Pendahuluan
Buku ini mengisahkan biodata nilai murni kerjaya dan sumbangan sesorang tokoh yang berasal dari Muar, Johor.
Tokoh ini tidak lain dan tidak bukan iaitu perdana menteri ke 8 Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yaasin. Pemimpin
merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang
menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang
tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan.
Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti
yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan
organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran
seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa
membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi
ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.
Biodata pemimpin
Nama Penuh : Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
Nama Isteri : Datin Norainee binti Abdul Rahaman
Tarikh Lahir : 15 Mei 1947
Tempat Lahir : Muar, Johor
Bilangan Anak : 4 orang (2 lelaki & 2 perempuan)
Salasilah Keluarga : Beliau berasal dari Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta'zim dan merupakan salah seorang
daripada 47 orang anak seorang ulama terkenal di Muar, iaitu Tuan Haji Muhammad Yassin
bin Haji Muhammad dan isteri kedua daripada empat orang isteri, iaitu Puan Hajjah Khadijah
binti Haji Kassim beliau sekarang berumur 73 tahun dan berkhimat sebagai perdana menteri
Malaysia ke 8
Pendidikan Tokoh SM Tinggi Muar, Johor
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail (sekolah
aliran Inggeris) serta Government English School di Muar (sekolah menengah). Beliau kemudian melanjutkan
pengajian ke Universiti Malaya pada tahun 1968 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
Ekonomi dan Pengajian Melayu (1970). Semasa di alam pembelajaran di peringkat rendah hingga ke universiti,
beliau tidak terkelompok dalam kumpulan pintar atau genius. Beliau adalah seorang siswa biasa tetapi amat
tekun dan kuat berusaha.
Beliau sangat berminat membaca dan sering meluangkan waktu dan menghabiskan waktu dengan membaca.
Beliau seolah-olah ketagih membaca atau seperti ulat buku meskipun bukan mengenai bidang kursus yang
diikutinya. Beliau mempunyai pengetahuan luas tetapi beliau tidak memperlihatkannya dalam tutur kata atau
ketika berhujah. Beliau adalah seorang yang pendiam tetapi amat suka mendengar dan memberi tumpuan dalam
sesuatu perbincangan. Beliau sentiasa berjaya menyelesaikan sesuatu persoalan dan masalah para sahabat dengan
tindakan yang cepat dan kelihatan begitu mudah.
Kerjaya Tokoh
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Pada tahun pertama mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDN &
HEP), Tan Sri Muhyiddin telah mewujudkan lebih banyak perniagaan baharu sehingga peningkatannya melebihi 36%.
Beliau juga memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang yang dikuatkuasakan pada musim perayaan. Langkah itu
telah berjaya memastikan bekalan keperluan sentiasa mencukupi pada harga berpatutan berbanding tahun-tahun
sebelumnya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
.
Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tan Sri Muhyiddin dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (Ministry of International Trade and Industry Malaysia). Sebaik sahaja
memasuki pejabat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin pantas
memperkenalkan cogan 'Think Business' sebagai teras Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.
Tujuannya supaya para pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia memahami pemikiran
dan bertindak seperti golongan korporat, seterusnya memberi tumpuan untuk mengangkat sektor perdagangan dan
perindustrian Malaysia.
Kerjaya Tokoh
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Rencana–rencana utama: Rakan Muda dan Sukan Komanwel 1998
Tan Sri Muhyiddin telah mengkaji Dasar Belia Negara yang telah digubal pada tahun 1985 dan telah digubal menjadi Dasar
Pembangunan Belia Negara[41] pada tahun 1997 ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga
menggerakkan program Rakan Muda yang diasaskan oleh 'Bapa Rakan Muda', Tan Sri Abdul Ghani Othman, dan mendapat
sambutan di luar dugaan di mana lebih 500,000 orang belia mendaftar diri dalam enam bulan pertama ia diperkenalkan.
Program Rakan Muda adalah program yang melibatkan 10 gaya hidup sihat dan merupakan sebahagian daripada blueprint
pembangunan Wawasan 2020.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Tan Sri Muhyiddin telah menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan mempelopori ‘Pertanian
adalah Perniagaan’. Wawasan beliau menjadikan sektor pertanian tidak lagi dipandang rendah, sebaliknya berjaya mengubah
minda dan persepsi masyarakat sehingga ramai siswazah dalam pelbagai disiplin serta organisasi korporat begitu berminat
menceburi bidang pertanian
Kerjaya Tokoh
Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 1981-2003
Pada tahun 1981, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia oleh Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia
Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan sehingga 5 tahun. Beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian
Tinggi Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2013.
Menteri Dalam Negeri Malaysia
pada 21 Mei 2018, beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagaidi hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad
V[35] di Istana Negara.
Kerjaya Tokoh
Kerjaya Awal (Sektor Awam)
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim (Bahagian
Latihan dan Biasiswa) (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974).
Ahli Dewan Negeri Gambir, Johor Darul Ta'zim
tanggal 28 Jun 2018 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim di hadapan Yang di-
Pertua Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim, Suhaizan Kayat, beliau menyandang jawatan ADUN Gambir, Muar Johor
Kerjaya Tokoh
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tan Sri Muhyiddin dipertanggungjawabkan untuk mengetuai
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (Ministry of International Trade and
Industry Malaysia).
Sektor Korporat
Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia
korporat. Beliau telah bertugas di beberapa buah anak syarikat pelaburan milik kerajaan negeri Johor Darul
Ta'zim, (GLC), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta'zim (PKENJ); kini Perbadanan Johor
(JCorp). Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Muhyiddin telah memegang beberapa jawatan
penting di SGS Ates Sdn Bhd sebagai Pengurus Perjawatan; Pengarah Urusan, Sri Saujana Berhad dan
Sergam Berhad serta Pengarah Syarikat, Equity Mal (Johor) Sdn Bhd.
