talian kurang berkesan berbanding
bersemuka. My Metro.https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/595525/belajar-
dalam-talian-kurang-berkesan-berbanding-bersemuka-metrotv
Nazri Zulkafli. (2021, Mei 16). PPPM wujudkan sistem pembelajaran fleksibel: Muhyiddin.
Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/138702/BERITA/Nasional/PPPM-
wujudkan-sistem-pembelajaran-fleksibel-Muhyiddin
Ria Wadhawan. (2016). Kelebihan & kekurangan Pendidikan Dalam Talian. Tun University
Network. https://ms.tun.com/blog/pro-kontra-online-pendidikan/
4
JKA/Jun2019