The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERATURAN PERTANDINGAN KABADDI MSSD PETALING UTAMA 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sivasangker, 2023-07-17 22:45:27

PERATURAN PERTANDINGAN KABADDI MSSD PETALING UTAMA 2023

PERATURAN PERTANDINGAN KABADDI MSSD PETALING UTAMA 2023

MSSD Petaling Utama / Kabaddi / 2023 1 PERTANDINGAN KABADDI PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA Anjuran MSSD PETALING UTAMA & SJK (T) EFFINGAM 23 & 24 OGOS 2023 Disediakan oleh : EN.SIVA SANGKER A/L SUNDRA RAJ PARTHEEBAN PENGERUSI TEKNIK PEMBANGUNAN SUKAN KABADDI MSSD PETALING UTAMA


MSSD Petaling Utama / Kabaddi / 2023 2 KEJOHANAN KABADDI PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA - 2023 Pendahuluan Kejohanan Kabaddi peringkat Daerah Petaling Utama pada 2023 akan dikelolakan oleh SJKT Effingam. Kejohanan kabaddi ini dianjurkan agar mempraktikkan kemahiran (skill) yang dimiliki oleh murid. Kejohanan ini juga akan memberikan peluang kepada murid bagi mewakili Kontigen Kabaddi Daerah Petaling Utama dalam kejohanan kabaddi MSS Selangor 2023. Matlamat 1. Mendedahkan murid kepada pengalaman bertanding dalam suasana sebenar kejohanan. 2. Pemilihan pemain kabaddi bagi mewakili Daerah Petaling Utama. 3. Mempromosikan permainan kabaddi dalam kalangan bukan India. Objektif 1. Memberikan peluang kepada semua sekolah di Daerah Petaling Utama bagi membangunkan Permainan kabaddi di sekolah masing-masing serta membangunkan Sukan di Petaling Utama. 2. Mencari pemain-pemain untuk mengganggotai Kontigen Daerah Petaling Utama. Pelaksanaan Tarikh : 23&24 oGOS 2023 ( 2 HARI). Hari : Rabu & Khamis Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang. Tempat : Dewan SJKT Effingam Sasaran : Semua Sekolah Rendah & Sekolah Menengah Daerah Petaling Utama


MSSD Petaling Utama / Kabaddi / 2023 3 Acara yang dipetandingkan 1. Kategori Lelaki & Perempuan Umur Bawah 12 Tahun 2. Kategori Lelaki & Perempuan Umur Bawah 15 Tahun 3. Kategori Lelaki & Perempuan Umur Bawah 18 Tahun Sistem Pertandingan - Lampiran disertakan bersama. Kepegawaian & Pengadilan 1. Pegawai dan Pengadilan yang bertauliah dari Persatuan Kabaddi Kebangsaan (KAM) akan mengadili setiap perlawanan. 2. Sebarang bantahan terhadap keputusan pengadil dan / atau hakim harus melalui Ketua Pengadil Kebangsaan dari Persatuan Kabaddi Kebangsaan (KAM). Keselamatan Pihak penganjur akan mendapat bantuan dari pihak PBSM daerah Petaling. Sumber Kewangan 1. Segala perbelanjaan bagi Kejohanan Kabaddi MSSD Petaling Utama akan diuruskan oleh Pihak Penganjur Kejohanan Kabaddi -SJK(T) Effingham. 2. Yuran Penyertaan bagi setiap sekolah yang mengambil bahagian dikenakan sebanyak RM150.00 Penutup Tujuan murni Pertandingan Kabaddi Daerah Petaling Utama 2023 yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Dearah Petaling Utama, hanya akan tercapai sekiranya mendapat sambutan, kerjasama dan sokongan semua pihak khususnya semua sekolan Daerah Petaling Utama. Oleh yang demikian, pihak penganjur sangat mengharapkan kerjasama dan sokongan dari semua pihak. “ 1 MURID 1 SUKAN ”