Sumbangan Tokoh
Tan Sri Muhyiddin juga merupakan Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen sejak 12 Mac 1991.
Yayasan ini berperanan untuk menganjur dan mengendalikan persidangan, seminar serta bengkel bagi
meningkatkan perkembangan minda generasi Malaysia yang cemerlang serta mengeratkan silaturrahim dan
menggalakkan integrasi di semua peringkat. Beliau melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan kepimpinan
dan kemasyarakatan seperti ceramah motivasi, keibubapaan, kaunseling, pembangunan kapasiti wanita dan
gejala sosial serta pelbagai bidang yang berkaitan.
Wadah pengumpul para cendekiawan untuk berbincang dan melahirkan idea yang konstruktif,
kreatif serta kritikal yang dapat menjadi panduan dalam menangani isu dan masalah ekonomi, politik dan
sosial. Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk membantu meningkatkan pembangunan ekonomi Bumiputera
khususnya dalam bidang keusahawanan dan pertanian. Menjalankan penyelidikan saintifik berkaitan dengan
pembangunan ekonomi, sosial dan budaya yang berhubung rapat dengan pembangunan negara.
Nilai Kepimpinan yang boleh
dicontohi
Semangat juang yang kental serta pengalaman yang luas menjadi kelebihan kepada Tan Sri Muhyidin Yassin untuk menggalas
serta melaksanakan tanggungjawab sebabagi Perdana Menteri ke 8. Pengamal pengnalisis politik mengandaikan beliau
mampu mengukuhkan kembali kestabilan politik dan pembangunan ekonomi negara seperti yang diharapkan oleh rakyat di
negara ini. Beliau adalah individu terbaik untuk menerajui kepimpinan negara. Berdasarkan pengalaman luas untuk menerajui
kepimpinan negara.
Tan Sri Muhyiddin bukan sahaja berkelayakan dari sudut pengalaman bahkan juga keperibadian sebagai seorang
pemimpin yang berintegriti, tidak tamak pada jawatan adalah kekuatan Perdana Menteri ke 8. Ketegasan beliau itu sudah
mnunjukkan keberanian, kejujuran beliau menyelesaikan masalah, mencungkil rahsia tanpa memikirkan akibatnya terhadap diri
sendiri dan jawatan yang dipegangnya. Menurut beliau, manifestasi paling mudah bahawa beliau tidak tamak memegang jawatan
sebagai TPM dengan hanya berdiam. Kriteria ini penting selain pengalaman yang membuatkan rakyat berasa beliau adalah
seorang yang boleh dipercayai.
Kelebihan yang ada pada Tan Sri Muhyiddin untuk mengadakan rekonsiliasi polisi tentang dasar kerajaan yang
baik dalam kedua-dua era pentadbiran supaya ia dapat diteruskan atau diperkenalkan semula dalam teraju Perikatan Nasional di
bawah pentadbiran beliau.
Kesimpulan
‘Abah Muyhiddin’. Gelaran sedemikian sebenarnya sudah cukup menunjukkan penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya. Tan
Sri Muhyiddin Yassin yang selalu tampil berucap dengan gaya santai, selain sentiasa mengikuti perkembangan terkini isu tular
dalam kalangan rakyat, dilihat berjaya merobohkan ‘dinding’ antara pemimpin dan rakyat.
kita melihat reaksi rakyat lebih berasa senang, tenang dan selesa sengan gaya Tan Sri selaku Perdana Menteri.
Kaah santai dan pertuturan yang mudah diperjelas kepada rakyat membawa kesan baik kepada masyarakat. Santai Tan Sri
Mahyuddin Yassin tidak ‘kosong’ kerana setiap langkah diambilnya bukan sahaja memerlukan arahan segera, berani dan tegas
tetapi juga kebijksanaan dalam mengatur strategi agar kepentigan semua pihak terjaga. Jika dilihat dari segi pengurusan kerajaan
dalam menangani kesan impak ekonomi ke atas rakyat menunjukkan kewibawaan dan keprihatinan beliau sebagai ketua kerajaan.
Ini membawa kelegaan kepada rakyat walaupun berada dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Mac lalu.
Tidak salah dan terlalu awal juga jika dilabelkan Ahli Parlimen Pagoh ini sebagai Bapa Kebajikan Rakyat, dek
pelbagai buan diberikannya kepada rakyat bagi membantu rakyat menongkah arus kemelesetan ekonomi ekoran COVID-19 yang
sedang melanda negara. Muhyiddin hadir ketika negara berhadapan dengan krisis kesihatan, ekonomi dan politik, justeru sudah
tentu ada keputusan populat dan tidak popular dibuat untuk memastikan hala tuju negara tidak terjejas. Disifatkan juga, Tan Sri
Muhyiddin sebagai ‘Man of Actions’, pemimpin negara itu mempamerkan personaliti yang bijak dan lebih banyak bekerja
daripada bercakap kosong menyebabkan beliau disenangi rakyat, apa lagi dengan perwatakan sebagai ‘figura bapa’
Sumber Rujukan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/698520/muhyiddin-perdana-
menteri-pragmatik
https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhyiddin_Yassin#Pendidikan
parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3667
pmo.gov.my/ms/laman-utama/
pmo.gov.my/ms/2020/03/profil-yab-tan-sri-muhyiddin-yassin/
moha.gov.my/index.php/ms/berita-kdn/3808-yb-tan-sri-dato-haji-muhyiddin-bin-mohd-
yassin-menteri-dalam-negeri
Sinar Harian 2020. Muhyiddin terbaik kerana semangat kental, banyak pengalaman.