The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dhivvyhari, 2021-07-31 10:41:59

SUKAN BADMINTON

SUKAN BADMINTON

FOLIO
SUKAN BADMINTON

Dhivyaashini Hari Chandran
5b

CP170098

Pengenalan

Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket dan bulu tangkis yang dimainkan
oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan
bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah

gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Sukan badminton diminati oleh hampir
semua golongan tanpa mengira peringkat umur,

agama mahupun jantina. Sukan badminton juga telah menjadi satu sukan yang telah
mengharumkan nama negara kita di peringkat antarabangsa. Tokoh-tokoh juga telah banyak

berjasa dalam membanggakan nama Malaysia di persada dunia. Permainan badminton ini
boleh dijadikan sebagai sukan riadah yang sihat untuk mengekalkan kecergasan dan
kesihatan.

sejarah sukan badminton

Badminton dipercayai berkembang daripada permainan purba 'battledore' dan
bulu tangkis. Permainan ini sudah bermula sejak lebih 2000 tahun dahulu di zaman
purba Greek, China, Jepun , India dan Siam. Golongan petani ini juga turut
memainnya ketika zaman pertengahan di England pada abad ke-16, dan pada
ketika itu permainan sangat popular di kalangan kanak-kanak. Ketika abad-17,
'battledore' atau juga dikenali sebagai 'jeu de volant' salah satu permainan mengisi
waktu senggang kelas di negara-negara Eropah. J.H.E Heart merupakan salah
seorang pelapor sukan badmintton di India dan selepas pulang ke England dia
mula memainkan peranan penting di dalam menggubal peraturan sukan itu. Pada
bulan Mac 1898,pertandingan terbuka pertama telah diadakan di Guildford, maka
bermulalah era pertandingan badminton. Pertandingan ini juga dianjurkan dengan
begitu berjaya, sebelum Kejohanan All England yang pertama dianjurkan pada
tahun berikutnya.

tokoh-tokoh badminton #1

Datuk Lee Chong Wei ialah seorang pemain badminton
profesional Malaysia. Lee merangkul pingat perak di
temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 [2] dan 2016, maka
menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan
akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan
kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996.
Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya,
serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia yang
keenam Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira
kebangsaan. Pada 13 Jun 2019, Lee mengumumkan
persaraannya daripada badminton profesional selepas 19
tahun berkhidmat dalam pasukan badminton kebangsaan
Malaysia dalam sidang akhbar curang di kompleks
Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya. Beliau diiringi
oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

tokoh-tokoh badminton #2

Datuk Punch Gunalan adalah tokoh legenda badminton negara. Beliau menjadi
juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, beregu dan
beregu campuran (1961-1963). Juara remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia
(ABC) di Kuala Lumpur pada 1962. Gunalan mewakili skuad Malaysia ke Piala
Thomas 1970 dan sekali lagi pada 1973. Beliau memenangi pingat emas acara
beregu di Sukan Asia pada 1970. Pada tahun 1974, beliau mendapat kejayaan
cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu
di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand. Selepas berhenti menjadi
pemain badminton, beliau melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan dan
merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Piala Thomas Malaysia pada 1992.[6] Dari
tahun 1985 hingga 1997, beliau telah memegang jawatan Setiausaha Kehormat
Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden IBF
2006 dan menyaksikan pengundian Piala Thomas.

Tokoh- tokoh badminton #3

Datuk Abdul Rashid bin Dato' Haji Mohd Sidek merupakan bekas pemain
dan jurulatih badminton dari Malaysia. Beliau memenangi gelaran Terbuka
Malaysia selama tiga tahun berturut-turut pada tahun 1990, 1991, dan
1992. Pada final Piala Thomas pada tahun 1992, beliau mengalahkan Ardy
Wiranata untuk memberikan Malaysia mata pertama dalam kemenangan
dramatik 3-2 ke atas musuh tradisi Indonesia - kejuaraan pertama yang
dimenangi oleh Malaysia dalam 25 tahun, dan yang terakhir hingga hari ini.
Pada tahun 1996, Rashid mara ke final All England sebelum tewas kepada
Paul-Erik Hoyer Larsen dari Denmark. Beliau mencipta sejarah apabila
memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Atlanta 1996, mengalahkan
pilihan utama, Joko Suprianto dari Indonesia di suku akhir sebelum
menewaskan juara dunia 1995 juga dari Indonesia, Heryanto Arbi, 5-15, 15-
11, 15-6 untuk penentuan pingat gangsa.

ciri keselamatan sebelum bermain

Lakukan aktiviti Pakai pakaian yang Pastikan tiang dan raket
memanaskan badan sesuai bagi badminton dalam
bagi mengelakkan
risiko kecedaraan pada memudahkan keadaan yang baik dan
pergerakan selamat untuk
otot digunakan

Kasut bertapak getah Pakai stokin untuk Pastikan gelanggang
yang mempunyai tapak mengelakkan melecet tidak berpasir atau
cengkaman yang kuat
sesuai digunakan untuk rosak sebelum
mengelakkan kecederaan bermain

raket senarai kelengkapan badminton

Raket adalah peralatan utama dalam permainan badminton. Jika
zaman dulu, permainan ini dimainkan dengan menggunakan
pemukul berbentuk empat segi atau leper daripada kayu tetapi
sekarang ia berevolusi dengan menggunakan material yang lebih
kukuh, kuat, dan ringan iatu carbon atau graphite. Beberapa
faktor yang perlu diambil kira oleh anda sebelum membeli raket
adalah seperti berat, titik keseimbangan, ketahanan, ukuran dan
material grip tangan, bentuk frame, dan ketegangan tali.

