The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR HIDAYAH BINTI AZMI, 2024-06-13 03:14:31

GOP Tokyo PPMU 2024

25 Feb - 2 Mac 2024

50


FUJI KAWAGUCHIKO MASJID Dibuka secara rasmi pada 8 November 2020. Inilah masjid pertama yang dibina di Gunung Fuji, Jepun bagi memenuhi keperluan pelancong Islam dan mualaf yang kian bertambah di kawasan sekitar. Masjid ini merupakan satu-satunya masjid di kawasan Tasik Kawaguchi yang merupakan tarikan utama pelancong di Jepun. 51


52


MEIJI JINGGU SHRINE, SHIBUYA MEIJI JINGU IALAH KUIL SHINTO YANG TERLETAK DI TOKYO, JEPUN, MENAMPILKAN KAWASAN HUTAN YANG LUAS SELUAS 70 HEKTAR. PELANCONG DAPAT MELIHAT PEMANDANGAN TRADISIONAL JEPUN YANG DIKELILINGI OLEH KEHIJAUAN YANG SUBUR. KUIL INI DIASASKAN PADA TAHUN 1920 UNTUK MENGHORMATI LEGASI MAHARAJA MEIJI DAN EMPRESS SHOKEN. 5 53


54


55


56 TokyoCruise Tokyo Cruise, adalah lambang kepada perkhidmatan bas air Tokyo yang sinonim dengan perjalanan indah di sepanjang Sungai Sumida. Ia menghubungkan lokasi utama seperti Asakusa dengan Jeti Hinode di Hamamatsucho, Toyosu dan Taman Odaiba Kaihin. Syarikat yang mengendalikan Tokyo Cruise ini dulunya dikenali sebagai "Sumida River Steamship Company." Pada masa itu, ia terkenal dengan issenjoki, atau "kapal wap satu sen," kerana satu perjalanan hanya menelan kos satu sen iaitu kira-kira 100 yen. Sepanjang perjalanan dari Asakusa ke Odaiba, penumpang diberi peluang untuk naik ke dek atas untuk menikmati pemandangan sepanjang sungai Sumida. Kumpulan kami juga tidak ketinggalan untuk naik dan merakamkan kenangan berada di atas dek. Kami juga berpeluang menikmati keindahan senibina setiap jambatan yang dilalui sepanjang berada di cruise ini. Setiap jambatan tersebut mempunyai sejarah dan keunikan senibina yang tersendiri.


57


58


Semasa berada di Tokyo, kami tidak melepaskan peluang untuk melawat masjid yang terkemuka di negara Jepun. Kami telah berkumpul di Masjid Camii, Tokyo bagi memberi laluan untuk ahli lelaki menunaikan Solat Jumaat dan ahli perempuan menunaikan solat zohor selepas itu. Tokyo Camii ini adalah sebuah masjid yang terbesar di Jepun. Tokyo Camii dimiliki oleh Kedutaan Republik Turki di Jepun (Jingumae, Shibuya, Tokyo) dan dikendalikan oleh sebuah yayasan agama, iaitu "Tokyo Turkey Diyanet Camii". Perbelanjaan utiliti masjid ditanggung oleh Jabatan Agama Republik Turki, dan imam juga dilantik dari jabatan tersebut. Masjid Camii, Tokyo 59


Kenangan sepanjang lawatan 60


orang, pasti terdapat pelbagai kisah-kisah yang dilalui yang akan dijadikan sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan. Begitu juga dengan kumpulan kami. Bermula dari awal perjalanan sehingga balik semula ke Malaysia, pelbagai kenangan suka duka yang telah kami lalui. Ketawa kami sentiasa mengiringi sepanjang perjalanan kami disana. Kerjasama dari setiap ahli patut diberi pujian. Segala masalah yang mendatang dapat kami tempuhi dengan baik. Kenangan-kenangan ini menjadi satu memori yang tidak akan kami lupakan. Memori yang akan sentiasa buat kami merasa ingin kembali semula ke negara tersebut. InsyaAllah. eperti pengembarapengembara lain yang s melangkah di tempat 61


