The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mr.sinisteracc, 2024-02-13 21:49:42

SSL Strategic Plan (2022-2025)

Pelan Strategik 2022-2025

PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022 - 2025


PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022 - 2025 Dikumpul oleh: Puan AntoniaP. Sani Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Puan Nooranisahbinti Ahmad Bahagian Katalog PuanRafiqabinti Kamarudin Bahagian Rujukan dan Maklumat


Perpustakaan Negeri Sabah Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Luyang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. +6088-214828/ 231623/ 218726 +601135591709 +6088-232867 [email protected] https://library.sabah.gov.my Diterbitkan oleh: Hak cipta ⓒ Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, gambar, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak pemegang Hak Cipta.


K A N D U N G A N 01 Perutusan 04 Later Belakang PNS 06 Ringkasan Eksekutif 08 Visi dan Misi Objektif Punca Kuasa Fungsi Jabatan Nilai Bersama 22 Teras Strategik 1 26 Teras Strategik 2 32 Teras Strategik 3 37 Teras Strategik 4 Profil Jabatan Pemegang Taruh, Rakan Strategi dan Pelanggan Carta Organisasi Nilai Pelanggan PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025 Hala Tuju PNS i 19 Pelan Strategik 2022-2025 Ringkasan Pelan Strategik Empat (4) Teras Strategik


PERUTUSAN


Segala puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan inayahNya, Pelan Strategik PNS 2022-2025 dapat direalisasikan. Sekalung tahniah diucapkan atas segala usaha, komitmen dan kesungguhan yang telah disumbangkan sehingga terhasilnya pelan yang progresif dan dinamik bagi Perpustakaan Negeri Sabah. Pelan Strategik PNS 2022-2025 pastinya disediakan melalui perspektif yang holistik terhadap semua kumpulan sasar, mencakupi pemantapan modal insan dan struktur organisasi serta melibatkan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap melalui nilai yang dikongsi bersama oleh pegawai dan kakitangan. Pelan Strategik PNS 2022-2025 telah dibangunkan sebagai satu rencana tindakan yang perlu bagi merealisasikan visi dan misi jabatan. Pelan ini menggariskan strategi dan program yang berfokus kepada keberhasilan yang ingin dicapai sepanjang empat tahun akan datang selaras dengan lima hala tuju yang ditetapkan. PERUTUSAN SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Datuk Zainudin Aman Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Adalah menjadi harapan saya agar warga kerja Perpustakaan Negeri Sabah dapat bersamasama menggembleng tenaga dan usaha ke arah mencapai hala tuju yang ditetapkan dalam Pelan Strategik PNS 2022-2025. Saya yakin Pelan Strategik ini akan menjadi panduan dan tunjang dalam pelaksanaan bagi memperkasakan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih sistematik dan menyeluruh untuk manfaat kesejahteraan masyarakat negeri Sabah khususnya. Kejayaan pelaksanaan pelan ini melambangkan keutuhan kerjasama dalam mencapai visi jabatan iaitu ‘Budaya literasi ke arah kesejahteraan masyarakat’. Sekian, wassalam. PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025 2


