The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaidie zizi, 2021-02-07 19:12:06

KATA NAMA

BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 1

Disediakan oleh : zaidie zizi

2

3

STANDARD KANDUNGAN

5.1 Memahami dan menggunakan perkataan daripada
pelbagai golongan kata dalam pelbagai ayat.

STANDARD PEMBELAJARAN

5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am dan
kata kata nama khas yang tunggal dan mengalami
pemajmukan dengan betul mengikut konteks

4

5

Kata nama Kata Nama terbahagi
ialah perkataan yang kepada tiga jenis iaitu:
merujuk kepada nama 1. Kata Nama Am
sama ada nama orang,
haiwan, benda, tempat 2. Kata Nama Khas
atau konsep.
3. Kata Ganti Nama

6

• Merujuk kepada benda, perkara, tempat,
institusi atau konsep yang bersifat umum.

• Ditulis dengan huruf kecil kecuali ditulis di
awal ayat

• Kata nama am terbahagi kepada :

1. Kata nama am abstrak
2. Kata nama am konkrit

7

8

Kata Nama Khas

• Merujuk kepada benda,
perkara, tempat, institusi
atau konsep yang bersifat
khusus

• Ditulis dengan Huruf
Besar pada huruf pertama
setiap perkataan

9

Kata Nama 10
Majmuk
• terhasil daripada proses merangkaikan dua
kata dasar atau lebih yang membawa makna
tertentu

• dieja terpisah dan bertindak sebagai satu
unit(satu makna)

• namun ada kata nama majmuk yang
mempunyai dua kata dasar tetapi dieja
bercantum(dalam satu perkataan). Kata
majmuk ini dipanggil KATA MAJMUK
MANTAP

KATA NAMA MAJMUK 11

Rangkai kata bebas

tengah hari , pasar raya , ibu bapa

Istilah khusus

uji kaji , reka bentuk , urus setia

Kiasan

buah mulut, kaki botol , buku lima

AKTIVITI 1 Baca petikan di bawah, kemudian kelaskan Kata 12
Nama am , Kata Nama Khas dan
Kata Nama Majmuk yang terdapat dalam petikan
tersebut.

Rumah tangga yang sejahtera terbentuk daripada keprihatinan
ibu bapa tentang amalan cara hidup sihat dan cergas. Maklumat
penjagaan diri dan pemakanan diperoleh daripada beberapa
laman sesawang seperti Kementerian Kesihatan Malaysia,
Jabatan Kesihatan Negeri, dan Kelab Nutrisi Malaysia.

Pemakanan yang seimbang amat penting untuk penjagaan
kesihatan. Manusia seharusnya mengambil makanan dalam
kuantiti yang kecil tetapi berkhasiat. Pengambilan makanan
seimbang dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko
menghidap beberapa jenis penyakit seperti barah, angin ahmar,
darah tinggi, kencing manis, batu karang, obesiti, kolesterol
tinggi, dan osteoporosis
SUMBER : buku teks B.Melayu Tingkatan 1 hal 6

13

jawapan

Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Nama Majmuk

AKTIVITI 2 14

Kenal pasti perkataan yang merujuk Kata Nama Khas kemudian betulkan kesalahan
pada perkataan tersebut.

1. Emak memasak nasi lemak untuk dimakan pada pagi
jumaat.

2. Si tompok merupakan seekor kucing kesayangan
saya.

3. Encik Zaidie mengajar mata pelajaran bahasa melayu
di tingkatan 1 elit dan 1 amanah.

4. Menara berkembar Petronas menjadi tumpuan
pelancong dari dalam dan luar negara.

5. Semua murid dikehendaki menghantar folio sejarah
kepada Puan latifah.


Click to View FlipBook Version