The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR NADIRAH BINTI MD MA'AMOR KPM-Guru, 2023-06-21 06:22:10

Mesyuarat PIBG SK2TBA Ke-38

24 Jun 2023

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-38 NO. PENDAFTARAN: SEL. 031 24 JUN 2023 KEDIAMAN SENDIRI GOOGLE MEET SABTU HARI DIRASMIKAN OLEH : ENCIK AUGUSTINE SAGUN YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN 2 TENGKU BENDAHARA AZMAN


KANDUNGAN ATUR CARA PERASMIAN VISI DAN MISI SEKOLAH KATA-KATA ALUAN GURU BESAR 1. 2. 3. 4. UCAPAN PERASMIAN 5. SENARAI NAMA GURU & STAF SOKONGAN 6. SENARAI MURID CEMERLANG 2022 7. CARTA ORGANISASI PIBG 2022/2023 8. ORGANISASI PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG 9. AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 38 10. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 11. LAPORAN TAHUNAN,SUMBANGAN & AKTIVITI 12. PENYATA KEWANGAN 13. PENGHARGAAN 1 2 3 4 5-6 7 8 9 10 11 12-17 18 19-21 22


ATUR CARA 8.30 pagi - Pendaftaran 8.40 pagi - Ucapan aluan pengerusi majlis 8.50 pagi - Bacaan doa 9.00 pagi - Ucapan guru besar 9.10 pagi - Ucapan perasmian YDP PIBG 9.20 pagi - Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Murid Tahun 6 sesi 2022 9.25 pagi - Penyampaian sijil AJK PIBG sesi 2022/2023 9.30 pagi - Pengumuman nama penerima hadiah cabutan bertuah 1 9.45 pagi - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-38 10.45 pagi - Pengumuman nama penerima hadiah cabutan bertuah 2 11.00 pagi - Majlis bersurai 2


VISI SEKOLAH MISI SEKOLAH PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA 3


KATA-KATA ALUAN GURU BESAR PENASIHAT PIBG GURU BESAR SK (2) TENGKU BENDAHARA AZMAN PN. NORAZIAH BINTI ZAID Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah dan rasa syukur yang tidak terhingga, kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bersama-sama hadir ke Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 ini. Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa/penjaga yang sudi hadir melapangkan masa untuk hadir dalam majlis ini serta Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023/2024 serta seluruh warga pendidik yang telah bekerjasama bagi menjayakan Mesyuarat Agung pada kali ini. Sesungguhnya inilah masa yang paling sesuai dan tepat untuk kita sama-sama hadir bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG. Kita masih meneruskan bermesyuarat secara dalam talian. Platform ini harus digunakan sebaik mungkin untuk menilai prestasi Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG dan juga kita sebagai ahli PIBG, sama ada pencapaian kita berada pada tahap yang lemah, baik atau cemerlang. Ia juga menjadi forum untuk menyalurkan pandangan dan idea, disamping melaksanakan tanggungjawab menentukan arah tuju persatuan untuk masa akan datang. Seringkali apabila disebut PIBG ibu bapa lebih cenderung beranggapan bahawa barisan jawatankuasa itulah PIBG. Namun dalam konteks sebenar, perjalanan persatuan ini adalah digalas sepenuhnya oleh semua ahli PIBG termasuklah ibu dan bapa. AJK yang diamanahkan melalui pemilihan dalam mesyuarat Agung Tahunan sekadar pelaksana dan penghubung antara persatuan dan pihak pengurusan sekolah. Kecemerlangan dan kegagalan PIBG bukan terletak sepenuhnya kepada ahli jawatankuasanya sahaja tetapi ia bersandarkan sumbangan daripada ahli-ahli. Kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang ada pada ahli-ahli PIBG itulah aset sebenar persatuan ini. Itulah modal insan (human capital) yang harus digarap bagi memajukan PIBG. Kita percaya bahawa pelaksanaan aktiviti yang dirancang dengan teliti akan dapat dijayakan sekiranya kita mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Sumbersumber kewangan perlu diperoleh dan diurus secara bijaksana agar program yang hendak dilaksanakan akan mendapat natijahnya ke arah kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Oleh itu, segala peluang yang boleh menambahkan dana persatuan ini harus dicari dan ditambah dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan. Sekian terima kasih, Puan Noraziah binti Zaid Guru Besar SK (2) TBA 4