Penilaian pencapaian dan kajian semula Pelan Strategik ini akan dijalankan pada setiap tahun bagi menentukan keberkesanan objektif, strategi program dan tahap pencapaian sasaran prestasi yang ditetapkan. Penilaian pencapaian ini juga amat penting bagi memastikan peranan dan fungsi PNS dalam membentuk masyarakat membaca dan berilmu dapat direalisasikan. Justeru, saya berharap agar pelan strategik ini akan menjadi rujukan dan panduan kepada seluruh warga PNS dan memastikan inisiatif-inisiatif serta strategi yang digariskan dapat diaplikasikan dalam setiap program yang dirancang. Saya percaya semua warga PNS komited dalam memastikan kejayaan pelaksanaan pelan ini dan seterusnya menjana keberhasilan yang berimpak tinggi dalam usaha menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan seluruh masyarakat amnya. Puan Hajah Fatimah Abdillah Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah Syukur alhamdulliah, Pelan Strategik Perpustakaan Negeri Sabah 2022-2025 telah berjaya dirangka dengan mengambil kira kehendak pelanggan dan ekspektasi daripada pemegang taruh. Pelan strategik ini adalah dokumen penting yang menentukan strategi, hala tuju dan pengurusan sumber jabatan secara komprehensif dan inklusif dalam tempoh 4 tahun yang akan datang bermula 2022 hingga 2025. Elemen-elemen yang digariskan sebagai tunjang dalam pelan strategik ini sewajarnya dijadikan panduan kepada warga PNS untuk dipatuhi, dihayati dan dilaksanakan agar usaha membentuk sebuah jabatan yang cemerlang dan dinamik dapat dijayakan. Dalam merangka hala tuju jabatan bagi mencapai misi dan visi yang telah disasarkan, kita telah mengenal pasti 4 teras strategik, 15 strategi, 31 program dan 34 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebagai asas yang membolehkan tahap pelaksanaanya dapat diukur dengan berkesan. Hal ini disokong dengan indikator sasaran, tempoh pencapaian sasaran dan bahagian yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan pelaksanaannya dapat dijalankan secara komprehensif dan holistik. PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 3 2022-2025 PERUTUSAN PENGARAH PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH


LATAR BELAKANG PNS


Perpustakaan Negeri yang pertama di Sabah ditubuhkan sebagai sebuah seksyen di Jabatan Penyiaran dan Penerangan pada tahun 1953. Pada tahun 1972, perpustakaan dijadikan sebagai sebuah jabatan tersendiri. Perpustakaan Negeri Sabah dikawal selia oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi melalui penjenamaan semula Kementerian Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah (KPINS) pada 8 Oktober 2020. Kini, Perpustakaan Negeri Sabah mempunyai satu rangkaian perpustakaan yang luas merangkumi sebuah Ibu Pejabat, 25 Perpustakaan Cawangan, 4 Pusat Perkhidmatan Tambahan, 70 Perpustakaan Desa (Negeri), 51 buah Perpustakaan Desa (PNM-Persekutuan), 11 Perpustakaan Bergerak dan 8 Desanet. Perpustakaan memainkan peranan penting dalam membina bangsa dan penyumbang kepada pembangunan sosioekonomi serta kesejahteraan rakyat. PNS sentiasa mengikut trend teknologi terkini yang bersesuaian. Ini dapat dilihat dari segi perkembangan koleksi dan penyampaian maklumat di perpustakaan dengan pengenalan sumber digital bermula pada tahun 2010 dengan adanya pangkalan data Sabah Overdrive, Sabah Elib (2012), menjadi ahli konsortium U-Pustaka (2013) dan sistem CLARE (2020). Perkhidmatan Sumber Digital ini membolehkan ahli perpustakaan mengakses maklumat bila-bila masa. Ini sejajar dengan dasar PNS untuk memberi perkhidmatan berkualiti dan mudah akses. Bagi kawasan luar bandar, perkhidmtatan perpustakaan turut disediakan melalui Perpustakaan Desa, Perpustakaan Bergerak dan Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok. Selain itu, Perkhidmatan Des@net juga disediakan bagi membantu meningkatkan kadar literasi komputer dalam kalangan pelajar dan penduduk setempat. 5 LATAR BELAKANG PNS PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


