INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN OGOS 2020 SEMESTER 1 )
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP3023)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA MARIAM HADIRAH BINTI RAMLEE
NO. KAD PENGENALAN 010617110648
ANGKA GILIRAN 2020192340199
KUMPULAN PISMP F11
KOD DAN NAMA KURSUS
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN (EDUP3023)
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR PENULISAN ESEI 1
TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS
PUAN ZAIRIHAN CHE HARON
4 NOVEMBER 2020
SENARAI RUJUKAN HALAMAN
1
PERKARA 1
1.0 PENGENALAN
2.0 TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2
JEAN PIAGET
3.0 KEPENTINGAN GURU MENGUASAI TAHAP 4
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 5
4.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Setiap kanak-kanak yang dilahirkan akan mengalami proses perkembangan yang
tersendiri dari aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan personaliti sehingga mereka menjadi
remaja, dewasa dan tua. Menurut Mohd Zuri (2014), perkembangan kanak-kanak
merupakan suatu proses perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif yang
dialami sejak kecil lagi. Oleh yang demikian, proses perkembangan dan pertumbuhan
setiap kanak-kanak perlu diambil berat supaya perkembangan mereka dapat berkembang
dengan bagus. Hal ini juga dapat memastikan proses perkembangan kognitif yang
merangkumi aspek pemikiran, aras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak untuk
memahami keadaan sekelilingnya dapat berkembang dengan sempurna seiring dengan
perkembangan tumbesaran mereka. Perkara ini juga akan memberi kesan kepada proses
pembelajaran kanak-kanak ketika berada di sekolah. Oleh yang demikian, terdapat
pelbagai teori tahap perkembangan kanak-kanak yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh
bagi memudahkan guru untuk merangsang pemikiran kanak-kanak. Oleh itu, antara tokoh
yang mengemukakan teori perkembangan kanak-kanak ialah Jean Piaget.
2.0 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF JEAN PIAGET
Menurut Yahya AD (2018), Jean Piaget merupakan bapa psikologi kanak-kanak, psikologi
perkembangan dan kognitif. Beliau telah mengemukakan kajian tentang tingkah laku
kanak-kanak berdasarkan aspek struktur, operasi tingkah laku cerdas dan tahap
perkembangan dari segi penaakulan, pemikiran dan kematangan intelek. Oleh itu,
terdapat empat tahap perkembangan kognitif kanak-kanak yang telah dikemukakan oleh
Piaget.
Peringkat yang pertama ialah peringkat deria motor yang melibatkan kanak-kanak
yang berumur sejak lahir hingga ke dua tahun. Kanak-kanak masih lagi tidak dapat
mengetahui dan mengenal objek yang berada di sekeliling. Kemahiran dan kebolehan
yang digunakan oleh mereka pada peringkat ini ialah mencari, menghisap, menggenggam
dan mendengar untuk meneroka persekitaran mereka Hal ini dapat dibuktikan oleh Piaget
dalam Faridah Nazir, Norhiza Mohd Salleh & Zairinah Mohd Shukur (2014), pemahaman
bayi pada tahap ini hanya berasaskan gerakan spontan yang tidak dipelajari seperti
skema-skema yang tertentu.
Seterusnya, peringkat praoperasi akan berlaku kepada kanak-kanak yang berusia dua
tahun sehingga tujuh tahun. Tahap ini melibatkan pergerakan motor yang bertukar
kepada kegiatan mental. Hal ini dapat dilihat apabila mereka menggunakan skema yang
1
berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk perwakilan simbolik yang lain serta
dapat menyelesaikan masalah yang mudah. Sebagai contoh, menurut Habibah Elias
dalam Mohd Zuri (2014), kanak-kanak akan menganggap sebuah anak patung seolah-
olah seperti kanak-kanak yang sebenar dan sebatang kayu itu seperti senapang. Hal ini
demikian kerana, pemikiran mereka pada tahap ini bersifat egosentrik.
Peringkat operasi konkrit pula akan berlaku kepada kanak-kanak yang berusia tujuh
hingga sebelas tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak kurang bersifat egosentrik dan
boleh berfikir tentang sesuatu perkara dengan munasabah. Sebagai contoh, kanak-kanak
hanya menumpukan perhatian pada dimensi ketinggian air dalam bekas dan tidak
menghiraukan garis pusat bekas yang lebih besar. Hal ini demikian kerana, mereka tidak
dapat melihat sesuatu benda yang lebih daripada satu dimensi.
