“INVEST IN OUR PLANET” “FRIENDS OF THE EARTH”
KATA ALU-ALUAN PERASMI
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah
kepada Maktab Rendah Sains Mara Kuching atas kejayaan sebagai Tuan
Rumah dalam menganjurkan Sambutan Hari Bumi Peringkat Zon Barat
MRSM Se-Malaysia 2022.
Hari Bumi merupakan acara tahunan yang disambut diseluruh dunia pada 22 April setiap tahun
yang bermula semenjak tahun 1970. Sambutan ini diraikan sebagai satu usaha menghargai
bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan
masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar untuk generasi sekarang dan generasi akan
datang.
Kesedaran yang ingin diterapkan adalah jelas iaitu memelihara alam dan persekitaran semula
jadi yang mana merupakan tanggungjawab individu dan secara bersama dalam satu kumpulan.
Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan secara berterusan di dalam apa juga keadaan.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi syabas kepada segala
usaha yang telah dilaksanakan oleh semua warga yang terlibat secara langsung dan tidak lang-
sung dalam menjayakan Sambutan Hari Bumi Peringkat Zon Barat MRSM Se-Malaysia 2022.
Sekian, terima kasih.
HAJI ZAINAL ABIDIN BIN HAJI ABDULLAH
Pengurus Besar Harwood Timber Sdn Bhd
KATA ALU-ALUAN
PENGETUA MRSM KUCHING
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin serta limpah
rahmatnya kita diberi kesempatan dapat bertemu dan berjumpa secara
maya sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Bumi Peringkat Zon
Barat 2022. Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepa-
da Jawatankuasa Program Sambutan Hari Bumi Peringkat Zon Barat
2022 yang terdiri daripada guru-guru dan warga kerja MRSM Kuching
yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran dan ke-
jayaan program ini sehingga ke titik akhirnya pada hari ini.
Sekalung penghargaan juga diucapkan juga kepada guru-guru dan anak-anak pelajar da-
ripada MRSM-MRSM Zon Barat peserta Sambutan Hari Bumi Peringkat Zon Barat 2022 yang
menyertai semua acara yang dipertandingkan dalam program yang kita anjurkan ini.
Penganjuran Sambutan Hari Bumi Peringkat Zon Barat 2022 diadakan pada kali ini dil-
aksanakan sepenuhnya diadakan secara dalam talian. Hal ini rentetan daripada keadaan ser-
ta suasana Pandemik Covid 19 yang masih melanda negara kita.
Oleh itu, acara yang dipertandingakan disusun dan dilaksanakan dengan kesesuaian mengi-
kut keadaan semasa dalam suasana pandemik yang masih belum reda sepenuhnya.
Alhamdulillah dengan izinNya semua acara yang dipertandingkan sepanjang program ini ber-
langsung dapat berjalan dengan sebegitu baik sekali.
Pelaksanaan Sambutan Hari Bumi Peringkat Zon Barat 2022 secara dalam talian ini turut sa-
ma memberikan pengalaman berharga kepada kami. Program ini telah memberi kami ruang
dan peluang kerana menerusi penganjuran ini, kami sebagai tuan rumah dapat mempelajari
ilmu-ilmu baharu kerana penganjuran yang diadakan secara maya adalah sesuatu yang agak
berbeza keadaannya dengan penganjuran secara nyata.
Kami melihat dari sudut yang positif. Ibarat peribahasa Melayu Kalau tidak dipecahkan sa-
gunya manakan dapat sagunya.
Saya sudahi ucapan ini dengan kalimah wabillahitauhid wal hidayah wassalamualaikum wbt.
MOHD. JUNAIDI BIN JULAM
Pengetua
MRSM Kuching
SENARAI MRSM ZON BARAT
SENARAI PERTANDINGAN
SYARAST /YPAERRAATTU/RAPNEPREARTTAUNDRINAGNAN
PERTANDINGAN
1.0 SYARAT PENYERTAAN
Pertandingan terbuka kepada semua pelajar.
Setiap MRSM perlu menghantar 2 penyertaan terbaik.
Penyertaan adalah secara berkumpulan iaitu maksimum 3 orang pelajar dalam satu kumpulan.