RINGKASAN EKSEKUTIF


PELAN STRATEGI2K PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022 - 2025 Penyediaan Pelan Strategik PNS 2022-2025 merupakan kesinambungan dan penambahbaikan kepada Pelan Strategik PNS 2015-2019. Pelan strategik ini menggariskan arah tuju PNS yang jelas dalam merealisasikan visinya iaitu ‘Budaya literasi ke arah kesejahteraan rakyat’. Pelan strategik ini telah dirangka melalui beberapa siri mesyuarat, perbincangan dan bengkel yang telah diadakan pada tahun 2021 dan 2022. Output yang telah dihasilkan ini adalah gabungan input dan maklum balas daripada semua bahagian dan unit di Ibu Pejabat. Pelan strategik ini menetapkan suatu anjakan peranan PNS selaras dengan peranan yang dilaksanakan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (KSTI) dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatannya seiring dengan polisi dan dasar kerajaan pada masa kini. PNS juga berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih komprehensif, inovatif dan inklusif bagi memenuhi aspirasi semua pemegang taruh dan pelanggan yang sentiasa mahukan pembaharuan. Peranan dan tanggungjawab Jabatan telah diterjemah ke dalam satu bentuk perancangan yang strategik, berdaya laksana dan mampu memenuhi keperluan golongan sasaran yang ditetapkan melalui perancangan pelan strategik ini. Empat (4) Teras Strategik adalah seperti berikut: i. Pembangunan dan pemantapan koleksi. ii. Pemerkasaan penyampaian perkhidmatan dan program. iii. Pengukuhan tadbir urus dan pemerkasaan imej jabatan. iv. Mengoptimumkan penggunaan teknologi digital. 7 RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


PROFIL JABATAN


V I S I Budaya literasi ke arah kesejahteraan masyarakat. M I S I Memperkasakan perkhidmatan perpustakaan bagi membentuk masyarakat membaca dan berilmu. 9 VISI DAN MISI PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


Lima(5) HalaTuju PNS 5. Perpustakaan Negeri Sabah seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). 4. Pengukuhan pengurusan melalui tadbir urus yang berkualiti dan berintegriti. Penggerak Budaya Membaca dan Budaya Literasi Maklumat. 1. 2. Pemantapan Koleksi. 3. Mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan. 10 HALA TUJU PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


Pelan Strategik ini digariskan sebagai panduan untuk mencapai objektif Jabatan seperti termaktub dalam Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah 1988 dan Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah 1988 (Pindaan) 2007 seperti berikut: Mewujudkan perkhidmatan perpustakaan di seluruh negeri bagi kawasan-kawasan bandar dan luar bandar dengan menubuhkan cawangan-cawangan dan perkhidmatan Perpustakaan Bergerak. Menggalakkan penggunaan sumber-sumber perpustakaan dan maklumat darinya dengan menyediakan kemudahan-kemudahan bagi pinjaman dan rujukan. Membantu Kerajaan Negeri dalam menggalakkan pelajaran, pengembangan dan penggunaan Bahasa Malaysia. Menyediakan keperluan dan kemudahan pelajaran dan rekreasi kepada orang awam. Meningkatkan fahaman orang ramai tentang kebudayaan Sabah menerusi koleksi tempatan. i. ii. iii. iv. v. 11 OBJEKTIF PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


Menyenggarakan koleksi penerbitan oleh Kerajaan, Jabatan-jabatan Negeri dan Persekutuan, serta badan-badan berkanun Negeri dan Persekutuan di Sabah termasuklah koleksi menyeluruh bahan perpustakaan yang berhubungan dengan Negeri Sabah dan penduduknya. Mengadakan kerjasama rapat dengan Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan-perpustakaan Negeri dan Perbadanan Perpustakaan Negeri yang lain di Malaysia. Menyediakan atau memajukan apa-apa perkhidmatan atau aktiviti lain yang berhubung dengan perkara-perkara perpustakaan sebagaimana diarahkan oleh Menteri. Untuk menyediakan bagi pemeliharaan dan penggunaan sumber-sumber perpustakaan yang diterbitkan di Sabah. Untuk mewujudkan rekod bibliografi yang standard bagi sumber-sumber perpustakaanyang diterbitkan di Sabah. vi. vii. viii ix x. Untuk menyenggarakan rekod statistik sumber-sumber perpustakaan yang diterbitkan di Sabah. vii. viii. ix. x. xi. 12 OBJEKTIF PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


