INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB1114
TUGASAN 1 – PENULISAN
Nama : NUR AZYAN BINTI KAMARUDDIN
No. K/P : 020701-03-1028
Angka Giliran : P21241310
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X8
Nama Pensyarah : EN NOOR AZNI YAHYA
PN SURIANI ABDUL MUTALIB
Tarikh Hantar : 28 FEBRUARI 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar Tarikh : 28/02/2022
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar: Tarikh :
Soalan tugasan
TUGASAN 1 : PENULISAN (30% - 1000 PATAH PERKATAAN )
“Tulisan Jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam
pada abad ke-10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di
Kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan Jawi di Nusantara adalah seiring
dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan orang Melayu.
Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah huruf-huruf
Arab atau sekarang dikenali dengan nama tulisan Jawi. Pada abad ke-11
hingga abad ke-14, tulisan Jawi digunakan dengan meluas di seluruh Tanah
Melayu dan Nusantara. Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu
merupakan golongan yang celik Jawi”. (Mohd Alwee Yusoff, 2005 )
1. Berdasarkan penyataan di atas, jelaskan sejarah perkembangan sistem
ejaan Jawi yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa
Melayu serantau.
2. Penulisan berdasarkan bukti yang kukuh dengan merujuk pelbagai sumber
dan tokoh-tokoh bahasa.
3. Penulisan hendaklah dipersembahkan melalui satu penulisan akademik
yang panjangnya antara 1000 patah perkataan.
4. Penulisan akademik perlu ditulis dalam bahasa Melayu.
5. Penilaian untuk penulisan akademik ini adalah secara individu.
2
Isi kandungan
Bil Perkara Muka surat
1. Penghargaan 4
2. 1.0 Sejarah perkembangan dan penyebaran tulisan Jawi 5
3. 2.0 Zaman Kesultanan Melayu Pasai 6
4. 3.0 Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor 6
5. 4.0 Tulisan Jawi Batu Bersurat Terengganu 7
6. 5.0 Sistem ejaan P. Bm. P. B. Diraja Johor 7
7. 6.0 Sistem ejaan Za’ba 7
8. 7.0 Penutup 8
9. Rujukan 9
3
Penghargaan
Assalamualaikum
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan tugasan kerja kursus saya yang telah diusahakan selama ini
berkaitan dengan pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi. Kerja kursus ini
amat penting buat saya memandangkan tugasan ini merupakan sebahagian
daripada kerja kursus individu.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak
membantu saya sepanjang saya menyiapkan tugasan kerja kursus saya ini.
Pertama sekali kepada Encik Noor Azni Yahya dan Ustazah Suriani Abdul
Mutalib selaku pensyarah BMMB1114 kerana telah banyak memberikan
bimbingan dan semangat kepada saya.
Sekalung penghargaan untuk para pensyarah yang lain juga kerana
memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan kerja kursus masing-
masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan kerja
kursus amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk
memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali, terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak menghulurkan
bantuan secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan kerja kursus
dijalankan dan disiapkan.
4
1.0 Sejarah perkembangan dan penyebaran tulisan Jawi
Menurut Siti Hajar (2009), perkataan “Jawi” ) (جاويberasal daripada perkataan
“Jawah” ) (جاوةyang merupakan satu daerah di Asia Tenggara iaitu Javadwipa. Menurut
Noresah (2014), mentakrifkan tulisan Jawi ini menggunakan huruf-huruf Jawi atau huruf
Arab. Tulisan Jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad
ke-10. Kedatangan Islam menerusi perdagangan Arab, yang datang berniaga di Kepulauan
Melayu juga adalah untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada waktu tersebut, tulisan yang
diperkenalkan kepada penduduk Nusantara ialah huruf-huruf Arab tetapi sekarang dikenali
sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi meruapakan tulisan terawal yang ditemui. Tulisan ini juga
berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian tersebar ke Melaka, Kerajaan
Johor dan Aceh pada abad ke-17. Menurut Hashim Musa (1996), kemunculan tulisan Jawi
membuka lembaran baru dalam sejarah Bahasa Melayu seterusnya digunakan sebagai
perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan.
Tulisan Jawi telah digunakan untuk menceritakan tentang undang-undang pada batu
bersurat, Terengganu, pada batu hidup Negeri Sembilan dan penanda kubur yang ditulis
nama, tarikh lahir dan kematian pada batu nisan.