Sama seperti raket. Bulu tangkis juga termasuk dalam
peralatan yang utama dalam pemainan badminton.
Menariknya, di kawasan-kawasan luar bandar ia dikenali
dengan jolokan “bulu ayam”. Walau bagaimanapun, bulu
tangkis bukanlah diperbuat daripada bulu ayam. Sebaliknya, ia
diperbuat daripada bulu angsa atau bulu itik.

bulu tangkis

Net jaring

Jika anda bermain badminton bersama keluarga di halaman rumah, biasanya anda tidak
menggunakan net jaring. Jadi mata dikira dengan berdasarkan mana-mana pemain yang
menjatuhkan bulu tangkis tersebut. Tanpa anda sedar sebenarnya corak permainan
seperti itu adalah corak permainan badminton pada zaman dahulu. Sekarang, net jaring
telah diperkenalkan untuk memurnikan lagi sukan badminton. Net bukan sahaja menjadi
penentu area pemain dalam gelanggang tetapi juga memudahkan pemain untuk
menentukan tinggi rendah pukulan, servis, dan serangan dari lawan.

kasut badminton

Kasut badminton bukan sekadar kasut sukan biasa. Bagi yang sudah terbiasa memakai kasut
badminton semasa bermain badminton pasti anda sudah boleh merasakan perbezaan apabila anda
bertukar kepada kasut-kasut lain. Kasut ini menentukan keseluruhan skill pemain untuk ditonjolkan
semasa perlawanan. Gerakan seperti melompat, smash, pergerakan tajam, pergerakan sisi, dan brek
akan ditentukan dengan bebanan yang diletakkan pada kaki pemain.

undang-undang dan peraturan badminton

i. Undang-Undang Asas

Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton boleh
dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat umur sama ada lelaki
atau perempuan boleh bermain badminton. Badminton juga boleh dimainkan secara suka-suka
untuk mengisi masa lapang atau secara pertandingan.
Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan lelaki dan
wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran. Piala Thomas/Uber dan Piala Sudirman
ialah acara berpasukan

ii. Memulakan Permainan

Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu tangkis atau syilling boleh digunakan
dalam undian.
Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang.
Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.

undang-undang dan peraturan badminton #2

iii. sistem pengiraan markah

Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (‘the best of three games’).
Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.
Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama
mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang.
Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan
sebaliknya.
Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya.

kesalahan pemain dalam badminton

Bulu tangkis terkandas pada raket lalu tercampak semasa hendak membuat pukulan; atau
jika bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut oleh pemain
yang mempunyai dua pukulan atau bulu tangkis dipukul berturut-turut oleh
pemain dan pasangannya.

Pemain gagal membalas bulu tangkis melepasi jaring ke gelanggang lawan

Menyentuh jaring atau penampungnya dengan raket, badan atau bajunya
ketika dalam permainan

Memukul bulu tangkis sebelum ia melepasi jaring ke gelanggangnya.
Walaubagaimanapun, pemain boleh mengikuti pergerakan bulu tangkis
melepasi jaring dengan raket semasa membuat pukulan.

inovasi yang ingin dibuat dalam sukan badminton

raket yang diperbuat daripada bahan ringan

bingkai raket biasanya, dibuat daripada logam atau alumininum. dengan
menggunakan bahan yang lebih ringan, raket akan mudah untuk dikawal.
Raket ringan juga dapat bergerak lebih cepat melalui udara dan dapat
membantu pemain bertindak dengan cepat.

bulu tangkis diperbuat daripada pokok atau bahan lain
Dalam badminton bulu tangkis sangat penting. Selalunya, ia diperbuat
daripada bulu itik atau angsa. Jadi dengan menggunakan bahan lain, kita
dapat mengelakkan kepupusan angsa.

penutup

Dengan ini, saya akhiri tugasan saya. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya dapat
mengetahui pelbagai perkara tentang badminton dan saya sangat kagum dengan
sukan ini. Saya juga percaya bahawa tugasan ini dapat memberi manfaat. Saya
berharap sukan ini tidak dipinggirkan dan terus kekal pada masa akan datang.
Dengan ini, saya akan juga mula meminati sukan ini, dan saya amat berbangga
dengan tokoh-tokoh yang sudah membanggakan negara kita dengan pencapaian
dam penglibatan mereka dalam sukan ini.


Click to View FlipBook Version