Menyediakan prasarana dan suasana persekitaran yang kondusif dan berkualiti. Memberikan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang cekap, tepat dan mesra kepada pengguna. Menyediakan koleksi perpustakaan yang terkini dan relevan. FUNGSI JABATAN 13 FUNGSI JABATAN PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


UNDANG-UNDANG Perlembagaan Negeri Sabah. KERTAS KABINET Kertas Kabinet No. 29/1971. AKTA Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah, 1988. Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah (Pindaan) 2007. . PERATURAN Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008. Arahan Perbendaharaan. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam. Pekeliling Kementerian Kewangan Negeri. Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah. DASAR Dasar Perpustakaan Negeri Sabah. A. Program Pengurusan. i. Dasar Pengurusan Sumber Manusia. ii. Dasar Pembangunan. iii. Dasar Bahagian Kewangan. iv. Dasar Penyelanggaraan Bangunan Perpustakaan. v. Dasar Pelupusan dan Hapus Kira Aset Perpustakaan. B. Program Teknikal. i. Dasar Pembangunan Koleksi Monograf. ii. Dasar Pembangunan Koleksi Terbitan Berkala. iii. Dasar Pembangunan Koleksi Sumber Elektronik dan Sumber Media. iv. Dasar Pendigitalan. v. Dasar Penyerahansimpanan Negeri. C. Program Perkhidmatan. i. Dasar Perkhidmatan Perpustakaan. D. Program Korporat. i. Dasar Pembangunan Sumber Manusia. ii. Dasar Kualiti dan Inovasi. iii. Dasar Penerbitan. iv. Dasar Komunikasi Korporat. 14 PUNCA KUASA PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


PEMEGANG TARUH Ketua Menteri. Kabinet Negeri Sabah. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI). Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM). 1. 2. 3. 4. 5. 6. RAKAN STRATEGIK Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan/ Sektor Swasta/ Badan Berkanun Kerajaan (NGO)/ Individu. Agensi/ Institusi Antarabangsa. Industri Buku. 1. 2. 3. Orang Awam. Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan/ Sektor Swasta/ Badan Bukan Kerajaan (NGO)/ Individu. Pelajar Sekolah. Perniagaan. 1. 2. 3. 4. PELANGGAN 15 PEMEGANG TARUH, RAKAN STRATEGIK DAN PELANGGAN PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


CARTA ORGANISASI 16 PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


Kami beriltizam meningkatkan kemudahan dan sumber perpustakaan untuk memenuhi keperluan pengguna. 17 NILAI PELANGGAN PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


2022 - 2025 BEST TEAMWORK TARGET MARKET Aenean metus eros, tincidunt sed urna in, fringilla metus eros sed Melaksanakan amanah dan kuasa yang diberi dengan jujur dan ikhlas serta mematuhi etika dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. INTEGRITI Sentiasa bersedia untuk mengambil tindakan bijak bagi memastikan setiap proses berjalan lancar dan berkualiti. PROAKTIF Warga kerja yang berkebolehan menjana idea baharu dan mengaplikasikan kreativiti yang dihasilkan ke arah meningkatan keberkesanan dan kecekapan. KREATIF DAN INOVATIF Warga kerja yang mempunyai semangat kerja berpasukan dan kualiti diri yang unggul, serta seimbang. KECEMERLANGAN 18 NILAI BERSAMA PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


31 15 4 KPI PROGRAM STRATEGI TERAS 34 19 PELAN STRATEGIK PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


T E R A S 1 T E R A S 2 PEMERKASAAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN & PROGRAM 4 T E R A S 3 T E R A S 4 2 6 7 10 5 PENGUKUHAN TADBIR URUS DAN PEMERKASAAN IMEJ JABATAN 6 5 MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DIGITAL 10 PEMBANGUNAN DAN PEMANTAPAN KOLEKSI 11 4 10 STRATEGI PROGRAM KPI 20 RINGKASAN PELAN STRATEGIK PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