Rajah 1. Penggunaan tulisan Jawi
5
2.0 Zaman Kesultanan Melayu Pasai
Kesultanan Samudera Pasai adalah kerajaan Islam yang terletak di Aceh Utara
sekarang dan pada zaman kegemilangannya, kerajaan Pasai merupakan pusat
perdagangan yang dikunjungi oleh pedangang seperti China, Arab, India dan lain-lain.
Pedagang Arab turut membawa ajar Islam ke tanah kerajaan Pasai sekaligus membawa
bersamanya abjad tulisan Arab iaitu tulisan Jawi Melayu dan abjadnya. Tulisan Jawi
merupakan tulisan yang menggunakan aksara Arab.
Antara bukti tulisan Jawi di Pasai ialah melalui Hikayat Raja-Raja Pasai yang
merupakan hasil kesusasteraan Melayu yang mengisahkan tentang masyarakat Melayu dan
menggunakan Bahasa Melayu tetapi ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi. Dalam
hikayat tersebut terdapat keterangan yang mengatakan bahawa Sharif dari Makkah telah
menghantar satu rombongan pendakwah yang diketuai oleh Syeikh Ismail untuk
menyebarkan agama Islam di sekitar Sumatera Utara pada abad ke-13 Masihi. Pada 1282
Masihi pula penduduk di sekitar Pasai telah diislamkan. Selain itu, penemuan batu nisan di
makam-makam Diraja Melayu-Islam yang terdapat di Pasai. Pada batu nisan tersebut nama
dan tarikh kematian diukir menggunakan tulisan Jawi sebagai penanda. Seterusnya, surat
rasmi sultan yang diutuskan kepada wakil-wakil raja dari luar negara juga ditulis
menggunakan tulisan Jawi.
3.0 Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor
Pada zaman dahulu, pihak istana menggunakan tulisan Jawi untuk urusan
pentadbiran, perundangan dan hubungan dagangan antarabangsa dan diplomatik bagi
mencatatat perjanjian dan undang-undang kanun dalam pemerintahan mereka. Hal-hal
perundangan seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan terbitan, termasuk Hukum-Hukum
Kanun Johor, Kedah dan Brunei ditulis dalam tulisan Jawi. Proses pengislaman rantau
Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa.
Contohnya, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh
surat diraja yang masih terpelihara ialah surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari Johor
kepada Raja Louis XV dari Perancis. Zaman kesultanan Melayu Melaka yang terkenal
dengan kuasa perdagangan suatu masa dahulu merupakan zaman terpenting bagi
pertumbuhan tulisan Jawi di Tanah Melayu. Menurut Ahmad farid Abdul Jalal (2005),
kelahiran ulama dari Tanah Melayu ini menarik minat masyarakat luar untuk datang belajar
ilmu agama dan tulisan Jawi.
6
4.0 Tulisan Jawi Batu Bersurat Terengganu
Batu bersurat Terengganu bukan sekadar untuk mencatat undang-undang untuk
merujuk kepada kerajaan kesultanan Melayu Melaka yang menguasai jalan perdagangan
laut, tetapi turut digunakan untuk mencatat peristiwa penting dalam masyarakat. Tulisan
Jawi yang ditulis pada batu bersurat menjadi perhatian rakyat dan mula berkembang dalam
kalangan masyarakat dan di Tanah Melayu.
5.0 Sistem ejaan P. Bm. P. B. Diraja Johor
Seterusnya, sistem ini disusun dalam bentuk risalah yang berjudul Risalah Bagi
Helain P. Bm. P. B. Diraja Johor. Risalah ini mengandungi 25 halaman dan diterbitkan pada
tahun 1937 dengan menggunakan huruf Jawi. Sistem ini agak ringkas dan kata dieja
mengikut keadaan satu-satu suku kata itu dibunyikan. Kaedah ini mewujudkan huruf Alif, اke
belakang apabila wujud imbuhan pada kata dasar. Peraturan ejaan kata dalam bentuk
gabungan kata yang digunakan dalam surat rasmi kerajaan Johor dan juga dalam Buku
Kata Melayu.
