Kandungan:
- Pendahuluan
- Matlamat
- Objektif
- Modul Panduan Pengajaran Muzik (Alat Perkusi) Inklusif
METER
- 4/4 , 3/4 , 2/4
NILAI NOT
- Semibrif,
- Minim
- Krocet
- Kuaver
- Semikuaver
CORAK IRAMA
Cadangan Aktiviti
- mendengar muzik
- mengikut tempo
- mengajuk corak irama
LATIHAN MENGIRINGI LAGU
Cadangan Aktiviti
- mendengar lagu
- mengikut tempo
- mengajuk corak irama
- bermain alat perkusi
APRESIASI HASIL MUZIK (PERSEMBAHAN)
Cadangan Aktiviti
- Membuat persembahan ensembel perkusi mengiringi
lagu
PENILAIAN FASILITATOR
PENUTUP
PENDAHULUAN
Latar Belakang
Modul Panduan Pengajaran Muzik (Perkusi) Inklusif dibina berdasarkan Pedagogi Inklusif iaitu
amalan pengajaran yang melibatkan penyertaan semua murid tanpa mendiskriminasikan
latar belakang sosioekonomi, tahap kognitif, gender, budaya dan gaya pembelajaran yang
berbeza. Berasaskan Kurikulum Pendidikan Muzik yang berpandukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, modul dibina bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dengan lebih
berkesan. Bersifat holistik, tidak terlalu menekankan akademik yang boleh membebankan
pelajar selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025.
Bertepatan dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
memerlukan guru yang kompeten serta beraspirasi tinggi bagi mencapai objektif kedua TS25
iaitu membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur
kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan. Dari aspek kurikulum,
pedekatan pedagogi yang ditekankan dalam TS25 adalah pembelajaran secara mendalam,
kontekstual dan berkesan.
Sehubungan itu , guru boleh merancang pengajaran yang sesuai mengikut kemampuan
pelajar. Pengubahsuaian ini perlu untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna
kepada pelajar berkeperluan khas. Modul panduan pengajaran ini dapat diaplikasikan dalam
proses pembelajaran kehidupan seharian kerana ianya menyediakan pendidikan berkualiti
supaya pelajar menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. Oleh
yang demikian, modul ini adalah bersifat fleksibel yang membolehkan guru-guru memahami
setiap langkah pengajaran yang telah disediakan.
Aktiviti bermain alat perkusi dalam modul ini menekankan aspek pengalaman muzikal,
ekspresi kreatif, persepsi estetik dan penghargaan estetik. Aktiviti menjurus kepada
kemahiran mendengar, kemahiran mengikut tempo , kemahiran mengajuk corak irama dan
kemahiran bermain alat perkusi. Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar
menghayati dan menikmati muzik menerusi aktiviti muzikal yang dirancang, memberi peluang
dan pengalaman bermakna kepada murid bermain alat perkusi serta meningkatkan
kemahiran pelajar dari segi kognitif, psikomotor dan kemahiran sosial yang boleh
mempengaruhi keperibadian. Selain itu, ia memberikan peluang kepada pelajar berkeperluan
khas mendapatkan pengalaman pembelajaran menerusi akomodasi persekitaran
berdasarkan peluang pembelajaran yang disediakan oleh guru.
Modul pengajaran ini diharapkan dapat membantu guru menjana idea melalui penggunaan
pelbagai media dan teknik pengajaran bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menyeronokkan, bermakna dan efektif untuk mencapai matlamat dan objektif Pedagogi
Inklusif.
Matlamat
Perlaksanaan modul Panduan Pengajaran Muzik (Perkusi) Inklusif ini digubal berasaskan
Pedagogi Inklusif untuk meningkatkan kebolehan serta mengembangkan potensi dan minat
pelajar terhadap seni muzik secara seimbang dan bersepadu, bersesuaian dengan tahap
keupayaan individu yang berkeperluan khas. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek, dan sosial bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis, dan berakhlak
mulia. Sehubungan itu, besarlah harapan agar modul ini dapat menimbulkan minat pelajar,
memberi peluang untuk merasai pembelajaran terancang serta fun learning dalam aktiviti
Pengajaran Muzik (perkusi). Selain dapat mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan
bermakna bagi kalangan pelajar yang berkeperluan khas.
Objektif
Modul Panduan Pengajaran Muzik (Perkusi) Inklusif ini membolehkan guru:
1) mencungkil bakat serta mengembangkan potensi pelajar
2) meningkatkan kemahiran kognitif, psikomotor, dan sosial pelajar
3) melahirkan pelajar yang seimbang, berkeyakinan serta berfikiran positif dalam
kehidupan.
4) menyampaikan ilmu sebagai persediaan ke arah masa hadapan dan kerjaya pelajar
yang berkeperluan khas.
