Dasar Sosial dan Budaya Negara
•Dasar Sosial Negara
•Dasar Kebudayaan Kebangsaan
•Dasar Kependudukan Negara
•Dasar Wanita Negara
•Dasar Sukan Negara
•Dasar Alam Sekitar Negara
•Rancangan Fizikal Negara
•Pelan Pembangunan Pendidikan
•Dasar Teknologi Hijau
•Dasar Perbandaran Negara
Dasar Sosial Negara
Rasional
• Berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan
insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial,
ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup
masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
• diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003
bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang
maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan
teknologi.
OBJEKTIF
Objektif Umum
Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa
mengira kumpulan etnik, agama,budaya,gender dan
fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan
memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara
serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.
OBJEKTIF
Objektif Khusus
1.Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan
masyarakat dipenuhi
2.Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
3.Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan
sosial dan perkhidmatan sosial
4.Menjana sinergi multisektor
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
• Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan pada tahun
1971 di Malaysia, lahir daripada gagasan Kongres
Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan.
• Dasar ini bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan
mengekalkan identiti negara Malaysia.
• Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan
melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli
(Melayu) dan agama Islam.
• Kemudian digantikan dengan dasar Bangsa Malaysia oleh
Mahathir selepas beliau menjadi Perdana Menteri.
Pelaksanaan
• Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam
pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain
Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan
penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke
arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.
• Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-
kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-
pertubuhan kebudayaan melibatkan dasar ini.
• Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan
berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar
ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.
• Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian
diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan
menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat
organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program
atau projek-projek kebudayaan.
Prinsip
i. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan warisan
kebudayaan Melayu.
Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa
Melayu.
Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan
Kebangsaan
ii. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai.
Kesesuaian dan penerimaan unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab,
India dan sebagainya dalam penyerapan kebudayaan bergantung
kepada tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip-
prinsip Rukun Negara.
Rasional
• Menjadi garis panduan dalam membentuk,
mewujudkan dan mengekalakan identiti negara dalam
kalangan dunia antarabangsa
• Mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan
sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai
pusat pertemuan serta pusat tamadun dan
perdagangan sejarah dua ribu tahun yang lampau.
Objektif
Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak
kebudayaan nasional.
• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan.
• Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi.
Strategi
• Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke
arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui
usaha sama, penyelidikan, pembangunan, pendidikan
pengembangan dan perhubungan budaya
• Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui
usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong
dan menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan
• Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran
kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
• Memenuhi keperluan sosiobudaya
• Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Dasar Kependudukan Negara
• Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana
Menteri Seri Dr. Mahathir Mohammad ketika beliau berucap di
Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau
berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk
sebanyak 70 juta.
• Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh
beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal
Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat
kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.
• Dasar kependudukan negara adalah bertujuan untuk :
i. menyediakan tenaga kerja yang cukup untuk pembangunan negara tanpa
perlu bergantung kepada tenaga kerja asing
ii. meningkatkan daya pengeluaran negara
iii. meningkatkan daya pembelian nasional/pasaran tempatan
iv. untuk keselamatan negara dengan mempunyai rakyat yang aman dan
negara yang kuat dari segi pertahanan.
Rasional
• Jumlah pendudk Malaysia adalah kecil berbanding dengan
jumlah penduduk negara-negara anggota ASEAN yang lain.
• Menyediakan tenaga kerja yang mencukupi bagi pembangunan
negara
• Mewujudkan asas permintaan dan pasaran bagi keluaran
tempatan
• Menguatkan kedudukan politik dan keselamatan negara
Strategi
• Mengadakan dasar cukai dan faedah-faedah bersalin
• Meningkatkan kadar kesuburan dan kelahiran melalui
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Penilaian
• Mungkn menimbulkan beberapa implikasi sosioekonomi yang
serius seperti masalah makanan, perumahan, pekerjaan dan
kesihatan.