Peringkat operasi formal merangkumi kanak-kanak yang berumur 11 tahun dan ke
atas dan mereka dapat membentuk penaakulan serta fikiran secara abstrak. Hal ini
demikian kerana, mereka berkebolehan untuk mengandaikan keadaan hipotesis dan
membuat kesimpulan yang betul tanpa bergantung kepada pemerhatian sebenar dan
konkrit.
3.0 KEPENTINGAN SEORANG GURU MENGUASAI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Perkembangan kognitif bagi setiap kanak-kanak memainkan peranan yang penting,
terutamanya ketika mereka memasuki alam persekolahan. Hal ini demikian kerana, setiap
guru perlu mengetahui perkembangan bagi setiap murid kerana teori perkembangan
kanak-kanak merupakan perkara yang asas yang dapat memudahkan guru dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Antara kepentingan seorang guru dalam menguasai perkembangan kanak-kanak
supaya dapat meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia, ialah dapat membantu guru
untuk merancang sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini demikian
kerana, perancangan maklumat yang ingin disampaikan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan teliti dapat memudahkan guru untuk merangsang gerak balas dan
proses interaksi mereka. Perancangan yang perlu disediakan mestilah bersesuaian
dengan tahap perkembangan mereka, seperti menurut Mok Song Sang (2009),
pembelajaran berdasarkan teori perkembangan Jean Piaget menekankan setiap guru
perlu menyediakan peluang untuk murid melakukan aktiviti yang berkonsepkan
penerokaan dan penemuan dengan menggunakan daya pemikiran mereka. Sebagai
2
contoh, guru melaksanakan aktiviti ‘hands-on’, iaitu guru akan mengarahkan setiap murid
untuk membentukkan doh dengan pelbagai jenis bentuk dan diakhir aktiviti murid
dikehendaki untuk menamakan bentuk doh yang telah dihasilkan. Aktiviti ini sangat sesuai
untuk dilakukan kepada murid yang berumur lima tahun ke atas, kerana dapat melibatkan
pergerakan motor yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kognitif mereka, iaitu
pada tahap praoperasi. Hal ini juga bertetapan dengan teori pembelajaran kognitif Jean
Piaget dalam Wayan Dana Ardika, A.A Raka Sitawati & Ni Ketut Suciani (2014), iaitu
proses adaptasi berlaku apabila murid berkecenderungan untuk mencipta sesuatu yang
baharu berdasarkan pengetahuan alam sekitar yang mereka ada. Oleh yang demikian,
mereka akan menjadi lebih berminat untuk memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan
dalam sesi pembelajaran dan hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti
pendidikan di Malaysia.
Selain itu, guru dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid juga
merupakan salah satu kepentingan guru untuk menguasai perkembangan kanak-kanak
supaya dapat memastikan kualiti pendidikan di Malaysia meningkat. Hal ini demikian
kerana, berdasarkan teori perkembangan kanak-kanak Jean Piaget, perkembangan bagi
setiap kanak-kanak adalah berbeza. Oleh yang demikian, guru mestilah mengenalpasti
perkembangan setiap murid supaya dapat merancang aktiviti, kandungan, pemilihan
bahan dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka.
Sebagai contoh, jika guru melakukan akitivti, seperti aktiviti origami ketika sesi pengajaran
dan pembelaran di dalam kelas, sudah semestinya akan terdapat murid yang kurang
cekap untuk memahami proses yang perlu dilakukan. Maka, guru mestilah menerangkan
proses dengan lebih mudah untuk difahami oleh murid supaya mereka dapat melakukan
aktiviti tersebut seperti rakan mereka yang lain. Hal ini juga dapat mengelakkan murid
menganggap dirinya disisihkan jika guru tidak dapat memberi menunjuk ajar kepadanya.
Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan teori tahap perkembangan kanak-kanak Jean Piaget,
iaitu pada tahap praoperasi dan operasi konkrit kerana terdapat juga kanak-kanak yang
mengalami masalah tidak dapat fokus dengan baik ketika sesi pembelajaran di dalam
kelas. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tahap kemampuan seseorang murid untuk
memahami sesuatu maklumat adalah tidak serupa, maka guru mestilah menguasai teori
perkembangan kognitif kanak-kanak supaya mudah untuk mengenalpasti murid yang
menghadapi masalah dalam pembelajaran. Oleh itu, kualiti pendidikan di Malaysia juga
dapat ditingkatkan jika guru dapat mengenal murid dengan lebih mudah melalui teori
perkembangan kanak-kanak Jean Piaget.