MSSD Petaling Utama / Kabaddi / 2023 4 MAJLIS SUKAN SEKOLAH –SEKOLAH DAERAH PETALING UTAMA KABADDI PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. PERATURAN PERMAINAN KABADDI Kejohanan Kabaddi MSSD Petaling Utama akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh RULES OF KABADDI sebagaimana yang ditetapkan oleh WORLD KABADDI FEDERATION (WKF), ASIAN AMATEUR KABADDI FEDERATION (AAKF), PERSATUAN KABADDI MALAYSIA (KAM) dan peraturan am majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor. 2. PENYERTAAN 2.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan Sekolah dalam Daerah Petaling Utama. 2.2 Setiap sekolah hanya boleh mendaftar satu (1) pasukan sahaja bagi setiap kategori. 2.3 Bilangan peserta bagi setiap kategori bagi setiap pasukan adalah sekurang-kurangnya 7 orang dan tidak melebihi 10 orang pemain sahaja. 3. KELAYAKKAN PESERTA 3.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun (Sila rujuk perenggan 5 kategori umur ) dan selepasnya layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan. 3.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan borang pendaftaran dan satu salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak / Sijil Lahir peserta yang mengambil bahagian. 3.3 Peserta gantian hanya boleh dikemukakan selepas tarikh mesyuarat undian sekiranya berlaku pertukaran dengan sebab-sebab yang munasabah. Penggantian hanya boleh dilakukan dalam Mesyuarat Pengurusan Pasukan. 3.4 Berat badan bagi pemain : 3.4.1 Kategori Umur Bawah 12 Tahun (lelaki & Perempuan - 55.00 Kg). 3.4.2 Kategori Umur Bawah 15 Tahun Lelaki – 70 Kg & Perempuan – 60 Kg. 3.4.3 Kategori Umur Bawah 18 Tahun Lelaki – 80 Kg & Perempuan – 70 Kg. 3.5 Semua pelajar diwajibkan melalui sesi menimbang berat pada masa yang ditentukan.


MSSD Petaling Utama / Kabaddi / 2023 5 4. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN 4.1 KATEGORI UMUR BAWAH 12 TAHUN (LELAKI & PEREMPUAN) Hari : RABU Tarikh : 23 Ogos 2023 (1 Hari) Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang Tempat : Dewan SJKT Effingham 4.2 KATEGORI UMUR BAWAH 15 & 18 TAHUN (LELAKI & PEREMPUAN) Hari : KHAMIS Tarikh : 24 Ogos 2023 (1 Hari) Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang Tempat : Dewan SJKT Effingham 5. KATEGORI UMUR (LELAKI & PEREMPUAN) 5.1 Lelaki & Perempuan bawah umur 12 tahun ( lahir pada tahun 2011 dan selepasnya) 5.2 Lelaki & Perempuan bawah umur 15 tahun ( lahir pada tahun 2008 dan selepasnya) 5.3 Lelaki & Perempuan bawah umur 18 tahun ( lahir pada tahun 2005 dan selepasnya) 6. PENDAFTARAAN 6.1 Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 10 orang pemain sahaja dalam borang pendaftaran rasmi. Borang pendaftaran rasmi ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar, Pengetua ATAU PK Kokurikulum sekolah masing-masing. Semua murid perlu mengisi boring perakuan kesihatan 6.2 Peserta hendaklah terdiri daripada WARGANEGARA MALAYSIA. 6.3 Semua peserta WAJIB membawa kad pengenalan asal atau Surat Beranak sebagai pengesahan rasmi. Surat akuan, Surat Sumpah dan sebagainya TIDAK AKAN DITERIMA. (Sila rujuk Peraturan AM 4 MSSM). 7. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN 7.1 Lelaki & Perempuan Umur Bawah 12 tahun 7.2 Lelaki & Perempuan Umur Bawah 15 tahun 7.3 Lelaki & Perempuan Umur Bawah 18 tahun


MSSD Petaling Utama / Kabaddi / 2023 6 8. SISTEM PERTANDINGAN 8.1 Sistem pertandingan yang dijalankan adalah secara liga dan kalah mati. 8.2 Separuh Akhir 8.3 Akhir 9. CARA-CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN 9.1 Pemenang perlawanan akan diberi tiga(3) mata, Seri akan diberi satu (1) mata, Manakala pasukan yang kalah tidak akan memperoleh apa-apa mata (0). 9.2 Pemenang kumpulan ialah pasukan yang mendapat jumlah mata terkumpul yang terbanyak dalam empat / tiga / dua perlawanan dalam kumpulan yang disertai. 9.3 * Sekiranya seri, maka pemenang ialah pasukan yang memperolehi jumlah mata Permainan yang terbanyak. 10. TIME OUT 10.1 Sesebuah pasukan hanya dibenarkan menggunakan dua (2) time out dalam setiap separuh masa. 10.2 Time out hanya boleh dimohon oleh Jurulatih/ Pengurus pasukan / Ketua Pasukan / Semua pemain ( Pemain ‘in’ sahaja ). 11. PENGGANTIAN PEMAIN 11.1 Penggantian pemain hanya boleh dilakukan semasa TIME OUT dan waktu rehat sahaja. 11.2 Bilangan penggantian pemain dalam satu ketika (TIME OUT dan waktu rehat ) tiada had. 12. PENGURUS PASUKAN 12.1 Pengurus Pasukan mestilah seorang guru atau kakitangan KPM dari sekolah yang terlibat. 12.2 Pengurus Pasukan mestilah berada di tempat pertandingan sepanjang masa pertandingan berjalan. 12.3 * Pengurus Pasukan bertanggungjawab ke atas disiplin dan kehadiran pesertapeserta dan penyokong. Mata ‘teknikal’ akan diberi jika pengurus gagal mengawal peserta dan penyokongnya. 12.4 Pengurus Pasukan bertanggungjawab di atas segala urusan pertukaran peserta, bantahan atau perkara yang bersangkut paut dengan pasukannya.


