NAMA:PAVITARA A/P DURAIRAJ
TAJUK: SAINS
Mesin
ringkas
1.baji
2.roda dan gandar
3.satah condong
4.takal
5.skru
6.gear
7.tuas
1.Mesin ringkas ialah alat yang
membantu kita melakukan
kerja dengan lebih mudah.
2.Mesin ringkas membolehkan
kita menggunakan daya yang
kurang untuk membuat kerja
supaya kerja dapat dilakukan
dengan lebih cepat dan cekap.
3.Mesin ringkas termasuklah
tuas,baji,roda,dan
gandar,serta skru.
Tuas terbahagi kepada tiga
kumpulan berdasarkan kedudukan
relatif antara fulkrum(F), beban(B),
dan daya (D). Tiga kumpulan tuas
ialah:
a) tuas kelas pertama
b) tuas kelas kedua
c) tuas kelas ketiga
TUAS KELAS PERTAMA
1.Fulkrum berada di antara
daya dengan beban.
2.Beban dan daya bertindak
pada arah yang sama.
3.Daya yang kecil mampu
mengatasi beban yang besar.
TUAS KELAS KEDUA
1.Beban berada di antara fulkrum
dengan daya.
2.Beban dan daya bertindak pada
arah yang bertentangan.
3.Daya yang kecil mampu mengatasi
beban yang besar.
TUAS KELAS KETIGA
1.Daya berada di antara fulkrum
dengan beban.
2.Beban dan daya bertindak pada
arah yang bertentangan.
3.Daya yang besar diperlukan
untuk mengatasi beban yang
kecil. Daya perlu lebih dekat
dengan beban berbanding
fulkrum
MOMEN DAYA
1.Daya boleh digunakan untuk
menghasilkan kesan putaran bagi
melakukan sesuatu kerja.
2. Sebagai contoh, apabila membuka
pintu, kita mengenakan daya pada
tombol pintu.
3. Kesan putaran bagi daya atau
keupayaan daya untuk memutarkan
sesuatu disebut momen daya.
Momen pada tuas
1.Dua daya yang bertindak ke
atas tuas ialah beban dan
daya.
2. Kedua-dua daya
menghasilkan momen yang
bertentangan, iaitu momen ikut
arah jam dan momen lawan arah
jam
.
3. Tuas dikatakan telah
seimbang atau berada dalam
keseimbangan.