IMPAK PENGABAIAN ETIKA ISLAMDALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM SERTA CIRI-CIRI JURUTERA YANG MENGAMALKAN ETIKA ISLAM Lecturer : TOBRONI B. MOHD SHAHLAN MPU23052
AHLI KUMPULAN: 1 1 2 17DTK21F1031 ALIF HAZIQ BIN AZMI 3 17DTK21F1006 NUR SYAMIMI BINTI ABDUL WAHAB 4 17DTK21F1059 MUHAMAD AIDAN SHAHRIL BIN SUHARI AHMAD ASYRAF BIN ROSLIZA 17DTK21F1021
Assalamualaikum w.b.t bersyukur kehadrat illahi dengan limpah kurnianya. Kami dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan oleh pensyarah kelas kami. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan jutaan dan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Ustaz TOBRONI B. MOHD SHAHLAN selaku pensyarah Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam kami yang telah memberikan tugasan kepada kmi dalam berbentuk E-Folio. Kami telah diberikan tugas untuk membuat E-folio yang bertajuk Etika Islam dalam Sains dan Kejuruteraan. Semasa kajian dijalankan, kami berkerjasama dalam memberikan setiap idea kami untuk dikongsi bagi memberikan hasil yang berkesan dan berkualiti ketika proses melaksanakan tugasan ini. Kami telah berusaha untuk menjayakan tugasan ini dengan membuat pelbagai perbincangan sebelum memulakan pembuatan E-folio ini. Kami berpendapat bahawa tajuk yang diberikan kepada kami merupakan fakta tentang Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan. Pelbagai ilmu yang dapat kami peroleh sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah perasan mahasiswa khususnya bakal pendidik dinegara ini untuk merungkaikan pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembanganan dalam bidang pendidikan. Justeru itu, haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyayangi peradaban zaman yang begitu hebat. Kami berharap agar ilmu yang kami kongsi ini dapat dimanfaatkan bersama dalam kehidupan seharian sebagai makhluk Allah s.w.t dimuka bumi ini PENGHARGAAN 2
Isi kandungan 3 1. Ahli Kumpulan 2. Penghargaan 7. Ciri-ciri jurutera yang mengutamakan etika Islam 3. Objektif 6. Etika Islam Sains Teknonologi dan Kejuruteraan 8. Kesimpulan 4. Pengenalan 9. Rujukan 5. Definisi Etika
4 Objektif 1. Menyatakan definisi etika 2. Menyatakan impak sains dan teknologi kejuruteraan dalam islam 3. Menyatakan ciri-ciri jurutera yang mengamalkan etika Islam
5 PENGENALAN Akhir sekali, sebagai umat Islam yang bijak agama dan tidak seharusnya dilihat hanya sebagai ibadat ditikar sembahyang sahaja, tetapi ianya perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas dan menyeluruh. Hubungan manusia bukan hanya terhad dengan Allah sahaja tetapi juga dengan manusia yang lain dalam alam sekelilingnya Hubungan antara Islam dengan Sains dan Teknologi adalalah sangat berkait dan tidak dapat dipisahkan kerana kedua-dua ciri tersebut mempunyai peranan dan sumbangan yang penting dalam membina tamadun manusia. Sains dan Teknologi membawa kemajuan, kemudahan dan keselesaan, manakala Islam pula memimpin manusia ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Islam juga telah menetapkan bahawa setiap perkara itu adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah, tidak terkecuali juga ilmu Sains dan Teknologi Oleh itu ilmu Sains dan Teknologi yang diterima oleh Islam adalah ilmu yang dipimpin dan disuluh oleh Allah SWT, kerana hanya dengan itu ilmu tersebut tidak akan bersifat menindas dan menganiaya makhluk lain. Selain itu, ilmu Sains dan Teknologi tanpa Islam adalah seperti sebilah pedang di tangan seorang yang mabuk. Oleh kerana ini, pemisahan antara Islam dengan Sains dan Teknologi hanya akan membawa kepada kemusnahan kerana mereka yang menguasai ilmu tanpa pimpinan agama akan dipimpin oleh nafsu.
