EDUP3093
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
TUGASAN BERKUMPULAN
UNIT X8
NAMA PENSYARAH: DR NOR HASHIMAH
BINTI ABU BAKAR
DISEDIAKAN OLEH: AHLI KUMPULAN 7
NUR AZYAN BINTI KAMARUDDIN
2021242340505
NOR AINA NADHIRAH BINTI HELMI
2021242340502
1.0 PENGENALAN
Pengajaran memerlukan sesuatu untuk menjadikan
sesuatu perkara mudah untuk disampaikan dan
pembelajaran pula memerlukan rangsangan bagi
memudahkan pelajar menerima isi pelajaran. Setiap
pelajaran mestilah mempunyai soalan yang
mencabar agar minda dapat bekerja untuk
memproses maklumat dan membuatkan pelajar
untuk mengingati isi pelajaran tersebut. Oleh itu,
guru memainkan peranan penting untuk
menentukan kaedah atau alat bantu mengajar dalam
pembelajaran dan pengajaran. Alat bantu mengajar
ini merupakan satu kaedah yang dapat mewujudkan
rangsangan kepada para pelajar. Dengan ini, para
guru perlu bijak dalam merancang aktiviti dalam
penggunaan bahan bantu pengajaran dan sesuai
untuk para pelajar serta memberi kesan yang positif
kepada prestasi pelajar. Bahan bantu mengajar ini
boleh dibuat secara aktiviti berkumpulan mahupun
sendiri malah boleh juga diadakan secara dalam
talian ataupun dalam bentuk maujud.
2.0 BAGAIMANA MENGGUNAKAN BAHAN
BANTU MENGAJAR BAGI TEKNIK
HUBUNGAN SOAL – JAWAB (MONO
FALSAFAH)
Bahan bantu mengajar bagi teknik hubungan soal
jawab ini seperti bermain permainan Monopoli.
Seperti sedia maklum, permainan ini mempunyai
alat permainan seperti papan monopoli, buah dadu,
token dan wang untuk bermain. Dalam Mono
Falsafah ini, wang digantikan dengan pelekat. Papan
Mono Falsafah ini mempunyai 24 petak dengan 16
petak bagi soalan Perkembangan Pendidikan
Malaysia (PPM), dua petak soalan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), dua petak soalan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG), satu petak mula,
satu petak bilik guru, satu petak bilik disiplin dan
satu petak bilik bacaan.
2.0 BAGAIMANA MENGGUNAKAN BAHAN
BANTU MENGAJAR BAGI TEKNIK
HUBUNGAN SOAL – JAWAB (MONO
FALSAFAH)
Untuk bermain permainan ini, setiap pelajar
seharusnya mengulangkaji berkaitan topik tersebut
terlebih dahulu bagi memudahkan mereka
menjawab setiap soalan yang diperoleh. Jika pelajar
mampu menjawab soalan-soalan yang disediakan
dengan tepat, mereka akan memperoleh satu
pelekat. Bagi memulakan permainan, setiap pelajar
perlu membaling buah dadu bagi mendapatkan
giliran untuk bermula. Jumlah yang paling besar
akan memulakan permainan diikuti dengan yang
lain. Setiap pelajar perlu menjawab soalan-soalan
dengan betul bagi mendapatkan pelekat terbanyak
kerana pemenang dikira berdasarkan jumlah
pelekat.
3.0 KEBAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR
- MONO FALSAFAH
Bahan bantuan yang bersesuaian dan menepati
kandungan pengajaran dan pembelajaran dapat
memberikan impak yang positif terhadap golongan
sasaran iaitu guru pelatih. Lantaran itu guru-guru
haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya
dengan memperbanyakkan penggunaan BBM dalam
pengajaran mereka supaya dapat merangsang minat
pelajar untuk belajar. Oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa pengguna bahan bantu mengajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran memberi
kebaikan kepada setiap golongan yang terlibat
terutamanya pendidik dan pelajar. Antara kebaikan
bahan bantuan mengajar kepada para pelajar ialah:
a) Ingatan Pelajar Terhadap Topik
Perkembangan Sistem Pendidikan di
Malaysia dan Falsafah Pendidikan di
Malaysia
Teknik penggunaan bahan bantuan mengajar
akan membantu pelajar untuk terus memberikan
tumpuan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Hal ini demikian kerana teknik
ini memerlukan penglibatan aktif daripada para
pelajar secara individu. Tumpuan yang diberikan
sepenuhnya oleh para pelajar akan membantu
pelajar itu sendiri untuk mengingat setiap
maklumat-maklumat penting yang disampaikan oleh
pengajar.
