The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadzrol9876, 2021-10-31 22:09:46

KERJA LAPANGAN NUR AUFA SYAFIAH

Nur Aufa Syafiah

PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, TAMAN TERATAI
JINGGA, 05050 ALOR SETAR, KEDAH

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK DI KAMPUNG
LAHAR BATU, 06700 PENDANG, KEDAH

Nama : Nur Aufa Syafiah binti Baharuddin
Tingkatan : 1 Sakinah
Guru Penilai : Puan Asiah binti Asmuni

Perancangan kerja

Bil Tarikh Aktiviti

1 1/9/2021 Menerima tajuk tugasan Geografi daripada Cikgu
Asiah. Serta mendengar taklimat tentang kerja
lapangan daripada Cikgu Asiah.

2 1/9/ 2021 Perbincangan bersama guru tentang :

a. Kandungan kerja lapangan

b. Tempoh menyiapkan kerja lapangan

c. Cara membuat dan menhantar kerja lapangan

3 20/9/2021 Mengumpulkan maklumat dari buku dan internet.

4 20/9/2021 Memproses data dan maklumat
5 22/9/2021 Menulis laporan tentang kajian sisa domestik di

Kampung Lahar Batu.

6 27/9/2021 Menulis laporan hasil kajian.
7 28/10/2021 Melengkapkan kerja lapangan.
8 31/10/2021 Menyerah tugasan pada guru.

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Asiah binti Asmuni
atas bimbingan dalam menjalankan kerja lapangan. Terima kasih juga
saya ucapkan kepada rakan saya iaitu Nurfatihah dan Ain Irdeena Huda
atas bantuan mereka sepanjang kajian. Saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Puan Muniroh binti
Wahab dan Encik Baharuddin bin Mutalib atas sokongan mereka.
Terima kasih kepada semua yang telah memberi maklumat kepada saya
semasa menjalankan kajian.

Pendahuluan

Saya telah menjalankan kerja kursus Geografi. Yang bertajuk kajian
tentang sisa domestik di Kampung Lahar Batu. Saya telah memilih
tempat ini kerana ia merupakan kawasan tempat tinggal saya jadi,
memudahkan saya untuk membuat pemerhatian dan mendapatkan
maklumat. Tempoh kajian saya ialah dari 1/9/2021 hingga 31/10/2021
iaitu selama dua bulan.

Objektif kajian :

Objektif kajian saya ialah :

a. Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik di Kampung Lahar Batu,
06700 Pendang, Kedah.
b. Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik Kampung Lahar Batu.

c. Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa
secara bijaksana di Kampung Lahar Batu.

Kawasan kajian

Kawasan kajian saya ialah Kampung Lahar Batu. Ia terletak di daerah
Pendang negeri Kedah. Jarak kawasan ini dari pusat bandaraya Alor
Setar ialah 34 km. Masa perjalanan ke pusat bandaraya Alor Setar kira-
kira 35 minit dengan menaiki kereta. Kawasan ini merupakan kawasan
pandang darat budaya. Pandang barat budaya yang ada di sini termasuk
:petempatan, sawah padi, kelapa sawit, getah dan jalan raya.

Peta Lakar Kawasan Kajian

Kaedah

a. Pemerhatian

Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan kajian pada 20
September 2021 jam 5 petang untuk menjalankan kajian tentang sisa
domestik. Saya telah catatkan apa yang diperhatikan dalam borang
pemerhatian.

b. Rujukan

Saya melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang sisa-sisa
domestik.

Selain itu, saya juga telah merujuk kepada buku teks Geografi tingkatan
1 untuk mendapatkan maklumat berikut.

Hasil Kajian

Jenis-jenis sisa domestik di kawasan Kampung Lahar Batu,
06700 Pendang, Kedah.

Menurut Wikipedia, sisa domestik ialah merupakan bahan-bahan
buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa
makanan, plastik, kertas dan bahan logam terpakai. Sisa
buangan toksik pula seperti minyak masak atau enjin, lebihan racun
rumpai atau serangga dan hampas organik. Sisa domestik terdiri
daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa domestik dapat dikelaskan
kepada bahan organik dan bahan bukan organik. Kebanyakan sisa
domestik berpunca daripada aktiviti harian manusia dan bencana alam.

