The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amir, 2020-03-05 03:00:10

Januari 2020

Januari 2020

Buletin KMS
‫بولت ني كوليج مارا سرم ني‬
Edisi Januari 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga Kolej MARA Seremban.
Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru, 2020,
kepada semua.

Tahun ini bermula dengan satu perubahan yang sangat menarik di mana KMS akan
mengadakan pengambilan pelajar sebanyak dua kali setahun, iaitu pada bulan Januari dan
juga pada bulan Jun. Alhamdulillah pada awal januari 2020 seramai 57 pelajar lepasan
IGCSE telah mendaftarkan diri di KMS bagi Program A Level Fast Track. Program A Level
Fast Track bermakna pelajar akan menamatkan pengajian lebih awal dari kebiasaan iaitu
dalam masa 16 bulan sahaja.

Kami melihat perubahan ini sebagai satu cabaran yang positif kepada KMS,
insyaAllah dengan kerjasama dari semua pihak, ibubapa, pelajar dan warga kerja KMS,
program ini akan dapat dijalankan dengan jayanya. Disamping itu pelbagai program
pembangunan akademik dan diri pelajar telah dirancang bagi memastikan pelajar mendapat
persediaan yang seimbang bagi meneruskan pengajian di universiti nanti

Tahun 2019 telah meninggalkan kita dengan seribu kenangan manis terutama dengan
pencapaian pelajar 2017-2019 dalam peperiksaan IB dan AL mereka. Tidak lupa semua
pelajar UTM 2018-2019 yang mendapat CGPA 3.00 dan ke atas. Dengan usaha dan diiringi
dengan doa, saya percaya kita boleh menghasilkan keputusan yang lebih cemerlang pada
tahun ini.

Selamat maju jaya dan semoga kita semua dirahmati Allah

Dr. Sa'aidah Abdul Rahman
Director of Kolej MARA Seremban

HOSTEL OPEN DAY 2020

Pada 17 Januari 2020 telah berlangsung aktiviti Hostel Open
Day Kolej MARA Seremban 2020. Aktiviti ini dianjurkan oleh
Badan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Seremban.

Antara objektif aktiviti ini diadakan ialah bagi mendedahkan
kepada ibu bapa cara kehidupan pelajar KMS setiap hari di
kawasan asrama dan mengeratkan silaturrahim antara semua
warga kolej dengan menyediakan wadah untuk saling berinteraksi
di luar waktu kuliah. Antara pengisian aktiviti ialah Hostel visit,
6-Star Room , Competition CSR Program, Volleyball
Championship, KMS The Voice,Netball Tournament, Carnival
Stalls,Telematch Frisbee Competition dan Cake Decorating
Contest. Program ini telah mendapat sambutan yang baik dengan
penglibatan ibu bapa daripada setiap pelajar serta komitmen yang
diberikan oleh semua pelajar memastikan program ini berjaya
dilaksanakan dengan jayanya.

KMS NIGHT RUN 2020

Pada 18 Januari 2020 telah berlangsung acara KMS NIGHT RUN
2020 KMS NIGHT Selain daripada bertujuan untuk menggalakkan
amalan gaya hidup sihat di kalangan warga KMS dan penduduk
sekitar Seremban, program ini sekaligus menjadi medium untuk
menarik lebih ramai pengunjung ke KMS Hostel Open Day yang
diadakan pada hari yang sama.Acara KMS Night Run sejauh 3 KM
di kawasan sekitar Seremban yang melibatkan beberapa stesen
‘checkpoint’.

Para peserta larian menerima ‘glowstick’ yang berbeza warna di
setiap ‘checkpoint’ sepanjang perjalanan mereka iaitu warna hijau,
jingga dan biru dimana ‘glowstick’ diedarkan oleh AJK KMS Night
Run yang terdiri daripada pelajar KMS.



ORIENTASI PELAJAR BARU – A-LEVEL FASTRACK

Selamat datang pelajar program A-Level yang baru mendaftar
pada 13 Januari 2020. Seramai 60 orang pelajar telah mendaftar
sebagai pelajar program A-Level(Fastrack) di Kolej MARA
Seremban. Susulan itu Unit Bimbingan, Kaunseling & Penempatan
KMS telah mengadakan aktiviti Orientasi pelajar baharu dengan
matlamat untuk Membantu proses penyesuaian diri pelajar dengan
persekitaran baru di KMS.



Editorial:

Ketua Editor :
Pn Alida Binti Yunos

Editor: Editor: Editor:
Pn Nurul Hamiza Pn Susilawati Pn. Nur Farahiyah
Binti Ahmad Lodfi Binti Abd Mutalib
BintiRahim

Reka bentuk Grafik:
En Muhd Rahmat Moktar Lotfy


Click to View FlipBook Version