Projek
Sains
Cikgu Hamidah bt.Zainal
Pengenalan gempa bumi
Gempa bumi adalah suatu fenomena pergerakan
permukaan bumi disebabkan oleh:
pergerakan yang mengejut di permukaan bumi
yang berbatu
apabila tenaga yang tersimpan di dalam
bumi,biasanya di dalam bentuk geseran batu,tiba tiba
terlepas
Seterusnya....
Kesan kepada
alam
sekitar fizikal.
1.Kejadian tsunami
Akibat gempa bumi yang terjadi di dasar laut berupaya
untuk mewujudkan pergerakan ombak kuat.Pergerakan
ombak akan menjadi semakin tinggi apabila memasuki
kawasan yang cetek.Tolakan ombak secara berterusan di
bahagian belakang di perairan cetek akan meninggikan
ombak yang berada di hadapan.Kenaikan ketinggian ombak
secara tiba² akan menyebabkan air laut berhampiran
pinggir pantai akan mengundur ke laut untuk tempoh
beberapa minit sebelum ianya melanda semula pantai dalam
bentuk ombak pembinasa.Contohnya gempa bumi yang
berlaku di Laut Andaman,pada 26 Disember 2004,telah
menghasilkan kejadian ombak luar biasa atau tsunami
setinggi 30 meter.
2. Pergerakan jisim
Gempa bumi telah menghasilkan gegaran yang
kuat terhadap kerak bumi menyebabkan
ketidakstabilan tanah terutamanya di kawasan
cerun dan seterusnya menyebabkan berlakunya
gerakan jisim seperti tanah runtuh.
3.Kenaikan & kejatuhan
aras laut
Gempa bumi boleh menyebabkan berlakunya gelinciran pada kerak bumi.
Sekiranya gempa bumi tersebut menyebabkan berlakunya pengangkatan
daratan berhampiran pinggir laut maka aras laut akan jatuh .Tetapi
sebaliknya gempa bumi tersebut menyebabkan kejatuhan daratan maka
aras laut akan meningkat.
4.MEMUSNAHKAN HUTAN 5.MEMUSNAHKAN EKOSISTEM
PINGGIR PANTAI LAUT
Tsunami yang terhasil akibat gempa bumi di Ombak yang kuat hasil kejadian
dasar laut akan menyebabkan air masuk ke tsunami memusnahkan karang di
dalam hutan² pinggir pantai.Kesannya hutan²
laut.Kemusnahan karang
pinggir pantai akan dicemari dengan air menyebabkan kawasan pembiakan
masin.Keadaan ini boleh menyebabkan
hidupan laut musnah.
kemusnahan hutan tersebut.
Seterusnya....
Kesan kepada
manusia
1.Kemusnahan harta benda
Gegaran akibat kejadian gempa bumi
berupaya untuk meruntuhkan bangunan,
memusnahkan kenderaan dan harta benda
manusia.Kejadian tsunami akibat gempa bumi
akan menenggelamkan kawasan petempatan
penduduk & sekaligus memusnahkan harta
benda penduduk.
2. KEHILANGAN NYAWA
Runtuhan bangunan dan tanah runtuh akibat
gegaran gempa bumi akan menyebabkan
kehilangan nyawa.Tsunami yang melanda
pantai di samping memusnahkan tempat
kediaman manusia,ianya turut meragut nyawa
manusia.
3.Trauma atau
fobia
Manusia yang pernah
mengalami kesan akibat
gempa bumi dan tsunami
biasanya menghadapi
psikologi yang
hebat.Kebanyakan daripada
mereka takut melihat laut dan
menjalankan aktiviti berkaitan
dengan laut.
1.Kesan kepada sistem pengangkutan
Gegaran akibat gempa bumi menyebabkan berlakunya
kerosakan kepada jalan raya ,jalan kereta api dan
lapangan terbang.Kesan daripada kerosakan tersebut
menyebabkan sistem pengangkutan darat
dan udara tergendala.
2.Kesan kepada
aktiviti pertanian
Gegaran akibat gempa bumi menyebabkan
berlakunya tanah runtuh di kawasan cerun.
Tanah runtuh menyebabkan kegiatan pertanian
di kawasan cerun terganggu dan musnah.
Kejadian tsunami akibat gempa bumi dasar laut
menyebabkan air laut masuk ke kawasan
pertanian berhampiran pinggir pantai.
3.Kesan kepada
aktiviti perikanan
Gempa bumi yang berlaku di dasar lautan
akan membentuk gelombang besar(tsunami)
yang berbahaya kepada kegiatan perikanan
pinggir pantai.Tsunami turut memusnahkan
karang di laut..Kemusnahan karang menyebabkan
kawasan pembiakan ikan dan hidupan laut
terganggu.Kesannya dalam jangka masa panjang
hidupan laut berkurangan.
4.Kesan kepada sistem bekalan air & elektrik
Gegaran yang terhasil akibat gempa bumi
akan
menyebabkan tiang elektrik dan telefon
tumbang.
Gegaran juga menyebabkan saluran paip air
pecah kesannya kemudahan asas tersebut
akan terganggu dalam tempoh yang
tertentu.
5.Kesan kepada kegiatan pelancongan
Gempa bumi boleh merosakkan
kawasan²
pelancongan,kemudahan
pengangkutan dan
perhubungan boleh
menjejaskan aktiviti
pelancongan.
6.Kesan kepada kegiatan perlombongan
Gempa bumi boleh
memusnahkan
kawasan²
perlombongan,pelantar²
minyak,
di kawasan laut menjejaskan
aktiviti
perlombongan.
Thank you!