UCAPAN PERASMIAN YDP PIBG YDP PIBG SK (2) TENGKU BENDAHARA AZMAN EN. AUGUSTINE SAGUN Yang Berusaha Puan Noraziah binti Zaid, Guru Besar SK (2) Tengku Bendahara Azman. Yang Dihormati En Razali bin Zainal, Penolong Kanan Pentadbiran. Pn. Nazariah binti Hj Padil, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Pn. Siti Zaliah binti Zakaria, Penolong Kanan Kokurikulum. Yang dikasihi guru-guru, ahli-ahli jawatankuasa, para ibu-bapa dan hadirin yang sekalian. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi penghargaan kepada saya memberi sedikit ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong PIBG SK (2) Tengku Bendahara Azman kali ke 38. Semoga majlis ini berlangsung dengan jayanya. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada barisan -guru yang bertungkus lumus merealisasikan majlis ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih atas kehadiran para ibu bapa pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran ibu bapa mencerminkan komitmen dan hubungan yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah walaupun majlis ini diadakan secara dalam talian. Hadirin yang dihormati, Sebenarnya, kehadiran ibu bapa pada majlis seperti ini membuktikan bahawa ibu bapa mempunyai sikap responsif dan sensitiviti yang tinggi terhadap isu-isu yang melibatkan anak-anak mereka. Kepekaan dan keprihatinan inilah yang akan menjadi aspirasi dan pendorong yang paling bermakna buat anak-anak kita agar berusaha lebih giat bagi mencapai prestasi tinggi dan cemerlang, di sekolah baik dalam bidang akademik mahupun bidang kokurikulum. Tuan-tuan dan puan-puan, Kejayaan murid-murid tidak akan dapat dicapai tanpa usaha gigih dan komitmen yang tinggi dalam kalangan pentadbir, guru-guru ibu bapa dan yang utama usaha murid itu sendiri. Justeru, permuafakatan sangat penting antara ibu bapa dan guru menerusi PIBG. Hubungan yang erat dan mesra, diiringi kerjasama yang padu antara ibu bapa dan guru diibaratkan seperti aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain. Kerjasama ini sudah pasti menjadi pendorong dan pemudah cara dalam setiap usaha ke arah kemajuan anak-anak kita sebagai tonggak masa hadapan. 5


Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi, Sesungguhnya, dalam usaha merealisasikan cita-cita ke arah wawasan negara, kita dihadapkan dengan pelbagai cabaran dalam menerajui generasi masa kini serta cabaran dalam dunia pendidikan yang semakin rencam. Namun kita seharusnya tidak goyah dengan cabaran dan rintangan ini. Justeru, kita sebagai ibu bapa perlu mengorbankan masa dan tenaga, malah wang ringgit dalam merencana perancangan yang lebih strategik bersama pihak sekolah bagi mencari jalan penyelesaian, agar dapat membentuk generasi atau modal insan yang mampu meneruskan perjuangan murni bangsa, agama dan negara. Tuan-tuan dan puan-puan, Peranan PIBG, tidak dapat dinafikan dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang seperti akademik, kokurikulum, pembangunan fizikal dan pembentukan modal insan. Ibu bapa haruslah peka dan membantu kepimpinan PIBG supaya dapat mewujudkan satu pasukan yang mantap untuk menghadapi cabaran era globalisasi ini., kerana PIBG merupakan satu wahana yang amat berkesan bagi ibu bapa berbincang dan memberi pandangan yang perlu demi kecemerlangan akademik anak-anak, pun tidak dilupakan peranan dan pengorbanan guru amatlah besar, yang telah menjadikan semua manusia menjadi orang yang mampu berfikir, bertindak dan mewarnai dunia. Hadirin sekalian, Besarlah harapan saya agar ibu bapa serta guru-guru bergabung tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak didik di SK (2) Tengku Bendahara Azman. Saya mengucapkan syabas kepada PIBG sekolah ini atas komitmen yang ditunjukkan. Kejayaan anak-anak adalah simbol kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan antara guru dan ibu bapa. Mudah- mudahan semangat dan komitmen yang tinggi akan dapat ditingkatkan lagi supaya sekolah akan mencapai kejayaan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agong PIBG kali ke 38 pada pagi ini. Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya. EN. AUGUSTINE SAGUN SK (2) TBA UCAPAN PERASMIAN YDP PIBG YDP PIBG SK (2) TENGKU BENDAHARA AZMAN EN. AUGUSTINE SAGUN 6


SENARAI NAMA GURU DAN STAF SOKONGAN 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN (2) TENGKU BENDAHARA AZMAN 7


Murid Cemerlang Cemerlang Cemerlang AUFA BINTI AHMAD AZRUL NIZAM SMKA Kuala Lipis AURELLYA DARLENE BINTI MUHD ASYRAF SMKA Kuala Lipis NURAISYAH BINTI SUDIR SMK Raja Zarina MOHAMMAD FAKHRUL HAZIQ BIN MOHD FADHIL MRSM Gemencheh UA NUR ALISHAFATIMAH BINTI SYED MOHAMAD AMEER ALI MARICAR SMK Raja Zarina 8