Peserta ditugaskan membuat reka bentuk satu produk berasaskan panel solar.
Peserta perlu membuat pembentangan projek dalam bentuk video yang merangkumi aspek
berikut:
Video dimulakan dengan memperkenalkan nama, tingkatan, nama MRSM yang diwakili dan
nama produk
Bahan-bahan yang digunakan Menghuraikan kegunaan produk Keistimewaan produk
Membuat demonstrasi cara produk tersebut berfungsi
Peserta perlu memastikan video mempunyai kualiti berikut: Aspek pencahayaan (tiada bayang
-bayang. Suara (volume) ditetapkan pada tahap maksimum
Sudut fokus dan fokus kamera (long shot atau close up) yang bersesuaian
Semua babak adalah rakaman sendiri dan tidak diambil daripada sumber internet
Khidmat jurukamera dan editor video profesional adalah tidak dibenarkan
Durasi keseluruhan video adalah maksimum selama 4 minit.
SYARAT/PERATURAN
PERTANDINGAN
1.0 SYARAT PENYERTAAN
Pertandingan terbuka kepada semua pelajar.
Setiap MRSM perlu menghantar 2 penyertaan terbaik.
Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri maksimum 3 orang pelajar dalam satu
kumpulan.
Bilangan individu (pelakon) yang terlibat dalam rakaman adalah tidak terhad.
Video yang dihasilkan mestilah memaparkan aktiviti bertemakan “Invest In Our Planet”.
Durasi video mestilah tidak melebihi DUA (2) minit menggunakan aplikasi Tiktok sahaja.
Audio, suntingan dan ubahsuai adalah bebas dan hanya menggunakan bahasa Melayu atau ba-
hasa Inggeris sahaja.
Akaun Tiktok peserta hendaklah ditetapkan public dan bukan private.
Aksi video yang dimuatnaik mestilah menjaga adab dan sopan, tidak boleh mengandungi seba-
rang elemen atau unsur-unsur negatif dan menyalahi undang-undang.
Pakaian yang digunakan dalam video mesti sopan, bersesuaian dan beretika.
Video yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah karya asli dan kreativiti sendiri
oleh peserta (mematuhi hak rekacipta/ copyright).
Markah bonus diberikan video menepati syarat dan mempunyai Like yang paling banyak dalam
temph masa yang ditetapkan.
Peserta mesti sertakan hashtag (#) #investinoutplanet #friendsoftheearth
SYARAST Y/ APERRAATTU/RAPNEPREARTTAUNRDIANGNAN
PERTANDINGAN
1.0 SYARAT PENYERTAAN
Pertandingan terbuka kepada semua pelajar.
Setiap MRSM perlu menghantar 3 penyertaan terbaik.
Penyertaan secara berkumpulan dengan maksimum 3 orang pelajar dalam satu kum-
pulan.
Bilangan individu (pelakon) yang terlibat dalam rakaman adalah tidak terhad.
Tema penceritaan adalah “Friends of the Earth”.
Short-Silent video (video yang dihasilkan tanpa dialog) memaparkan gabungan idea,
projek, aktiviti atau kempen mengikut tema yang ditetapkan dan paparan vid-
eo boleh difahami tanpa translasi atau pencerita.
Video boleh mengandungi grafik, animasi, muzik dan paparan teks pendek/ per-
kataan (bukan paparan teks berbentuk dialog). Contoh teks pendek/ per-
kataan adalah seperti papan tanda “Perpustakaan” dan seumpamanya.
Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan video (grafik atau animasi) merupa-
kan karya asli yang dihasilkan oleh pelajar sendiri atau bahan bawah kategori
sumber terbuka (open-source licenses) jika ianya diambil dari sumber luar.
Semua video adalah karya asli peserta dan tidak melanggar hak cipta mana-mana
pihak.
SYARATS/YPAERRAATUTR/APNEPRERATATNUDRINAGNAN
PERTANDINGAN
1.0 SYARAT PENYERTAAN
Pertandingan terbuka kepada semua pelajar.
Setiap MRSM perlu menghantar 3 penyertaan terbaik.
Penyertaan secara individu.
Tema poster adalah “Invest In Our Planet”.