PEMBANGUNAN & PEMANTAPAN KOLEKSI 01 PEMERKASAAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN & PROGRAM 02 PENGUKUHAN TADBIR URUS & PEMERKASAAN IMEJ JABATAN 03 MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DIGITAL 04 21 EMPAT (4) TERAS STRATEGIK PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


TERAS PEMBANGUNAN DAN PEMANTAPAN KOLEKSI STRATEGIK 1


Memantapkan koleksi bahan perpustakaan 1 OBJEKTIF TERAS STRATEGIK Memperolehi bahan perpustakaan. STRATEGI 1 Memantapkan koleksi rujukan negeri. STRATEGI 2 PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 23 2022-2025


Program KPI Output Outcome Impak a. Memilih dan memporoleh subjek yang bersesuaian melalui: i. Pesta buku. ii. Analisa statistik pinjaman. iii. Kehendak komuniti setempat. Penambahan koleksi bahan 60 ribu naskhah. Koleksi perpustakaan bertambah. Koleksi komprehensif. Mencapai kehendak pengguna. b. Mengkaji dan mengemaskini semula Polisi Perolehan Bahan. Tiga (3) tahun sekali. Polisi Perolehan Bahan dikemaskini. Polisi Perolehan Bahan lebih komprehensif. Pemilihan buku dapat mencapai kehendak pengguna. c. Memantapkan Jawatankuasa pemilihan bahan bacaan dan pandang dengar. Kekerapan mesyuarat - tiga (3) kali setahun. Subject expert. Jawatankuasa pemilihan bahan dimantapkan. Pemilihan pelbagai subjek. Kepelbagaian subjek yang memenuhi kehendak pengguna. d. Menjalankan kajian berkaitan penggunaan koleksi perpustakaan. Satu (1) kajian setahun. Kajian mengenalpasti subjek popular. Hasil kajian dapat membantu pemilihan bahan yang sesuai. Perolehan bahan yang relevan. Strategi 1 Memperolehi bahan perpustakaan 24 PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


Program KPI Output Outcome Impak a. Membangun dan memantapkan koleksi profail daerah di Sabah. Bilangan pengumpulan koleksi tempatan – Tiga (3) profil setahun. Koleksi profail tempatan diwujudkan mengikut daerah. Kepelbagaian koleksi dan bahan rujukan tempatan. Peningkatan koleksi rujukan negeri. b. Penguatkuasaan Enakmen Perpustakaan Negeri Sabah 1988, (Pindaan) 2007. Bilangan taklimat kesedaran Enakmen – Empat (4) kali setahun. Kesedaran mengenai Enakmen dalam kalangan penulis tempatan, agensi luar dan swasta. Penyerahan bahan penulisan daripada penulis tempatan, agensi luar dan swasta. Hubungan baik dengan pihak luar. Penambahan koleksi rujukan negeri. Strategi 2 Memantapkan koleksi rujukan negeri PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 25 2022-2025


TERAS PEMERKASAAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN DAN PROGRAM STRATEGIK 2


Memperkasa perkhidmatan perpustakaan 2 OBJEKTIF TERAS STRATEGIK Penggunaan sumber digital. STRATEGI 1 Galak guna perpustakaan. STRATEGI 2 Program promosi koleksi dan perkhidmatan perpustakaan. STRATEGI 3 Perkhidmatan Maklumat Tempatan/ Community Information Service (CIS). STRATEGI 4 PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 27 2022-2025


Program KPI Output Outcome Impak a. Mengadakan program promosi sumber digital melalui penggunaan platform: i. e-lib. ii. Libby. iii. u-Pustaka. iv. CLARE. Bilangan promosi – Empat (4) kali setahun. Kesedaran mengenai sumber digital yang terdapat di PNS. Sumber digital digunakan. Peningkatan penggunaan sumber digital. b. Pendigitan bahan perpustakaan. Bilangan bahan digital - 900 tajuk setahun. Peningkatan bahan digital. Pendigitalan dalam perkhidmatan seiring dengan perkembangan semasa. Penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan komprehensif. Strategi 1 Penggunaan sumber digital 28 PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