CARTA ORGANISASI PIBG SESI 2022/2023 SEKOLAH KEBANGSAAN (2) TENGKU BENDAHARA AZMAN LORONG SABAH, PANDAMARAN 42000 PELABUHAN KLANG SELANGOR JPS.2500(E)P.93 9


AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 24 JUN 2023 (SABTU) SECARA ATAS TALIAN (GOOGLE MEET) 10


AGENDA MESYUARAT Ucapan YDP sebagai Pengerusi Majlis Ucapan Guru Besar Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke-37 Membincangkan perkara berbangkit Membentang laporan aktiviti PIBG bagi sesi 2022/2023 serta membentang dan mengesahkan penyata kewangan PIBG bagi sesi 2022/2023 Pembubaran ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 Perlantikan dan pemilihan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 Perbincangan usul dan hal-hal lain Ucapan penangguhan mesyuarat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Ucapan YDP sebagai Pengerusi Majlis Ucapan Guru Besar Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke-37 Membincangkan perkara berbangkit Membentang laporan aktiviti PIBG bagi sesi 2022/2023 serta membentang dan mengesahkan penyata kewangan PIBG bagi sesi 2022/2023 Pembubaran ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 Perlantikan dan pemilihan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 Perbincangan usul dan hal-hal lain Ucapan penangguhan mesyuarat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 11


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 SEKOLAH KEBANGSAAN (2) TENGKU BENDAHARA AZMAN Tarikh : 25 JUN 2022 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Medium : Google Meet KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA 1. Kalsom binti Hashim 2. Murlianah bt Jebaris 3. Noor Suhana bt Alies 4. Saadiah bt Idris 5. Rosdiana Yunus 6. Rashidah binti Abdul Rahman 7. Ismail bin Mohd Nor 8. Nurul Akmal bt Abu Bakar 9. Rudiani bte Sahabudin 10. Yanti binti Sulaiman 11. Daharah binti Ibrahim 12. Siti Nurul Ain binti Zazali 13. Tahirah binti Din 14. Suraya bte Taufiq 15. Siti Zulaikha binti Abdul Talib 16. Emi bt Yahya 17. Japan binti Said 18. Hasnah binti Sappe 19. Nazirul Azizi bin Azman 20. Hayati binti Ahmad 21. Zaimah binti Abdul Kadir 22. Azlina binti Abdul Ghani 23. Khadijah binti Ali 24. Augustine Sagun 25. Edah binti Sudin 26. Asyikin binti Che Harun 27. Mohd Jelanie bin Sajali 28. Norisah Kamali 29. Ema Suryani Ardid 30. Yahya bin Deraman 31. Salinah Kamruddin 32. Norhayati bt Sanusi 33. Norbi Isnillah bt Mohd 34. Wahidah binti Yusof 35. Zaidah binti Kamarudin 36. Sandora binti Ladja 37. Mohd Fadhil bin Jusoh 38. Rohani binti Saman 39. Jamaliatun Jamilah binti Mohd Yusof 40. Rosmary binti Andong 41. Nurhayati Amirkhan 42. Norsyazwani binti Noor Shamsuddin 43. Syukriah bt Yusoff 44. Patma bt Lapano KEHADIRAN GURU 1.Wan Saliza binti Wan Salleh 2.Nor Hashimah binti Adnan 3.Nazariah binti Hj Padil 4.Siti Zaliah binti Zakaria 5.Norfadzilah binti Ahmad 6. Nor Aslina binti Arshad 7. Anira binti Che Ismail 8. Kogilah a/p Thanapala 9. Noor Hidayu binti Buliami 10. Nur Nadirah binti Md Ma’amor 11. Nor Azina binti Sabu 12. Zuraini binti Samidi 13. Salena binti Shairi 14. Suriya binti Abdul Ghani 15. Zharudin bin Mohd Nor 16. Noor Laila binti Abdullah 17. Siti Fasihah binti Hussien 18. Sakinah binti Ibrahim 19. Siti Halifah binti Misni 12


13


14


15


16


17


18


PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 2022-2023 PIBG SK (2) TBA 19


20


PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 2022-2023 JUGA BOLEH DIDAPATI DISINI 21


PENGHARGAAN ******************** SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK AUGUSTINE SAGUN YDP PIBG SK (2) TBA PN. NORAZIAH BINTI ZAID GURU BESAR SK (2) TBA GURU-GURU DAN KAKITANGAN SK (2) TBA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 IBU BAPA DAN PENJAGA MURID-MURID SK (2) TBA SERTA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 38 -TERIMA KASIH22


Click to View FlipBook Version