MSSD Petaling Utama / Kabaddi / 2023 7 13. JURULATIH PASUKAN 13.1 Jurulatih Pasukan mestilah seorang guru atau kakitangan KPM dari sekolah yang terlibat. 13.2 Jurulatih Pasukan mestilah berada di tempat pertandingan sepanjang masa pertandingan berjalan. 13.3 Jurulatih Pasukan bertanggungjawab ke atas disiplin dan kehadiran peserta- pesertanya. 13.4 Jurulatih Pasukan bertanggungjawab di atas segala urusan pertukaran peserta, bantahan atau perkara yang bersangkut paut dengan pasukannya apabila menggantikan tempat Pengurus Pasukan. 14. MASA PERLAWANAN 14.1 Pusingan awal (Liga kumpulan) PERINGKAT UMUR MASA PERLAWANAN PECAHAN Lelaki & Perempuan Bawah Umur 12 Tahun 7 minit setiap separuh masa dan rehat 2 minit 7 : 1 : 7 Lelaki & Perempuan Bawah Umur 15 & 18 Tahun 7 minit setiap separuh masa dan rehat 2 minit 7 : 1 : 7 14.2 Pertandingan Separuh Akhir dan Akhir PERINGKAT UMUR MASA PERLAWANAN PECAHAN Lelaki & Perempuan Bawah Umur 12 Tahun 10 minit setiap separuh masa dan rehat 3 minit 10 : 2 : 10 Lelaki & Perempuan Bawah Umur 15 & 18 Tahun 15 minit setiap separuh masa dan rehat 5 minit 10 : 2 : 10 15. PASUKAN YANG LEWAT 15.1 Sekiranya sesebuah pasukan lewat sampai ke gelanggang permainan selepas lima (5) minit dari masa permainan dijadualkan, pasukan itu dianggap memberi kemenangan percuma (Walkover) kepada pasukan lawan. 15.2 * Sekiranya sesebuah pasukan itu lewat sampai ke gelanggang permainan tetapi dalam tempoh kurang lima (5) minit, pasukan itu akan di denda dengan memberi mata teknikal kepada pasukan lawan. Bilangan mata teknikal adalah dua (2) kali ganda jumlah minit yang telah dilewati oleh pasukan.


MSSD Petaling Utama / Kabaddi / 2023 8 16. KECEDARAAN, KETIDAKUPAYAAN DAN KECEMASAN 16.1 Sekiranya seseorang peserta tidak boleh meneruskan permainan akibat kecederaan, ketidakupayaan atau kecemasan, peserta tersebut boleh digantikan dengan pemain simpanan yang tersenarai dalam senarai asal pasukan. 16.2 Kecederaan ringan yang dialami oleh seseorang peserta haruslah ditutup / dibalut sepenuhnya dengan kadar segera supaya tidak mengganggu keselesaan permainan pihak lawan. 17. PERTUKARAN PEMAIN 17.1 Pertukaran peserta sesebuah pasukan hanya boleh dilakukan oleh Pengurus Pasukan satu (1) hari / (24 jam) sebelum acara bermula kepada Urusetia kejohanan. 17.2 Pertukaran peserta pada hari kejohanan tidak dibenarkan sama sekali. 17.3 Pertukaran peserta hanya boleh dilakukan dalam mesyuarat Pengurus Pasukan sahaja. 18. PAKAIAN & PERALATAN PEMAIN 18.1 Semua pasukan diwajibkan memakai baju – T sekolah masing-masing atau jersi yang seragam untuk pasukan mereka. Baju – T yang digunakan mestilah mempunyai yang bernombor. Nombor di bahagian dada (Chest numbers) adalah digalakkan. 18.2 Seluar pendek sukan & Track bottom sahaja dibenarkan. Sebarang jenis seluar jean, Bermuda shorts atau Cargo pants tidak dibenarkan. 18.3 Seluar pemain sesebuah pasukan haruslah mempunyai warna yang sama. Pemain dibenarkan memakai “Tights” 18.4 Pemain dibenarkan memakai ankle guard atau knee cap semasa bermain. 18.5 Pemakaian sebarang jenis bandage / balutan di tegah (TIDAK DIBENARKAN) sama sekali. 18.6 Pemakaian head gear sebagai penutup rambut dikepala dibenarkan. 18.7 Pakaian pemain hendaklah bersih dan kemas. Baju-T atau jersi pasukan hendaklah disemat (tuck in) dalam seluar sepanjang masa permainan. 18.8 Pemain DIWAJIBKAN memakai kasut sukan yang sesuai dan tidak berbahaya kepada pemain lain. 18.9 Pemain harus bersiap sedia sebelum masuk gelanggang dari segi fizikal dan pakaian. Sebarang ketidakaturan berkemungkinan diberi MATA TEKNIKAL kepada pihak lawannya.