• Perlu disertai Dasar Tenaga Manusia, Dasar Sosial dan Dasar
Alam Sekitar
• Pencapaian dasar ini tidak dapat dipastikan dalam jangka
pendek.
Dasar Wanita Negara
• Menggubal Dasar ini pada tahun 1989
• Penggubalan dasar ini memperjelas kesungguhan kerajaan
untuk membantu penyertaan wanita dalam arus pembangunan
negara dengan lebih bermakna.
• Dasar ini menyediakan garis panduan bagi mengintergasikan
sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara.
Rasional
• Melibatkan wanita secara berkesan dalam
pembangunan supaya potensi wanita dapat
dioptimumkan
• Membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan
sosial dan kegiatan ekonomi yang utama.
• Memberi wanita panduan serta arah haluan dalam
segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan
penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan
sumbangan mereka dalam proses pembangunan
negara.
Objektif
• Menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki
dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat
• Menjamin wanita mendapatkan peluang dan faedah
dari pembangunan;
• Mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua
sektor pembangunan negara selaras dengan
kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan
meningkatkan mutu kehidupan,membasmi
kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf
serta memastikan negara berada dalam keadaan aman
dan makmur.
Strategi
• Meningkatkan kuasa dan taraf urus setia Hal-ehwal
Wanita(HAWA) untuk mewujudkan hubungannya dengan
setiap kementerian serta mengadakan penyelarasan di setiap
negeri supaya dapat bertindak dengan lebih berkesan tentang
hal ehwal wanita.
• Mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya
memasukkan proses perancangan, pelaksanaan dan
pengawasan program-program pengintegrasian wanita
• Pendidikan dan latihan untuk membangkitkan kesedaran dan
komitmen institusi dan agensi kerajaan tentang isu wanita.
• Penglibatan Badan Bukan Kerajaan dan badan sukarela dalam
program dan tindakan pembanguan wanita
• Membasmi diskriminasi terhadap wanita dan membaiki
kelemahan undang-undang bagi menjamin hak wanita
• Memajukan dan menyelaraskan penyelidikan serta kajian
tentang isu wanita
• Menentukan bahawa kementerian dan agensi kerajaan yang
berkenaan menggunakan peruntukan yang telah diluluskan
dengan mengubahsuaikan tindakan bagi memenuhi program
dan projek pembangunan wanita
Kejayaan
• Dari segi penyertaan buruh, penyertaan wanita meningkat dari 37.2 peratus
dalam tahun 1970 kepada 46.7 peratus dalam tahun 1990. Di sektor luar
bandar dan pertanian, wanita terus merupakan faktor penting.
• Guna tenaga wanita juga telah bertambah dengan banyaknya dalam sektor
pembuatan terutamanya dalam sektor tekstil dan elektronik.
• Dalam sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan masyarakat, sosial,
persendirian serta sektor awam, penyertaan wanita juga kian meningkat.
• Wanita juga telah lama memainkan peranan yang aktif di bidang politik
negara.
• Mereka merupakan kumpulan pengundi yang kuat dan sering memainkan
peranan sebagai penarik pengundi.
• Kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan mereka dalam proses
pembangunan negara dengan membuka peluang yang lebih luas bagi
menceburi bidang sosial, ekonomi dan politik.
• Beberapa institusi telah ditubuhkan untuk mengintegrasikan wanita ke
dalam aliran utama pembangunan.
• Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam
Pembangunan (NACIWID) di Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan
pada tahun 1976 bagi menterjemahkan pelan tindakan sedunia mengenai
wanita dalam pembangunan negara.
Pada tahun 1983, Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA) telah ditubuhkan
untuk mengawasi dan menilai perkhidmatan yang dibekalkan oleh sektor
awam dan swasta bagi faedah kaum wanita.
Selain daripada bertindak sebagai pusat maklumat utama mengenai hal
ehwal wanita, HAWA juga berfungsi sebagai urusetia kepada NACIWID.
• Sistem penyampaian pelbagai perkhidmatan sokongan untuk wanita telah
diperkukuhkan lagi melalui aktiviti organisasi-organisasi kerajaan seperti
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun-pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA) dan beberapa Lembaga Kemajuan Wilayah.