Panduan Pengajaran Muzik (Alat Perkusi) Inklusif
METER
Meter yang terdapat pada permulaan skor muzik ditulis sebagai tanda masa (time signature),
menunjukkan bilangan detik dalam rentak asas sesebuah lagu yang dikumpulkan dengan
bilangan tertentu. Meter dibina untuk mengira setiap detik satu persatu dalam kumpulan.
Detik dihimpunkan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan seterusnya. Kumpulan detik ini diletakkan
dalam satu bar. Lazimnya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar.
Contoh di atas adalah meter 3/4, 3 mewakili bilangan detik yang dicipta dalam satu bar
manakala 4 mewakili jenis not yang menjadi asas detik iaitu not krocet.
Meter duaan, tigaan dan empatan menunjukkan bilangan detik dalam bar. Pengumpulan
bilangan tersebut dikenali sebagai meter dan ditulis dalam skor lagu sebagai tanda masa atau
time signature.
Yang bertanda merah adalah meter yang telah ditulis sebagai tanda masa /time signature
dalam skor muzik.
Terdapat tekanan bunyi yang berbeza-beza dalam setiap bar, dan detik pertama dimainkan
lebih kuat daripada detik-detik yang lain.
Mari kita lihat bagaimana demonstrasi memainkan detik dalam meter 4/4, 3/4 dan 2/4
Memainkan detik dalam meter 4/4, 3/4, dan2/4 - YouTube
NILAI NOT
Not Semibrif mempunyai kiraan 4 , manakala minim adalah 2 kiraan, krocet 1 kiraan, kuaver
½ kiraan, semikuaver ¼ kiraan dan demisemikuaver 1/8 kiraan.
Rajah di atas adalah contoh nilai not
Rajah di atas adalah kiraan mengikut detik berasaskan not semibrif
CORAK IRAMA
Corak irama terbentuk melalui gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza seperti
not krocet , minim, kuaver serta tanda rehat yang digabungkan.
Rajah di atas adalah contoh corak irama mudah dalam meter 2/4 dan 4/4 serta tanda rehat
krocet .
Audio demonstrasi bagaimana untuk memainkan corak irama dengan menggunakan alat
perkusi. Latihan Corak Irama.
https://www.youtube.com/watch?v=uj2xjScrHX4
Memperkenalkan alat perkusi dan cara bermain.
https://www.youtube.com/watch?v=8DSx9Lm5p0I
Cadangan Aktiviti
- guru memperdengarkan kepada murid lagu yang hendak dipersembahkan lalu cuba
mengikut tempo lagu dan cuba mendapatkan corak irama lagu tersebut. Alat perkusi
boleh memainkan detik lagu, contohnya alat kerincing akan dimainkan pada detik
pertama dan ke empat lagu yang bermeter 4/4.
- Guru boleh juga memainkan alat perkusi dengan mengajuk corak irama lagu yang
diperdengarkan.
LATIHAN MENGIRINGI LAGU
Cadangan Aktiviti
- mendengar lagu - Rasa Sayang dan Selamat Hari Lahir
- Lagu Kanak-Kanak | Rasa Sayang | Didi & Friends - YouTube
- https://www.youtube.com/watch?v=daQ3UwVA7c4
- mengikut tempo - memainkan detik dengan menepuk tangan atau
bermain alat perkusi dengan mengikut tempo yang betul.
- mengajuk corak irama- memainkan corak irama lagu yang diperdengarkan
dengan cara menepuk tangan ataupun memainkan alat perkusi.
- bermain alat perkusi – bermain alat perkusi sambil mengiringi lagu yang
diperdengarkan mengikut corak irama yang telah ditentukan. (samada
mengikut detik sahaja ataupun mengajuk corak irama lagu tersebut)
APRESIASI HASIL MUZIK (PERSEMBAHAN)
Cadangan Aktiviti
- Membuat persembahan ensembel perkusi mengiringi lagu
- Demonstrasi contoh permainan alat perkusi bagi mengiringi sebuah lagu:
https://www.youtube.com/watch?v=7P506gZwH_Y
PENILAIAN
PENUTUP
Diharapkan dengan terhasilnya modul ini, dapat membantu guru-guru pendidikan khas
mendapatkan ilmu tentang permainan Alat Perkusi, seterusnya membantu guru-guru
mengajar murid-murid berkeperluan khas bermain alat perkusi dengan corak irama yang
mudah. Semoga dengan usaha ini dapatlah anak-anak istimewa ini, mendapatkan
kemahiran bermain alat perkusi dengan bantuan guru-guru. Selain dapat melatih
kemahiran mendengar dan mengasah kemahiran psikomotor serta kemahiran kognitif
mereka.