Program KPI Output Outcome Impak a. Program gerakan membaca peringkat kebangsaan. i. Jom Baca bersama 10 minit. ii. WORLD #Quran Hour. Bilangan program - Satu (1) program setahun. Jumlah penyertaan - 500 ribu peserta. Orang awam mengikuti program gerakan membaca. Kesedaran membaca dalam kalangan masyarakat. Peningkatan kadar literasi masyarakat. b. Program gerakan membaca bersama komuniti mengikut kumpulan sasaran dewasa, remaja, kanak-kanak dan OKU. Tahun 2022 hingga 2025. 48 aktiviti setahun bagi setiap cawangan PNS. Mempromosi perkhidmatan perpustakaan dan mendekati komuniti. Peningkatan kadar pengunjung, keahlian dan pinjaman. Penerapan budaya literasi. c. Program Pendidikan Pengguna. i. Literasi Media dan Maklumat. Empat (4) program setahun. Pemahaman pengguna mengenai literasi media dan maklumat. Pengguna berpengetahuan dalam literasi media dan maklumat. Kesedaran dan menerapkan kemahiran literasi media dan maklumat. d. Ulasan buku. Bilangan ulasan buku - 2,500 setahun. Kakitangan mengulas buku untuk menghebah -kan bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan. Menimbulkan minat pengguna untuk meminjam buku yang diulas. Kadar peminjaman meningkat. Strategi 2 Galak guna perpustakaan PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 29 2022-2025


Program KPI Output Outcome Impak a. Current Awareness Service (CAS): i. Pameran buku rujukan secara berkala dan bertema. Bilangan pameran buku rujukan secara berkala dan bertema – Empat (4) kali setahun. Bahan bacaan dapat dimanfaatkan secara optimum. Kesedaran pengguna terhadap ketersediaan bahan bacaan berkaitan di perpustakaan. Pengguna mendapat pengetahuan maklumat semasa melalui pameran bertema. b. Pempakejan maklumat. Bilangan pempakejan maklumat – Tiga (3) pakej setahun. Pengumpulan maklumat mengikut kehendak semasa pengguna. Pengguna mendapat maklumat dengan segera. Kepuasan pengguna mendapat bahan rujukan yang diinginkan. c. Mengkaji dan mengemaskini polisi Bahagian Rujukan dan Maklumat. Menjalankan kajian semula borang pertanyaan rujukan. Borang pertanyaan dikemaskini. Borang dapat menilai kepuasan pengguna dan data dapat digunakan untuk pengurusan pentadbiran perpustakaan. Perkhidmatan rujukan yang efisien dan memenuhi kehendak pengguna. Strategi 3 Program promosi koleksi dan perkhidmatan perpustakaan 30 PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


Program KPI Output Outcome Impak a. Mengenal pasti keperluan maklumat komuniti tempatan. Pengemaskinian maklumat- Tiga (3) kali setahun. Maklumat terkini disebarkan. Komuniti tempatan maklum akan maklumat yang berkaitan. Peningkatan kualiti hidup. Strategi 4 Perkhidmatan Maklumat Tempatan/ Community Information Service (CIS) PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 31 2022-2025


TERAS PENGUKUHAN TADBIR URUS DAN PEMERKASAAN IMEJ JABATAN STRATEGIK 3


Memantapkan modal insan. STRATEGI 1 Memperkukuh komunikasi strategik dan korporat. STRATEGI 2 Pengukuhan sistem tadbir urus. STRATEGI 3 Menambah baik prasarana perpustakaan. STRATEGI 4 Meningkatkan keberkesanan dalam memperkasa jabatan ke arah pembangunan dan kesejahteraan masyarakat serta memantapkan imej jabatan. 3 OBJEKTIF TERAS STRATEGIK PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 33 2022-2025