MSSD Petaling Utama / Kabaddi / 2023 9 19. SUSUNAN GILIRAN PEMAIN 19.1 Senarai tujuh pemain utama hendaklah dimaklumkan kepada Urusetia pertandingan dua puluh (20) minit sebelum pertandingan bermula. (Masa pertandingan, sila rujuk jadual pertandingan terkini atau akan diedarkan pada hari kejohanan). 19.2 Giliran penyerang (Raiding) oleh seseorang pemain tiada had. 20. BANTAHAN 20.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (Status) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh bermain di bawah bantahan (Under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSD Petaling Utama kelak. 20.2 Bantahan-bantahan berhubung dengan pertandingan-pertandingan yang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta – merta dan tidak lewat daripada: 20.2.1 Lima (5) minit setelah keputusan rasmi diumumkan oleh pengadil bagi perlawanan tersebut di peringkat pusingan awal. 20.2.2 Sepuluh (10) minit setelah keputusan rasmi diumumkan oleh pengadil perlawanan tersebut di peringkat Akhir. 20.3 Sebarang bantahan secara lisan boleh dibuat terus kepada Pengadil perlawanan. Keputusan pengadil adalah muktamad. 20.4 Sebarang bantahan secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada Jemaah Juri Rayuan dalam tempoh masa 20 minit selepas perlawanan tamat. 20.5 Borang bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). Borang bantahan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan sama sekali. 21. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH 21.1 Pasukan yang terlewat masuk ke gelanggang pertandingan yang telah ditentukan oleh J/K Pengelola selepas lima (5) minit dari masa sebenar pertandingan yang termaktub dalam jadual pertandingan tanpa memberi sebarang alasan yang munasabah dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dana memberi kemenangan tanpa bertanding (walkover) kepada pihak lawan dengan kiraan mata 15 – 0. 21.2 Menarik diri (walkover) adalah tidak dibenarkan. Jika perkara ini berlaku maka pasukan berkenaan akan dikira sebagai menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh MSSD Petaling Utama pada tahun berkenaan.


MSSD Petaling Utama / Kabaddi / 2023 10 22. HADIAH 22.1 KATEGORI EMAS PERAK GANGSA Lelaki Bawah Umur 12 , 15 & 18 Tahun 1 x 10 1 x 10 2 x 10 Perempuan Bawah Umur 12 , 15 & 18 Tahun 1 x 10 1 x 10 2 x 10 22.2 Pemain terbaik ( Best Player) keseluruhan bagi setiap kategori (Lelaki & Perempuan) akan diberi hadiah. 23. JURI RAYUAN Ahli-ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada tiga (3) orang (minimum) atau Tujuh (7) orang (maksimum) daripada sekurang kurangnya 3 buah daerah: 23.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / wakilnya. 23.1.2 Setiausaha Agung MSSD Petaling Utama / wakilnya. 23.1.3 Pengerusi Teknik & Pembangunan Kabaddi MSSD Petaling Utama. 23.1.4 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan / wakilnya. 23.1.5 3 orang Pengurus Pasukan Sekolah yang tidak terlibat dengan bantahan / kes tersebut. 24. BORANG PENYERTAAN 24.1 Borang penyertaan lengkap mestilah dihantar kepada jawatankuasa pertandingan pada Mesyuarat Pengurus Pasukan yang kedua / tarikh yang diputuskan dalam mesyuarat. 24.2 Borang penyertaan yang tidak lengkap tidak akan dilayan. 24.3 Kelewatan menghantar borang pendaftaran akan mengakibatkan pasukan tersingkir daripada pertandingan. 24.4 Borang penyertaan yang lengkap mestilah disertakan dengan satu salinan dokumen pengenalan peserta (Kad Pengenalan atau Surat Beranak / Sijil Lahir). 24.6 Borang Penyertaan yang lengkap hendaklah dikirimkan kepada: Pengerusi, Jawatankuasa Pertandingan Kabaddi MSSD Petaling Utama d/a: Guru Besar SJKT EFFINGAM (u/p : Urusetia Pertandingan Kabaddi MSSD Petaling Utama)