Peserta bebas menggunakan mana-mana aplikasi yang bersesuaian.
Poster adalah hasil karya sendiri dan tidak plagiat daripada mana-mana sumber.
Format penghantaran adalah dalam bentuk JPEG/ PNG atau PDF.
Seorang pelajar hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
SYARAT/PERATURAN
PERTANDINGAN
1.0 SYARAT PENYERTAAN
Pertandingan terbuka kepada semua pelajar.
Setiap MRSM perlu menghantar 3 penyertaan terbaik.
Penyertaan secara individu.
Tema pertandingan adalah Mekar (blooming/ growth)
Peserta dikehendaki mengambil gambar atau membuat rakaman yang menunjukkan
peringkat pembentukan flora sehingga mekar atau perubahan fauna dari kecil
sehingga besar.
Rakaman peringkat pertumbuhan (time-lapse) flora atau fauna tersebut mestilah
memaparkan satu flora atau satu fauna yang sama.
Peserta perlu membuat suntingan gambar dalam bentuk poster manakala bagi raka-
man video, suntingan tidak melebihi 1 minit.
Gambar atau video mestilah karya asal peserta.
SYARAT/PERATURAN
PERTANDINGAN
1.0 SYARAT PENYERTAAN
Pertandingan dijalankan secara maya (virtual run ) dan terbuka kepada semua pela-
jar.
Peserta yang mendaftar secara rasmi sahaja dibenarkan untuk menyertai larian.
Penyertaan secara individu. Peserta layak mendapat Penyertaan Peringkat Negeri
jika mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Setiap MRSM perlu menghantar 2 penyertaan terbaik bagi setiap kategori.
Pemilihan peserta di peringkat maktab diuruskan oleh maktab masing-masing
mengikut kaedah pemilihan yang bersesuaian.
Setiap peserta mesti menggunakan aplikasi STRAVA sahaja untk merekodkan jarak
dan masa larian.
RINGKASAN ACARA
BIL ACARA KATEGORI MENENGAH BILANGAN KATEGORI
PERTAND- ATAS (MA)/ PENYERTAAN PEMENANG
INGAN Berkumpulan MENENGAH SETIAP MRSM
(3 orang) RENDAH (MR)/ Johan
1. Rekacipta Produk 2 Naib Johan
Berasaskan Panel TERBUKA
Solar Terbuka Ke-3
2. Video Tiktok Berkumpulan Terbuka 2 Johan
(3 orang) MA/MR MA = 1 Naib Johan
MR = 1
3. Video Tanpa Berkumpulan Ke-3
3
Dialog (short-silent (3 orang) i) MA
video)
Johan
4. Poster Digital Individu Terbuka Naib Johan
Ke-3
ii) MR
Johan
Naib Johan
Ke-3
5 Terbaik
5. Fotografi/ Individu Terbuka 3 5 Terbaik
Videografi Alam
Individu MA (bawah 18 2 penyertaan 5 Terbaik
6. Larian Alam tahun) x 4 kategori x 4 kategori
– Lelaki
MA (bawah 18
tahun)
– Perempuan
MR (bawah 15
tahun)
– Lelaki
MR (bawah 15
tahun)
- Perempuan
ATURCARA
MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN HARI BUMI
MRSM SE-MALAYSIA 2022
PERINGKAT ZON BARAT
ISNIN
4 JULAI 2022
2.30 pm: Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
Nyanyian lagu:
Lagu Negaraku
Lagu Ibu Pertiwiku
Lagu Amanah Rakyat
Bacaan doa
Ucapan alu-aluan Pengetua MRSM Kuching
En. Mohd. Junaidi bin Julam
Ucapan Perasmian Penutupan Majlis Sambutan Hari Bumi
MRSM Se-Malaysia 2022 Peringkat Zon Barat
Tn. Haji Zainal Abidin bin Haji Abdullah
Pengurus Besar Harwood Timber Sdn. Bhd.