Program KPI Output Outcome Impak a. Latihan kemahiran, kecemerlangan dan memupuk budaya kerja berpasukan. Bilangan latihan – Sekurangkurangnya setiap kakitangan menghadiri latihan dua (2) kali setahun. Laporan latihan. Peningkatan kemahiran dan pengetahuan kakitangan. Mewujudkan jabatan yang berkaliber dan berprestasi tinggi. b. Memupuk dan menerap budaya literasi dalam kalangan kakitangan melalui: i. Ulasan buku. ii. Perkongsian maklumat. iii. Penulisan. Bermula 2022 sehingga 2025. Bilangan ulasan buku dan perkongsian maklumat. Kakitangan membaca dan berkongsi maklumat. Mewujudkan kakitangan holistik. Melahirkan kakitangan yang produktif dan berkaliber. Strategi 1 Memperkasa modal insan 34 PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


Program KPI Output Outcome Impak a. Uplifting PNS Peningkatan imej korporat dipertingkatkan melalui pengukuhan hubungan komunikasi yang berkesan antara Jabatan dengan pengguna. Survey – Dua (2) kali setahun. Program Hari bersama pelanggan - Dua (2) kali setahun. Kajian maklumbalas pengguna dijalankan. Peningkatan hubungan bersama pengguna. Aduan berkurangan dan hubungan baik dengan pengguna. Strategi 2 Memperkukuh komunikasi strategik dan korporat Program KPI Output Outcome Impak a. Semakan semula dasar perpustakaan. Satu (1) Dasar Perpustakaan. Dasar dikemaskini. Pengurusan pentadbiran mencapai kecemerlangan, kecekapan, persamaan dan penglibatan yang menyeluruh. Akauntabiliti dalam sistem penyampaian perkhidmatan tidak terjejas. Strategi 3 Pengukuhan sistem tadbir urus PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 35 2022-2025


Program KPI Output Outcome Impak a. Penambahbaikan prasarana sedia ada. Bermula 2022 hingga 2025. Laporan cawangan/ pemantauan. Mewujudkan prasarana yang lengkap, selesa dan kondusif serta terkini. Keberkesanan operasi jabatan. Strategi 4 Menambah baik prasarana perpustakaan 36 PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


TERAS MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DIGITAL STRATEGIK 4


i. Ketersediaan perkhidmatan tekonologi digital tanpa batas. 4 OBJEKTIF TERAS STRATEGIK Memastikan semua sistem maklumat utama PNS dapat diakses melalui 5A - Accessible by anyone at anytime, anywhere by any mobile device. STRATEGI 1 Meneroka teknologi digital yang boleh memberi nilai tambah (added value)kepada sistem penyampaian perkhidmatan. STRATEGI 2 Memastikan semua sistem maklumat PNS mudah diintegrasi dan dikembangkan. STRATEGI 3 Pemantapan penyelidikan dan pembangunan perpustakaan. STRATEGI 4 ii. Perkhidmatan teknologi digital yang cekap dan dinamik. Pembudayaan penggunaan teknologi digital. STRATEGI 5 38 PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


Program KPI Output Outcome Impak a. Penetapan keperluan sistem dan polisi pembangunan sistem maklumat. Mewujudkan satu (1) polisi dan membuat kajian semula secara berterusan. Satu (1) polisi Pembangunan Sistem Maklumat dihasilkan. Menjadikan polisi pembangunan sistem maklumat sebagai panduan asas jabatan. Tadbir urus jabatan yang lebih teratur dan komprehensif. b. Pemantapan kelangsungan sistem maklumat PNS. Menwujudkan satu (1) Standard of Procedure (SOP) dan membuat kajian semula secara berterusan. Satu (1) Standard of Procedure (SOP) penempatan (hosting) dan pelaksanaan (development) sistem maklumat dihasilkan. Penggunaan sistem maklumat yang lebih sistematik dan teratur. Pengurusan dan pengendalian sistem maklumat mematuhi prosedur. c. Penaiktarafan prestasi kelajuan rangkaian (bandwidth). Prestasi capaian internet sekurangkurangnya 90% tercapai. Kelajuan Bandwith bertambah HQ : 2gbps Cawangan : 500 mbps PD : 30 mbps Capaian internet berkelajuan tinggi. Penyampaian maklumat lebih efisien. Strategi 1 Memastikan semua sistem maklumat utama PNS dapat diakses melalui 5A - Accessible by anyone at anytime, anywhere by any mobile device PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 39 2022-2025