3
Di samping itu, kepentingan guru menguasai perkembangan kanak-kanak yang
seterusnya ialah guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran berdasarkan tahap
perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, konsep pengajaran yang
digunakan oleh guru juga akan memberi kesan kepada sikap dan tingkah laku setiap
murid. Hal ini dapat dibuktikan menurut Bruner dalam Lee Chiong Heng (2012),
menyatakan tingkah laku seorang kanak-kanak adalah berbeza mengikut tahap
perkembangan kognitif tertentu seperti yang dinyatakan dalam teori perkembangan
kognitif Jean Piaget. Oleh yang demikian, guru mestilah melaksanakan aktiviti yang
bersesuaian dengan pembelajaran supaya dapat membantu peningkatan kognitif mereka.
Sebagai contoh, guru melaksanakan aktiviti menarik seperti bermain sambil belajar yang
memerlukan murid berfikir untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan teknik-
teknik yang tertentu. Oleh yang demikian, secara tidak langsung, murid akan melibatkan
diri mereka secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini dapat
dibuktikan dalam Mok Soon Sang (2009), menyatakan penglibatan murid secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan dalam teori perkembangan
kognitif Jean Piaget dapat meningkatkan pengetahuan mereka terhadap konsep
maklumat yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, guru perlu merancang strategi
pembelajaran secara koperatif supaya dapat membantu murid untuk mengembangkan
lagi kemahiran berfikir mereka secara kreatif dan kritis. Oleh itu, pendidikan di Malaysia
dapat ditingkatkan apabila kaedah yang digunakan oleh guru dalam pembelajaran dapat
meningkatkan daya kognitif mereka dengan lebih berkesan.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap guru mestilah menguasai dan memahami dengan jelas tentang
tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat dijadikan sebagai panduan ketika
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang
demikian, guru dapat membantu murid untuk meningkatkan kemahiran kognitif mereka
dengan baik melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti yang dapat merangsang minda mereka.
Justeru itu, bukan guru sahaja yang perlu membantu murid dalam meningkatkan
kemahiran yang penting bagi mereka, malah ibu bapa juga perlu memberikan dorongan
kepada anak-anak mereka supaya lebih bersemangat supaya anak-anak dapat
meningkatkan perkembangan kognitif mereka dengan baik. Oleh itu, matlamat pendidikan
Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan (2017), untuk
melahirkan murid yang menguasai aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani dapat
dikuasai dan secara tidak langsung kualiti pendidikan yang cemerlang juga dapat dicapai.
4
RUJUKAN
Faridah Nazir, Norhiza Mohd Salleh & Zairinah Mohd Shukur. (2014). Perkembangan kanak
kanak. Penerbitan Multimedia.
Jaslinah Makantal. (2014). Perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak melalui bermain:
satu kajian kes di sebuah pra sekolah. Jurnal Penyelidikan Kent, 12, 82-101. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dasar pendidikan kebangsaan (edisi keempat).
Perpustakaan Negara Malaysia.
Lee Chiong Heng. (2012). Pembelajaran melalui aktiviti hands-on dalam membantu murid
prasekolah untuk meningkatkan minat serta tahap kefahaman terhadap isi
pembelajaran yang disampaikan. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL tahun
2012, 126-137.
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PRA/12.%20Heng.pdf
Mohd Zuri Ghani. (2014). Pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Wayan Dana Ardika, A.A Raka Sitawati & Ni Ketut Suciani. (2014). Penerapan teori kognitif
Piaget dalam pembelajaran di sekolah sebagai dasar melaksanakan revolusi mental.
Soshum Jurnal Sosial dan Humaniora, 4(2).
http://ojs.pnb.ac.id/index.php/SOSHUM/article/view/396
Yahya AD. (2018). Konsep perkembangan kognitif perspektif Al-Ghazali dan Jean Piaget.
Jurnal Bimbingan dan Konseling, 5(2), 97-104. Universitas Islam Negeri Raden Intan
Lampung. http://ejournal.radenintan.ac.id/index.php/konseli/article/view/3501
5