MSSD Petaling Utama / Kabaddi / 2023 11 25. PROSEDUR MASUK DAN KELUAR GELANGGANG PERTANDINGAN 25.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada gelanggang pertandingan dengan diiringi oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Pasukan. 25.2 Selepas tamat perlawanan, peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa keluar daripada gelenggang pertandingan dengan iringi oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Pasukan. 26. MEMANASKAN BADAN 26.1 Peserta –peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan oleh penganjur sahaja. 27. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 27.1 Tiap-tiap pertandingan akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang telah ditetapkan tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Kabaddi MSSD Petaling Utama, berhak meminda susunan pertandingan jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindahan, Pengurus –pengurus Pasukan akan dimaklumkan. 28. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 28.1 Perkara-perkara yang tidak dinyatakan di dalam pertandingan ini akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang mana keputusannya adalah muktamad. 29. YURAN MASUK PERTANDINGAN 29.1 Yuran Penyertaan perlu dijelaskan semasa Pendaftaran Pasukan pada hari Kejohanan. 29.2 Yuran Penyertaan bagi setiap sekolah hanya RM 100.00 30. PENGADIL / PEGAWAI PERTANDINGAN 30.1 Jawatankuasa penganjur akan melantik pengadil / pegawai. 30.2 Sebarang keputusan yang di buat oleh pengadil / pegawai perlawanan adalah muktamad.


MSSD Petaling Utama / Kabaddi / 2023 12 31. HAL-HAL LAIN 31.1 Tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Orang yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut. 31.2 Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, SESIAPAPUN TIDAK DIBENARKAN MASUK KE GELANGGANG PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN / VENUE CORDINATOR. 31.3 Jawatankuasa pengelola tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / atau kecederaan lain berlaku: 31.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan ke tempat pertandingan dan sebaliknya. 31.3.2 Semasa kejohanan dilangsungkan. 31.3.3 Di dalam dan di luar kawasan pertandingan. 31.3.4 Di tempat –tempat penginapan. 31.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola akan berusaha untuk mengambil langkahlangkah keselamatan yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan para peserta dan pegawai kejohanan terjamin setakat mana yang munasabah. TAMAT


MSSD Petaling Utama / Kabaddi / 2023 13 CARTA GANTT MSSD PETALING UTAMA 2023 1. Mesyuarat Penyelerasan I – 18.07.2023 (Selasa) 2. Mesyuarat Penyelerasan II dan undi kumpulan – 08.08.2023 (Selasa) 3. Kejohanan Kabaddi MSSD Petaling Utama : 1. Kategori Umur Bawah 12 Tahun – 23.08.2023 (Rabu) 2. Kategori Umur Bawah 15 & 18 Tahun – 24.08.2023 (Khamis) Jaduan Tentatif MSSS SELANGOR 2023 1. Mesyuarat Penyelerasan I – 12.07.2023 2. Kejohanan Kabaddi MSS Selangor : 1. Kategori Umur Bawah 12 Tahun (Lelaki & Perempuan ) – 03 Oktober 2023 2. Kategori Umur Bawah 15 & 18 Tahun (Perempuan) – 04 Oktober 2023 3. Kategori Umur Bawah 15 & 18 Tahun (Lelaki) – 05 Oktober 2023


MSSD Petaling Utama / Kabaddi / 2023 14 Lampiran 1 KEJOHANAN KABADDI MSSD PETALING UTAMA 2023 PENGESAHAN JERSI Nama Pasukan : _______________________________ Kategori : Lelaki / Perempuan Peringkat umur : Bawah 12 / 15 / 18 BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN NO JERSI CATATAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Tandatangan Pengurus Pasukan : Nama :


Click to View FlipBook Version