6.0 Sistem ejaan Za’ba
Tahap perkembangan tulisan Jawi ini diperkembangan kepada beberapa peringkat
termasuklah sistem ejaan Za’ba. Sistem ejaan ini dilengkapkan pada tahun 1938 dalam
sebuah buku berjudul Daftar Ejaan Melayu iaitu terjemahan tulisan Jawi kepada Rumi.
Sistem ejaan Za’ba ini mempunyai persamaan dengan Sistem Ejaan Melayu P. Bm. P.B.
Diraja Johor, namun perbezaan hanyalah penerangan yang terdapat dalam buku Daftar
Ejaan Melayu ini adalah panjang. Sistem Ejaan Za’ba ini telah digunakan oleh guru pelatih di
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Penggunaan sistem ini adalah secara meluas dan
sebahagiannya digunakan juga dalam Utusan Melayu, 1939.
Namun begitu, sistem ejaan ini diolah semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) bagi melahirkan sistem ejaan Jawi yang sempurna. Pengolahan dan penyempurnaan
tersebut dilakukan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi
yang kemas, serta untuk menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam
dalam penggunaan sebelum tahun 1986. Selain itu, pihak DBP juga memperbaiki beberapa
kelemahan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama, iaitu Sistem Ejaan Jawi Za’ba.
Sistem ejaan Jawi ini dimodenkan selaras dengan perkembangan ejaan rumi supaya dapat
diperluas dan ditingkatkan penggunaanya menjadi wahana penulisan bahasa.
7
7.0 Penutup
Sejarah perkembangan dan penyebaran tulisan Jawi ini mempunyai beberapa
peringkat yang masih lagi diguna pakai hingga ke hari ini iaitu dikenali sebgai sistem
pedoman ejaan Jawi yang disempurnakan. Terdapat pelbagai pelajaran, pengajaran serta
kaedah-kaedah yang berbeza bagi ketiga jenis fasa perkembangan sistem tulisan Jawi.
Menurut pepatah orang dahulu, manusia yang tidak memahami sejarah akan negaranya,
maka akan mengulanginya kembali. Sebagai rakayat Malaysia, bagi mengelakkan sejarah
pada tahun 1960-an berlaku dengan ini kita harus membantu mengembang dan memajukan
tulisan Jawi dalam kehidupan seharian serta memperkenalkan kepada anak-anak muda
zaman kini. Pengkaji tulisan Jawi ini kebanyakannya adalah dari kalangan orang Barat dan
Timur yang lebih tertarik untuk mengkaji khazah Tanah Melayu ini berbanding penduduk
Malaysia. Oleh itu, elok kiranya jika kita sibuk untuk melibatkan diri serta membantu
memajukan tulisan Jawi ini hingga pehujung zaman kerana menurut Hamka kecantikan
yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada
wajah dan pakaiannya. Menurut Faisal (2014), Jawi merupakan warisan kebudayaan
Melayu Islam yang amat berharga kepada masyarakat Melayu khususnya kerana ia
melambangkan identiti sesebuah bangsa. Jika tulisan Jawi ini tidak dipelihara, tidak mustahil
suatu hari nanti tulisan ini akan terus terkubur dan masyarakat Melayu akan kehilangan
sesuatu yang berharga.
992 patah perkataan
8
Rujukan
Ahmed. (2022). Perkembangan tulisan Jawi.
https://www.academia.edu/8505764/PERKEMBANGAN_TULISAN_JAWI
Istiqamatunnisak. (2017). Interkulturalisme bahasa Melayu dalam hikayat raja-raja Pasai. Ar
Raniry, 4 (2), 368- 370.
Mohd Yahya Mohamed Ariffin. (2021). Melestari Tulisan Jawi Melalui Prosumerisme.
Bernama. https://web15.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1952778
Nur Lidyawati Jasmin. (2017). Sejarah perkembangan ejaan rumi dan Jawi [PowerPoint]
SlideShare. https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/sejarah-perkembangan-
ejaan-rumi-dan-jawi
Pedoman umum ejaan jawi bahasa Melayu dewan. (2020). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah, Zurihan Yusoff. (2020). Pengenalan sejarah
perkembangan bahasa Melayu. Global Mediastreet Sdn. Bhd.
Suhasni Dollah. (2017). Pengenalan sistem ejaan rumi dan Jawi. IPG Kampus Bahasa
Melayu.
Tulisan Jawi. (2022). Dalam Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi
9