Jenis-jenis sisa domestik di kawasan Kampung Lahar Batu,
06700 Pendang, Kedah

Menurut pemerhatian saya, sisa domestik yang terdapat di kawasan
Kampung Lahar Batu terdiri daripada bahan organik seperti sisa
makanan, barangan kertas dan barangan perabot. Sisa bukan organik
seperti barangan plastik, besi dan kaca. Sisa domestik dikawasan ini
juga terdiri daripada sisa pepejal seperti kertas, plastik, sisa makanan
dan sebagainya. Manakala sisa cecair pula seperti minyak masak dan
kumbahan.

Kesan pembuangan sisa domestik di kawasan Kampung Lahar
Batu.

Pencemaran

Menurut buku teks Geografi tingkatan 1, kesan pembuangan sisa
domestik yang dialami oleh penduduk di sini ialah pencemaran. Jenis
pencemaran yang dialami termasuk pencemaran air, udara dan bau.
Sumber air tercemar berlaku apabila sampah sarap dibuang ke kawasan
sumber air. Pencemaran udara berlaku disebabkan pembakarn sisa
domestik di tapak pelupusan sampah.

Wabak Penyakit

Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat
penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti tikus,
lipas, nyamuk dan lalat. Sebagai contoh, penyakit taun, demam denggi,
malaria, zika dan rotavirus.

Banjir Kilat

Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sampah ke
dalam longkang, parit, dan sungai akan menyebabkan aliran air
tersekat. Apabila hujan lebat, jumlah air meningkat secara mendadak
sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku.

Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan
sisa secara bijaksana di Kampung Lahar Batu.

i. Amalan 3R iaitu Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula) dan
Recycle (kitar semula)
Reduce (kurangkan) : Mengurangkan apa-apa yang boleh
menyebabkan sampah seperti penggunaan beg plastik dan bekas
polistirena.
Reuse (guna semula) : Menggunakan semula bekas minuman, surat
khabar, majalah atau mendermakan buku-buku pakaian.
Recycle (kitar semula) : Menghasilkan barangan baharu daripada
barangan terbuang seperti penghasilan kraf tangan dan baja kompos.

ii. Penguatkuasaan Undang-undang
Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-
undang berkaitan sisa domestik dengan mengenakan denda dan
hukuman yang lebih berat bertujuan untuk memberikan kesedaran
kepada masyarakat.

iii. Gotong-royong
Mengadakan kempen seperti Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Kempen
3R dan Kempen Cintai Sungai Kita.

RUMUSAN

Setelah menjalankan kerja lapangan, saya telah menemui sisa domestik
yang dijumpai di kawasan Kampung Lahar Batu, 06700 Pendang, Kedah
ialah kertas, kaca, plastik, tin dam logam. Saya juga mengetahui kesan
pembuangan yang berlaku termasuk pencemaran, wabak penyakit dan
banjir kilat. Langkah-langkah pengurusan sisa domestik yang bijaksana
ialah amalan 3R, penggunaan teknologi terkini, penguatkuasaan
undang-undang, pendidikan dan kempen.

RUJUKAN

(a) Buku teks
Hisham Azman bin Ibrahim dan Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad,
(2017). Geografi Tingkatan 1. Kuala Lumpur : Era Visi SDN. BHD.

(b) Orang Sumber
Hamidah binti Husin, 50 tahun, No 42, Kampung Lahar Batu, 06700
Pendang, Kedah.

(c) Internet
Wikipedia. Sisa Domestik. Diperoleh 27 September 2021. Dari
https://ms.m.wikipedia.org/

Super Science. (2015). Bahan Buangan. Diperoleh 27 September 2021.
Dari http://supersciencef.blogspot.com/2015/10/bahan-
buangan.html?m=1


Click to View FlipBook Version