TOOL KIT 1 : Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions) SESI PERKONGSIAN GURU Nama Ahli Kumpulan : 1. Puan Pamindar Kaur a/p Surindar Singh (Ketua Panitia Bahasa Inggeris) 2. Datin Erni Irawati Binti Rosli 3. Puan Fatmawati Binti Saharin 4. Puan Robiatul Adawiah Binti Hamzah 5. Puan Rosliza Binti Zawawi 6. Puan Bazilah Binti Hashim Tempat / Tarikh / Masa : Bilik GKMP, SMK Putrajaya Presint 11(2) 27 Januari 2021 2.00 – 4.30 petang Fokus : Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan Fokus perkongsian adalah mengenai penambahbaikan penggunaan Google Forms yang sangat sesuai digunakan semasa membuat sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Google Forms adalah borang maya yang membolehkan kita mendapatkan maklumat tertentu yang dikumpulkan daripada murid-murid yang mengikuti sesi pembelajaran bersama guru mata pelajaran. Interpretasi : Apakah aspek yang paling penting / menarik / relevan yang dibincangkan? Adakah perkongsian ini boleh memberi impak kepada pembelajaran guru? Bagaimana? Cara-cara menggunakan Google Forms - Puan Maznah Binti Star telah menunjukkan cara-cara menggunakan aplikasi Google Forms untuk mencatat kehadiran murid dan membina soalan kuiz sebagai tugasan kepada murid. - Beliau juga menerangkan tentang bagaimana pelbagai jenis soalan boleh diambil daripada aplikasi Quizizz dan dimasukkan ke dalam Google Forms. - Semua guru bidang Bahasa yang terlibat telah membawa komputer riba masing-masing dan cuba untuk menggunakan aplikasi Google Forms tersebut bersama guru-guru yang lain. Hasil : Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh memberi kesan kepada profesionalisme saya? Saya dapat belajar dan berkongsi ilmu tentang cara menggunakan Google Forms dengan lebih mudah, menarik dan berkesan untuk sesi PdPR. Disediakan oleh: Fatmawati Binti Saharin Guru Bahasa Inggeris
TOOL KIT 1 : Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions) SMK Putrajaya Presint 11(2) Dokumentasi bergambar: Guru-guru Bahasa Inggeris, Bahasa German dan Bahasa Melayu bersemangat mempelajari tentang aplikasi Google Forms seperti membina soalan kuiz berdasarkan tajuk yang diajar dan menyediakan borang kehadiran murid. Pn Maznah binti Star berkongsi ilmu dan kepakaran beliau dalam menggunakan aplikasi Google Forms bersama semua guru bidang Bahasa yang hadir.