Penubuhan sebuah agensi amanah bukan kerajaan iaitu Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM) turut membantu mempertingkatkan penyertaan kaum
wanita terutamanya di luar bandar di dalam aktiviti-aktiviti ekonomi bukan
ladang.
Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain juga memainkan
peranan yang penting ke arah meningkatkan penyertaan wanita dalam
aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial.
• NGO seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO),
Perkumpulan Wanita (Wl), Pertubuhan Tindakan Wanita Islam
(PERTIWI), Pertubuhan Bantuan Wanita Islam dan Lembaga Kebajikan
Perempuan Islam serta pertubuhan-pertubuhan wanita yang lain telah
menyediakan berbagai program pembangunan berbentuk jaya diri dan
kemudahan-kemudahan sokongan yang lain.
DASAR SUKAN NEGARA
Dasar sukan negara merupakan
dokumen yang komprehensif ke arah
perkembangan,kemajuan dan
pembangunan sukan negara.
Dasar ini merangkumi Sukan Massa
(sukan untuk semua) dan Sukan untuk
Kecermelangan.
RASIONAL DASAR SUKAN NEGARA
i. PERINGKAT INDIVIDU
i. Pembentukan sahsiah,kesedaran dalam diri individu dan
membangkitkan semangat pertandingan.
ii. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal.
iii. Memanfaatkan masa senggang.
iv. Mengurangkan tekanan hidup
v. Interaksi sosial yang bermakna.
vi. Perkembangan kemahiran-kemahiran asas.
ii. PERINGKAT MASYARAKAT
i. Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral
masyarakat sesuai dengan aspirasi nasional.
ii. Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan
perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai
kumpulan etnik dalam negara.
iii. Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti.
iv. Mencegah jenayah remaja dengan memanfaatkan masa
lapang.
iii. PERINGKAT NEGARA
i. Mencapai kecemerlangan di
peringkat tertinggi.
ii. Meningkatkan maruah bangsa
dan negara di persada sukan
antarabangsa.
iii. Memupuk persahabatan.
OBJEKTIF DASAR SUKAN NEGARA
a. Membentuk masyarakat yang sihat,berdisiplin dan bersatu padu
melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam
sukan di semua peringkat masyarakat.
b. Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi
memenuhi keperluan asasi sosial,psikologi dan fisiologi individu
melalui sukan.
c. Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi
kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang
dalam kalangan orang awam.
d. mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di
pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan
harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan.
Dasar Alam Sekitar Negara
Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) diwujudkan untuk
meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan
budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat
Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar
dan pembangunan.
Objektif DASN :
i. Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif
bagi generasi masa kini dan masa hadapan.
ii. Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semula jadi
yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan
semua golongan masyarakat.
iii. Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang
lestari.
Terdapat lapan prinsip di bawah DASN untuk
mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi
dengan kepentingan alam sekitar iaitu :
1) Pengawasan Alam Sekitar
Menghormati dan prihatin terhadap alam sekitar
mengikut standard moral dan etika yang tinggi.
2) Pemuliharaan Ketahanan dan Kepelbagaian Alam
Memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan
keutuhan kepelbagaian biologi da sistem-sistem
sokongan hidup.
3) Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
Memastikan peningkatan berterusan dalam
produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar
objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
manusia.
4) Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
Menguruskan penggunaan sumber asli untuk
mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar.
5) Membuat Keputusan Bersepadu
Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam
perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan
mandat semua sektor.
6) Peranan Sektor Swasta
Memperkukuh peranan sektor swasta dalam
perlindungan dan pengurusan alam sekitar.
7) Komitmen dan kebertanggungjawaban
Memastikan semua pembuat keputusan di sektor
awam dan swasta, pengguna-pengguna sumber,
pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam
mempunyai komitmen tinggi terhadap perlindungan
dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar
ketika membentuk, merancang dan melaksanakan
aktiviti masing-masing.
8) Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha
serantau dan sejagat ke arah pemuliharaan dan
pembaikan alam sekitar.
Dasar Alam Sekitar Negara
bertujuan mengintegrasikan
pertimbangan alam sekitar ke
dalam aktiviti pembangunan
dan pertumbuhan ekonomi
serta kemajuan negara pada
masa jangka panjang.
RANCANGAN FIZIKAL
NEGARA (RFN)
RANCANGAN FIZIKAL NEGARA
M’rupakan satu pelan p’rancangan spatial negara yg
m’beri panduan m’ngenai arah dan corak p’bangunan ,
kegunaan dan pemeliharaan tanah negara yg strategik
(15-20).
M’rumuskan dasar-dasar strategik utk m’nentukan arah
tuju p’majuan fizikal dan p’muliharaan bagi seluruh
Semenanjung Malaysia.
Telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara
pada 26 April 2005
FUNGSI RANCANGAN FIZIKAL NEGARA
Mengukuhkan p’rancangan negara melalui dimensi
reruang dalam polisi ekonomi negara.
M’nyelaras agensi sektoral m’lalui p’nyediaan p’runtukan
reruang dalam polisi sektoral.
M’bentuk rangka kerja untuk p’rancangan di p’ringkat
negeri dan tempatan.
M’bentuk polisi p’rancangan fizikal.
LAPAN TEMA RANCANGAN FIZIKAL NEGARA
Pembentukan Pengurusan
kerangka spatial p’tempatan manusia
negara
P’muliharaan sumber
Peningkatan daya semula jadi dan alam
saing ekonomi negara sekitar
Pemodenan sektor Penyepaduan
pertanian rangkaian p’angkutan
negara
Pengukuhan
pembangunan Penyediaan
pelancongan infrastruktur yang
bersesuaian
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
• 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada
pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion
pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk
menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan
penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan
sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi
setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
3 gelombong Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia
• Gelombong 1 (2013 -2015) mengubah
sistem dengan memberi sokongan kepada guru
dan focus kepada kemahiran utama
• Gelombong 2 (2016 - 2020) memacu
peningkatan sistem – guru menambahkan ilmu
– inovasi ICT
• Gelombong 3 (2021 - 2025) menganjak ke
arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir
urus kendiri.
Bidang tumpuan Pelan Pembangunan
Pendidikan
i. Memartabatkan profesion perguruan
ii. Meningkatkan kepimpinan sekolah
iii. Meningkatkan kualiti sekolah
iv. Memantapkan standard kurikulum dan
pentaksiran
v. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
vi. Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan
sosial sebagai rakan kongsi
vii. Meningkatkan kesediaan murid untuk
pendidikan tinggi dan pasaran kerja
viii. Memperbaik kecekapan dan
keberkesanan sumber
ix. Membina kemampuan dan kepercayaan
sistem penyampaian.
DASAR TEKNOLOGI HIJAU
DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU
• Pembangunan dan aplikasi produk peralatan
serta sistem utk memulihara alam sekitar dan
sumber semula jadi
• Meminimumkan/mengurangkan kesan negatif
dpd aktiviti manusia
OBJEKTIF SEKTOR TEKNOLOGI HIJAU
• Untuk mengurangkan kadar peningkatan
penggunaan tenaga dalam masa yang sama
meningkatkan pembangunan ekonomi;
• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri
Teknologi Hijau dan meningkatkan
sumbangannya kepada ekonomi negara;
• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi
dalam pembangunan Teknologi Hijau dan
meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau
di persana antarabangsa;
• Untuk memastikan pembangunan mapan dan
memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang;
dan
• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam
terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan
penggunaan meluas Teknologi Hijau.
KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU
• mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar
dan sumber asli
• meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan
• memelihara ekosistem
• bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha
menangani kesan negatif daripada
pembangunan dan berperanan sebagai
alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi
negara tanpa menjejaskan alam sekitar.