APLIKASI INSTRUMEN SENARAI SEMAK DAN RUBRIK PENTAKSIRAN ANALITIK BAGI PEREKODAN PBD DALAM PDPC PASUKAN SK ST MONICA 1) NOR HAZIQAH BINTI RAMLEE 2) AMMIE GADARISH TAISH
PLAN APLIKASI INSTRUMEN SENARAI SEMAK DAN RUBRIK PENTAKSIRAN ANALITIK BAGI PEREKODAN PBD DALAM PDPC DO CHECK ACTION Coaching and Coaches (COC)
PLAN 1) Menyasarkan Subjek: Sejarah Murid : Tahun 6 Daisi 2) Isu Permasalahan: Kekangan masa dalam PdPC menyukarkan perekodan PBD secara menyeluruh. 3)Instrumen Penilaian PBD: Senarai Semak 4)Rubrik Pentaksiran: Analitik 5) Pemilihan topik pembelajaran dan penyediaan RPH
1.SET INDUKSI 2.LENGKAPKAN SAYA (AKTIVITI PENERANGAN) 3.APA DIA? (AKTIVITI PENILAIAN) 4.PENUTUP DO
Set Induksi Berdasarkan gambar, guru merangsang pemikiran murid. Guru menyoal murid tentang perbezaan antara agama dan kepercayaan. Selepas murid menjawab soalan, guru mendedahkan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.
Lengkapkan Saya Bagi mencapai objektif pertama: Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan gambar puzzle yang perlu disusun disusun semula. Gambar tersebut merupakan tugasan kumpulan. Setiap kumpulan perlu mencari maklumat menggunakan buku teks. Selepas itu, setiap kumpulan akan membentangkan hasil tugasan. Guru memerhati kemahiran murid mencari maklumat dan belajar kendiri.
Lengkapkan Saya Bagi mencapai objektif kedua: Selanjutnya, selepas aktiviti tersebut dilakukan murid akan diuji kefahaman tentang fungsi agama dan kepercayaan menerusi satu lembaran kerja. Setiap ahli mesti menulis jawapan masing-masing dan nama sepanjang muzik dipasang. Murid berhenti menulis sejurus muzik ditamatkan. Guru memerhati hasil kerja dan kemahiran murid.
Apa Dia? Bagi mencapai objektif ketiga: Murid didedahkan dengan soalan situasi. Secara berkumpulan, murid diminta untuk mencipta satu kepentingan agama dan kepercayaan yang menyumbang kepada keharmonian Negara berdasarkan situasi. Idea murid dihasilkan dalam bentuk lukisan poster. Hasil kerja murid akan dibincangkan bersama murid. Bagi mengatasi kekangan waktu, perbincangan jawapan diawalkan sementara penghantaran poster dilanjutkan sehari.
Hasil Kerja Murid
Hasil Kerja Murid
Instrumen Penilaian PBD Senarai Semak Rubrik AnalitikStandard indikator berdasarkan Kemahiran Pemikiran Sejarah
KESIMPULAN 1.Berdasarkan pemerhatian, 12 orang murid dapat mencapai TP6 bagi topik ini apabila berjaya mencapai 3 kriteria kejayaan dalam PdPC. 2.Sementara 18 orang berjaya mencapai T5 iaitu menilai fungsi agama dan kepercayan dalam hidup namun tidak dapat mencapai kriteria kejaayan ketiga kerana tidak menghantar tugasan. Menerusi perbincangan idea, 18 orang murid ini sebenarnya dapat menjawab persoalan guru secara kasar tetapi hasil kerja (poster) dititikberatkan sebagai pengesahan murid mencapai TP6 maka tahap pencapaian dicatat hanya TP5 dan bakal diubah seiring dengan perkembangan prestasi murid. 3. 4 orang murid tidak dapat ditaksir kerana ketidakhadiran.
3. CHECK Pengujian instrumen penilaian PBD yang dilakukan dalam kelas telah dipantau oleh Penolong Kanan Kurikulum dan sesi postmortem dilakukan untuk penambahbaikan.
4. DO KEKUATAN Aktiviti yang dilaksanakan mewujudkan kawalan kelas yang baik. Murid terlibat aktif. 1. KELEMAHAN Penulisan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan tidak melibatkan pembelajaran terbeza. Cara mencapai objektif/kriteria tidak diterangkan. 1.Kekangan masa dalam PdPC akibat masalah teknikal (TV) 2. PENAMBAHBAIKAN Objektif pembelajaran perlulah melibatkan pembelajaran terbeza yang melibatkan sekurang- kurangnya dua aras bagi memudahkan analisis prestasi PBD murid dalam kelas. 1.Penulisan kriteria kejayaan perlu dilengkapkan dengan menjelaskan cara objektif dicapai seperti menggunakan perkataan dengan tepat atau betul. 2. Penyediaan peralatan digital dengan lebih awal kerana ia membantu merangsang murid dan guru lebih efisien melaksanakan pentaksiran secara pemerhatian. 3.