Program KPI Output Outcome Impak a. Memperkenalkan perkhidmatan baharu kepada pengguna melalui konsep sandbox. Bermula 2022 sehingga 2025 – Satu (1) hingga dua (2) aplikasi. Dua (2) aplikasi VR dan AR dibangunkan. Pernambahan perkhidmatan perpustakaan Virtual and Augmented Reality. Pendedahan kepada teknologi terkini. b. Memantapkan sistem maklum balas pengguna. Bermula 2022 sehingga 2025 – Satu (1) aplikasi. Aplikasi sistem maklum balas dibangunkan. Maklum balas dan maklumat lebih cepat dan tepat. Penyampaian perkhidmatan yang lebih baik, efisien dan efektif. c. Menaiktaraf perkhidmatan Hipermedia. 2022 – Kertas kerja. 2023 - 2025 – Pelaksanaan. 2025 – Selesai naik taraf. Perkhidmatan ditingkatkan Kepelbagaian perkhidmatan Hipermedia. Perkhidmatan mengikut kehendak dan aliran semasa. Strategi 2 Meneroka teknologi digital yang boleh memberi nilai tambah (added value) kepada sistem penyampaian perkhidmatan 40 PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


Program KPI Output Outcome Impak a. Latihan kemahiran, kecemerlangan dan memupuk budaya kerja berpasukan. Bilangan latihan – Sekurangkurangnya setiap kakitangan menghadiri latihan dua (2) kali setahun. Laporan latihan. Peningkatan kemahiran dan pengetahuan kakitangan. Mewujudkan jabatan yang berkaliber dan berprestasi tinggi. Strategi 3 Memastikan semua sistem maklumat PNS mudah diintegrasi dan dikembangkan Program KPI Output Outcome Impak a. Menggunakan data, data analitik dan dashboard untuk memudahkan perancangan dan membuat keputusan. 2022 – Satu (1) aplikasi dashboard. Aplikasi dashboard dibangunkan. Penyelarasan perkongsian data dalam jabatan. Laporan perancangan perpustakaan yang lebih sistematik dan teratur. Strategi 4 Pemantapan penyelidikan dan pembangunan perpustakaan PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 41 2022-2025


Program KPI Output Outcome Impak a. Penyediaan kemudahan komputer (1 to 1) untuk kakitangan perkhidmatan utama PNS. Bermula 2022 sehingga 2025. Kakitangan mempunyai kemudahan teknologi untuk melakukan operasi harian. Memberikan infrastruktur yang selamat dan ikut perkembangan teknologi. Kelancaran pengoperasian jabatan. b. Meningkatkan kompetensi dalam penggunaan teknologi maklumat. Bilangan latihan – Empat (4) kali setahun. Kakitangan berkebolehan menggunakan teknologi maklumat. Menguasai penggunaan teknologi. Peningkatan kemahiran dan kompetensi terhadap penggunaan teknologi. Strategi 5 Pembudayaan penggunaan teknologi digital 42 PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022-2025


Bagi memastikan PNS terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna, pelan strategik ini telah menggariskan pelbagai tindakan dan pendekatan strategik dalam tempoh empat (4) tahun akan datang. Seluruh rangkaian PNS Ibu Pejabat, Cawangan, Perpustakaan Bergerak, Perpustakaan Desanet dan Perpustakaan Desa perlu menjadikan pelan strategik ini sebagai teras kepada semua aktiviti Jabatan agar hasrat yang ingin dicapai melalui pelan strategik ini berjaya direalisasikan. PENUTUP PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 43 2022-2025


PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH 2022 - 2025


Click to View FlipBook Version