b) Memudahkan Para Pelajar Untuk Lebih
Memahami Topik tersebut
Penggunaan bahan bantuan mengajar yang
fleksibel membolehkan para pelajar memahami
sesuatu topik yang diajar dengan lebih mendalam
dalam masa yang singkat. Bahan bantu mengajar
juga membantu pelajar memahami sesuatu topik
disamping meningkatkan daya pengetahuan para
pelajar. Oleh itu, pelajar juga dapat melatih diri
mereka untuk mengingat dan memahami secara
lebih jelas berkaitan topik yang dipelajari.
Antara kebaikan bahan bantuan kepada pengajar
pula ialah:
a) Bahan Bantu Mengajar Menawarkan
Pengalaman Yang Sebenar Dan
Menjadikan Pengajaran Lebih Menarik
Serta Pembelajaran Yang Diperoleh Lebih
Bermakna.
Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja
memberikan kebaikan dalam aspek pendidikan
sahaja malah membantu interaksi antara pengajar
dan pelajar. Interaksi dua hala yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
membantu guru untuk memahami minat dan teknik
tertentu yang boleh digunakan oleh pengajar untuk
menarik lebih minat pelajar. Hubungan pengajar
dengan pelajar juga akan menjadi lebih akrab kerana
komonikasi dua hala yang berlaku. Para pelajar akan
lebih memberikan kerjasama sekiranya seseorang
pengajar lebih bijak mengambil hati mereka.
b) Membantu Menyampaikan Pengajaran
dan Pembelajaran Secara Berkesan
Bahan bantu mengajar membantu pengajar
untuk menyampaikan sesuatu topik pembelajaran
dengan lebih berkesan dan lancar. Pengajar perlulah
mengetahui tahap minat pelajar supaya bahan
bantu mengajar bersesuaian dengan pelajar dan
secara tidak langsung, dapat menarik minat pelajar
yang lemah untuk lebih memberikan tumpuan dan
pemahaman. BBM Mono Falsafah ini juga dapat
melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif
kerana permainan ini memerlukan pelajar untuk
mengingati serta memahami topik yang dipelajari.
Permainan ini, memberi peluang untuk merujuk
buku apabila pemain bertapak pada petak
perpustakaan. Berdasarkan pernyataan di atas,
jelaslah bahawa BBM Mono Falsafah ini mempunyai
beberapa kelebihan tersendiri dan sesuai sekiranya
digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di
kelas.
4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, bahan bantu mengajar terbukti
mempunyai banyak kepentingan dalam menyajikan
proses pendidikan yang baik kepada pelajar. Bahan
bantu mengajar (BBM) bukanlah sesuatu yang susah
untuk dilaksanakan. Ianya hanya memerlukan
pemahaman daripada guru mengenai proses
pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta
menyeronokkan untuk ditunjukkan kepada pelajar.
Guru juga sedia maklum bahawa murid
menginginkan proses pembelajaran yang santai dan
seronok sekali sekala. BBM ini pastinya memberikan
pengalaman belajar yang berlainan kepada pelajar.
Oleh itu, setiap guru haruslah menyediakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk
pelajar-pelajarnya supaya ilmu dapat diserap
dengan berkesan. Sesungguhnya pelajar itu
merupakan belia yang menjadi harapan negara
untuk meningkatkan sistem pendidikan negara suatu
masa nanti.
1.0 Model BBM Mono Falsafah
2.0 Contoh soalan
Perkembangan Pendidikan di
Malaysia
3.0 Contoh jawapan
Perkembangan Pendidikan di
Malaysia
4.0 Contoh soalan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dan Falsafah Pendidikan Guru
(FPG)
5.0 Contoh jawapan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dan Falsafah Pendidikan Guru
(FPG)
6.0 Contoh token permainan
7.0 Buku Falsafah dan
perkembangan pendidikan di
Malaysia
8.0 Laporan buku digital
bahan bantu mengajar (BBM)
Mono Falsafah
Sekian,
terima
kasih