Montaj Sambutan Hari Bumi
Pengumuman Pemenang Pertandingan Sempena Sambutan Hari
Bumi MRSM Se-Malaysia 2022 Peringkat Zon Barat
Sesi Bergambar
Majlis Bersurai
SENARAI JURI
PERTANDINGAN
DR. SUMAYYAH BINTI DZULKIFLY (UPSI)
EN. AHMAD NURZID BIN ROSLI (UPSI)
DR. INTAN FARHANA BINTI ABDUL RANI (UPSI)
PN. AZILA BINTI ALIAS (UPSI)
DR. NORLY BINTI JAMIL (UPSI)
DR. NOR MASHARAH BINTI HUSAIN (UPSI)
PN. NOR ZUHAIDAH BINTI MOHAMED ZAIN (UPSI)
DR. NADIA AKMA BINTI AHMAD ZAKI (UPSI)
PN. MURIZA BINTI MUSTAFA (UPSI)
EN. MUHAMMAD ABDUL FATTAH BIN ABDUL AZIZ (SMK ST ANTHONY)
DR. SITI HARTINI BINTI AZMI (UPSI)
EN. FARIZUL ATHIR BIN MOHD RAMLI (UPSI)
SENARAI JAWATANKUASA INDUK
1. PENAUNG EN. MOHD JUNAIDI BIN JULAM
2. PENGERUSI EN. MOHD FIRDAUS BIN ABD MUNIR
3. PENYELARAS PN. ROZIYAH BINTI ISMAIL
4. SETIAUSAHA EN. JALIL ANAK ORANGE
5. BENDAHARI PN. NORAIDA BINTI ABDUL RAHMAN
6. AJK HADIAH, SIJIL DAN PN. JEISSY JAZMINA BINTI LIM (K)
CENDERAMATA PN. NORAPIZAH BINTI KARIM
PN. NORMALA BINTI HASSAN
7. URUSETIA DAN EN. SHAMSUL SENUSI BIN JAMAL (K)
EN. MUHAMMAD HAFIZ AIZAT BIN HUT
PENDAFTARAN
8. PERTANDINGAN & PN. BARIAH BINTI SAMSUDIN (K)
PENGHAKIMAN PN. BETHRYCIA ANAK JUHEE
9. AJK BUKU PROGRAM PN. JAMILAH BINTI MOHAMED JAMIL (K)
PN. FIONA JOYCE ANAK MAKAH
PN. ALITEE ANAK SIBABAK
10. AJK DOKUMENTASI PN. SCHOLASTICA ANAK KUSONG (K)
PN. SAPTUYAH ANAK GONDEK
11. AJK SIARAYA & TEKNIKAL EN.ABDULLAH HUMAIDI BIN MOHD KHIRRUDIN (K)
EN. PANCRAS SHEIGD LESLY ANAK PETER
12. AJK GRAFIK EN MELVIS MARTIN (K)
EN. FAKRUL RIFDI BIN OMAR
13. MAJLIS PERASMIAN PN. NUR NAZIFA BINTI AHMAD (K)
PENUTUPAN PN. MONALIZA BINTI JOHNWAYNE
14. AJK PENGANGKUTAN PN. MASMERY BINTI SIRAT (K)
PN.HADIDAH BINTI ABDULLAH
15. ICT, MAKLUMAT/ BLOG EN. ISKANDAR SHAH BIN MOHD ISMAIL (K)
EN. AMRAN BIN MUH AMIN
16. PIC PERTANDINGAN
REKACIPTA PRODUK EN. JALIL ANAK ORANGE
BERASASKAN PANEL
SOLAR
VIDEO TIKTOK EN. ISKANDAR SHAH BIN MOHD ISMAIL
VIDEO TANPA DIALOG PN. BARIAH BINTI SAMSUDIN
POSTER DIGITAL EN. MELVIS MARTIN
FOTOGRAFI/VIDEOGRAFI EN. ABDULLAH HUMAIDI BIN MOHD KHIRRUDIN
LARIAN ALAM EN. VINCENT ANAK NELOS TERIM
KERETA SELISIH DI KUALA KEDAH
JALAN SEHALA HUJUNG JETI
TERIMA KASIH UCAPAN TERINDAH
ATAS SEGALA USAHA DAN BAKTI
BUNGA SEROJA DI ATAS PARA
JATUH DITIMPA BUAH BERANGAN
ANDAI KATA TERSILAP BICARA
KEMAAFAN JUA KAMI POHONKAN