Perkataan etika berasal daripada bahasa Yunani iaitu ethos, yang bermaksud watak atau adat. Etika adalah suatu cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidang moral, ia diungkap dalam bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci, memalukan, bertanggungjawab dan sebagainya. Ia juga merupakan penyelidikan falsafah tentang kewajipan manusia serta tentang yang baik dan yang buruk. Ringkasnya, etika adalah falsafah tentang amalan dan norma-norma hidup manusia. DEFINISI ETIKA 8 6
Etika merupakan satu bidang falsafah yang membicarakan tentang tingkah laku manusia dari aspek-aspek lahiriah dan batiniahnya. Dalam hubungan dengan sains, berhubung dengan tatacara untuk mempraktiskan kebaikan dan menolak keburukan dalam amalan dan penggunaan sains dan teknologi. Islam telah menyediakan panduan yang sempurna untuk mengatu segala perlakuan manusia dalam apa jua bidang kerjaya sepanjang zaman. Terdapat konsep-konsep asas yang mampu membimbing ahli sains dalam urusan peribadi dan profesyennya. Konsep asas tersebut terdiri daripada tiga unsur utama iaitu: ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN 7
UNSUR ETIKA Keimanan kepada Allah S.W.T 1. 2. Mementingkan aspek kemanusiaan dan ihsan 8 3. Kepatuhan kepada Syariah dan etika kerja
Keimanan kepada Allah S.W.T Iman adalah teras kepada semua kenis amalam dalam Islam. Seorang ahli sains perlu mempunyai keimanan serta keyakinan yang kukuh kepada Allah dan sentiasa memohon bantuan daripadaNya. Mereka perlu sedar Allah sentiasa melihat segala pemikiran dan perlakuan manusia. Allah merupakan Pencipta dan Pemilik alam yang menjadi bahan kajian dan penggunaan sains dan teknologi. Sesungguhnya keimanan kepada Allah akan menyediakan asak yang kukuh kepada kelahiran generasi muslim yang bermoral. 9
Mementingkan aspek kemanusiaan dan ihsan Dalam penggunaan Sains dan Teknologi aspek kemanusiaan dan ihsan merupakan suatu yang tidak bole diabaikan. Para saintis adalah Khalifah di bumi. Mereka bertanggungjawab untuk membawa kemakmuran dan menjaga keharmonian. Mereke perlu menghindari diri daripada mengekspolitasi sewenangwenangnya segala isi kandungan alam semata-mata untuk kepentingan sains, material dan kekayaan. Mereka perlu melindungi alam sekitar, bersifat belas ihsan dan menghormati hak-hak manusia dan lain-lain kehidupan untuk hidup dengan selesa. Sebagai rumusannya, seseorang ahli sains atau teknokrat muslim yang ingin melaksanakan sesuatu perbuatan atau amalan sainsnya, seharusnya bermula dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah serta berpegangan teguh kepada ajaran agama dalam profesyennya. Beliau juga perlu bertindak untuk memastikan adanya persiapan yang cukup sama ada dari segi kuasa intelek ataupun kuasa emperik yang bercorak teknik. Tindak tanduknya pula dibaluti dengan nilai-nilai etika dan moral yang suci murni berdasarkan prinsip “melakukan sesuatu yang baik dan menjauhi yang mungkar”. Dengan itu persoalan krisis etika dalam pelbagai amalan sains dapat dihindarkan dan sains menjadi ilmu yang mampu memberi manfaat yang menyeluruh. 10
Contohnya, sebagai seorang ahli sains perlu mempunyai ketaatan yang tinggi terhadap peraturan-peraturan dan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah dengan mengambil kira persoalan halal dan haram dalam kerjayanya. Matlamat yang murni dalam pembangunan dan penggunaan teknologi seharusnya seiring dengan kaedah Islam. Kepatuhan kepada peraturan Allah dijadikan asas penting dalam etika kerjanya sekalipun berlawanan dengan tuntutan keinginan kerana Sains tidak boleh bersifat neutral dan bebas. Kepatuhan kepada syariah dan etika kerja 11