KastamLapangan Terbang Narita 62 Mendaratnya kami di bumi Jepun, perkara pertama yang wajib kami tempuh adalah kastam di negara tersebut. Seperti yang sedia maklum, beberapa perkara dilarang untuk dibawa masuk ke dalam negara tersebut. Antaranya Beras dan juga bahan mentah seperti daging dan juga ayam. Semasa perbincangan, kami sepakat untuk meletak kan semua makanan “ready to eat” di dalam satu bag dan di “declare” di atas nama Hasni dengan tujuan bagi menjimatkan masa semasa pemeriksaan kastam. Namun, rezeki tidak memihak pada kami. Salah satu makanan yang telah kami bawa telah dirampas semuanya oleh pegawai kastam ketika pemeriksaan. Dengan alasan bahan-bahan dalam makanan tersebut mengandungi ayam iaitu antara bahan yang terlarang untuk dibawa masuk ke negara mereka. Kami akur dan Hasni sebagai penama bagi pembawa makanan tersebut telah menandatangi surat bahawa sekiranya beliau datang semula ke Jepun, beliau dilarang untuk mengulangi kesalahan yang sama.


“Luggage” Rosak Risiko bag rosak adalah perkara biasa apabila kita menaiki mana-mana penerbangan. Untuk lawatan kali ini, bag salah seoarng dari ahli lawatan iaitu Hidayah telah pecah. Setelah selesai urusan di kastam, Hidayah ditemani Fahtin telah pergi ke Kaunter Khidmat Pelanggan yang terdapat Dilapang Terbang Narita untuk membuat laporan kerosakan. Setelah pihak Penerbangan ZIPAIR memberi salinan laporan, Hidayah telah memuat naik laporan tersebut dalam urusan ganti rugi dengan pihak insurans ETIQA Travel yang telah dicarum sebelum memulakan perjalanan ke luar negara. 63


Ini antara perkara yang paling suspen berlaku di dalam kumpulan kami. Sehari sebelum balik ke Malaysia adalah hari “Free & Easy” bagi kami semua. Untuk hari yang terakhir ini, Puan Norlin & Dr Zaidah membenarkan kami berpecah mencari cenderahati untuk dibawa balik. Dengan syarat tidak berseorangan. Jadi kami mengambil keputusan untuk berpecah kepada beberapa kumpulan. Pada malam sebelum nya beberapa orang dari ahli kumpulan kami bercadang untuk ke Butik Uniqlo yang berada di Ginza, Tokyo. Setelah berkumpul, kami solat di Pusat membeli-belah Matsuya yang berada tidak jauh dari butik tersebut. Syafiqah iaitu Ika telah ke tandas sementara yang lain sedang solat. Sewaktu keluar dari tandas, Ika terlupa untuk mengambil telefon bimbit yang diletakkan berdekatan dengan sinki di tandas berkenaan. Apabila Ika sedar yang telefon nya telah hilang, ika kembali semula ke tandas tersebut dan telefon nya telah tiada. Kawan-kawan yang bersama dengan ika pada waktu itu terus menghubungi telefon bimbit ika. Alhamdulillah rezeki masih berpihak pada ika dan telefon ika diambil oleh salah seorang staf yang bekerja di Pusat membeli belah berkenaan. Kami terus ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan staf yang berkenaan telah menyerahkan semula telefon bimbit pada Ika. TELEFON BIMBIT IKA 64


Dalam banyak-banyak barang yang dijual di Jepun, Fatin sangat berkenan dengan payung “transparent” yang berwarna putih ini. Katanya cantik untuk bergambar dan “OOTD”. Kebetulan berdekatan dengan stesen keretapi Euno ada menjual payung berkenaan. Fatin terus beli dan bergaya dengan payung tersebut. Malangnya, rezeki todak menyebelahi beliau. Payung tersebut telah tertinggal di Dek Pemerhatian di Lapangan Terbang Narita, Jepun. Fatin juga ada berusaha untuk mendapatkan semula payung tersebut di kaunter Perkhidmatan Pelanggan di Lapangan Terbang. Staf Lapangan Terbang juga membantu beliau untuk mencari semula payung tersebut. Namun masa pada ketika itu telah suntuk kerana semua penumpang dikehendaki menaiki pesawat dengan segera. Akhirnya payung tersebut hanya tinggal kenangan. Nasib baik ada beberapa gambar yang sempat diambil untuk dijadikan kenangan. 65 Payung Fatin Dalam Kenangan


66 Memori Bersama Memori Bersama


67


68


69


70


71


72


73


74


75


76


77


78


79


78 80


81


82


83


84


85


Dr Zaidah Kak Lin Rena Ika Tirah Aten Dayah 86


Syaq Leman Haziq Seni Wan Apek Zali Anis Ari 87


GGOOPP PPPPMMUU 22002244 88


Click to View FlipBook Version