Dunia hari ini, kita telah melihat pelbagai ciptaan manusia dengan bermacam macam rupa dan fungsi. Ini semua hanya mampu dilakukan dengan bantuan akal yang dikurniakan oleh Allah swt kepada Bani Adam a.s. Namun begitu, manusia tidak mampu menggunakan kemampuan akal sepenuhnya. Dengan itu, pelbagai kerosakan yang telah berlaku. Kerosakan berlaku disebabkan perbuatan-perbuatan buruk manusia dalam pengabaian etika dalam sains teknologi.Dalam hal ini, nilai-nilai etika yang perlu ada dalam saintis tidak lagi diendahkan seolah - olah ia tidak ada dalam diari hidup mereka. Bagi sebahagian dari mereka telah mencipta sesuatu teknologi mengikut kehendak komersial semata mata tanpa mengambil kira kesan negatif terhadap alam sekitar. IMPAK PENGABAIAN ETIKA ISLAM DALAM BIDANG SAINS 15
IMPAK PENGABAIAN ETIKA ISLAM DALAM BIDANG SAINS 13 2 Lahirnya teknologi mengikut komersial 1 Berlakunya kerosakan kepada alam sekitar kerana kerakusan sains
3 14 Lahirnya saintis yang tidak bermoral yang selalu mementingkan wang kuasa dan nama 4 Sikap mementingkan diri sendiri Berlakunya eksploitasi alam tanpa kawalan 5
Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang membicarakan tentang tingkah laku manusia dari aspek lahiriah dan batiniah. Etika juga salah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang kebaikan dan keburukan dalam sains dan teknologi. Terdapat beberapa ciri jurutera yang mengamalkan etika islam iaitu; i)Tidak menerima rasuah. -Islam menentang keras tentang perbuatan memberi atau menerima rasuah ii).Mengutamakan ibadah daripada pekerjaan. -Allah akan meredhai semua pekerjaan yang kita lakukan jika kita mendahulukan ibadah daripada pekerjaan iii) Amanah dalam melakukan pekerjaan -Setiap pekerja mestilah sentiasa amanah dan bertanggungjawab agar orang disekeliling percaya dengan hasil kerja kita CIRI-CIRI JURUTERA YANG MENGAMALKAN ETIKA ISLAM 15
KESIMPULAN Secara keseluruhan, Islam menerima teknologi yang memberi manfaat dan menolak yang membawa kerosakan dan kemudaratan. Berdasarkan etika dan prinsip dasar Islam, tujuan utama kepentingan ibadat kepada Allah SWT ialah mencari ilmu. Al-Quran menjelaskan dan menunjukkan pentingnya sejarah dan hubungannya dengan kewujudan tamadun manusia berdasarkan aspek Sains, Teknologi dan Kejuruteraan melalui peristiwa serta contoh umat yang terdahulu benar-benar berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini. Pelaksanaan syariah Islamiah dalam Sains dan Teknologi dan Kejuruteraan ini bertujuan untuk membawa ke arah kebaikan sama ada untuk umat manusia atau alam. Ini bertepatan dengan konsep syariah iaitu hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT. Ini bermakna segala hukumhakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT mempunyai makna atau maksudnya yang tersendiri ataupun sebab dan hikmah yang tersendiri. Akhir sekali, sebagai umat Islam, hendaklah kita mematuhi segala syariah Islam yang telah ditetapkan bagi mendapatkan keredaan Allah SWT supaya apa yang dilakukan oleh kita sentiasa dalam reda Allah SWT dan sentiasa ke arah kebaikan.
16 RUJUKAN https://www.academia.edu/es/30175388/Makalah_Filsafat_IIlmu _pendidikan_sains https://tausia.net/2021/05/05/sains-dan-etika/ https://prezi.com/9umf8-wbf4ny/etika-islam-dalam-sainsteknologi-dan-kejuruteraan/ Mohd Mokhtar Hakim Mohd Dg Hafizah Ag Basir Siti Halimah Putung (2011) Tamadun Islam & Tamadun Asia, Perak: Cipta Printing & Publishing(M) Sdn. Bhd. Jabatan Pengajian Am Politeknik (2015). Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam, Merlimau: Kementerian Pendidikan Tinggi